BAB 4

Humor Completed 5460

Setengah jam masa berlalu. Kerja yang di berikan oleh cikgu disiplin di lakukan dengan hemat dan jayanya oleh Mia Liyana binti Ahmad. Syabas! Bagus kerja kamu Mia.

Dia tersenyum melihat papan tanda sekolah yang telah pun di lap dan berkilat. Hasil tangannya. Dia puas hati dengan apa yang di lakukan.

Penat usah cerita. Lenguh tangan. Tapi tidak mengapa, ia adalah senaman tangan di waktu pagi sebelum memulakan sesi pembelajaran.

“Ehem.” Suara lelaki berdehem menyedarkan Mia dari terus berangan.

“Pe hal?” Tanya Mia dengan muka yang sengaja di cukakan.

“Cikgu suruh masuk kelas lepas siap lap tu.” Jawab Sharani dengan lenggok gayanya.

“Erm.”

Mia berlalu meninggalkan Sharani seorang diri di hadapan pintu pagar utama sekolah. Entah apa yang di bebelkan malas untuk dia tahu. Lantaklah.

“Erm je? Tak sopan betul perempuan ni tau. Benci aku.” Bebel Sharani siap dengan gaya tangan sekali.

“Woi! Tadi cakap cikgu suruh masuk kelas yang kau tercegat dekat situ kenapa? Nak jadi jaga sekolah ke cumi-cumi oii!” Jerit Mia dari tingkat atas.

Baru dia sedar yang si sotong ni rupanya masih di bawah. Sedangkan dirinya sudah berada di tingkat atas sebaris dengan perpustakaan.

“Hei! Apa ni perempuan jerit-jerit macam tu? Tak sopan tau.” Balas Sharani.

“Tak habis-habis dengan sopan kau tu!” Jerit Mia lagi dari tingkat atas.

“Hem!” Sharani terus berlalu meninggalkan Mia yang ingin meneruskan jeritannya dari tingkat atas.

“Cumi..cumi.. Kenapa lahai kau ni menyotong sangat. Rupa paras ada. Pandai pula tu. Mungkin mak kau mengidam makan sotong je kut masa mengandungkan kau.” Mia mengomel seorang diri menuju ke kelasnya.

SETIAP PAGI, tepat jam 07.15 pagi wajah Mia Liyana sahaja yang hadir di muka pintu pagar sekolah. Hampir setiap pagi jugalah Sharani dan Mia akan bertelagah sesama mereka. Sehinggakan pertelingkahan mereka terpaksa di redakan oleh pakcik jaga sekolah yang melihat perkara itu.

“Kau ni cubalah kawal sikit marah kau tu.” Kira cuba menasihati kawan baiknya.

“Aku dah kawal apa. Si sotong tu je yang lebih-lebih. Nak tulis nama aku memanjang. Sampaikan budak petang pun boleh kenal aku tahu?” Marah Mia. Dia bengang bila ada budak junior yang mengenalinya kerana dia selalu lewat datang ke sekolah.

Kata atlit sekolah, tapi selalu lewat datang pagi. Tak ada disiplin. Itulah antara suara-suara sumbang pelajar junior sewaktu mereka melewati tandas perempuan di tingkat tiga. Mungkin mereka tidak menyedari bahawa Mia berada di dalam tandas sedang menyalin pakain sukan untuk sesi latihan pada petang itu.

Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kantin sekolah dengan lambat. Untuk apa beria jalan laju-laju kalau sampai ke kantin mereka tetap kena beratur panjang dan menunggu.

“Habis tu, kau datang pun lambat hari-hari. Mana taknya dia catit nama kau.”

Usah di tanya sebab kenapa Mia selalu lambat. Betul dia bangun lambat. Tapi puncanya adalah Mia selalu balik leat pagi ke rumah lepas keluar dengan Khai. Itulah yang sering di ceritakan oleh Mia kepadanya.

Kadang-kadang timbul rasa musykil di hati Kira. Sejak Mia dengan Khai, mereka kerap keluar malam dan balik hingga jam dua tiga pagi. Ke mana mereka pergi?

Pernah juga Kira menyoal kemana arah tujuan mereka sehingga waktu sebegitu pulang ke rumah, jawapan yang sering di beritahu oleh Mia mereka keluar jalan-jalan di bandar.

“Ibu kau tahu tak kau keluar sejak kebelakangan ni?” Risau di hati Kira. Takut kalau-kalau apa yang dia bayangkan menjadi kenyataan.

Mereka masih pelajar sekolah. Mereka ada cita-cita dan impian untuk di capai. Jadi tak naklah kerana zaman remaja yang menyeronokkan, mereka kehilangan impian itu.

“Biasalah. Mana ada diaorang kisah pasal aku. Balik lambat ke, cepat ke.”

Mia dan Kira mengambil tempat di belakang pelajar tingkatan 4 Sains Tulen. Senang je nak kenal budak sains dengan budak perdagangan.

Yang skema dan asyik pegang buku sains macam ni sah-sahlah budak dari kelas sains. Dah nampak.

“Mia, aku bukan apa. Aku nak cakap benda ni bukan sebab aku iri hati. Tapi aku tak nak kau hanyut terus dengan si Khai tu.” Dalam renungan Kira ke mata Mia.

Tersentuh hati Mia mendengarnya.

“Khai tu budak motor. Kalau betul dia sayangkan kau, mesti dia faham situasi kau. Kau pelajar sekolah. Kita dah nak ambil SPM kut tahun ni. takkan dia tak fikir tentang masa depan kau, kan?”

“Tu aku faham, tapi kadang-kadang aku yang ajak di keluar malam.” Jawab Mia.

“Mia, aku rasa lebih baik kau jauhkan diri kau dari si Khai tu. Fokus belajar.” Tak sampai hatinya untuk menyatakan hal yang sebenarnya.

“Jangan risau okey. Setakat ni aku msih boleh bahagi masa aku. Terima kasih tau sebab prihatin dengan aku.”

Kini sampai masa giliran mereka untuk membeli makanan untuk mengalas perut mereka pagi itu.

Kira mendiamkan diri. Fikirannya serabut. Apa yang di katakan oleh Sharani minggu lepas masih lagi terngiang-ngiang ditelinganya. Dan apa yang lebih mengejutkan dirinya bila dia sendiri nampak dengan mata kepalanya.

Tak mungkin dia sanggup melihat kawan baiknya terus hanyut dengan cinta palsu Khai tu.

Sesudah membuat pembayaran dan mengambil makanan, mereka seiringan menuju ke meja makan kantin.

“Alamak, penuh lah pulak.” Keluah Kira.

“Ada lagi kosong tu. Hujung sana tu.” Mia memuncungkan bibirnya ke arah satu meja yang masih lagi kosong di hujung kantin.

“Jomlah.” Ajak Kira.

Perutnya dah berbunyi minta di isi dengan sedikit makanan untuk mengalas perut dari terus tidak di isi langsung.

Mereka beringan jalan ke meja yang di maksudkan oleh Mia.

“Hai.” Sapa Kira kepada pengawas yang sedang khusyuk dengan bekalan makanan yang di bawa dari rumah.

“Oh, hai Kira.” Jawab Sharani. Dia melemparkan senyuman kepada dua pelajar perempuan yang duduk di hadapannya sambil masing-masing memegang makanan di pinggan sendiri.

“Sorang je ke?” Tanya Kira sekadar basa-basi.

“Yep.” Jawab Sharani pendek. Mulutnya penuh dengan nasi goreng kampung bekalan dari rumah.

“Biasa kau dengan Haziq. Dia mana?” Kali ini Mia pula yang bertanya.

Mereka mengambil tempat duduk di hadapan Sharani. Kini mereka bertentangan degan ketua pengawas yang lembut. Yeah!

“Dia cuti. Demam.”

“Oh. Teruk ke demam dia?” Tanya Kira prihatin.

“Dah dua hari dia cuti demam. Mama dia kata demam panas. Dah pergi klinik dah.”

“Dua hari? Patutlah aku tak nampak dia. Eh Kira, kita pergi rumah dia nak tak petang ni lepas sukan?” Mia bertanya sekaligus memberikan cadangan.

“Aku tak kisah. Boleh je.”

“Korang nak pergi rumah Haziq, aku ikut jugalah.” Sampuk Sharani.

“Hei-hei. Yang kau nak ikut kita orang kenapanya? Pergilah sendiri. Sibuk je.” Mia membantah tanda tidak boleh!

“Lah.. asal?” Sharani menarik muka.

“Ini untuk perempuan je. Kau tu lelaki, pergilah dengan kawan lelaki. Sibuk je nak menyelit kau ni kan.” Jelas Mia. Sengaja dia nak menyakitkan hati si cumi-cumi.

Sebenarnya, pada dia tiada masalah pun kalau si sotong ni nak ikut. Lagipula Haziq tu kawan sesukan mereka.

“Kau ni kan. Tak habis-habis kan!” Tisu kotak yang berjenama Tesco di meja makan kantin menjadi mangsa balingan Sharani yang tepat mengena bahu Mia.

“Kau ni!”

“He he he. Jangan marah.. Aku tunggu kau berdua lepas sukan nanti ye dekat bustop sekolah. Da da..”

Cepat-cepat Sharani mengemas bekalnya yang sudah kosong sebelum dia pula menjadi mangsa Mia.

Kira di sebelah Mia hanya ketawa melihat gelagat aksi kawan sekolahnya yang pantang berjumpa. Macam anjing dengan kucing. Asyik nak bercakaran sahaja.

“Kira, aku rasa lepas melawat Haziq nanti kita pergi perpustakaan dekat pusat bandar nak? aku nak pulangkan buku rujukan yang aku pinjam.”

“Bila due date buku tu?”

“Esok.”

Kira dan Mia sudah membuat perancangan untuk ke perpustakaan pusat bandar selepas melawat kawan sekolah mereka pula.

Mereka menyegerakan makan kemudian pergi padang sekolah untuk merehatkan minda dengan melihat kehijaun hutan sebelah sekolah. Selagi ada masa untuk menenangkan fikiran, apa salahnya. Perlu di gunakan sebaik mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience