BAB 18

Humor Completed 5460

Hari berganti dengan meninggalkan semalam. Semalam yang penuh dengan debaran hati. Alhamdulillah. Majlis pernikahannya berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah” Ucap Mia.

Kegembiraan di hatinya sukar untuk di ungkapkan dengan kata. Hanya kepada Yang Maha Berkuasa dia memanjatkan kesyukuran dan kegembiraan ini.

Apabila saksi menge’sahkan akad tadi, menitis air matanya. Dia berpelukan dengan Kira yang setia dengannya di sisi sepanjang majlis berlangsung.

“Akak..” Panggil Marriam.

Di peluknya Mia. Tangisan kegembiraan ini untuk Mia yang sudi mengambilnya ke rumah Kasih Humairah. Sehinggalah dia kini berjaya dan akhirnya bernikah dengan insan yang sudi menerima kekurangan dirinya. Dan yang paling penting menerimanya kerana agamanya.

“Akak gembira untuk Marriam. Lepas ni Marriam kena ikut suami. Jangan melawan cakap dia. Ingat, syurga isteri di bawah telapak kaki suami.” Nasihat Mia.

“Betul tu Marriam.” Kira mencela.

“Akak, Kak Kira, terima kasih sebab akak sudi tolong Marriam, bimbing Marriam dari kancah yang menghanyutkan Marriam.” Menitis airmatanya saat mengenang masa silamnya.

Mujurlah Allah masih sayangkannya, memberi dia peluang untuk memperbetulkan kesilapannya.

“Iya sayang.. Marriam jaga diri baik-baik. Kalau nak datang ke Kasih Humairah tu, datang je. Pintu sentiasa terbuka untuk Marriam.” Pelawa Mia.

Sungguh, hatinya rasa tersentuh dengan layanan yang di berikan oleh Kak Mia.

“Insya Allah kak.”

“Assalamualaikum.” Sapa seorang lelaki yang tiba-tiba muncul di sebalik mereka bertiga di muka pintu masuk masjid.

“Wa’alaikumsalam.” Jawab Mia dan Marriam serentak.

“Wa’alaikumsalam..” Giliran Kira pula menjawab.

“Awak..” Mia cuba mengingati susuk lelaki yang berdiri di hadapannya.

“Mia, sebenarnya ni Shar..”

“Saya, Sharani.” Belum sempat Kira mengenalkan siapa lelaki yang memberi salam, Sharani terlebih dahulu memperkenalkan dirinya.

“Ni abang Wan yang sulung. Abang ipar Marriam. Akak kenal ke?” Tanya Marriam.

“Ke..kenal.” Jawab Mia tergagap.

Jantungnya berdetik lebih laju. Kenapa ya?

“Oh, ye ke. Kecil rupanya dunia ni.” Mia membalas, pandangannya di halakan ke karpet biru tua yang sedang di pijak.

“Mia sihat?” Sharani cuba menerobos kebuntuan antara mereka berdua.

“Sihat.” Jawab Mia sekadar berbasa-basi.

Dia masih lagi terkejut dengan apa yang terjadi sekarang. Dia masih belum bersedia untuk berjumpa dengan Sharani. Dia malu! Malu dengan dirinya sendiri.

Benarlah kata orang, terlajak perahu boleh di undur. Tapi terlajak kata? Inilah balasannya.

Hanya kerana marahkan seorang lelaki, dia menjadi terlalu agresif pada semua lelaki yang cuba mendekati. Tiada kepercayaan, tiada rasa di hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience