BAB 3

Humor Completed 5460

“Mia Liyana!”

Terkaku mereka berdua. Terhenti perbualan yang ingin di lanjutkan apabila guru disiplin sudah berada di atas pentas dengan nyaringnya memanggil nama Mia.

“Si sotong ni memang nak kena!” Gigi di ketip menahan geram.

“Mia Liyana! Naik ke pentas sekarang!” Sekali lagi arahan dari guru disiplin memanggil namanya.

“Wei, pergilah. Cikgu panggil tu.” Kira mengarah bila cikgu disiplin sekali lagi memanggil nama Mia untuk naik ke pentas.

“Kau tolong bawakan beg aku.” Pesan Mia sebelum dia naik ke atas pentas.

Sempat lagi dia mencari si sotong di antara ratusan pelajar yang berdiri di dewan terbuka itu.

Hampa! Lain yang ingin di cari lain pula yang datang. Dengan tak sengajanya dia telah melanggar guru yang bertugas.

Bengis sahaja muka cikgu Nik yang masih berjambang seperti Gary Steven Robert. Pemain bola sepak Johor Darul Takzim.

“Maaf cikgu.” Mia meminta maaf sebelum dia berlalu naik ke pentas.

‘Siap kau sotong.’ Detus hati Mia.

Tak payah cakap kenapa namanya di panggil ke pentas. Sudah tentunya atas sebab yang sama. Lambat datang ke sekolah tanpa alasan yang kukuh, tetapi alasan yang sama. Bangun lambat. Dah basi alasan tu pada cikgu disiplin.

“Yang lain boleh masuk ke kelas masing-masing.” Arahan dari guru bertugas selepas mengambil alih pembesar suara dari cikgu disiplin.

Mia membuntuti cikgu disiplin tanpa sebarang kata. Jenuh di otaknya memikir alasan apa yang ingin di berikan agar dirinya tidak di denda.

Cikgu disiplin terus berjalan tanpa menoleh ke belakang. Dia menuju ke arah pagar utama sekolah.

‘Cikgu nak hantar aku balik ke? Ya Allah, seronoknya kalau dapat balik!’

‘Tak boleh-tak boleh. Kalau ibu tahu macam mana? Mesti dia suruh tolong dia dekat butik. Tak maulah!’

Mia membuat baik buruk kalau dia setuju untuk pulang ke rumah. Tanpa sengaja dia melanggar cikgu disiplin yang berhenti secara mengejut di depan pintu pagar utama sekolah. Terkejut dia di buatnya.

‘Ish, kalaulah selalu macam ni ada juga yang kena sakit jantung. Agaknya cikgu ni kalau bawa kereta suka break emergency tak.’

Terus-terusan Mia membuat andaian yang merapu tentang cikgu disiplinnya.

“Mia.” Cikgu disiplin memanggil namanya.

Mia hanya memandang wajah cikgu disiplin dengan pandangan yang kosong.

“Kamu nampak papan tanda nama sekolah?” Soal cikgu disiplin tanpa memandang wajah Mia tetapi ke arah papan tanda sekolah.

‘Cikgu nak aku buat apa dengan papan tanda sekolah tu? Nak aku promot ke? He he he.’

“Saya nak awak lap papan tanda sekolah tu. Dah seminggu tak ada orang yang lap.” Arah cikgu disiplin.

“Apa! Cikgu, pakcik kebun tu kan ada. Asal saya pula yang kena.” Mia protes.

“Ini adalah denda untuk awak.” Jawab cikgu disiplin.

“Tapi cikgu tak tanya pun saya sebab saya lambat dan …”

“Bukan sekali awak datang lambat Mia Liyana. Tetapi kerap kali. Dan jawapan yang awak selalu berikan adalah sama. Bangun lambat.”

Cikgu disiplin tidak mahu berkompromi lagi dengan Mia Liyana. Degil! Penat dia memanggil orang tua Mia datang ke sekolah untuk membincangkan tentang masalah Mia, tetapi hanya abang Mia sahaja yang jadi wakil.

Berpuluh surat telah di hantar kepada orang tua Mia, namun jawapan dari pihak keluarga Mia hanya, krik krik krik krik. Tiada.

“Yelah..” Lemah sahaja jawapan yang di berikan oleh Mia.

Dia tahu, walau apa cara sekali pun dia meloloskan diri dari si sotong tu dia tetap akan tertangkap juga. Untuk bulan ni sahaja namanya seorang yang menjadi penghias tetap di helaian buku kedatangan pelajar yang lewat.

Dia di tinggalkan oleh cikgu disiplin dengan sebaldi air dan kain lap. Kerja tukang kebun sekolah iaitu mengelap papan tanda biasanya di lakukan oleh pakcik tukang kebun setiap hari di waku pagi.

Waktu yang di lakukan oleh Mia sekaranglah. Mia Liyana bakal pengganti pakcik tukang kebun sekolah? Ish!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience