BAB 13

Humor Completed 5426

Suasana menjadi sepi seketika. Angin kencang meniup seisi alam sehingga bergoncangan. Seketika, guruh berdentum menandakan hari akan hujan.

Tapi, itu semua tidak menggoyangkan mereka berdua yang berada di padang sekolah ini. Yang duduk di tangga dengan mengawal emosi sendiri.

“Macam nilah Mohd.Sharani.”Mia bangkit dari duduknya. Berdiri di hadapan seorang lelaki yang lembut pada pandangannya.

“Kau ada duit?” Soalan Mia membuatkan Sharani makin terdiam membisukan diri bak batu.

“Kalau kau tak ada duit, biar aku bagi. Pergi beli cermin, cermin diri kau dulu.” Mia berlalu meninggalkan Sharani seorang diri di tangga padang. Terkontang-kanting mencari secebis kekuatan.

Egonya masih ada walau dia seorang yang lembut. Untuk apa airmata mengalir hanya kerana kisah cinta monyet? Cinta monyet kah ini?

“Ya Allah.. jangan Engkau biarkan aku hanyut kerana cinta ini.” Doa Sharani.

Tidak lama kemudian, hujan turun membasahi bumi yang kehausan dan ketandusan. Dia nekad untuk terus bergerak maju ke hadapan. Walau apa pun kisah lampau yang mendidik jiwanya agar lebih kental.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience