BAB 19

Humor Completed 5460

Selesai majlis akad nikah yang berlangsung di masjid Muhajirin Masai, semuua saudara dan keluarga Kasih Humairah berlalu ke rumah keluarga Kak Mia. Khemah sudah di pasang, makanan juga sudah terhidang.

Tetamu yang hadir mula membanjiri Villa Kasih. Ada juga yang terus masuk ke dalam untuk bertemu dengan pengantin bagi mengucapkan tahniah di atas pernikahan Marriam Dan Sharazwan.

Mia sejak tadi hanya mendiamkan diri. Dari sudut pintu yang menembuskan ruang tamu dan kawasan perkhemahan dia memerharikan sahaja Marriam.

Hatinya berdetik, sesungguhnya Allah itu Maha Mengasihani. Lihat sahaja hikmahnya di sebalik suratan ini.

Allah menemukan dua hati ini dalam satu majlis ilmu yang di hadiri oleh mereka. Dengan sedetik cuma, rasa kasih itu hadir tanpa memandang dengan sudut negetif dan inginkan kesempurnaan semata. Tetapi agama. Nilai-nilai murni yang di praktikkan untuk menjadi muslim sejati.

Kalaulah aku masih yang dulu, sudah pastinya aku akan melihat takdir ini dengan satu andaian yang pastinya akan menimbulkan persengketaan diantara aku dan Marriam. Astaghfirullah hal’azim. Jauhkanlah aku dari perasaan hasad dengki Ya Allah..

“Ehem! Jauh termenung. Dah sampai mana?” Sapa lelaki itu. Entah sejak bila Sahrani berada di sebelahnya, dia tidak perasan.

“Sampai Mesir.” Jawab Mia.

“Uiii, jauhnya sampai ke sana. Ada yang istimewa ke?” Soal Sharani lagi.

“Sebab adalah dah sampai sana.” Jawab Mia kemudian dia meninggalkan Sharani di tempatnya sedangkan dia membawa diri pergi.

Mia mendapatkan ayah dan ibunya yang sedang duduk berbual dengan keluarga mertua Marriam. Kejap mereka ketawa, membincangkan sesuatu. Tidak pula Mia ingin mengambil tahu. Bukan urusannya.

“Han, ni aku kenalkan anak aku. Mia. Yang masih dok membujang lagi.” Kenal ayah kepada pakcik Borhan. Ayah kepada Sharazwan.

“Cantik budaknya.” Kali ini ibu Sharazwan pula memuji.

Mia menyalami ibu Sharazwan tanda hormat.

“Mia, mari duduk dengan makcik.” Pinta ibu Sharazwan. Makcik Roslina.

“Mah, aku ni dah berkenan pula dengan anak kau.” Kata Makcik Roslina.

Memerah muka Mia bila mendengar pengakuan yang baru sahaja keluar dari mulut ibu Sharazwan.

“Aku ni sebenarnya tak kisah dengan siapa pun anak aku nak jadikan suami. Cuma..” Ayat Makcik Mah tergantung bila dia teringatkan hal yang lalu.

Sudah banyak keluarga yang datang meminang anaknya, namun di tolak atas alasan belum bersedia, ada juga yang jawapannya sudah ada yang lain. Tapi bila di tanya siapa, katanya tak ada pula.

“Cuma apa? Hah, ni anak aku. Panjang umur dia. Baru je sebut-sebut.”

Sharani datang menhampiri meja keluarganya. Dia duduk bersebelahan dengan ayah Mia.

“Itu kena tanya dengan tuan punya badan dulu. Saya ikut aja.” Kali ini ayah Mia pula memberikan jawapan sebagai tanda menyetujui sahaja pilihan anaknya tanpa paksaan dan bantahan.

“Rani, macam mana? Kamu setuju ke kalau kami nak jodohkan kamu dengan Mia?” Soalan yang di ajukan kepada Sharani.

Mia membatukan diri. Tangannya sejuk.

Tepat matanya merenung ke arah Mia yang diam sejak tadi. Dia mahukan Mia sebagai permaisuri hidupnya, tapi dia juga tidak mahu ada rasa paksaan dalam hubungan ini kerana dia takut yang Mia sudah punya kekasih hati.

“Saya tak kisah. Cuma, saya tak nak ada yang rasa tak selesa dengan saya. Apa kata ibu tanya Mia sendiri. Dia setuju ke atau dia ada orang lain? Rani tak nak lah nanti di labelkan sebagai perampas.” Tegak jawapan yang keluar dari mulut Sharani tanpa berselindung lagi.

“Mia.. makcik nak tanya Mia sendiri. Mia sudi terima anak makcik? Sharani.” Lembut ungkapan yang terzahir di bibir Makcik Roslina di pendengaran Mia.

Mia memandang tepat ke arah wajah ibunya. Seakan mengerti akan pandangan yang di halakan. Mia menganggukan kepalanya perlahan tanda setuju.

“Syukur, alhamdulillah..” Mereka semua mengucapkan ke syukuran atas jawapan yang di berikan.

Mia tetap membatukan dirinya dari bersuara bersama ahli keluarga yang lain. Begitu juga dengan Sharani. Sedari tadi dia memandang Mia.

Mereka seakan bertelepati dalam menyatakan isi hati masing-masing tanpa pengetahuan dan pendengaran keluarga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience