BAB 2

Humor Completed 5426

Dia berjalan sepantas mungkin untuk menyerahkan buku laporan pelajar tadi. Walau macam mana pun gagahnya dia berjalan, tetap ada lenggok tubuh yang menyotong di pandangan segenap pelajar di sekolah ini.

Semula jadi ke gaya tu? Ops!

“Macam mana kau boleh terlepas ni?” Bisik Kira.

“Ni Mia lah. Tak Mia lah kalau dengan si cumi-cumi tu boleh kena tangkap.” Jawab Mia sambil meniru gaya Sharani yang lembut.

Mereka berdua tersenyum. Berpuas hati dengan apa yang di katakan dan cara yang di lakukan oleh Mia.

“Malam ni kau turun tak?” Soal Mia pula dengan nada berbisik. Takut kalau ada cikgu yang bertugas di belakang nampak atau perasan mereka berdua tak beri tumpuan di depan.

“Tak tahu lagilah. Ibu dengan ayah aku dah bising aku asyik keluar malam je.” Ngadu Kira.

“Alahai. Kau ni. cakap jelah kau study dekat rumah aku ke. Ada kelas malam ke. Takkan tu pun aku nak ajar?” Mia agak bengang dengan perangai Kira yang penakut. Acah-acah berani je kawan baiknya itu.

“Masalahnya, aku guna alasan yang sama je. Kau lainlah. Bebas.” Kira mengerling tajam.

Mia tersenyum melihat jelingan Kira. Dia tahu yang kawan baiknya itu sering mencemburui dirinya yang bebas dari kongkongan keluarga.

Apa yang nak di haiarankan. Dalam lingkaran keluarganya masing-masing buat hal sendiri. Di mata Mia, orang tuanya hanya mengambil berat kalau ada hal-hal yang memerlukan dana.

Di situ nama mereka akan di senarikan. Sudah pastinya pihak sekolah mengalu-alukannya apabila ada yang menyumbang kepada dana sekolah mereka. Kan?

“Jomlah malam ni. Khai ajak kita tengok wayang. Cerita best punya.” Beria Mia memujuk Kira.

Dia tahu, walau macam mana pun sukar untuk Kira keluar malam akhirnya mereka akan bertemu juga di tempat biasa.

Mana ada rahsia antara mereka berdua. Bukan sekali dua Kira melakukan hal ini. Pernah sekali dia tertangkap oleh kakaknya yang kebetulan ingin mengambil buku rujukan di dalam bilik Kira malam itu.

Dia kantoi keluar dari tingkap. Nasib baik kakak Kira percaya yang Kira bersama Mia sewaktu kakak Kira membuat panggilan telefon.

Katanya dia membuat study group bersama kawan sekolah yang lain. Tapi takut mak dan ayah marah, Mia menunggunya di luar bilik. Dan mereka belajar bersama kerana kawan sekolah yang lain dah menunggu lama.

Hakikatnya, mereka berada di pusat bandar malam itu. Bersama teman lelaki masing-masing. Lepak di kaki lima pusat membeli belah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience