BAB 5

Humor Completed 5460

“MANA SI SOTONG NI?” Soal Mia.

Penat dia menunggu di sini dengan Kira. Janji pukul lima, sekarang dah pukul lima dua minit petang. Dah lebih dua minit dia menunggu kelibat Sharani.

“Alah, dia tukar baju kut.” Jawab Kira bagi pihak Sharani.

“Kira, kita habis sukan pukul empat setengah. Sekarang dah pukul lima tiga minit petang. Tiga puluh tiga minit ke dia tukar baju?”

Amboi. Pengiraan Mia mengalahkan kelewatan dia sampai ke sekolah setiap pagi.

‘Ye tak ye si Sharani ni. mana lah dia ni. janji ke pukul lima.’ Omel Kira di dalam hati.

Tin! Tin!

Bunyi hon kereta membingitkan telinga mereka berdua. Mereka berpaling ke arah bunyi datangnya bunyi hon kereta. Tersenyum Mia dengan kehadiran kereta Honda Jazz kepunyaan Khai.

Kira memandang tepat ke wajah Mia. Dia mahukan penjelasan. Kenapa Khai di sini? Bukan ke mereka nak melawat Haziq?

“Hai sayang..” Sapa Khai dari dalam keretanya. Cermin tingkap tempat penumpang di sebelahnya di turunkan.

“Hai sayang.” Balas Mia.

“Jomlah. Naik.” Pelawa Khai.

“Kejap. Saya tunggu kawan lagi sorang.” Jawab Mia.

Dia menoleh ke belakang. Manalah tahu kelibat Sharani akan muncul. Namun begitu, usahkan kelibat, bayang dirinya pun tak nampak.

“Okey.” Cermin kereta di naikkan semula.

“Eh Mia, kau beritahu Khai ke yang kau nak ke rumah Haziq?” Soal Kira. Sedari tadi dia ingin menanyakan hal itu. Mujur Mia kembali duduk di sebelahnya.

Hatinya tidak senang dengan kehadiran Khai di sini. Sharani juga akan merasakan hal yang sama. Hatinya kian terpaut kegusaran.

“Wei, mana si sotong ni?” Mia sudah bengang. Kenapa lama sangat si Sharani ni tukar baju?

“Sayang, lambat lagi ke kawan you tu?” Tanya Khai selepas dia keluar dari kereta.

“Tak tahulah awak. Biasa dia cepat, tapi hari ni dia lambat pula.” Balas Mia. Kira hanya mediamkan diri di bangku perehentian bas.

“Sayang, kalau lambat lagi I rasa I kena gerak dulu. Baru tadi bos call I. Ada job urgent. Sorry okey.” Khai memberi alasan.

“Okey. Tak pe. Sorry tau susahkan awak datang sini.” Jawab Mia hampa. Sedih hatinya bila terpaksa membiarkan Khai pergi begitu sahaja. Sebal hatinya kerana menyuruh Khai datang sini menjemput mereka bertiga.

Kereta Honda Jazz berlalu meninggalkan mereka berdua di perhentian bas. Selang beberapa minit selepas kereta Khai pergi, barulah muncul si Sharani dengan gayanya yang melenggang-lenggok ke tempat Kira dan Mia.

Mia berlari mendapatkan Sharani yang baru sahaja muncul di pintu pagar utama sekolah.

“Asal kau ni lembab sangat hah? Khai dah blah kau tahu?” Marah Mia. Sepantas kilat tangan Mia laju menepuk bahu Sharani kuat.

“Sakitlah! Kau ni, tak sopan betul jadi perempuan.” Sharani mengerang sakit. Di gosok bahunya yang seakan membengkak.

“Ngada-ngada. Pukul sikit sakitlah, apalah.” Omel Mia.

“Kau dari mana ha? Asal lama sangat kau tukar baju tu?” Kali ini giliran Kira pula menyoal.

“Aku tolong cikgu Fauzi tadi masukkan alatan sukan. Bukan macam kau orang berdua.” Sharani mengeluarkan kipas kertas dari kocek seluarnya.

“Apa kau kata? Nak kena kan. Ish! Ish!” Kira dan Mia bergabung mencubit Sharani.

“Aduh! Aduh! Eiii, sakitlah. Tak sopan betul lah kau orang berdua ni.” Sharani cuba mengelak, namun tiada ruang untuknya pergi apabila empat tangan sudah menghalangnya dari lari.

“Eiii, dah dah lah cubit aku. Okey aku salah. Aku minta maaf okey.” Akhirnya, terpacul juga perkataan maaf dari mulut Sharani.

“Ha, ini macamlah baru ada syok. Dah jom kita gerak. Nanti bas tinggal kan kita pula.” Saran Kira bila dia tersedar waktu kini sedang menghampiri jam lima setengah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience