BAB 15

Humor Completed 5460

“Macam tak percaya jumpa kau lagi.” Sapa Sharani.

Mereka berdua baru sahaja selesai membuat pesanan. Kini hanya menunggu untuk pesanan itu sampai.

“Tulah. Aku pun macam tak percaya juga tadi. Aku ingatkan siapalah. Rupanya kau! Terkejut beruk aku tadi.” Kira memberitahu perasaanya yang semacam tak percaya dapat jumpa balik kawan sekolah dekat depan perpustakaan ini.

“Ye ke? Tak nampak macam beruk pun tadi?” Sharani berlelucon.

Mereka ketawa.

“Dah pandai loyar buruk ea kau. Ni aku nak tanya, mana gaya lembut kau hilang ni?” Tanya Kira selamba.

“Hei, hei. Jangan pandang aku macam cumi-cumi tau.” Sharani mengeleuarkan gaya lembutnya dengan menunjukkan jari telunjuk di arahkan ke kiri ke kanan berkali-kali.

“Aik? Mana kau tahu cumi-cumi ni?” Kira terkejut. Setahunya hanya dia dan Mia sahaja yang selalu memanggil Sharani cumi selain nama sotong.

“Hem, ni ketua pengawas sekolah tahu. Tahulah..” Jawab Sharani dengan gaya lembutnya.

“Aku sekarang ni dah kerja. Kerja aku tu tak menggalakkan aku macam dulu. Alah, senang cerita kena jadi jantan sejatilah.” Sharani sambung kembali ceritanya, yang mengubah dirinya untuk menjadi lelaki sejati, bukan lagi seperti di zaman sekolah dahulu.

“Oh, I see. Let me guese. Kau askar kan?” Kira meneka.

“Ehem!” Sharani menggelengkan kepalnya tanda salah.

“Bomba lah tu.” Kira masih meneka.

“Salah!”

“Habis tu? Takkan polis pulak?”

“Bantuan.” Sambung Sharani.

“Polis bantuan. Oh, kira okeylah. Polis jugak.”

“Yelah..”

“Dekat mana kau kerja?” Tany Kira. Dia makin ingin tahu tentang Sharani sepenuhnya.

Apa yang dia nampak, betul-betul buatkan dia tak percaya. Takkanlah si cumi ni jadi polis? Boleh tahan ke dia?

“Pasir Gudang je lah makcik. Dekat jalan Perak 2.” Sharani memberitahu.

“Oh, dekat jelah dengan pusat bandar ni. Aku kerja dekat kedai buku hujung sana tu. Selang dua kedai dari perpustakaan yang aku langgar kau tadi.” Cerita Kira pula sambil menunjukkan kedai yang di maksudkannya.

“Sekarang ni kau dah kahwin ke?” Tiba-tiba perbualan mereka melencong ke soal perkahwinan. Kira menyoal.

“Kau rasa?” Soalan di jawab dengan soalan juga.

“Macam dah.” Sebenarnya bukan itu yang hendak dia katakan, tetapi tak mengapalah. Sekadar bertanya.

“Belum.”

“Belum?”

“Belum.”

“Kenapanya? Kau merancang ke?” Soal Kira.

“Belum ada jodoh dengan sesiapa. Aku masih tunggu seseoranglah Kira.” Perlahan suara Sharani kedengaran di cuping telinga Kira.

“Kau tunggu siapa?” Tanya Kira ingin tahu.

“Mia.” Jawab Sharani tanpa berselindung.

“Mia Liyana. Aku masih tunggu dia.” Sambung Sharani lagi.

Terkedu Kira mendengar jawapan yang keluar dari mulut Sharani. Macam tak percaya!

Perbualan mereka terhenti seketika. Makanan yang di pesan kini sampai. Bau kuah bakso yang cukup membuat perutnya menjadi lapar dan tak sabar nak makan.

“Jom makan.” Pelawa Sharani.

“Kau pulak apa cerita? Dah kahwin ke masih solo-molo?” Soal Sharani.

“Aku? Hah..kalau kau nak tahu, anak aku dah nak masuk dua orang. Bukan lagi solo-molo ke, polo ke.”

Terkedu Sharani mendegar jawapn yang terkeluar dari mulut Kira.

“Ha ha ha! Hei, tutup mulut tu. Asal? Tak percaya ke? Ni ha, dalam perut ni ada baby yang baru tiga bulan tau.” Jelas Kira.

Kuah bakso di hirup perlahan. Asap yang keluar dari kepanasan bakso di mangkuk menusuk ke rongga hidungnya.

“Siapa suami kau”

“Muhammad Aqil bin Mohd Kamal.” Kira tersenyum saat nama suaminya di sebut.

“Aqil? Nama ru macam familiar gila.” Sharani cuba mengingati nama dan wajah lelaki yang bernama Aqil itu.

“Dah, tak payah nak berkerut sangat dahi tu. Abang Aqil, tujuh tahun lepas. Senam tari, tolong Kak Mira? Atas pentas, ingat?” Kira memberi klu siapa suaminya yang sebenarnya.

“Oh! Abang Aqil tu!” Baru dia ingat siapa. Patutlah macam selalu dengar nama tu.

“Tapi macam mana kau dengan …”

Perkenalan antara Kira dan Abang Aqil berlaku secara tak sengaja di pusat bowling. Waktu itu, Mia dan Kira ingin bermain bowling pada hujung minggu. Satu insden berlaku selepas mereka berdua siap bermain dan ingin pulang ke rumah.

Waktu itu, Kira ingin ke parkir kereta di jalan tempat parkir. Manakala Mia pula tidak ikut sertanya waktu itu kerana tekaknya terasa haus dan dia singgah ke medan selera untuk membeli air.

Entah macam mana, ada satu kereta perdana berwarna hitam meluncur laju dan hampir melanggar Kira waktu itu. Mujur dirinya selamat. Tetapi, dia pasti yang dirinya telah di tolak oleh seseorang.

Pemandu itu terus meloloskan dirinya. Yang tinggal hanya seorang lelaki yang mengerang kesakitan akibat kecederaan di dahinya dan mulutnya mengeluarkan darah yang terlalu banyak.

Dan di situlah bermulanya perkenalan singkat mereka apabila Kira rasa bersalah dengan Abang Aqil yang telah menyelamatkan dirinya.

Selepas membuat laopran polis, selang beberapa hari kemudian lelaki yang berbangsa cina itu di tangkap dan di soal siasat.

Mengikut laporan polis, lelaki memandu di bawah pengaruh alkohol akibat terlalu tertekan dengan kerjanya. Sebab itu dia mengambil minuman yang beralkohol dan memandu laju kononnya untuk menghilagkan stres.

Hem, nampaknya dia hilangkan stres dekat dalam balailah jawabnya. Manakala, bibit-bibit cinta di antara Abang Aqil dan Kira mula berputik tanpa mereka sedari apabila selalu berjumpa di hospital untuk rawatan yang lebih teliti pada kesihatan Abang Aqil.

“Macam tulah ceritanya, Rani kalau kau nak tahu.” Panjang berjela Kira bercerita tentang insiden yang berlaku sehingga membawa mereka ke jinjang pelamin empat tahun yang lalu.

“Oh, macam tu. Aku ingatkan korang berdua kenal masa dekat kem itu hari.”

“Taklah. Mana ada. Waktu abang Aqil dia tengah praktikal. Sebab tu dia join kak Mira sekali.”

“Erm, awat tak habaq awai-awai. Kalau aku tahu, aku pergi masa nikah kau tahu.” Ada sedikit nada kesal di hujung kata Sharani.

“Tulah. Aku jempuat tau kawan-kawan sekolah kita. Aku ada juga cari maklumat kau, akaun fac kau, instagrem, whatsapp jangan ceritalah. Memang aku tak ada nombor kau. Tapi tak apa. Mana tahu, kalau kau nikah aku pulak datang. Kira ngamlah tu. Kau tak dapat ke majlis aku tapi aku ke majlis kau. Cun lah.” Kira cuba melawak.

“Eh, aku lupa. Dah lama sangat aku keluar makan ni. Er, kau bagi nombor kau dekat aku. Apa-apa hal boleh hubungi kau.”

“Boleh juga.”

Mereka saling bertukar nombor telefon. Kira meminta diri untuk meneruskan kerjanya di kedai buku.

Itu hanya alasan untuk dirinya berlalu sedangkan dirinyalah tuan punya kedai buku. Dia sendiri ada agenda lain sesungguhnya. Biarlah waktu yang menentukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience