BAB 20

Humor Completed 5460

“Esok kita akan bernikah.” Ujar Mia.

Jauh pandangannya di lemparkan ke dasar pantai. Sharani diam tanpa sebarang kata. Menanti Mia meneruskan katanya dengan setia.

“Sebelum saya menjadi isteri awak yang sah, saya nak minta maaf terlebih dahulu dengan awak.”

“Atas sebab apa?” Kali ini Sharani bersuara.

Gejolak di hatinya kian berpadu dengan rasa takut kehilangan lagi.

“Saya pernah hina awak dulu. Saya suruh awak pergi beli cermin, cerminkan diri awak. Saya minta maaf.” Mia tidak mampu untuk meneruskan ayat yang seterusnya. Dia malu. Malu dengan dirinya sendiri.

“Dah habis?” Sharani berubah karekter. Tidak lagi seperi hari pertama mereka berjumpa. Sekarang, di depan matanya adalah Sharani yang bengis. Di wajahnya penuh kebencian yang meluap-luap.

“Awak ingat dengan minta maaf tu hati saya yang terluka semudah tu ke akan sembuh? Hei Mia Liyana, aku tunggu kau selama ni pun sebab nak kau rasakan apa yang aku rasa selama tujuh tahun yang lalu.

Sekarang ni, kau akan jadi milik aku. Aku akan pastikan yang kau rasakan sakitnya, seksanya, deritanya hati dan jiwa aku waktu itu. Aku bangkit dengan azam untuk mengubah diri aku agar jadi manusia yang lebih berani.

Kalau aku nak kahwin, dah lama aku kahwin. Ramai perempuan yang datang dekat aku bila dia orang tahu siapa aku. Terutamanya duit aku.

Tapi kenapa aku tak terima mereka? Sebab kau Mia.”

Sharani berhenti dari berkata. Dia perasan akan linangan airmata di tubir mata Mia, namun Mia mengelak dari terus jadi perhatian.

“Tak payah menangis. Sebab lepas je akad esok pagi tangisan kau akan lebih dari ini. Jomlah balik. Aku tak ada mood nak duduk sini.”

Sharani bangun meninggalkan Mia seorang diri di gerai yang menjual bakar-bakar di tepi pantai ini.

Hatinya pedih. Kiranya, Sharani telah melupakan segalanya. Namun percaturannya silap. Sharani lebih kejam dari sangkaannya. Dia bukan lagi Sharani yang di kenalinya sewaktu zaman sekolah.

“MOHD SHARANI BIN BORHAN.” Kini Sharani dan tok kadi saling bersalaman.

“Ye saya.” Jawab Sharani.

“Aku nikahkan dikau dengan Mia Liyana binti Razak dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai.”

Giliran Sharani pula menjawab akad.

“Aku terima nikah, Mia Liyana binti Razak dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai.”

“Sah?” Tanya tok kadi kepada dua orang saksinya.

“Sah..” Mereka menjawab.

Selesai sudah majlis akad nikah Mia dan Sharani. Berjujuran airmata membasahi wajah Mia saat ini.

Mereka semua yang hadir di majlis pernikahan Mia mengaminkan doa yang di baca oleh tok kadi.

Ramai mata yang memandang. Pasti mereka fikir bahawa Mia menangis sebab bahagia, sedangkan hakikat di sebalik tangisan itu dia sedang berperang dengan jiwanya agar lebih bersabar dan redha dengan ujian ini.

Kini tiba pula saatnya untuk majlis pembatalan air sembahyang. Cincin di sarungkan ke jari manis Mia. Sejak awal lagi pandangan Mia lebih terarah ke bawah. Melihat kain pengantinnya yang berwarna putih.

Mia menyalami tangan Sharani selepas cincin tersarung rapi di jari manisnya. Giliran Sharani pula mencium dahi isterinya. Kemudian dia turun mencium pipi Mia. Lalu dia membisikkan sesuatu.

“Abang cintakan Mia. Isteri abang yang sah. Abang dah lama memaafkan Mia.”

Pandangan mereka bertembung. Airmata jatuh tanda bahagia. Seakan tidak percaya dengan apa yang di katakan oleh Sharani, suaminya kini.

“Mia minta maaf sangat-sangat abang.” Kali ini Mia pula berkata. Dalam esakan tangisannya.

Sharani mengelap airmata isterinya.

“Shh.. Sekarang kita bina hidup baru. Hidup dengan bahagia tanpa sengketa.”

Mia menganggukan kepalanya. Setuju dengan cadangan suaminya.

“Tapi, kalau abang nak tambah lagi satu kuota boleh kan sayang?” Sharani sengaja mengusik isterinya.

Satu cubitan maut singgah di lengan Sharani.

“Auch!”

“Jangan nak mengada-ngada ye. Satu je pun belum tentu terjaga, ni ada hati nak lagi satu.” Mia terus-trusan menghadiahkan cubitan bertubi-tubi ke lengan suaminya.

Sharani mengelak.

“Ish, isteri abang ni. Tak sopan betul.” Marah-marah sayang Sharani dengan gaya lembutnya seperti dulu.

Hadirin yang hadir tersenyum bahagia melihat pasangan pengantin yang sedang mengecapi kebahagiaan hidup berumah tangga.

Alhamdulillah. Semuanya telah selamat berjalan dengan lancar. Tiada sengketa mahupun airmata yang jatuh ke pipi. Tapi, hanya kebahgiaan yang melewati detik hidup ini.

Maka, bermulalah episod debunga cinta di antara Sharani dan Mia. Walau selama tujuh tahun dia menunggu Mia, Allah telah memakbulkan doanya. Syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan kebahagiaan yang di berikan. Alhamdulillah…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience