BAB 8

Humor Completed 5460

Papan tanda SMK Kiaramas menjadi saksi pada pagi itu apabila dia melihat kelibat seorang pelajar perempuan yang hadirnya membuatkan sesiapa sahaja bertanya.

“Awal sampai?” Inilah soalan yang kerap kali di tanya oleh kebanyakan pelajar di sekolah ini bila melihat kelibat Mia Liyana.

Pagi ini nampaknya tiada insiden pergaduhan dan tolak menolak yang tercipta. Syukur sangat. Sebabnya Sharani dah tak larat nak bergaduh.

Ketua pengawas pun bergaduh? Haip.. bukan gaduh tumbuk menumbuk, tapi perang mulut sahaja.

Perhimpunan kali ini hanya melibatkan pelajar tingkatan lima. Pelajar di bawah tingkatan tiga dan empat sudah pun naik ke kelas masing-masing apabila mendapat arahan dari guru bertugas.

“Baiklah. Pagi ini saya nak beritahu awak semua tentang kem motivasi yang saya beritahu kelamarin. Ingat lagi tak?” Soal cikgu Murni di hadapan pelajar semua.

“Ingat!” Bergema dewan tertutup dengan jumlah murid keseluruhan tingkatan lima sebanyak seratus lima puluh orang.

“Saya nak tanya, ada tak yang ibu bapanya tidak membenarkan anak-anak dia pergi ke kem ni?”

Keadaan di dalam dewan menjadi riuh seketika. Seperti langau yang berterbangan di telinga orang.

“Diam semua!” Sekali lagi suara cikgu Murni memecah kebisingan di antara pelajar.

“Saya hanya tanya ada ke tak ada. Yang awak semua bising macam langau ni kenapa?” Marah cikgu Murni.

“Tak ada!!” Jawab keseluruhan pelajar tingktan lima.

“Bagus. Kalau macam tu, jumaat ni awak semua bersiap sedia. Dan sebelum hari jumaat ini juga sila bawa duit yang cikgu minta. Sebelum hari jumaat. Faham?”

“Faham cikgu!!”

“Bagus.”

Cikgu terus mengedarkan surat kebenaran dan alatan yang perlu di bawa oleh pelajar di kem motivasi itu nanti. Setiap pelajar mengambil sehelai.

Sepuluh minit mereka semua di dewan tertutup mendengar taklimat ringkas dari pengetua sekolah akhirnya mereka bersurai dan masuk ke kelas masing-masing.

“Mia, malam ni kau keluar tak?” Tanya Kira.

Sebenarnya dia ada agenda nak keluar dengan kawan-kawan yang lain untuk mencari alatan yang di perlukan seperti yang tertulis di surat yang baru sahaja mereka semua terima.

“Erm, aku dah tak keluar malam. Kenapa Kira?” Jawab Mia tanpa berselindung.

Kira pelik dengan jawapan yang di berikan oleh Mia. Sejak bila dia tak keluar malam? Biasanya Mialah orang yang pantang tak keluar dengan Khai. Ni boleh pula dia jawab tak keluar lagi?

“Nak ikut aku tak pergi cari barang-barang ni?” Kira mengibas-ngibas kertas yang bersaiz A4 itu di depan muka Mia.

“Boleh juga!” Jawab Mia girang.

Pelik. Ish, dah lah. Jangan nak fikir yang bukan-bukan lagi.

Mereka beriringan meniti anak tangga sehinggalah sampai ke tingkat empat. Kelas mereka terletak di atas sekali. Dekat dengan makmal sains.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience