BAB 6

Humor Completed 5460

Kalau ikutkan jadual yang terpampang di papan tanda bas Iskandar Malaysia, dia akan lalu untuk kali terakhir pada jam lima setengah petang. Maka dengan itu segeralah mereka menunggu semula di tempat perhentian bas.

Setengah jam kemudian, penantian mereka berakhir juga. Bas Iskandar Malaysia datang dan mengambil mereka bertiga dan hantar ke destinasi.

Dua puluh lima minit sahaja masa yang di ambil oleh Bas Iskandar Malaysia untuk sampai ke tempat tujuan Mia, Kira dan Sharani.

Perehentian bas di seberang jalan depan rumah Haziq memudahkan meraka untuk berulang alik hari ini. Mujurlah sekarang ini perkhidmatan pengangkutan awam senang di dapati terutama di kawasan taman perumahan.

Turun sahaja dari bas Iskandar Malaysia, mereka bertiga tidak membuang masa lagi terus menuju ke rumah Haziq untuk menziarahinya.

Hanya mengambil masa lima minit waktu untuk mereka sampai di depan rumah Haziq.

“Assalamualikum..” Serentak mereka memberi salam walaupun tidak merancang bersama.

Kira menekan lonceng setelah salam untuk kali ke dua tidak di sahut.

“Haziq! Assalamualaikum..” Sharani telah mengeluarkan suara jantannya, menjerit.

“Tak da orang kut dekat rumah dia. Kereta bapak dia pun tak ada.” Mia membuat andaiannya.

“Takkan lah.” Kira menyangkal.

“Assalamualaikum..” Sekali lagi Mia memberi salam.

Kira terus menerus menekan lonceng. Namun hampa bila tiada seoarang pun yang keluar dari dalam rumah menyambut kedatangan mereka semua.

“Kamu semua cari siapa?” Tanya seorang pakcik dari halaman rumah sebelah Haziq.

“Kita orang nak jumpa Haziq.” Jawab Mia.

“Oh, Haziq. Dia tak ada dekat sini. Malam semalam dia balik kampung dengan keluarga.” Jawab pakcik itu lagi.

“Lah.. dia tak ada rupanya. Penat je datang sini.” Rungut Kira.

“Ish.. apa kau ni cakap macam tu. Tak sopan langsung! Tak baik tahu? Kitakan nak lawat orang sakit, kita pun salah. Kenapa tak telefon mama dia tanya dia ada dekat rumah ke tak.” Balas Sharani dengan kipas kertas di tangannya. Panas.

“Erm, tak palah pakcik. Terima kasih.” Mia meminta izin untuk pergi dahulu.

“Yelah. Hati-hati ye semua.” Balas pakcik itu.

Mereka bertiga meninggalkan kawasan perumahan Haziq dengan perasaan hampa. Tak sangka pula yang kawan sekolahnya dah pulang ke kampung. Teruk ke sakitnya? Atau saja je balik kampung?

“Ha, korang ni ada nak ke mana-mana lagi ke?” Tiba-tiba Sharani menyoal. Memecah kesunyian antara mereka bertiga.

“Mia nak pergi perpustakaan. Nak ikut?” Pelawa Kira.

“Pustakaan? Boleh juga.” Sharani bersetuju dengan gaya gedik menyotongnya.

‘Hem.. ingatkan tak nak ikut. Baru nak jalan-jalan. Ni kalau ada si cumi-cumi, memang tak kemana sangatlah aku. Dah tu tak habis-habis nak lembek. Geli pula aku tengok gaya sotong ni.’ getus Mia dalam hati.

“HA HA HA HA!” Entah apa yang di borakkan dengan Kira, Mia malas nak ambil port.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience