BAB 12

Humor Completed 5460

Usai senaman pagi, mereka semua di kumpulkan di dewan terbuka seperti malam tadi. Pelajar lelaki di barisan kiri dan pelajar perempuan di bahagian kanan.

Penceramah sudah pun menunggu mereka di sana bersama bahan-bahan untuk mereka semua.

Sesi motivasi di mulakan dengan skop pembelajaran dan soalan-soalan ramalan yang akan masuk. Pelajar semua di minta catit nota untuk ulang kaji.

Seperti kehidupan seharian, selepas makan tengahari pada jam dua belas empat puluh empat puluh lima, mereka di arah untuk mandi kemudian solat zuhur secara berjemaah di dewan tertutup pula.

Detik berganti minit. Meninggalkan kenangan-kenangan yang manis walau hanya dalam tempoh masa yang singkat. Hari yang di nantikan telah pun tiba. Hari perpisahan untuk pelajar dan penceramah motivasi.

Setakat ini draf yang di tunjukkan oleh kesan motivasi yang di berikan melalui cara permainan dan skop berkumpulan meninggalkan impak yang kuat dalam jiwa para pelajar. Itulah yang terjadi sebulan selepas kem motivasi mereka semua.

PADANG yang luas menjadi saksi. Saksi keperitan seorang pelajar lelaki yang menyatakan hasrat hatinya kepada si gadis.

“Aku tahu aku tak setampan Khai. Aku tak sesado Khai. Tapi aku nak kau tahu, selama ni sejak kita tingkatan satu lagi, aku suka kau.”

Kali ini bukan sahaja sifat lembutnya hilang, tetapi suara halusnya yang selalu membebel juga hilang. Yang berdiri di hadapan Mia kini seorang lelaki yang tegas. Setegas pendiriannya sewaktu menjawat jawatan sebagai pengerusi dalam kelab dan juga ketua pengawas.

“Aku faham kalau kau rasa aku ni perasan ke apa ke. Tu aku faham. Yelah, aku ni mungkin citarasa kau. Tapi aku cuma nak luahkan sebelum kita buat haluan masing-masing.” Terukir senyuman di akhir katanya.

Namun, Mia hanya mendiamkan diri tanpa memandang wajah Sharani yang mengharapkan tindak balas positif walaupun dia tahu yang itu sukar.

“Mia..asal kau diam?” Soal Sharani.

Walaupun waktu kini menganjak ke angka lima petang, matahari seakan menenggelamkan dirinya di balik awan yang kelabu. Mendung mendatangi mereka.

“Cuba kau beritahu aku, hebat mana cinta kau sampaikan aku terpikat?” Kata-kata yang baru sahaja keluar dari mulut Mia mematikan senyuman Sharani.

“Mia..kenapa cakap macam…”

“Jap! Bagi aku pula yang cakap. Kau dah habis cakap kan tadi?”

“Bagitahu aku, kenapa aku orangnya yang kau suka? Kau tahukan sejak awal aku memang tak suka kau? Kau tak nampak ke aku layan kau macam mana? Kau buta?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience