BAB 10

Humor Completed 5460

JUMAAT, 15 MAC 2016. Tepat jam 07.25 malam semua pelajar sudah berkumpul di dewan terbuka bersama cikgu-cikgu yang terlibat sama dengan kem motivasi ini.

Kem motivasi pada kali ini hanya di lakukan di kawasan sekolah dengan kehadiran penceramah motivasi untuk pelajar tingkatan lima. Selama tiga hari dua malam mereka akan menetap di sekolah dan berkhemah di kawasan padang sekolah pada malamnya.

Jam menunjukkan ke angka tujuh tiga puluh minit malam. Semua pelajar dan cikgu muslim sedang menunaikan solat. Yang bukan muslim pula di arahkan untuk menyusun atur peralatan-peralatan yang di perlukan malam ini. Mungkin ada permainan yang akan di buat.

Masa berlalu begitu pantas. Sedar atau tidak hari kian lewat malam. Namun belum ada tanda-tanda yang mereka akan masuk tidur lagi.

Permainan masih di teruskan lagi. Kali ini mereka akan di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Hang Tuah, Hang Nadim, Hang Jebat, Hang Lekiu dan Hang Kasturi.

Mia di masukkan ke dalam kumpulan Hang Nadim yang ketuanya adalah Haziq. Manakalah Sharani pula di masukkan ke dalam kumpulan Hang Jebat dan Kira di dalam kumpulan Hang Tuah. Manakala pelajar yang lain di bahagi kepada Hang Lekiu dan Hang Kasturi.

Permainan di mulakan apabila mata setiap wakil kumpulan di tutup dengan hitam. Menyukarkan mereka untuk melihat namun perlu mendengar dengan teliti dan menggunakan setiap anggota badan untuk mengenal pasti ahli kumpulan masing-masing yang telah di culik oleh Carlos Brook (gergasi yang makan manusia) dengan mulut yang di tutup.

Setiap ahli kumpulan yang terlibat dalam misi menyelamat dan di culik, mereka di berikan satu klu atau barang yang hampir sama dengan ahli mereka yang di tutup mata. Mereka akan di kira menang sekiranya mereka berjaya menyelamatkan sekuranganya tiga dari empat orang yang mempunyai kesamaan klu atau barang yang di berikan oleh cikgu. Permainan ini berlangsung dengan sunyi sepi di tengah dewan terbuka. Semua pelajar yang masih melihat di minta untuk membisukan mulut masing-masing selama mana wakil ahli kumpulan mereka cuba menyelamatkan rakan yang di culik dengan mata yang di tutup dengan kain.

Pelanggaran berlaku sesama mereka dalam misi ini. Masih tidak berputus asa, mereka masih mencari walaupun dalam keadaan sukar. Permaianan ini mengambil masa dalam dua puluh minit.

Dalam permainan kali ini, apa yang ingin di sampaikan oleh cikgu adalah sikap setia kawan. Kalau di ikutkan pada logik akal, setiap wakil pasukan yang di culik mereka bukanlah memegang atau di beri klu dan barangan yang sama dengan rakan mereka yang di lantik sebagai perwira penyelamat.

Tetapi, kesemua mereka di berikan klu dan barangan yang sama. Jika penyelamat mereka terlalu peka dengan keadaan sekeliling, mereka akan menggunakan taktik yang bijak. Permianan tamat apabila cikgu meniupkan wisel penamat. Mereka yang telah di selamatkan di suruh membuat kumpulan dengan penyelamat masing-masing.

Apabila mata di buka, hampir keseluruhan ahli mereka adalah orang yang bercampur dengan ahli kumpulan lain.

“Baiklah. Sekarang saya nak tanya mereka yang menjadi penyemalat rakan-rakan awak semua.

Adakah orang yang kamu selamatkan adalah rakan dalam kumpulan awak sendiri?” Soal cikgu Ali kepada Muhammad. Selaku ketua untuk kumpulan Hang Kasturi.

“Bukan. Sorang je ahli kumpulan saya.” Jawab Muhammad yakin.

“Jadi, kamu ingin menukar kawan yang kamu selamatkan tadi dengan ahli kumpulan kamu sendiri?” Tanya cikgu Ali lagi.

“Mestilah. Saya kena selamatkan ahli kumpulan saya. Bukan yang lain.” Jawab Muhammad lagi. penuh dengan keyakinan.

“Okey. Itu adalah jawapan dari ketua kumnpulan Hang Kasturi. Silakan duduk.” Arah cikgu Ali.

Dia sambung kembali dengan ceramahnya kenapa dan untuk apa permainan ini di lakukan.

“Awak semua tahu apa tujuan game kita malam ini?” Tanya cikgu Ali kepada semua pelajar yang ada di tengah dewan.

“Tak!” Jawab semua pelajar tingkatan lima SMK SERI ALAM 2.

“Game pada malam ini adalah untuk menguji semangat setia kawan dan memupuk nilai kesedaran dalam diri kamu semua.

Cuba kamu perhatikan setiap ahli yang telah di selamatkan oleh wakil penyelamat kumpulan kamu.

Adakah setiap mereka yang di selamatkan adalah dari kalangan ahli kumpulan kamu sendiri ataupun dari kumpulan lain.”

Semua pelajar berbisik sesema mereka. Belum ada yang berani menyatakan dengan jelas dan lantang di hadapan seratus lima puluh pelajar tingkatan lima ini.

“Saya nak kamu fikir, kenapa saya berikan mereka yang di culik oleh Carlos Brook ini (cikgu Ali menunding ke arah Sharani) adalah lebih kurang dan sama? Untuk, apabila penyelamat kamu ini datang dia akan minta klu yang di berikan. Apabila yang di culik itu mengeluarkan barang itu, dan di rasai oleh penyelamat mereka akan terus automatik menyatakan ‘Oh, ni lah ahli kumpulan aku yang kena culik tu’ kan?” Kali ini cikgu Ali memandang tepat ke wajah Muhammad yang menyiputkan diri di balik ahli kumpulan yang telah di selamatkannya.

“Kita ni jangan terlalu fokus untuk dapatkan sesuatu yang sukar sedangkan yang mudah untuk kita dapatkan dah kita rebut. Saya cakap kepada awak semua untuk selamatkan sekurangnya tiga dari empat, tetapi awak cari berapa orang? Cukup-cukup tiga sahaja. Sebab apa? Awak semua fikir kalau dapat tiga dari empat orang, ahli kumpulan awak dah menang. Tapi itulah kesilapan yang besar yang awak buat bila saat ini awak nampak kumpulan Kira merebut semua ahli-ahli yang di culik dan tidak di selamatkan oleh awak sendiri adalah mereka yang dari ahli awak sendiri.”

Sedikit terpukul dengan agenda di sebalik permainan, Shahril memasamkan mukanya. Dia tahu yang kumpulannya sudah terang lagi bersuluh, takkan menang.

“Dengar sini. Game ni bukan hanya untuk seronok. Tapi mengajar kita agar peka dengan sekitar. Jangan hanya letak target setakat cukup-cukup makan, tetapi more! Lagi dan lagi. Contohnya seperti tadi, kenapa ada yang letak target hanya setakat tiga orang? Sebabnya awak fikir yang lima orang lagi sudah tentu dah jadi makanan untuk Carlos Brook, kan?”

Keadaan di dewan terbuka menjadi hingar bingar dengan gelak tawa.

“Ha ha ha. okey, berhenti ketawa.” Cikgu Ali memberi arahan. Suasana sepi kembali.

“Baiklah pelajar semua. Apa yang di katakan oleh cikgu Ali tadi memang betul. Awak semua nak ambil SPM lagi beberapa bulan. Dan melalui permainan malam ini apa yang ingin di sampaikan oleh cikgu dan saya sendiri kepada awak semua, jangan letakkan target cukup-cukup makan untuk SPM. Jangan awak tengok yang sukar, tapi cari jalan yang mudah untuk skor setiap mata pelajaran.

Saya tahu, zaman la ni, zaman milenia. Zaman teknologi maklumat. Zaman yang makin sukar untuk kita cari ilmu dan kuasainya. Tetapi, kalau kita semua bersatu menolong sesama kita, usaha dan rajin tanpa mengira siapa pun dah tentunya kita akan berjaya kan?

Jangan pula awak semua rasa down bila budak kelas sains mengajar awak matematik, dan budak sains pula rasa down dengan budak prinsip akaun. Kita kena sama-sama. Barulah berjaya.” Sambung penceramah itu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience