BAB 14

Humor Completed 5460

7 TAHUN BERLALU..

PASIR GUDANG, JALAN PERAK 2. Kilang di mana Sharani kini bekerja sebagai seorang polis bantuan. Di sini jugalah masanya di habiskan selain dia sibuk menyiapkan buku-buku cerita dan novel.

Siapa sangka kan, jika tujuh tahun yang lalu dia lemah lembut tak ubah sepeti seekor sotong, kini menjadi kental sebagai anggota polis bantuan di kilang ini.

03 Julai 2023 hari Isnin, di tempat yang sama dia berjalan bersama Kira dan Mia dia kunjungi. Di sini jugalah secara tak sengajanya dia ternampak Khai, kekasih Mia bersama seorang perempuan yang berpakaian agak mencolok mata bergelak tawa.

Dia tidak pasti samada Mia perasan atau tidak kelibat Khai pada waktu itu. Di sebalik kaca yang memisahakan mereka berlima, hati Sharani agak terbakar dengan sikap Khai yang memainkan Mia.

“Kira, sini.” Sharani menjerit namun suranya seperti berbisik memanggil Kira. Maklumlah, di dalam perpustakaan tak boleh buat bising.

“Apa.” Tanya Kira.

Waktu ini dia sedang khusyuk membaca buku rujukan tentang sejarah keislaman manusia di zaman Nabi S.A.W.

“Sini lah. Cepat!” Beria sungguh Sharani memanggil Kira.

Kira menuju ke arah Sharani dengan muka yang sengaja di muncungkan. Kacau dia hendah membaca. Tengah khusyulah katakan.

“Oh my God!” Kira cepat-cepat menutup mulutnya dengan tangan.

Seakan tidak percaya dengan apa yang mereka nampak. Biar betul?

“Ops! Sorry-sorry! Saya tak sengaja!” Gadis itu meminta maaf kerana telah melanggar Sharani yang sedang di awangan bersama memori lalu.

“Tak pa, tak apa?” Sharani turut membantu gadis itu menguti buku-buku yang jatuh bersepah di lantai.

‘Banyak betul buku. Dari mana buku ni dan nak kemana?’ Sharani menyoal hatinya sendiri.

“Terima kasih encik.” Gadis itu mengucapkan terima kasih kerana lelaki itu telah membantunya memungut buku-buku rujukan yang jatuh ke lantai tadi.

“Sama-sama.”

Mereka saling berpandangan. Buku bertukar tangan. Pandangan mereka terhenti seketika di antara satu sama lain. Benarkah? Benar lah…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience