BAB 1

Humor Completed 5460

Smk Kiaramas, papan tanda ini yang makin malap dek kerana hampir seminggu tidak di gilap oleh pakcik tukang kebun sekolah. Dengar kata dia sakit, sebab itu kelibatnya tidak nampak kebelakangan ini.

Jam di tangan menunjukkan ke angka 07.15 pagi. Ketua pengawas yang di tugaskan menjaga pintu pagar sekolah memerhati ke luar, kebarangkalian ada lagi pelajar yang datang lambat hari ini.

Seperti biasa, lonceng sekolah akan di tekan tepat pada waktunya oleh pengawas yang di tugaskan.

“Nampaknya hari ini tak ada yang lambat. Bagus.” Sharani berkata dengan dirinya sendiri.

Tidak menunggu lama, terus pintu pagar itu di tutup rapat. Dengan hemahnya dia merapati tanpa memandang ke luar.

Tanpa di jangka, dia terjatuh ke belakang.

“Aduh! Patah tulang aku!” Dia mengerang sakit.

“Sakit ke?” Tanya pelajar perempuan itu.

Sebenarnya dia memang sengaja menolak pintu pagar tadi. Oleh kerana kelewatannya, dan dia tidak mahu di denda apabila namanya di ambil oleh pengawas yang mengawal, dia terpaksa.

“Kau tanya aku sakit ke? Meh-meh sini. Aku tolak kau. Baru kau tahu sakit ke tak.” Sharani bangun sambil menggosok pinggangnya yang terasa sakit sangat.

Bukan perlahan tolakan tadi. Rasanya macam dah patah tulang ni.

“Alah, kata lelaki. Tak sadolah kalau jatuh macam tu dah sakit. Mengerang macam perempuan.” Setapak dia ke hadapan masuk ke dalam kawasan sekolah.

“Ish! Tak sopan betul kau ni.”

“Banyaklah kau punya perempuan. Sakit tahu tak.” Betah Sharani lagi.

“Yelah tu.” Setapak lagi kakinya melangkah ke depan.

Mantap lakonanya bila Sharani selaku ketua pengawas tidak mengendahkan kelewatannya.

“Aduh..” Sharani mengaduh sakit.

Baru dia perasan tentang sesuatu yang hilang dari tangannya. Buku kedatangan kelewatan pelajar ke sekolah dan bermasalah tiada di tangan.

Dia mencari di sekitar mereka berdua. Buku itu terjatuh nun di sana. Lebih kurang sepuluh langkah kaki.

Pelajar perempuan itu hanya menjadi pemerhati. Senyuman yang terukir penuh agenda. bila masanya dah tiba, dia akan lakukan. Takkan nak menghadap cikgu disiplin lagi?

Sharani berjalan dengan lenggok dan sopan. Kemudian dia mencapai buku yang terjatuh bersamanya tadi.

“Jauh betul kau lari dari aku kan.” Buku itu di ambil sambil mulutnya membebel dengan buku.

“Aik? Laju betul dia buat kerja.” Terkejut dengan apa yang dia nampak.

Kelibat pelajar perempuan tadi kini hilang dari pandangan. Tergeleng-geleng kepala Sharani melihat sikap pelajar perempuan itu. Tak sopan!

“Kau ingat aku tak tahu nama kau siapa? Hem, dengan cikgu kau bolehlah kelentong, dengan aku, sorry to say lah ye.”

Dengan selambanya dia bercakap seorang diri dengan gaya lembutnya yang memukau. Buku kedatangan pelajar yang lambat di buka ke helaian seterusnya. Dia terus mencatit nama pelajar perempuan tadi.

Tersenyum dia melihat nama yang tertera. Hanya nama itu yang menjadi orang pertama menguasai buku itu sejak sebulan lalu.

Entah apa masalah dia selalu datang lambat. Nak kata naik bas, tak. Sebabnya ada sebuah motorsikal Kawasaki hitam yang selalu hantarnya ke sekolah setiap pagi, dan ambilnya setiap kali habis waktu sekolah.

“Ah, buat apa aku nak pening-pening fikir pasal dia. Baik aku buat kerja aku.”

Buku di tutup. Dia kembali mengunci pintu pagar sekolah. Setelah siap periksa dengan teliti, dia berjalan ke dewan terbuka bersama dengan pelajar dan cikgu di sana. Tugasnya menjaga di pintu pagar sekolah sudah selesai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience