BAB 9

Humor Completed 5460

Lonceng berbunyi untuk kali ke empat. Menandakan telah tamatnya waktu pembelajaran di sekolah untuk hari ini. Dari bawah bangunan boleh nampak semua pelajar berpusu-pusu turun dari aras bangunan sekolah untuk pulang ke rumah. Tindak ketinggalan juga dengan Sharani.

Dia berlari anak menuruni anak tangga untuk sampai ke tingkat bawah.

“Asal kau ni?” Tanya Haziq.

Dengan tak sengajanya Sharani telah melanggar bahi Haziq yang sedang berjalan di bangunan bilik guru.

“Sorry-sorry. Aku nak cepat. Sorry tau!”

Dia terus berlalu dengan larian lembut untuk segera sampai ke pintu pagar sekolah.

“Alah, budak-budak ni tak ada tempat ke nak duduk? Depan pagar juga nak duduk. Tak sopan betul anak dara duduk depan pintu.” Bebel Sharani bila dia terpaksa berhenti berlari kerana kesesakan yang berlaku di hadapan muka pintu pagar sekolah.

“Tumpang-tumpang..” Sharani terpaksa cari inisiatif lain untuk keluar dengan segera kerana ada yang menanti dirinya di luar sana.

Pelajar perempuan yang mendengar dan melihat akan tangan ketua pengawas mereka mendepakan kedua tangannya, mereka berganjak.

Ada juga pelajar yang ridak mahu memberi ruang kepada Sharani untuk jalan. Dengan pandangan yang sinis, mereka melihat menyampah ke arah ketua pengawas mereka. Menyampah!

“Kau tengok tu si cumi tu, asal boleh je nak menyelit dekat budak-budak tu. Adeh.” Kira menunding jari ke arah kelibat Sharani yang hilang di balik segerompolan pelajar tadi.

“Ish! Tak sopan betul dia tu!” Mia mengolok balik gaya dan cara percakapan Sharani.

Ketawa mereka berdua bila teringatkan hal itu. Itulah ketua pengawas kami yang lembut. Ish! Tak sopan betul kutuk ketua pengawas sendiri kan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience