MHSA Bab 33.

Romance Completed 1165588

Kaki melangkah masuk menerusi pintu kaca tingkat bawah butik milik Datin Juwita. Butik ini memiliki 3 tingkat kesemuanya. J-Wita Boutique memang terkenal dikalangan ahli-hali korporat. Selain menerima tempahan khas, mereka juga menghasilkan rekaan untuk para pengantin.

"Welcome Tengku. Have a sit," sapa mesra si gadis tinggi lampai itu. Senyum juga turut terukir di bibirnya. Tapi bila matanya beralih ke arah Seri, senyuman semanis gula tadi lenyap dengan serta merta. Penampilan Seri diperhatikan dari bawah ke atas. Kemudian dia beri senyuman mengejek. 

Perempuan mana pulak jadi mangsa Tengku Zein Luftman kali ini? Nampak kolot sangat. Cara berpakaian pun alahai, out dated. Blaus dan palazzo disertakan dengan tudung yang sama warna dengan baju, emerald green. Compared on me, I'm a lot better. Ejeknya dalam hati.

Zein menarik tangan Seri supaya lebih dekat dengannya. Bila jari-jemari Zein melingkari setiap jari-jemari Seri, wanita tinggi lampai itu jatuh rahang. Berkelip-kelip kelopak matanya. 

"Kau nak stay sini atau nak masuk dalam jumpa Mak Long?" Bisik Zein ke telinga Seri. 

"I'll stay here. You go." Seri menolak lembut. Kemudian membalas senyuman Zein tadi. 

Zein menurut. Langkah diatur ke sesuatu bilik.

Seri duduk ditempat yang disediakan khas untuk tetamu.

"How long did you know him?" Kata wanita tinggi lampai itu. Mata tak lepas dari merenung Seri. Dia masih tak puas hati selagi tak mengetahui siapa sebenarnya gadis bertudung yang hadir bersama Tengku Zein Luftman, lelaki yang menjadi pujaannya dalam diam. Dia sengaja berkata begitu supaya dia mahu Seri tahu Zein itu miliknya. Walaupun Zein tidak pernah melayannya. Dia akui sungguh sukar untuk dia mendekati lelaki bernama Tengku Zein Luftman ini. Namun dia hairan melihat Zein sepertinya sangat rapat dengan wanita itu. Siap pegang tangan! Perempuan apa yang bertudung tadi tidak tahu batas aurat dia dengan bukan mahramnya.

"Cik bercakap dengan saya ke?" Soal Seri. Peliknya dia ni. Awat hang pun salah satu mangsa Zein tu ka? Soal Seri dalam hati. Dan kalau betul, pasti akan jadi sangat canggung.

"Yelah. Takkan dengan buku ni?" Jawabnya sebal. Dia pegang sebuah buku yang sedikit tebal. Buku itu digunakan untuk mencatit keperluan pelanggan. "Ni aku tanya berapa lama kau kenal dengan Tengku?" Soalnya masih tak puas hati.

"Satu bulan lepas," jawab Seri jujur. Kalau dikira dari tarikh perkenal Zein dengannya sewaktu di restoran dulu memang genap 1 bulan. Tak termasuk dengan pertemuan kali pertama. "Cik rapat dengan Tengku ke?" Seri balik bertanya. Mahu tahu siapa wanita yang sibuk bertanya perihal dirinya. Terkesan riak cemburu di situ.

"Satu bulan boleh mesra macam tu? Siap pegang tangan? Kau tak tahu ke apa hukumnya bersentuhan dengan lelaki bukan mahram kau? And yes. Memang I rapat dengan dia." Jawabnya pedas. Kemudian senyum sinis dilemparkan.

Wah! Hebatnya! Kau tahu hukum Allah yang satu tu. Bravo! Ujur Seri dalam diam. Kagum.

Walaupun penampilannya tak seperti apa yang dipamerkan di hadapan matanya saat ini. Tahu hukum bersentuhan dengan bukan mahram itu, haram. Habis kau buka aurat kau depan bukan mahram tu apa? Tak haram? Tak berdosa? Tapi itu hanyalah soalan dari hati Seri saja. Tak berniat untuk bertanya langsung. Biarlah urusan dia dengan Allah. 

"Saya..." kata Seri dipotong begitu saja tanpa sempat dia menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku. 

"...kau mesti kau baru kenal dengan dia kan? Tengku tu ramai 'simpanan' kat luar sana. Tak cukup 1 perempuan. Aku kesian sangat dengan kau. Jadi mangsa dia. And for your information, his mine," beritahunya lagi.

"Saya dengan dia...." Tak sempat Seri menjelaskan katanya bila ada orang lain yang lebih dulu menegurnya.

"Seri?! You Seri Ayuni kan? Still recognize me?" Soal gadis seksi itu. Seri disapa dengan teruja.

Seri sedikit terkejut. Dahi berkerut memikirkan di mana mereka pernah berjumpa. Sah! Aku memang pernah jumpa dia. Tapi di mana ya? 

Seri berusaha mengorek segala maklumat yang tersimpan di kotak memorinya. Hmmm... Ahha! 

"Tasya kan?" Soal Seri bila wanita itu masih tersenyum kepadanya. Memang dia Tasya. Seri bangun dari duduknya sebentar tadi.

Tasya koyak senyum lebar. "Ha! Ingat pun. I ingat you lupa..." Tasya melihat penampilan Seri. "Wow! You look so different now. Prettier than before," puji Tasya jujur. Memang dia cam Seri walaupun Seri sudah tidak berkacamata. Baginya wajah itu amat sukar untuk dilupakan. Sangat cantik di kaca matanya. 

Sewaktu dia melangkah masuk ke butik ibu Tengku Adam ini, hatinya meronta-ronta mahu mendekati wanita itu. Tak disangka selepas melihatnya, dia berjumpa dengan wanita ini lagi. Kali terakhir mereka berjumpa di restoran sewaktu Seri bersama dengan Tengku Adam. Mereka tak sempat berkenalan kerana Seri tiba-tiba pulang dahulu.

Seri sekadar senyum bila wanita seksi itu masih ingat kepadanya. Ya! Tasya masih begitu. Masih dengan imej seksinya. Tak sah kalau berbaju tak tersembul dimana-mana. Tapi yang mengundang rasa senang di hatinya adalah kemesraan Tasya itu. Walaupun baru sekali berjumpa dengannya malah tak sempat bertegur sapa, Tasya masih ingat tentang dirinya. Tak ke itu satu pengiktirafan baginya. Tak sombong!

Setelah bersalam dan melagakan pipi,  Tasya masih dengan senyumnya. Aku pula yang rasa lain. Jangan songsang sudah. Penat nak hadap spesis macam tu. Hisy! Apa kau melalut Seri. 

Mira yang melihat kemesraan Tasya pada Seri jadi hairan. Dia mencebik tak suka. Tasya ni sombong orangnya. Tapi boleh pula dia menegur Seri seperti sudah lama kenal. Mesra semacam. Atau mereka memang rapat?

"You owe me an explanation." Tak semena-mena Tasya berkata begitu. Ya! Seri berhutang dengannya. Dan dia mahu menuntutnya sekarang.

Soalan dari wanita itu buat Seri berkerut. Soalan yang tiba-tiba.

"Hutang?" Soal Seri pula. Pelik. Penjelasan apa yang aku harus berikan? Seri sendiri keliru.

"Ehem!" Pandangan Tasya dan Seri menoleh pada suara itu. Zein melangkah dengan penuh karisma. "What did you guys talking about?” Tanya Zein bila dia menghampiri dua wanita itu. Kedua tangannya masuk ke dalam kocek seluar. 

"Nothing much. Baru masuk sesi suai kenal. You lah susah sangat nak beri Seri jumpa I. Nasib jumpa kat butik Aunty ni. Kalau tak, entah sampai bila you nak sorokkan Seri daripada I." Balas Tasya tak puas hati. 

"Well, orang tengah hangat bercinta mana ada masa nak berjumpa orang luar. Mestilah sibuk bercinta kat dalam rumah. Kan sweetheart?" Zein kalih mata melihat Seri yang sudah terlopong sedikit. Mesti tak sangka aku gelarkan dia macam tu. Yelah sebelum ni beraku-kau saja. Sekarang dah bertukar panggilan, tentulah dia terkejut. 

Kemudian Zein merangkul pinggang isterinya lalu dirapatkan ke sisi. Dan lagi sekali Seri bagai terkena renjatan elektrik. Sentuhan Zein bagai aliran voltan tinggi pada dirinya. Terus kejung satu badan Seri.

"Aaarrr... So sweet. Jealous I tau. You both looks perfect together. Ni buat I rasa cepat-cepat nak kawin. Tapi sayangnya, orang yang I suka tak suka I pulak. Sadis je dengarkan?" Tasya buat memek muka sedih. Dia sekarang jadi ingat seseorang yang sudah lama diminati namun tidak bagi lelaki itu.

Awkward! 

Seri jadi hairan, timbul pelbagai persoalan dengan keramahan Tasya. Dia tahu aku dengan Zein dah kawin ke?

Maya pula yang sedari tadi masih tak tahu hujung pangkal cerita Tasya. Lagi-lagi dengan sentuhan Zein yang tak teragak-agak pada Seri itu buat dia bertambah bengang dengan Seri. Dia syak hubungan Seri dan Zein bukan sekadar kawan sahaja, lebih dari itu. Mungkin juga sudah sampai di atas katil. What? No way!

"Maya, go upstair, ada customer nak tanya details," arah Datin Juwita pada pekerjanya. 

Maya mengangguk dan pergi dari situ. Tapi dia tak mahu terlepas perkara yang sejak tadi mengganggunya. Maka dia tidak terus naik ke atas, sebaliknya dia bersembunyi disebalik dinding yang berada di hadapan tangga. Kerana hanya tempat itu yang selamat baginya untuk bersembunyi.

"Aunty..." Sapa Tasya mesra. Tangan wanita itu terus dicium dan sama seperti tadi, pipi dilagakan beberapa kali.

"Tasya datang dengan siapa?" Soal Juwita pada gadis seksi itu.

"Tasya sorang Aunty. Nak ambil dress untuk malam ni. Eh! Lupa. Are you guys join the party?" 

Seri toleh pada Zein. Dia tak tahu nak cakap apa. Lagipun Zein tak kata apa-apa pun pada dia.

"Of course. Rugilah tak pergi. Dan I pun nak kenalkan my beautiful bride pada semua." Zein mengeratkan rangkulan di pinggang Seri.

Seri pandang wajah suaminya yang bersahaja. Hisy... rimas pulak dengan perubahan Zein ni. Tak tengok ke kat mana mereka sekarang ni. Seri masih kelu dengan segala kata dan perlakuan Zein padanya sejak tadi. Inikah diri Zein yang sebenar? Bukan tak suka tapi, kalau di tempat awam, tak bolehkah dia behave sikit. Aku dah bertingkat-tingkat malu. Dia pula selamba aje. 

"Tak takut kena kebas? I'm sure she will get other peoples' attention without her notice." Soal Tasya selepas itu.

"That's why I'm doing this. I can't trust them." Jawab Zein tanpa lengah. Sudah tiba saatnya dia harus mengenalkan Seri kepada kawan-kawannya. 

"Cewah! Bercakap macamlah dia tu bukan buaya. You lagilah bapak segala buaya. Ceh!" Tasya mengutuk terang-terangan. Memang Zein buaya tapi buaya yang susah untuk didekati. Sebab itulah ramai yang patah hati dengan dia. 

Zein ketawa lepas bila Tasya menggelarkannya begitu. "Ya, I admit. But, that was before. Now, I'm brand new with a different marking. Tak gitu sweetheart?" 

Datin Juwita tersenyum mendengar penjelasan Zein. Alhamdulillah Zein kini sudah boleh menerima Seri. Layanan Zein pada Seri pun sedikit berubah. Tak sama waktu mereka baru menikah. Kali ini juga Zein sudah boleh tersenyum lepas. Tanpa ada beban.

Seri pula sudah tak tahu mahu berkata apa lagi. Dari tadi dia hanya menjadi pendengar setia kepada dua sahabat itu.

"Seri Sihat?" Soal Juwita pada gadis cantik itu. 

"Alhamdulillah sihat Mak Long. Mak Long sihat?" Soal seri kembali bila mereka selesai berpelukan. 

"Mak Long macam nilah. Sihat orang tua." Jawapan dari Juwita itu membuat Seri dan 2 orang tetamunya turut tersenyum. "Makin cantik Seri sekarang. Ni mesti kerja budak bertuah ni kan?" Juwita kerling Zein yang sudah memberikan senyum terlebih dahulu kepadanya.

Seri senyum mendengar pujian Datin Juwita. "Kerja Zein dengan PA dia. Seri ikutkan aja. Janji dia puas hati." ujarnya.

"Tak apalah. Berubah untuk kebaikan apa salahnya. Eh, dah lama borak kat sini aje. Jom. Lets we find your needs. Hari ni Aunty sponsor both girls saja. Zein, you paid your own. Okay?" Tambah Juwita. Saja mahu melihat reaksi Zein.

Tasya sudah teruja. Reaksinya juga tidak dapat disembunyikan dari riak wajahnya. 

Zein pula tak banyak soal. "Count on me, Mak Long." katanya. 

Orang ada duit kan? Duit terbang macam angin pun tak kesah. Cuma apa yang Seri fikirkan adalah, Tasya. Seri masih dengan persoalan yang belum terjawab.

"Tasya, how do you know we're married?" Soal Seri pada Tasya bagi memecah kebuntuannya. Walaupun sedikit-sebanyak dia dapat menangkap isi perbualan mereka. Namun dia harus mencari kepastian.  

"Of course I know! Zein is my best friend. We've been friends since high school. Ni mesti Zein tak cakap kan? Sampai hati you kan Zein. Tak bagi tahu Seri pun I ni kawan baik you. You're too much!" Tasya sudah menunjukkan muncung itiknya. 

Maya yang sejak tadi mencuri dengar, sudah terkaku di tempatnya. Tak disangka, perempuan yang 'dibasuhnya' tadi adalah isteri kepada Tengku Zein Luftman, billionaire muda Malaysia. Tak tunggu lama dia hentak kaki kemudian naik anak tangga menuju ke tingkat atas seperti yang diarahkan oleh Datin Juwita. Namun dalam hati masih terselit rasa tidak puas hati. Nampaknya lelaki yang dia inginkan selama ini telah pun menjadi milik orang. 

"Sorry for his behaviours, Tasya. Bukan you saja yang terasa, saya pun sama. I tak tahu dia dah bagi tahu you about our secret. Sebab dia tak cakap apa-apa pun pada I. Banyak benda yang dia rahsia dari I. So for lesson learned, Aunty tak payah belanja kita orang hari ni. Biar Zein yang bayar semua. That's the penalty for him. Boleh?"

Zein diam menerima hukuman dari isterinya. Kemudian dia mengangguk saja tanda setuju sambil senyum tak pernah lepas dari bibirnya. Terimalah hukuman tak seberapa tu. Dah itu memang salah dia. 

* * *

Bulat mata Tasya bila melihat penampilan wanita itu di hadapannya. 

Cantik gila! 

Dress warna hitam berlengan panjang itu sangat sesuai dengannya. Di sebelah bahu kanan ada sulaman batu swarovski hingga ke pergelangan tangan. Di pinggang kiri juga turut tersemat batu swarovski yang sama namun sulaman itu berbalas arah dengan sulaman di bahu kanan. Hujung dress itu pula ada lagi satu warna iaitu biru gelap. Tone dari dua warna yang sangat sesuai dipadankan bersama. Tasya terus melangkah menghampiri Seri. Badan wanita itu dipusing-pusingkan mengikut seleranya. Tak puas lagi, dia minta Seri berpusing sendiri. Jari naik pegang dagu sendiri. Macam dalam movie fairytail pula. She's stunning!

"Tasya okay tak ni?" Soal Seri bila tiada kata yang keluar dari bibir wanita itu. 

Dress yang disarung ke tubuhnya ini adalah pilihan Tasya sendiri. Katanya sesuai dengan tema. Tema apa, Seri masih belum tahu. Tapi melihat night dress yang Tasya pilih ni tak mustahil temanya juga meletop. 

"This is not just okay. This is wow! Way better than I expected. Terrific! It's so ravishing on you. I'm certain he is going to like it." Jawabnya dengan sangat teruja. Tasya pasti pilihannya tak salah. 

"Are you sure? Kalau macam tu I tak mau la. Over sangat rasanya. Nanti Zein kutuk I pula. You bukan tak kenal mulut dia macam mana. Lagipun it's just a birthday party. Ni glam sangat dah." Balas Seri tak selesa.

Ini memang bukan taste aku. Nak menunjuk-nunjuk memang aku tak suka. Lagilah pakai macam ni, macam nak pergi cari perhatian saja. Seri membelek kembali dress yang tersarung di badannya. Tak diragui  dress malam itu sangat cantik. Namun dirinya yang tak sesuai dengan dress itu. Silap langkah mahu tersungkur dibuatnya. Tambah pula kasut yang Tasya pilihkan tingginya sampai 5 inci! Dah macam nak pertikai ketinggian aku pulak yang rendang tak berbuah ni. Sah, kalau pakai heels tinggi tu, aku sikit lagi akan menyamai ketinggian Zein. 

"Ala... pedulikanlah mulut diorang tu. Janji I nak you look different. That's all. Barulah sesuai dengan Zein. You bukan tak tahu orang kat luar sana suka banding-bandingkan status orang. Macamlah dia orang tu bagus sangat." Ujur Tasya sedikit tak puas hati. Begitulah kehidupan dunia yang penuh orang berpangkat ni. Tak sedar pekung di badan sendiri.

Seri kagum dengan Tasya. Walaupun dia begini, tapi dia tak seperti orang-orang mementingkan status. Tasya pun datang dari bukan calang-calang keluarga. Dia anak Dato. Kata Zein, Tasya memang tak ramai kawan sebab dia ni cerewet dalam memilih kawan. Tapi tanggapan Seri pada Tasya berubah bila Tasya melayannya seperti seorang kawan yang sudah lama dia kenali. Waktu mula-mula berjumpa tika dulu, memang hati sempat mengutuk dengan  penampilannya. Namun siapa kita mahu menilai orang dari luarannya saja? Mungkin satu hari Tasya akan berjumpa hidayah dari-Nya. Tiada siapa yang tahu. Mungkin hari ini dia begini, tapi esok-lusa malah dia lagi beriman dari aku. Percaturan Allah tiada siapa yang tahu.

"Ni, pakai heels ni pula." Tasya mengambil kasut tumit yang tingginya 5 inci itu dan disuakan kepada Seri. 

Seri mengambilnya dengan teragak-agak. Merelipnya kasut ni! Tinggi pulak! Sekali aku katuk kepala orang dengan tumit ni, confirm ICU perginya. Ni lah kasut yang aku tak sanggup nak pakai. Sakit tumit aku pakai tinggi macam ni. Dah la aku selalu pakai sneakers saja. Kasut bewarna silver itu perhatikan tanpa niat mahu memakainya. Seri garu kepala tak gatal. 

"Kenapa?" Tasya bertanya kembali.

"Tak ada rendah lagi dari ni ke Tasya. Saya takut jatuh tersungkur. Malu la." Tolak Seri. Sungguh dia tak mahu memalukan diri sendiri.

"Ala... peluklah lengan Zein kuat-kuat. Confirm tak tersungkur." Tasya berikan sengih jahatnya.

"You sengaja nak kenakan I ya? Tak kan nak berpeluk dengan dia 24/7. Kalau nak terkucil nanti macam mana?" Pelbagai persoalan bermain difikiran Seri saat ini. Semua ni gara-gara sepasang heels. Tak sanggup memikirkan kemungkinan yang jadi nanti bila betul-betul dia jatuh. 

Tasya ketawa tiba-tiba. Alahai marah pun comel la Seri ni. "Ala, janganlah pikir yang bukan-bukan. You boleh belajar dengan I cara nak jalan pakai heels ni. Tak susah pun. Janji you pandai imbang badan. Trust me, it's worth it. Lagipun kalau Zein ada event besar mesti dia akan bawa you sekali. Takkan you nak pakai sneakers memanjang. Tak kan? So start from now, you kena biasakan. Zein tu kalau pergi mana-mana akan jadi perhatian orang. So, sikit sebanyak, you pun akan jadi bahan perhatian juga." Jelas Tasya panjang lebar.  Kemudian Tasya mengambil kasut di tangan Seri dan diletakkan ke bawah. "Pakai cepat. I ajar your cara kucing berjalan atas red carpet." Sempat Tasya bergurau. Seri turut membalas tawa wanita itu.  

Seri menurut saja. Betul juga apa yang Tasya katakan. Zein pasti akan jadi perhatian ramai, dan pastinya dia juga terbabit sama. Jadi mahu tak mahu Seri harus biasakan dengan suasana glamorous begini. Nasiblah dapat suami yang super famous ni. 

Seri mengikut seperti yang Tasya ajarkan kepada mereka. Tak lupa ada beberapa buah buku diletakkan di atas kepala Seri bagi mengawal keseimbangan badannya. Soalnya perukah semua buku itu di atas kepalanya? Berat! Namun mahu merungut, bukan Seri lah orangnya. 

Pada permulannya, banyak kali juga Seri hampir-hampir terpelecok gara-gara heels itu. Tapi setelah hampir setengah jam Seri berusaha, akhirnya ia membuahkan hasil.

Nasib Zein tak ada waktu ini. Kalau tak, mesti dah ketawakan aku. Tadi setelah mencuba baju resepsi kami, tuxedo untuk Zein mengalami sedikit masalah. Jadi Mak Long bawa dia untuk dibetulkannya. Mujuk dress untuk pihak wanita tak ada apa-apa perubahan. Kalau tak mungkin kami akan mengalami sedikit masalah. Hari resepsi pun tinggal berapa hari saja lagi. Waktu itu kami harus mengenakan 2 pasang persalinan. Nasiblah resepsi pada malam hari saja. Kalau satu hari, tak tahulah berapa pasang persalinan yang akan kami pakai. 

"Apa sebenarnya tema kita ni Tasya. Saya rasa macam glam sangat. Tak nak la kita lagi overshadow dari tuan punya parti." Soal Seri masih dengan latihan catwalk-nya. Kedua tangan di depakan ke sisi. Bila kesimbangan badan mula hilang dia melaraskan semula tanggannya agar dapat mengimbangi semula tubuhnya. Begitulah dia dari tadi. Lenguh di kaki jangan dikira. Punggung pun dah lentik semacam bila heels ni menolak tumit kakinya ke atas.

"Kalau I cakap you mesti tak percaya."

"Apa?"

"It's a masquerade ball party. Can't you conceive of how glamorous we can be? I'm just so excited." Perasaan teruja  di wajah Tasya juga dapat dilihat jelas oleh Seri. 

'Masquerade party?' Seri telah air liur perut. Masquerade party atau parti bertopeng bukan mudah untuk dijayakan. Kerana tetamu yang hadir wajib mengenakan pakaian yang sesuai dengan 'face masks' yang mereka kenakan. Jadi secara tak langsung, pasti ini memang akan mengundang keterujaan pada tetamunya. Bukan saja suasana parti tu yang dikatakan happening, malah apa yang buat kita makin teruja ialah personal identification kita akan jadi sangat terjaga. Tiada seorang pun yang akan kenal kita walaupun kita berbual secara dekat. Melainkan dia membuka topeng muka dan mendedahkan identiti sebenar dirinya. Itulah serba sedikit yang Seri tahu. 

"Serious? Wow macam mana lah agaknya parti tu nanti kan?" Tanya Seri. Dia juga sudah sedikit teruja walau dalam diri masih tidak yakin dia boleh menyesuaikan dirinya dalam parti seperti itu.

"Of course babe. Orang yang buat parti ni pun bukan calang-calang orang. He's the owner of W&M Boutique. His branding is all over in Malaysia. Now his empire spreads to Milan and London. Can you believe, at his age he already celebrated with his owned collection." Jelas Tasya. 

"Ye ke?" Seri tak tahu siapa pemilik W&M Boutique tapi semasa Seri ke Pavillion tempoh hari, Merissa sempat membawa dia ke butik tersebut. Kalau dilihat dari luaran saja memang koleksi yang ditampilkan agak bercitarasa tinggi. Kebanyakan pengunjungnya juga memiliki citarasa yang sama. Dan yang paling Seri banggakan ialah seorang anak melayu tempatan sudah ada satu brading yang terkenal dan meluas ke luar negara. Sungguh sangat menjadi kebanggan negara jika kita boleh melakar nama hingga ke luar negara. 

"That's why dia buat parti ni kat ballroom. Selain jemputan dia ramai, dia juga nak launching his new product. And... Zein will be his new partnership. Jadi tidak boleh tidak, you kena meletop malam ni. Bukan Mike saja yang kena interview, Zein pun sama."

"Apa?!" Terkejut. Seri sudah ternganga luas. Lagi satu berita yang tak terjangkau dek akalnya. Zein akan jadi rakan kongsi kepada pemilik W&M Boutique? Kenapa semua berita ini terlalu mendadak bagi Seri. Dan kenapa Zein tak bagi tahu aku?

"Wait, don't tell me that he didn't tell you? Oh my god!" Tasya sudah menutup mulutnya. Sedar dia sudah terlepas kata. Mampus aku! Mesti Zein akan marah aku cukup-cukup punya. 

"Why he keeps so much mystery?" Soal Seri tak puas hati.

"Seri, I'm sorry okay. It must be a reason he not telling you. But what I'm sure, he just wants to surprise you. So don't mad at him. It's my mistake." Cepat-cepat Tasya membetulkan ucapannya. Sedar akan kesalahan dia kerana telah membocorkan rahsia Zein.

"Hmmm..." Seri tarik nafas dan dilepas perlahan. Dia sudah tak tahu apa yang arus dikatakan lagi. Bukan nak marah Zein pun, cuma benda-benda besar begini seharusnya sampai ketelinganya terlebih dahulu melaui mulut Zein sendiri. Bukan dari mulut orang lain. Mungkin sebab kami tak begitu 'mesra' sebelum ini. Jadi tak mungkin Zein akan beritahu semua benda padanya. 

"It's okay, Tasya. Bukan salah awak pun. I cuma terkejut sebab benda penting macam ni pun dia masih berahsia. Jangan rasa bersalah ya?"

Tangan Seri, Tasya raih. Pandangan mereka bersatu. 

"He was a wonderful man before Munirah took over it. And because of you, he changed. I'm glad you won't give up on him. I know you will fight till the end. That is why I'm happy you with him not her. Dah lama Zein tak segembira ini. Selama ini dia gembira hanya diluaran saja. Tapi di dalam dia kosong. Seri, you dah banyak tolong Zein. Dan I tahu dia pun dah mula cintakan you. He's just too slow to realize. Jadi sebab itu I amat berterima kasih sebab dah pulangkan Zein yang lama." Ada sinar bahagia di kaca mata Tasya. Dia dapat melihat ketulusan Seri menerima Zein. Dan Seri memang seorang yang hebat. Bukan mudah untuk menundukkan keegoan lelaki itu. Kadang-kadang dia juga lemas dengan ego Zein bagai air pasang surut dan kadang-kadang berombak kuat.

"I'm glad you said that to me, but I did absolutely zilch. He changed because his own will." Seri sedar Tasya adalah kawan yang sangat dekat dengan Zein. Masakan tidak, melihat Tasya sekarang saja Seri sudah dapat menilai sebagaimana rapatnya mereka berdua. Patutlah Tasya tanpa segan silu memeluk Zein di depan khalayak. Rupanya mereka sangat rapat. Rapat sekadar kawan. Bukan kekasih.

"I malu sebenarnya dengan you sebab I pernah menggedik dengan Zein dulu. Tapi itu memang diri I yang sebenar. I tak pura-pura. Yes kami rapat, but not more than that."

"Tak apa. Itu cerita lama. Semua orang boleh berubah. Tapi sekarang dah tak boleh pegang-pegang ye. I dah warning you awal-awal ni." Seri habiskan katanya dengan tawa halus.

Tasya sudah seperti udang kena bakar. Merah. Nak marah aku ke tu? 

"Hisy, apalah! Menggedik dengan dia pun tak dapat apa tahu tak? Dia tu dah la beku tahap kutub utara. Dekat dengan dia, angin sejuk dia pun dah melekat dekat I. Tak mahu lah." Tasya sudah kembali ke mood cerianya. "Lagipun hari tu dia suruh I berlakon je sebab nak mengelak dari sorang perempuan ni. Tu yang terpaksa I pegang dia. Kalau tak, tak kuasa I." Tambah Tasya lagi. Memang itulah kejadian yang sebenar. Dan tak disangka di situ juga dia berjumpa Seri dan Adam.

"Kalau I tanya you, you jangan marah ya?" Seri mahu mengesahkan sesuatu. 

"Apa? Tanya je lah." 

"You suka Tengku Adam ya?" 

Terus mata Tasya terbuka luas. Mulut mahu mengelurkan kata tapi sampai di situ saja tanpa ada yang terdengar ditelinga. Kemudian Tasya hanya mengangguk sekali tanda 'Ya' pada soalan Seri itu. 

Seri senyum. "Don't worry I'll help you to get him." Katanya dengan yakin. Mungkin dengan cara ini, Adam sudah tidak mengganggunya. Apalah Adam tu. Perempuan yang baik sudah ada depan mata. Tapi masih tak nampak. Yelah kalau melihat dari pakaian Tasya tak mungkin orang boleh salah anggap. Tapi sama seperti yang Seri kata sebelum ini, penampilan seseorang tak menjamin apa-apa. Apa yang perlu kita lihat adalah hatinya. Rupa-paras jatuh nombor dua. 

Sekali lagi suara Tasya tak terkeluar dari pita suaranya. Seolah-olah tersekat di dalam. Benarkan apa yang dia dengar? Seri akan membantunya untuk mendapatkan Adam? Langsung tubuh langsing Seri dipeluk kemas. Seri membalas pelukan itu. Seri membisikkan sesuatu ketelinga Tasya.

"You sanggup berubah untuk dia?" 

Pelukan dirungkai. "Berubah? Macam mana?" Soal Tasya tak menunggu. 

"Mungkin kita boleh cuba dari cara berpakaian you... Mungkin Adam tak suka dengan perempuan seksi," kata Seri terus terang.

Tasya tunduk melihat diri sendiri. Ya! Dia mengaku penampilannya memang agak daring. Semua lurah nampak. Tak perlu pakai teropong, dari jauh dah nampak. Tapi dia tak tahu pula Adam tak suka perempuan seksi. Sebab sebelum ini Adam ada juga keluar dengan wanita yang berpenampilan sama dengannya. "Apa saja I sanggup buat untuk dia, Seri. Anything for him." 

"Kalau macam tu senyum lah. Jangan sedih-sedih lagi. Insya-Allah tak kan lari gunung dikejar. Adam pasti akan nampak ketulusan hati you."

"I harap macam tu juga Seri."

Dari jauh Zein, Datin Juwita dan Maya nampak kemesraan Seri dengan Tasya. 2 wanita itu dihampiri. Maya berdiri sedikit jauh dari jarak Zein dan Datin Juwita. Masih malu dengan Seri atas kelancangan mulutnya. 

"Dah pilih?" Soal Zein. Zein mengambil tempat di sebelah isterinya. Saat melihat Seri dengan dress hitam 2 tona itu, Zein sudah pegun. Ini Seri Ayuni, isterinya kah? Mata sudah terpaku. Tak dapat dikerdip walau sedikit pun. 

"Seri you looks stunning, dear. Pandai Seri pilih. Selesa tak?" Tanya Datin Juwita. Penampilan Seri dipandang tanpa berkelip.

"Eh... Bukan Seri pilih Mak Long. Tapi Tasya. Seri tak pandai pilih. Tu Seri minta Tasya yang pilihkan." Beritahu Seri jujur.

"Oh! Really? Aunty tak sangka Tasya ada bakat tersimpan. Pandai matching dengan tema. Boleh la lepas-lepas ni Aunty minta tolong Tasya jadi consultant untuk customer Aunty." Kata Juwita.

Tasya senyum bila dipuji begitu. "Boleh Aunty. Tasya free aje." Wajah Juwita dipandang sekali kemudian beralih pada Zein yang masih menjadi patung selepas melihat Seri. 

"Zein! Boleh tak sesi tenung merenung you tu sambung kat rumah. I ni dah lapar. You kena belanja I makan. Upah I lepas pilihkan Seri dress ni." 

Zein seakan baru tersedar. Sedikit terkejut. "Apa you cakap Tasya?" Soalnya lagi. Sumpah! Aku tak dengar apa yang dia cakap. Sibuk sangat tenung isteri sendiri sampai lupa orang sekeliling. Macam mana kalau malam ni Seri akan jadi perhatian kepada mata-mata lelaki di parti tu nanti. Boleh ke aku kawal cemburu aku? Persoalan itu, hanya boleh dijawab oleh dirinya sendiri. 

"Hisy! Itulah. Mana nak dengar kalau otak you dah kemana-mana. I cakap belanja I makan, sebab dah pilihkan dress untuk Seri. Seri pun dah lapar rasanya. Kan Seri?" 

Seri mengangguk laju. Memang dah dari tadi rasa lapar. Dari pukul 2 sampai dah pukul 4 petang!

"Okey... okey. Sorry, I'm speechless. Isteri I ni cantik sangat. I dah terfikir nak simpan dalam peti besi pula. Takut pula nak bagi lepas," dan tak semena-mena pinggang Zein terasa sakit. Rupanya Seri sudah mencubit kulit perutnya. Muka Seri sudah merah dek keletah Zein. 

Juwita tersenyum saja melihat gelagat anak muda itu. Zein yang lama sudah kembali. Kuat begurau.

"Eeee... tolonglah. Simpan ayat romantik you kat rumah je. Jangan nak tunjuk sangat. Yang paling penting jaga Seri elok-elok. Once I know you sakitkan hati dia, I tanam you 7 kaki dalam tanah." Tasya masih tak lepas peluang untuk mengenakan Zein. Dia tahu ada mata-mata yang memerhatikan perbualan mereka. Maya! Mata di jeling khas pada Maya.  

Zein galak ketawa. Lucu mendengar amarah Tasya itu. 

"Jangan risau. Sekarang ni Seri is my first priority." Ujurnya tegas. Dia akan pastikan Seri bahagia bersama dengannya. 

"Seri dengan Tasya dah habis pilih apa yang nak diambil? Kalau dah Aunty minta Maya packing."

"Tasya dah Aunty. Seri pun dah rasanya ke Seri nak tambah apa-apa?" 

"Hmm... cukup kot. Seri tak tahu sangat bab-bab ni." Jawab Seri pula.  

"Okay kalau macam tu..." Maya yang berdiri jauh itu digamit oleh Juwita. Bila Maya sampai di sebelahnya Datin Juwita meminta Maya mengambil semua barang yang mereka perlukan. 

"Let's go girls." Ujur Zein sambil menggenggam kemas tangan Seri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience