MHSA Bab 14.

Romance Completed 1162841

Jam di dinding berdenting sebanyak 11 kali. Menandakan sudah pukul 11 malam. Seri baru siap mengemas dapur. Tadi dia ditemani oleh Mak dan Puan Sri Rania. Namun bila masing-masing sudah kepenatan maka mereka pamit meninggalkan Seri melakukan tugasnya sendiri. Seri faham bila faktor usia, mereka akan merasa cepat letih. Jangan tanya fasal Surya. Dia memang tak pernah turun dapur kecuali waktu nak makan atau dahaga. Mak memang selalu bising sebab Surya malas ke dapur. Tapi biasalah, Surya akan buat tak tahu saja.

Tadi mereka sempat mengimbau kenangan-kenangan lama. Termasuklah cerita sewaktu kecil Tengku Zein Luftman. Dari apa yang Seri dengar, Zein seorang yang manja, carring, charming, romantik... Hmm... macam menyimpang jauh je kan? Tak ada satu pun yang kelihatan sama. Yang ada, dia tu seorang diktator, beku dan pemarah. Jauh sekali nak romantik. Paling tak boleh bla... mulut dia macam tempat pembentungan najis kat bandar Kuantan tu. Busuk! Rasa nak bagi Clorox kasi bersih!

Mama kata sebelum ni perangai dia tak macam tu. Tapi lepas kena tinggal dengan ex-wife dia terus berubah. Ya! Zein tu DUDA! Duda hot! Padanlah perangai macam orang utan terlepas dari zoo. Kerja nak menggigit orang aje. Meroyan tak tentu fasal sebab kena tinggal dengan bini rupanya. Logik la. Siapa pun jadi bini dia akan tinggalkan dia sebab perangai dia tu. Mau taknya. Asyik mengadap hangin sejuk beku dia aje. Siapa pun stress. Kesian dia kan. Macam tu punya hot pun tetap kena tinggal. Tapi Mama tak beritahu kenapa bekas isteri tinggalkan Zein. Mungkin mama mahu menjaga aib. Itulah yang sebaiknya. Melindungi aib seseorang InsyaAllah aib kita juga akan dilindungi Allah swt.

Dalam tidak sedar, Seri sudah lama diperhatikan oleh Zein. Melihat Seri kehulur-kehilir dengan tugasnya, menimbulkan rasa kagum di hatinya. Seri sungguh tangkas melakukan kerja rumah dan tidak kelihatan canggung. Terdetik rasa suka melihat gadis kecil itu dengan keletahnya. Terdengar juga nyanyian kecil keluar dari bibirnya. Lagu dangdut pulak! Sah! Kampung taste.

"Abang pilih yang mana
Perawan atau janda
Perawan memang menawan
Janda lebih menggoda

Abang pilih yang mana
Perawan atau janda
Perawan memang cantik
Janda lebih menarik

Kalau Abang pilih perawan
Masih muda masih segelan
Belum disentuh orang
Belum berpengalaman

Kalau Abang pilih janda
Sudah pasti lebih dewasa
Sudah bermain cinta
Banyak pengalamannya..."

Dengan penuh perasaan Seri menyanyikan lagu itu... Lenggok liriknya juga dia ikut sama seperti penyanyi asal lagu itu, Cita Citata. Baru mahu menyambung lagu 'Perawan Atau Janda' itu semula, Seri rasa diri sedang diperhatikan, Seri berpaling. Sedikit terkejut bila yang dilihat adalah lelaki yang baru menjadi suaminya. Zein memerhatikannya dengan mata helangnya. Susah nak pastikan apa yang dia fikir. Muka tak boleh nak dibaca. Macam disk baru kena format. Kosong!

"Aku suka yang berpengalaman. Boleh ke aku pilih janda sedangkan aku dah kawin dengan kau? Kau anak dara lagi kan? Ke dah 'janda'?" Patah kata Zein tanpa riak diwajahnya itu buat Seri malu mencanak. Dia dengar aku nyanyi!

Tidak jawapan yang keluar daripada Seri.

"Awak nak apa-apa ke?" Soalan lain Seri berikan. Tak mahu jadi tontonan lelaki bertubuh tegap itu terus dia jadi gugup. Bahana tengok body dia lama-lama. Boleh kena heart attack aku nanti. Baju dah la ngam-ngam melekap kat badan. Dia tak ada baju besar sikit ke? Nak tayang body yang sado tu siap package dengan six packs konon. Chet!

"Kau tahu tak berapa lama aku tunggu kau dalam bilik. Aku nak minum. Buatkan air Nescafe cepat. Jangan manis sangat. Kaw!" Arahnya.

Huh? Suruh buat air pun kena lecture dulu. Bagus betul perangai tak semenggah kau kan Mr.Aisberg?

"Awak... cuba cakap elok-elok. Sedap la telinga saya ni dengar. Contohnya, sayang... buatkan abang air Nescafe boleh? Jangan manis sangat tau, manis dengan senyuman sayang tak pe. Hah! Macam tu lah sedap juga saya dengar. Ni tak. Bunyi macam askar nak masuk dock. Tak romantik langsung la awak ni." Omel Seri. Saja nak tengok reaksi Mr.Aisberg. Bukan tak tahu dia tu macam mana Seri? Tak ada ayat bunga-bunga. Tak payah harap sangat la Seri oi!

"Perasanlah kau ni. Bila masa aku bersayang dengan kau. Dah! Air aku cepat hantar. Lambat, aku siram air tu kat muka kau!" Jawab Zein. Padahal dalam hati dah ketawa terbahak-bahak dah bila Seri cakap macam tu.

"Ok lah. Nanti saya buatkan. Awak masuk bilik dulu." Jawab Seri. Dah agak dah jawapan kau, Zein. Saja aku nak test. Kalau berjaya pun bukan aku rugi.

Zein terus beredar.

"Pergi macam tu aje? Tak de ke ucapan untuk aku? Terima kasih ke atau paling tidak pun Thanks. Blah macam tu aje. Hmm... Nasib la Seri dapat suami beku macam ais kat kutub utara tu." ujurnya sendiri tak puas hati dengan Zein.

Tapi tangan tetap membancuh air Nescafe yang diminta sang suami. Dia rasanya sedikit. Hmm sedap! Ok. Let's bring it. Kalau tak sedap, biar aku yang minum. Seri bukanlah penggemar kopi, hantu kopi pun tak. Sekali sekala tu boleh la. Dari membazir dibuang saja.

"Ni air awak." Seri meletakkan muk kaca berwarna merah berlabel Nescafe di atas meja lampu bilik. Dikerling Zein sedang membaca majalah sambil menyandarkan tubuhkan di kepala katil dan kaki disilangkan. Memang kena pakai spek ke baca buku? Heh! Setahu aku dia tak rabun. Lain la kalau aku ni. Sah-sah tak nampak kalu tak pakai spek. Tapi nampak seksi la pulak dia pakai cermin mata. Mata Seri... Mata... Behave!

"Hmm..." Balasnya.

Hah! Lagi sekali. Betul-betul keras, kayu, batu, alah semua benda keras ada kat dialah! Ni kau punya warm up ke nak bagi aku panas hati hah Mr. Aisberg? Kalau betul. Kau silap. Sebab aku takkan mengalah dengan perjuangan aku. Berjuang untuk tambat dan ikat hati kau.

Selalu orang tua-tua kata kalau suami tengah marah, buatkan dia air. Nescaya sejuk marahnya. Ini? pandang pun idok. Patutnya aku yang marah. Ni terbalik pula.

Jangan harap ada terima kasih la Seri. Anggap je kau buat ni sebab tanggungjawab kau sebagai isteri. Dapat pahala. Cukup la kumpul pahala percuma. Bukan susah.

"We need to talk. About us." Zein bangun berpeluk tubuh. Bersandar pada lemari kayu. Style berdiri pun nak kerek.

"Cakap la. Saya dengar." Seri duduk atas tilam. Tak pandang Zein pun sebab mata lebih kepada tengok bantal disisi. Seolah-olah bantal itu dah memanggil-manggil dirinya untuk lena bersama. Aduh mengantuknya.

"Kau tahu aku tak suka kau kan?"

"Tahu. So?" jawabnya malas.

"So, I want you to stay away from my business and my life. You've no right to put question on me. Lagipun kau bukan pilihan aku. Kau hanya pilihan keluarga aku. Dan hanya merangkap menantu tangkap muat dia orang. Actually untuk berdiri sebelah aku pun kau tak layak tau. Kau hanya layak untuk jadi kuli aku je. Aku kesian kat kau sebenarnya, sebab sanggup jadi kuli tak berbayar untuk aku. Taraf kau pun tak layak untuk berdiri sama tinggi dengan aku. Taraf kau tu, nuh... kat sampah." Puas setelah menghamburkan perasaannya.

"Itu aje ke? Ada lagi tak? Sebab kalau tak ada lagi, saya nak tidur. Letih sangat dah ni. Badan pun dah sakit-sakit." Balas Seri. Tangannya kirinya memijat-mijat tangan kanannya. Habis tangan berpindah ke bahu pula. Walau hati aku tengah menyirap dengan kata-kata kau Zein, namun Seri harus berlakon kuat. Tempat aku kat sampah ye? Tak apa. Will see. Aku tetap akan bertahan. Kata-kata kau tu malah bagi semangat kat aku untuk terus berusaha supaya janji yang aku luahkan dulu akan jadi kenyataan. Aku akan pastikan kau jatuh cinta kat aku. Dan kau tak tahu aku ni fighter. Fighter takkan pernah mengalah.

Zein terpempan melihat reaksi isterinya. Bukan sepatutnya dia marah aku ke lepas aku cakap macam tu. Ni relex je aku tengok. Seri ni jenis perempuan macam mana. Jenis hati kering ke apa?

Melihat tiada sahutan Seri bergerak ke almari kayu tempat Zein berdiri. Zein melirik untuk melihat apa yg dibuat oleh isterinya. Sebuah Toto dikeluarkan dan dihampar ke lantai bersebelah tilam. Dia mengambil sebiji bantal. Usai menepuk-nepuk bantal tersebut, Seri terus merebahkan tubuhnya. Doa tidur dibaca dalam hati. Lupa cermin mata belum dibuka, Seri bangun semula. Spek ditanggal dan berbaring kembali.

"Kau memang tidur dengan tudung kat atas kepala ke? Kau tak rimas? Bukan ada sesiapa pun kat sini?" Zein kembali bertanya.

Pelik la kau ni perempuan. Dari planet mane kau datang? Tidur nak bertudung bagai. Macam la aku ni kemaruk sangat.

"Saya risau kalau saya buka tudung saya ni, nanti awak tergoda pula. Saya tak nak la awak terkam saya nanti. Ye lah orang dah lama mendudakan? So faham-faham sajalah." Dalam mata terpejam Seri sempat menjawab mengenakan suaminya.

"Ceh, kau ni. Bajet aku tak ade taste pula kan? Aku ni duda taste tinggi tau! Aku tak hadap ikan bilis macam kau. Aku pun tak selera tengok kau tahu. Buka je la tudung kau tu. Aku pulak yang rimas tengok. Lagipun kau tak panas ke tidur pakai tudung?"

Bajet cantik kau ni kan? Entah-entah kau tak nak buka tudung sebab rambut kau tu bau kepam, tak pun penuh kutu. Yelah terperap lama sangat dalam tudung tu. 

Seri jongket bahu. Okay fine! Aku buka. Tapi kalau kau tergoda jangan salahkan aku pulak. Jangan cakap aku tak warning kau. Katanya dalam hati.

Pin yang tersemat diselendang dibuka. Selendang di diletak sebelah bantal tidurnya. Inner tudung juga turut ditanggalkan. Rambut yang tersanggul rapi dileraikan. Ahhh... lega rasa. Tak adalah rasa berat sangat dikepalanya. Rambutnya hanya disikat menggunakan jari. Setelah rapi dia baring semula. Tadi pun buat dalam mata tertutup sebab dah ngantuk sangat tahap maksima. Tak peduli la ape pun Zein nak cakap lepas ni. Mata dah tak boleh buka dah ni. Macam pakai gam gajah dekat mata.

Segala tingkah laku Seri diperhatikan. Hai mata dah tak buka langsung dah? Buka tudung dengan mata terpejam?

Tersingkap saja mahkota wanita itu, Zein sudah terlongo sendiri. Indahnya mahkota yang disembunyikan oleh wanita itu. Rambutnya hitam berkilat dan panjang mencecah punggung. Hujung rambutnya pula sedikit curl. Benar-benar memukau mata Zein melihatnya.

Wangian yang hadir dari rambut wanita itu sangat menyenangkan. Kalau beginilah kecantikan mahkota yang disembunyikan selama ini, maka kata-kata Seri tadi bakal jadi kenyataan. Boleh jadi kejap lagi aku yang terkam dia.

Tak lama seperti ada magnet yang menarik Zein untuk terus menghampiri Seri. Dengan tak disedari, Zein kini sudah berada tepat di pembaringannya. Dia bertinggung.

Wajah gadis itu ditatap lama. Habis segenap sudut raut wajah itu diperhatikan. Tenangnya melihat dia tertidur pulas begitu. Menarik rasa keterujaan di hatinya. Rambut yang sedikit menutupi wajah Seri, disingkap perlahan-lahan supaya Seri tidak tersedar. Wajah polos itu ditatap tidak puas. Menjentik rasa ingin memiliki. Lantas jari-jemari Zein sudah berlegar-legar disekitar wajah tersebut.

Apa yang tidak cantik di wajah wanita ini? Zero! Semuanya cantik saja di matanya. Dari kening, beralih ke mata, turun ke hidung, pipi dan berakhir di bibir mungil itu. Bibir yang gebu kemerah-merahan itu sedikit terbuka. Seksinya kau tidur Seri. Bibir ini yang selalu membidas kata-katanya. Yang selalu menang dengan setiap ucapannya. Bibir itu yang aku paling geram.

Semakin lama semakin Zein semakin menunduk. Merapatkan wajahnya ke ke wajah Seri. Dan satu sentuhan lembut dilepaskan ke bibir gadis itu. Lama bibir Zein dan Seri bertaut. Kucupan itu bagaimana pun tidak disedari oleh tuannya. Seri tetap tak berkutik. Dulu aku hampir-hampir mendapatkannya. Kini bila sudah didepan mata dengan status yang aku pegang. Bukankah aku berhak sepenuhnya keatas dirinya.

Zzz... bunyi seperti keset rosak, mengejutkan pelakuan Zein.

Hoi Zein!

"Apa aku buat tadi?" Soalnya sendiri seolah-olah baru tersedar. Bibirnya dipegang. "Aku... aku cium dia ke tadi? Oh Shit! Damn! Dammit Zein" Zein menghamun diri sendiri setelah sedar keterlanjurannya. Macam nak hantuk kepala ke dinding saja.

Kau tak suka dia, tapi boleh pulak kau cium dia! Cakap tak serupa bikin la kau ni kan, Zein?

Zein bagun dari tempat Seri berbaring. Nasib tuan badan tidur tak sedar. Kalau tak... mesti dia ketawa terbahak-bahak. Jadi betul la yang dia kata aku ni duda gersang.

Mata kembali melihat Seri. Nyenyak betul dia tidur. Penat sangat ke?

Tak boleh aku biar ni. Hati aku dah mengkhianati tuan sendiri. Lain yang aku cakap lain yang aku buat. Zein mundar-mandir di hadapan Seri. Zein melihat kembali wajah Seri yang sedang tidur pulas.

Kenapa mata sendiri tak mahu mengalihkan mata ke tempat lain? Aku takkan jatuh suka pada perempuan taraf bawahan macam ni? Habis yang kau pergi cium dia apa hal? Zein tak ada jawapan kepada soalan itu.

Bagi menghilangkan rasa gugupnya. Air Nescafe yang telah dibancuh Seri tadi disisipnya. Uit! Sedap pulak. Lagi sedap dari Bik Tom buat. Point lagi untuk Seri.

Muk diletak kembali di tempat tadi. Apa aku nak buat ni. Mata aku tadi nak tidur, tapi tak rasa mengantuk la pulak. Nak buat ape eh? Hah! I've an ideal. Terus bagai ada lampu yang menyala diatas kepala saat itu.

"Hoi bagun!" Kaki Seri ditolak-tolak menggunakan kakinya.

Seri masih tak bergerak.

"Hoi bagun la aku cakap!" sudah naik seoktaf suaranya tapi tetap Seri tak menunjukkan tanda-tanda terjaga. Kali ini kaki Seri ditolak kuat. Seperti disepak.

"Hoi. Bagun la!" Kali ni Zein sudah sedikit menjerit. Kalau la ada yang dengar pun dia tak peduli.  Yang perempuan ni pun lagi satu. Tidur mati ke ape?

Seri menggerakkan sedikit tubuhnya. Dalam mengantuk digagahkan juga untuk bagun. Tapi mata tetap terpejam.

"Awak nak apa?" soalnya lambat-lambat. Seperti bergumam pun ada.

"Banyak nyamuk la rumah kau ni. Aku tak boleh tidur. Pergi la buat apa-apa yang patut, biar nyamuk ni hilang. Cepat!" Arahan diktator lagi yang Zein berikan. Melihat Seri mengangguk dia tersenyum. Rancangannya berjaya untuk mengenakan wanita itu. Aku tak boleh tidur dia sedap-sedap tidur pulak.

Zein bergerak ke katil dan membuka bajunya lalu disangkut ke kepala katil. Tubuhnya direhatkan di atas tilam.

Bila melihat Seri bangun dengan sedikit terhuyung-hayang. Dia tersenyum puas! Rasakan. Aku tak boleh tidur, kau sedap-sedap tidur eh. Senyum kemenangan terukir.

Seri meraba-raba laci atas kabinet meja solek dan mengeluarkan ubat nyamuk dan lighter. Dibakar ubat nyamuk itu kemudian meletakkannya di dalam bekas khas ubat nyamuk. Setelah siap dia berjalan semula ke tempat tidurnya.  Mahu menyambung tidurnya yang terganggu tadi. Sedikit kelainan yang dirasa pada bawah kepalanya saat ini. Namun tidak diendahkan. Dia cuba mencari keselesaan yang diingininya. Setelah berpuas hati, tanpa menunggu lama dia pun terlelap.

Terkebil-kebil Zein dibuatnya bila tubuh itu sudah tidur. Tapi bukan tidur di bawah, tempat asalnya tadi. Tapi di atas katil! Tambah mengejutkan bila gadis itu tidur berbantalkan lengannya manakala muka Seri sedang melekap elok di dada bidangnya.

Dup dup... Dup dup... Itu yang Zein rasa saat ini. Kalau dipasang ECG ataupun bahasa lainnya Elektrokardiogram ke dada pasti bacaan jantungnya tidak normal. Jantung sudah berdendang lagu rock black metal. Zein tak tahu sampai bila akan dihambat rasa gementar ini. Dia sudah lama tidak rasa ada perempuan yang tidur bersebelahan dengannya. Apatah lagi tidur berbantal lengan akan dirinya. Serapat ini pula. Bukanlah dia tak biasa kalau ada perempuan yang menyentuhnya. Tapi ini memang luar biasa. Boleh turn on kalau silap gaya macam ni. Control Zein. Don't let her control your heart beeps.

Zein cuba mengalihkan kepala Seri dari lengannya. Namun bila diangkat sedikit kepala itu, Seri makin bertindak luar jangkaan. Zein yang sedang baring mengiring menghadap Seri saat itu, merasa ada lingkaran halus diatas pinggangnya. Bila dilihat, tangan gadis itu yang sudah memeluknya kemas. Seperti memeluk bantal peluk pula gayanya. Kejap pelukan itu.

Ah sudah! Boleh terlompat keluar jantung aku kalau macam ni.

Dicuba sekali lagi. Hasilnya tetap sama. Lebih setengah jam dia berusaha mengalihkan tubuh itu, tiba-tiba dia mendengar bicara rintihan halus dari bibirnya.

"Tolong... tolong lepaskan dia... tolong jangan... jangan buat macam ni." ucapnya dalam kesedihan.

Ada rasa air hangat menitis ke lengannya. Zein kerling wajah isterinya. Menangis? Kenapa? Apa yang baut kau menangis? Ada kaitan dengan mimpi dia tadi ke? Zein bersoal sendiri dalam hati.

Rintihan Seri sangat menyakitkan. Rintihan itu membuat hati Zein sakit mendengarnya. Dia seakan mahu pergi ke mimpi itu dan menghapusnya dari mengganggu tidur Seri saat ini.

Perlahan-lahan jarinya menyeka air mata yang tersisa di wajah Seri. Tidak tahu apa yang membuat isterinya sampai mengalirkan air mata semasa tidur. Tapi Zein pasti ianya bukanlah sesuatu yang baik.

Zein merapatkan wajahnya ke rambut Seri. Dia membalas pelukan Seri. Mengusap belakang badan wanita itu kerana hanya itu caranya dia dapat menenangkan Seri dari tangisannya. Wangian dari rambut Seri seolah-olah memanggil dirinya untuk dibelai. Lama-kelamaan Zein kalah dengan haruman itu. Tangan yang tadinya dibelakang tujuh Seri naik menyusap lembut kepala Seri pula. Perlakuannya ternyata sungguh membantu. Tiada lagi rintihan dari gadis itu. Kelopak mata rasa memberat dan akhirnya dia terlelap dengan sama dalam pelukan yang dia sendiri tidak mahu awalnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience