MHSA | Bab 2.

Romance Completed 1157355

"AWAL kamu balik? Tak kerja?" Soal mak setelah melihat aku keluar dari tandas.

Melihat mak sedang menyediakan persiapan makan malam. Pantas aku membasuh tangan lalu menghampirinya. Kacang panjang aku ambil dan aku hiris memanjang. "Balik awal mak. Cermin mata Seri patah. Jadi tak boleh buat dengan kerja. Semua komponen dalam komputer tu Seri nampak dah macam chocolate bar," ujurku sambil tertawa.

"Hi patah lagi? Dalam sebulan ni dah 2 kali patah. Itulah ibu kata pakai contact-lens kamu tak mahu."

"Susah la mak. Lagipun Seri tak suka. Rasa tak selesa. Rasa kat mata ni ada benda melekat."

"Biasalah mula-mula memang rasa macam tu. Orang kata alah bisa tegal biasa. Nanti lama-lama ok lah," aju mak lagi.

Setelah lama aku mendiamkan diri, mak menyambung ucapannya. "Ahad nanti ada tetamu nak datang rumah. Seri tolong mak di rumah ya? Mak ingat nak buat suruh Seri masak gulai itik."

Glup! Gulai itik?

Siapa pulak la yang Mak jemput kali ni? Kalau ada gulai itik mesti ada maksud tertentu. Aku kerling mak. Mak senyum simpul. Eh? Lain macam pula senyum Puan Mahani ni. Something fishy is going on.

"Siapa pula kali ni yang nak datang pinang Seri, mak? Mak pun tahu kan Seri tak sedia lagi. Lagipun umur Seri muda lagi apa. Belum pun Seri balas jasa mak dengan bapak. Bagilah anak mak ni berbakti pada orang tua dulu," ujurku bersungguh-sungguh.

"Hisy bukan la! Apa kamu merepek ni." mak kulum senyum. Mana taknya Seri seolah-olah dapat mengagak tujuan tetamunya itu. "Tan Sri Zuriman nak datang melawat bapak kau."

"Tan Sri Zuriman? Uncle Zuriman? Boss lama bapak?" Soalku laju. Seakan tak percaya. Yalah bapak sudah lama berhenti bekerja dengan Tan Sri Zuriman. Hampir lima tahun. Sebelum ini Tan Sri Zuriman selalu juga berkunjung ke rumah mereka semasa bapak masih bekerja dengannya. Tapi itu dulu. Nah, sekarang?

"Haah. Bos lama bapak kamu. Lama dah Uncle Zuriman tu tak datang ke rumah kita kan? Sebenarnya sebelum ini Uncle Zuriman ada terserempak dengan bapak kamu. Lepas kita pindah sini dia tak pernah jumpa kita lagi. Itulah dia nak datang sini. Lagipun dia ada urusan kerja di Kuantan ni. Sekaligus la datang melawat."

Oh ya! Lupa yang kami keluarga telah berpindah dari KL setelah bapak bercadang ingin menguruskan ladang kelapa peninggalan arwah tok.

Aku hanya termangut-mangut tanda mengerti. Ingat apa kes la. Manalah tahu kana ada agenda tersembunyi. Boleh mengelak awal.

"Tapi kalau ya pun nak datang merisik kamu, apa salahnya? Kamu pun bukan muda lagi."

Usikan Puan Mahani membuatkan Seri melotot.

"Hisy mak ni. Taknak la Seri dengan Tan Sri tu. Takkan mak nak anak mak ni jadi bini nombor dua dia!" Geramnya dengan mak ni. "Mengamuk besar Puan Sri nanti. Silap hari bulan..." kata-kata aku putus di situ.

"Hisy! apa kamu merepek ni? Buat apa Tan Sri nak pinang kamu. Baik pinang mak..." Lantas Mak menghamburkan tawanya.

Aku pandang mak dengan muka tak puas hati. Mana taknya ada hati pula Puan Mahani ni nak bersuamikan orang berpangkat Tan Sri. Kalau Encik Hussin tahu ni mau merajuk sampai ke Taiping orang tua tu nanti.

"Amboi mak... Dengar dek bapak nanti, merajuk pulak dia. Mak juga susah nak pujuk bapak nanti."

Mak muncungkan bibirnya. Seri tahu Puan Mahani hanya bergurau. Masakan dia bersungguh-sungguh. Mana nak diletaknya Encik Hussin misai tu. Hussin misai? Ya gelaran orang kampung kepada bapak. Misai itu juga yang buat Puan Mahani terpikat.

"Assalamualaikum..." bunyi suara garau yang datang dari arah ruang tamu.

"Waalaikumsalam. Hah! panjang umur abang. Baru sebut. Abang nak kopi?" Ujur Puan Mahani sambil tersenyum gembira.

"Boleh la Ani. Abang pun haus ni. Banyak pulak urusan kat ladang tadi." Bapak mengambil kerusi duduk berhadapan dengan ku. "Kamu tak kerja Seri? Awal kamu balik?" Soal bapak seraya mengipas wajahnya dengan topi yang dipakai tadi.

"Half day pak. Tak ada mood nak kerja. Cermin mata patah, kelabu dunia Seri." ujurku sambil tertawa.

"Hai patah lagi? Hari tu pun patah juga. Ni apa sebab pula?" Soalnya sambil menyisip air kopi yang telah mak hidangkan bersama kuih ketayap kegemarannya.

"Adik patahkan. Tak puas hati sebab Seri tak mahu bagi dia duit." ujur ku lemah.

"Duit? Apa lagi yang Adik tu nak dari kamu. Bukan ke kamu dah bagi dia dua ratus kelmarin, takkan dah habis? Sekarang minta lagi? Dia ingat kamu tu kerja kilang cop duit ke? Melampau betul la budak Surya ni." Marah bapak tak tertahan.

Aku masih mendiamkan diri. Bukan tak nak mengadu lebih. Tapi aku malas nak memperbesarkan cerita. Lepas dia kena marah dengan bapak. Dicarinya pula aku ni untuk melampias marahnya.

"Janganlah kamu kamu manjakan sangat Surya tu Seri. Nanti diinjaknya kepala kamu. Ini tak. Apa yang dia minta semua kamu ikutkan. Sekarang apa pula yang dia mahu?" Mak berdiri disebelahku. Bapak dan mak memandang tepat ke arah ku menanti jawapan.

"Adalah kot dia nak beli pak, mak. Sekarang kan tahun dia ambil STPM. Mungkin duit tu nak beli buku-buku rujukan." aku bagi jawapan selamat. Malas nak perbesar masalah. Cukup lah aku saja yang terima habuan dari Surya.

"Hari tu kamu bagi dia dua ratus pun alasan sama jugakan? Nak beli buku rujukan. Sekarang? Apa agaknya budak bertuah tu nak buat dengan duit banyak begitu. Sekarang ni pun mak tengok bukan main bergaya lagi kalau nak keluar rumah. Macam ada yang disembunyikan." Tambah Puan Mahani tak puas hati. Surya memang sudah melampau baginya. Cuma Seri saja yang masih beralah dengan adiknya itu.

Bapak yang sedari tadi hanya diam melepaskan nafasnya dengan berat.

"Dua hari lepas abang ada marah dia. Abang jumpa kotak rokok dalam beg sekolah dia. Bila abang tanya dia kata kawan punya..."

"Apa abang? kenapa abang tak bagi tahu Ani? Hisy! Budak ni kan. Memang nak kena."

"Mak... bapak dah la tu. Seri taknak besarkan cerita ni lagi. Kalau adik dengar nanti apa pulak dia cakap. Nanti dia ingat Seri mengadu. Nantilah Seri nasihatkan adik."

Nasihat? Kau sewel ke apa? Sejak bila pulak dia makan nasihat kau, hah? Yang ada kau yang kena 'nasihat' dengan dia.

"Sudah-sudahlah tu Seri. Asyik nak menangkan adik kamu tu aje. Bukan dia makin berubah mak tengok. Makin teruk adalah. Makin naik lemak. Dasar anak tak sedar diuntung." marah mak.

"Mak... janganlah cakap macam tu. Kesian kat adik."

"Buat apa kesian dengan budak macam tu, Seri. Bagus juga kalau dia dengar. Biar dia tau yang orang dalam rumah ni dah geram dengan perangai dia. Dia selalu buli kamu kan? Bukan mak tak tahu. Walaupun kamu ni bukan kakak kandung dia, tapi kamu sayang dia macam adik kandung. Apa yang dia nak semua kamu ikutkan. Mak pula yang rasa bersalah pada kamu, Seri. Seolah-olah mak bela kamu hanya untuk jadi mangsa anak mak yang tak tahu diuntung tu..." marah mak lagi. Kali ini nafas Puan Mahani sudah naik turun.

Kata-kata mak sebentar tadi buat aku rasa sakit. Sakit kerana mak masih merasa aku bukan anaknya. Padahal mak yang cakap jangan anggap aku ni anak angkat mak. Sebab mak sayang aku sama macam anak dia sendiri. Aku menahan air yang berada di kelopak mata. Menanti bila-bila masa saja akan jatuh.

Ku capai tangan mak yang sejak tadi berada di bahuku. Ku kucup perlahan.

"Ani. Dah la tu. Kan kita dah janji tak nak sebut hal ni lagi. Pasal Surya nanti abang nasihat dia. Ni Seri kamu dah tahu hari ahad ni ada tamu nak datang?" Bapak cuba mengalih tajuk perbualan kami. Mungkin dia tidak mahu memperbesar masalah mengenai Surya. Ya surya anak kandung mereka. Sedangkan Seri anak yang mereka jaga semasa usianya 2 tahun. Ibu Seri meninggal akibat kanser usus. Kerana hanya Puan Mahani dan Encik Hussin yang banyak mengambil berat perihal mereka dua beranak maka Ibu menitipkan Seri. Ayah? Setahu Encik Hussin dan Puan Mahani, ayah Seri sudah meninggal. Dan Ibu Seri ibu tunggal. Itu yang mereka tahu.

Aku hanya mengangguk sekali.

"Hmm... baguslah kalau kamu dah tahu. Lepas ni bapak tak mahu kamu manjakan Surya lagi. Kalau dia ada buli kamu lagi bagi tahu bapak. Tahu lah bapak macam mana nak ajar dia. Dah bapak solat dulu. Kamu dah solat Ani?

"Dah bang..." jawab Puan Mahani.

Setelah melihat ayah berlalu meninggalkan kami di dapur, mak mengambil tempat disisiku. Belakang tangan ku diusap perlahan.

"Maafkan mak ya Seri. Mak khilaf. Mak terlalu marahkan Surya sampai mengecilkan hati kamu. Mak..." kata-kata mak putus di situ. Dia menahan sebak.

"Mak... Seri yang terutang budi dengan mak dan bapak. Kalau tak ada mak dengan bapak, Seri tak tahu mana tempat Seri sekarang. Entah hidup entah mati. Dan Seri takkan jadi seperti sekarang kalau tak ada mak dan bapak. Jadi mak janganlah persoal lagi apa yang Seri beri pada keluarga ni. Tak setanding dengan kasih sayang yang dah mak beri pada Seri. Niat Seri ikhlas mak. Kalaupun sampai tua Seri kena jaga mak dengan bapak, Seri sanggup mak. Sebab Seri dah tak ada keluarga lain selain mak dan bapak." Aku terus merangkul mak dalam pelukanku. Kami menangis sama. Saat ini aku merasa tenang setelah mendengar pengakuan mak. Sungguh aku tak sanggup berpisah dengan mereka.

"Dah lah. Jom kita masak. Kang tak makan pulak kita 4 beranak malam ni." Mak merungkai perlukannya. Mak mengesat tangis menggunakan hujung lengan baju kurungnya.

Aku tertawa seketika.

Jauh disudut hati aku mahu menjadi anak yang berbakti kepada orang tua meskipun hanya menumpang kasih.

Share this novel

feast hashim
2020-06-23 23:06:46 

, . ,,,,,,,bbb,,b,,bbbbb,b,,,b,,ससस,स,,स,,स,,,स,ससससदसस,,स,,ससददददद8i,

feast hashim
2020-06-23 23:06:43 

, . ,,,,,,,bbb,,b,,bbbbb,b,,,b,,ससस,स,,स,,स,,,स,ससससदसस,,स,,ससददददद8i,


NovelPlus Premium

The best ads free experience