MHSA Bab 11.

Romance Completed 1157355

Pak Hussin sudah sedia kala menunggu diberanda rumahnya sambil sambil menyedut rokok tembakau. Asap dari tembakau berkepul-kepul lepas keudara. Begitulah dia kalau sedang stress.

Sejak dia dikhabarkan, Seri berada di hospital hatinya sudah cukup risau. Tahap kerisauannya sampai tahap 2 bungkus rokok tembakau telah disedutnya. Dia bukan tak tahu bahaya untuk dirinya apabila menyedut benda tersebut. Pak Hussin pernah mengalami kegagalan fungsi hati sekaligus meletakkan dirinya ke zon bahaya jika dia mengambil tembakau lagi. Puan Mahani juga sudah membebel namun tidak dipedulikannya. Hati tengah risau dekat anak boleh pula kena bebel dengan si isteri. Tapi dia tahu bukan saja-saja isterinya bersikap begitu.

Bila dia melihat sebuah kereta BMW 5s berwarna putih memasuki perkarangan rumahnya, langsung rokok tembakaunya dimatikan dan dibuang ke ashtray. Langsung menyarung selipar dan bergegas ke arah kereta yang baru berhenti dihalaman rumahnya.

"Bapak..." Seri memberikan senyuman semanisnya apabila Pak Hussin sudah membuka pintu depan kereta dibahagian penumpang.

Isyh... bapak gelojoh betul. Tunggulah sampai tuan dia yang buka.

"Kamu boleh jalan tak ni? Atau, nak suruh bapak panggilkan Zein papah kamu masuk rumah?"

Adrian yang berada disebelah bapak sedikit kaget. Bukan saja dia, aku pun sama. Apa sebab dia ada kat sini? Isyh... musykil ni.

"Seri boleh jalan sendiri pak." Ujurku. "Pak... Ni Adrian Tan, bos kilang tempat Seri kerja." Beritahuku.

Adrian Tan salam dan mencium tangan bapak.

"Amboi bagusnya budak ni, Seri. Boleh buat bakal menantu bapak ni," gurau bapak.

Adrian sudah tersipu-sipu malu sambil menggaru belakang kepalanya. Merah sudah mukanya.

Hey, apek ni malu-malu pulak ke? Bapak pun satu. Tak cover langsung nak cakap macam tu. Aku dah geleng kepala.

"Zein tu nak letak mana bapak? Bapak nak Tan Sri tu gantung bapak tak bertali? Bagi menantu dia kat orang lain pulak." gurauku.

"Boleh ke Pakcik? Saya available je..." Adrian sudah masuk jarum.

"Kamu dah potong ke?" Soal bapak tak tunggu lagi.

"Potong...?" Berkerut dahinya memikirkan apa maksud bapak. "Oh!" Adrian ketawa lepas. "Potong tu... Kalau yang tu dah 2 tahun lepas dah Pak Cik. Dah boleh sangat dah ni..." Ujurnya dalam ketawa masih tersisa dibibir.

Grrrr... gatalnya bunyi!

Huh! Bapak dengan Adrian ni same je perangai. Boleh pulak bergurau senda sedang anak dia ni tengah berdiri luar rumah lagi. Kalau ya pun, bagilah aku masuk dulu kalau nak berbual panjang pun. Dah lah cerita benda-benda yang sepatutnya aku tak patut dengar.

Mak! Telinga anak mu dah tercemar!

"Bagus la kalau macam tu. Lagi senang kerja aku. Tapi ada lagi yang lebih penting." Pak Hussin pandang muka Adrian tak lepas. "Kamu dah khatam Quran?"

Dah sudah bapak ni dah kenapa? Interview anak teruna orang depan-depan.

Aku sudah ketawa bila Adrian sedikit berkira-kira mahu menjawab soalan bapak tadi. Padan muka kau apek! Tadi bukan main laju kau menjawab ya. Hah! sekarang jawab la.

"Kena khatam dulu baru boleh jadi menantu ke pakcik?" soalnya sambil garu kepala.

"Eh kamu ni! Tu bukan perlu, tapi wajib hukumnya bila nak jadi menantu aku." beritahu Pak Hussin serius.

"Tak boleh bagi diskaun ke pakcik?" La... Si apek ni. Bersungguh betul.

"Tak ada diskaun bagi mu."

Seri dengan Pak Hussin sudah mentertawakan Adrian. Bukan apa, lucu sangat muka dia bila dibilang tak ada diskaun. Serupa menunggu ayam jantan nak bertelur.

"Kalau ya pun nak berborak, masuk la dalam dulu En.Hussin oi! Anak tu sakit lagi. Boleh pula dia berborak kat luar. Tak ingat ke, ada lagi sorang kat rumah ni yang tengah tunggu Seri tu!" Jerit Mak dari arah pintu rumah.

"Allahhuakhbar... bapak lupa Seri. Berborak dengan bakal menantu terus lupa kamu. Dah jom masuk." Bapak sudah papah aku masuk. "Marilah masuk sekali Adrian. Kita makan malam sekali. Mak cik dah siap masak tu." jemput ayah.

Adrian mengangguk. Dia mengekor dari belakang. Rezeki jangan ditolak.

Masuk saja dalam rumah aku dijamu pemandangan yang aku sendiri susah untuk jelaskan. Kelihatan Surya sedang rancak berborak dengan Zein sampai bertepuk tampar. Amboi mesranya. Kedudukan mereka juga begitu rapat sekali. Kalau diletak kertas A4 diantaranya, confirm renyuk kertas tu. So, just imagine how close they are.

Buat-buat tak nampak ja Seri. Namun mata ni sudah awal-awal ingkar perintah tuannya. Lagi-lagi Seri dihidangkan kemesraan terlampau itu. Lengan Zein diusapnya. Jari jemari Zein dimainkan dengan jari-jemarinya. Sesekali mereka tertawa mesra. Surya menghadiahkan senyuman sinisnya ke arah Seri.

Zein juga kelihatan begitu gembira. Senyuman yang belum pernah ku lihat sebelum ini. Eh! Hello. Mana nak nampaknya. Jumpa pun baru sekali. Itupun dah macam-macam hal jadi. Asyik-asyik angin sejuk beku dia aje yang aku dapat.

Zein suka kat Surya ke? Nampak mesra sangat. Lagipun mereka kelihatan sangat secocok.

Tak sangka aku jadi kaku ditengah ruang tamu ni. Aku cuba menghela nafas ringan.

"La... apa pasal kamu berhenti tengah jalan ni Seri? Kamu sakit sangat ke?" Soal bapak dalam cemasnya. Cepat-cepat dia bawa aku duduk diatas sofa yang ada diruang itu.

"Hah! Tak... tak... Seri ok." Bapak sudah melepaskan papahannya. "Ha, Surya. Pergi tolong mak kamu buat apa yang patut. Duduk situ macam tak ada kerja lain." Sela Pak Hussin menyuruh Surya membantu Puan Mahani, sebenarnya mata dia sudah naik berbulu melihat 'kemesraan' dua manusia itu. Itu sebab dia duduk diluar sambil menyedut tembakaunya. Kalau bukan kerana dia tu bakal menantu aku dan anak kepada Zuriman. Sudah aku halau dia keluar dari rumah ni. Getus Pak Hussin dalam hati. "Marilah Adrian duduk sama. Ni Pakcik kenalkan..." Bapak tak menghabiskan ucapannya bila Adrian mencelah.

"Tengku Zein Luftman. Anak Tan Sri Zuriman. Saya kenal sangat dia ni pakcik." Perkataan kenal di tekankan.

"La ye ke... Baguslah kalau dah kenal."

Tapi Pak Hussin dapat mengesan sesuatu. Mereka tak mesra walaupun kenal. Seri juga dilihat sepertinya terkejut akan kedatangan Zein. Zein hanya merenung Seri namun tidak pula berkata apa-apa. Dah bertunang, tapi tak nampak macam dah bertunang. Keras kejung je aku tengok. Kata dah suai kenal. Sorang senyap, sorang lagi macam terlebih mesra melayan adik dari kakaknya. Padahal si akak tu tunangan dia. Pak Hussin melepaskan sebuah keluhan. Janganlah apa yang dia fikir tu akan jadi kenyataan. Simpang minta jauh.

Surya kembali menghampiri Zein. Terus Zein menghentikan permainan dari Iphonenya dan menyapa mesra Surya. Adrian pula aku lihat sudah tak senang duduk dibuatnya. Aku nampak mulut Adrian bergerak seolah-olah ingin mengeluarkan sesuatu kepada Zein. Mata Adrian melihat Zein dengan rasa benci.

"Marilah semua. Kita makan sama. Makcik dah siap hidang ni." Arah mak dari dalam dapur.

"Bagus la tu, perut abang pun dah lapar sangat dah ni." Padahal belum lapar sangat pun. Saja dia berkata begitu. Tak mahu melihat Surya terlebih sudu dari kuah dengan bakal abang iparnya itu. "Marilah Zein, Adrian, Seri kita makan dulu."

"Takpa pak, Seri tak lapar lagi. Seri nak masuk dalam bilik dulu. Bapak makan dulu ya..." Suruh ku sambil menolak dengan sesopan mungkin. Tak mahulah dikata, kurang ajar pula. Walaupun mata dengan hati dia dah nak terbakar sekarang ni.

"Betul ni?" soal bapak lagi.

Aku hanya mengangguk dan tersenyum.

"I hantarkan you Seri?" Adrian pula cuba menghulur bantuan.

"It's alright Ian. I can take care of my self."

Adrian senyum kelat. Kasihan you Seri. Ada tunang macam tak ada tunang.

"Yalah. Kamu rehat dulu. Marilah kita." Bapak hantar aku dengan ekor mata.

Sewaktu menuju ke bilik, aku kerling lagi merpati itu. Mereka seolah-olah tidak peduli akan kehadiran aku. Kalau Surya tu aku tahu dia memang tidak sukakan aku. Tapi kalau Zein... Apa motif dia? Kedatangannya juga buat aku tertanya-tanya.

Pintu bilik aku kuak. Musuk kedalam bilik saja, aku terus merebahkan badan ketilam. Ah! leganya.

Wait! Kenapa aku jadi sakit kat sini? Aku letak tangan didada kiri. Sakitnya buat aku bangun dan duduk kembali. Badan aku bongkokkan sedikit. Tangan masih didada kiri. Aduh! rasanya lebih sakit dari rasa sakit dikepala aku saat ini. Aku rebahkan kembali badan ke permukaan tilam. Perlahan-lahan mata ku semakin memberat.

Entah bagimana aku sudah terlelap. Aku kerling jam ditangan. Hah! Dekat dua jam aku terlelap. Macam mana boleh terbabas ni? Sedar aku masih belum menunaikan kewajiban ku kepada Allah. Aku bingkas bangun. Lupa yang kepala ku masih sakit. Saat itu juga aku jatuh kelantai. Kepala kembali berdenyut-denyut. Mungkin sebab pengaruh bius ditubuh sudah berkurang maka sakit dikepala kian terasa.

Pintu bilik Seri dibuka dengan kuat dari luar.

"Allahhuakhbar!" Terpempan Seri bila melihat Zein berada dimuka pintu dengan muka tak berperasaannya. Apa dia buat kat sini? Seri jadi gelabah. Berusaha kembali untuk bangun.

Kemudian kedatangan Adrian, mak dan bapak juga membuatkan aku jadi semakin tak mengerti.

"Kenapa ramai-ramai ni? Seri buat salah ke?" soal ku tak bingung. Apa aku buat tadi?

Zein sudah mendekat. Tiada sepatah pun keluar dari mulutnya.

"Kalau dah sakit tu buat la cara sakit. Tak payah nak tambah menyusahkan orang lain pula." Kata Zei cukup untuk Seri seorang saja yang mendengarnya.

kata-kata itu membuat Seri sakit hati. Namun raut wajahnya masih dibias seperti biasa. En.Beku tahap aisberg, mulut puaka sungguh!

Seri lihat dia membetulkan kipas angin pendek yang telah jatuh ke lantai. Diletakkannya semula ke atas meja disisi katil ku. La... bila kipas ni jatuh? Tadi aku jatuh tertolak kipas ni ke? Aduh la. Menyusahkan betul la aku ni.

"Seri, kamu tak apa-apa nak?" soal mak yang sudah berada disisiku.

"Arrrr... tak apa-apa mak. Seri nak pergi ambil wuduk tadi. Tak tahu pulak jatuh tiba-tiba. Mak tak payah risau ya." Alasan ku.

Seri sebenarnya masih blur atas apa yang berlaku. Apa yang mereka dengar sampai semua ada disini. Oh ya sebab kipas ni jatuh kot. Mesti kuat bunyinya. Kalau tak, takkan la semua berjemaah kat sini. Termasuklah Surya.

Surya pun ada sama? Nak jenguk akak ke dik? Gembiranya rasa kalau betul Surya nak jenguk aku. Tapi kalau tengok muka dia sekarang ni. Hmmmm... jangan mimpi la kau Seri.

Mak bantu aku bagun dan duduk dikatil. Kaki ku dibawa melunjur.

"La kenapa tak panggil mak. Surya pun ada, boleh bantu kamu pergi bilik air. Ni kepala sakit lagi tak?" Mak mengusap-usap kepala ku yang terbalut kain kasa.

Kini aku hanya menyarung tudung segera kerana tudung bawal yang aku pakai telah selamat dibuang. Nasib baik ada tudung lain yang aku memang bawa dalam beg galasku, persediaan untuk bersolat.

"Sakit sikit mak. Ubat bius dah hilang rasanya ni."

"Habis sekarang macam mana. Nak pergi bilik air?"

Aku mengangguk.

"Surya mari tolong mak papah kakak kamu." panggil mak kepada anaknya itu.

"Kenapa pulak Surya yang nak kena papah dia? Tak kuasalah Surya. Dia tu mengada-ngada je lebih. Sakit tak seberapa tapi mengada lebih. Nak perhatian lebih lah tu. Yelah nak minta simpati dekat tunang dengan boyfriend yang dia tu tengah sakit." Hambur Surya tanpa selindung lagi.

Saat ini Seri sudah rasa bawah matanya bagai ada yang menunggu mahu tumpah. Seri pejam mata sekuatnya bagi menghalang manik itu jatuh. Sampai begitu sekali tanggapan Surya pada aku. Ya Allah... kau berilah aku kekuatanmu ya Allah. Jadikanlah aku golongan orang-orang yang sabar.

Pang!!!!

Itu jawapan bapak pada anaknya. Seri kaget melihatnya. Mak juga begitu. Malah semua yang ada disitu sudah mengarahkan matanya kepada gadis tinggi lampai itu. Surya memegang pipi yang terasa perit. Dia semakin sakit hati. Bencinya pada Seri semakin bertambah.

"Sampai macam ni sekali bapak menangkan perempuan tak sedar diuntung tu kan. Bapak sanggup lempang Surya, sebab perempuan tak guna tu! Surya ni anak bapak tau tak! Anak kandung bapak! Dia tu hanya anak pungut aje. Penumpang je kat rumah ni."

Pang!!!

Satu lagi tamparan hinggap ke pipi Surya.

"Sebab kamu anak kandung bapak la, bapak lempang kamu, tahu? Kamu dah melampau kali ni, Surya. Selama ni bapak sabar dengan perangai kamu. Tapi kali ni, mulut kamu tu dah buat bapak sampai hilang sabar. Kamu tahu tak betapa sayangnya dia pada kamu. Kakak, yang kamu tak anggap dia wujud. Kakak, selalu bersusah payah untuk kamu, turutkan semua apa yang kamu nak. Yang bapak dengan mak sendiri tak mampu nak bagi kamu. Tapi ini balasan kamu? Hati apa yang kamu bawa ni hah?!" Jerkah Pak Hussin.

Kami semua terperanjat jadinya. Pak Hussin yang terkenal dengan sifat sabar dan penyayang sudah hilang. Yang ada dia seperti mahu menelan hidup-hidup anaknya itu.

Seri semakin dihambat rasa bersalah. Kerana dia Surya dimarahi. Bukan ini yang dia mahukan. Adik aku...

"Bapak memang tak sayang surya kan? Mak pun sama! Apa yang Surya buat, semua salah. Dia je yang betul. Dari dulu lagi Surya rasa Surya ni dipinggirkan. Macam lah Surya ni anak lungut bapak. Padahal perempuan tu! Kau dengar sini eh perempuan. Aku sumpah hidup kau takkan bahagia! Aku nak kau menderita sama macam apa yang aku rasa! Kau ingat tu!" usai saja kata-kata dihamburkan, Surya menghilang. Dia meninggalkan rumah tanpa pamit.

Bapak pula berlalu ke ruang tamu. Menenangkan diri. Rambut diraut kebelakang. Kesian bapak. Anak emasnya kini sudah menyinggung hati tuanya.

"Pak cik tak apa-apa?" Tanya Adrian. Dia juga mengikut Pak Hussin ke ruang tamu. Cuba mahu menenangkan hati lelaki itu.

"Tak ada apalah Adrian. Pak cik malu je sebab anak pak cik buat kecoh. Dah la depan tetamu."

"Biarlah dia tenangkan fikiran dulu pak cik..." pujuknya lagi.

"Pak cik tak risaukan Surya, tapi... Pak cik risaukan seri. Dia dah banyak terluka sebab perangai Surya tu. Kesian budak tu. Walau banyak mana kasih sayang yang dia bagi pada Surya, tetap dia tak dapat apa-apa. Malah yang ada, makian yang banyak. Sekarang mesti dia rasa bersalah. Allah... berdosanya aku." Rintih Pak Hussin.

"Pak cik jangan risau pasal Seri. Dia gadis yang kuat. Saya tahu dia boleh handle benda macam ni. Saya rasa ini tak seberapa dengan apa yang dia kena hadap kat kilang tadi..." Adrian menundukkan mukanya kebawah. Dia mahu Pak Hussin tahu yang Seri seorang wanita yang kuat. Dia bukan wanita yang cepat putus asa walaupun nampak dia lemah.

"Apa maksud kamu?" soal Pak Hussin.

"Orang kat kilang salah anggap pada dia. Dia ingat Seri buat kerja tak elok sebab kawin dengan Zein. Dia orang tuduh Seri tu ada scandal dgn VVIP. Keluar masuk hotel. Dan... luka kat kepala dia pun sebab ada kaitan dengan hal ni juga, termasuk salah saya juga pakcik. Staf kilang attacked dia sebab ingat dia ada hubungan sulit dengan saya." tutur Adrian jujur.

"Ya Allah! Anak aku..." sayu hati Pak Hussin mendengarnya. Hebat sungguh dugaan yang diberikan pada anak angkatnya itu.

Didalam bilik Seri lain pula ceritanya. Seri sudah lencun dengan air mata. Apatah lagi Puan Mahani. Zein yang bingung harus berbuat apa hanya jadi pemerhati dua wanita itu.

"Makcik kena bersabar dengan Surya. Dia pun mangsa keadaan dalam hal ni." Tiba-tiba Zein membuka mulutnya.

Puan Mahani pandang muka Zein. Berkerut dahinya cuba menghadam apa yang ingin disampaikan oleh Zein.

"Surya sakit hati bila Makcik dan pakcik selalu sangat bela Seri, dia tak dapat perhatian dari pakcik dan makcik. Itu sebab dia memberontak."

"Apa yang kurang dari layanan kami, Zein. Kami tatang dia bagai minyak yang penuh. Kamu tak tahu, macam mana Seri susah payah demi adik dia tu. Cuma yelah, salah pakcik dengan makcik juga sebab tak beri perhatian pada dia."

"Mak... Seri minta maaf. Sebab Seri semua jadi macam ni." Ujurnya salam sendu yang masih tersisa.

"Bukan salah kamu pun Seri."

"Seri tak kesah mak kalau Seri kena keluar dari rumah ni. Lagipun Surya anak kandung mak dengan bapak. Dia segala-galanya bagi mak. Seri bukan siapa-siapa. Selayaknya Seri tak wujud dalam rumah ni..." ucapnya sayu. Sesekali air mata diseka perlahan.

"Seri! Jangan cakap macam tu. Seri tetap anak mak dunia akhirat. Seri jangan mimpi nak keluar dari rumah ni selagi Seri tak kawin. Mak tak izinkan. Lagipun itu janji mak dengan arwah ibu."

"Mak..."

"Dah tak payah cakap lagi. Kalau kamu sebut lagi perkataan nak keluar rumah, anggap sajalah kamu tak ada mak lagi."

"Mak!"

"Mak nak hidang makan malam untuk kamu. Nanti mak hantar makanan tu ke bilik kamu... Marilah Zein. Biarkan Seri rehat." ujur Puan Mahani seraya meninggalkan anaknya itu.

Zein hanya mengangguk tapi masih tak bergerak. Sejurus melihat Puan Mahani menghilang dibalik pintu. Zein tenung Seri.

Apa yang kau rasa Zein? Sedih? Terharu? Bangga? Ah! Bukan masalah aku pun. Buat apa aku nak pening kepala.

Seri tahu Puan Mahani telah berjauh hati atas kata-katanya tadi. Aku hanya mahu yang terbaik untuk Surya. Surya adik aku! Hatinya sudah dicincang lumat atas kelancangan Surya tadi. Tapi walau bagaimana sekali pun perlakuan Surya ke atas dirinya, Seri tetap tak dapat membenci gadis itu.

"Apa yang awak rasa saya perlu buat sekarang? Saya punca Surya jadi macam tu. Saya rasa, saya kakak yang tak guna. Saya tak dapat jaga walau seorang adik pun." Seri diam seketika "Tapi bukan niat saya..." Luah Seri lagi setelah tiada respond dari Zein.

"Keluar dari rumah ni! That's the only solution you have. Kalau tak, Surya takkan dapat apa yang dia nak. Selagi kau kat sini, Surya tak kan tenang. Betul la kata Surya, kau ni macam parasit. Hidup nak menyusahkan orang saja." jawabnya dalam suara datar. Kemudian dia mengatur langkah keluar dari bilik itu.

Buk! Rasa seperti jatuh dari bangunan berbelas tingkat. Sakit macam nak mati. Harapan dapat tenangkan hati. Lain pula yang dia dapat. Itu nasihat atau luah rasa benci. Memang pun dia bencikan kau Seri. Don't you get it! Kau sepatutnya sedar awal-awal lagi sebelum kau buat 'janji' kau dulu. Janji kau akan buat dia jatuh cinta kat kau. Tapi kalau macam ni lah gayanya, memang kena standby bendara putihlah dari awal Seri.

Share this novel

Nurul Syuhada
2020-07-12 23:03:27 

awesome!!

Nurul Syuhada
2020-07-12 23:03:21 

awesome!!

Nurul Syuhada
2020-07-12 23:03:14 

awesome!!


NovelPlus Premium

The best ads free experience