MHSA Bab 5.

Romance Completed 1157355

Seri Ayuni terpegun melihat semua koleksi gaun pengantin yang telah Puan Sri Rania pilih terlebih dahulu untuk dirinya. Semua pilihan bakal mertuanya itu memang memukau mata. Kebanyakkan baju pengantin dihadapannya kini gabungan shiffon dan lace disulami batu swarovski yang pasti siapa pun yang memandang pasti akan terpegun dek kecantikan designnya.

Exclusive!

Itulah perkataan yang boleh Seri gambarkan. Pastinya mahal. Kalau bukan kerana arahan dari Tan Sri Zuriman pastinya dia tidak mampu menginjakkan kakinya kesini. 

Gaun dihadapannya dibelek satu persatu dengan perasaan yang sangat kagum. Bibir mungil Seri seolah-olah membuat perkataan 'wow' walaupun tidak terluah. Seri akui Puan Sri Rania memang bercitarasa tinggi orangnya. Perasaan teruja yang membuak-buak tidak dapat disorok oleh Seri. Setiap kali dia melihat gaun dihadapannya itu seiring juga bibirnya mengukir senyuman.

Seri tidak sedar perlakuannya itu telah menarik diperhatikan seseorang. Mata redup itu tidak pernah lepas dari menatap wajahnya. Semua gelagat gadis itu amat menarik minat si jejaka. Dari senyum dan tingkah-lakunya, benar-benar membuat si jejaka terhibur sama.

Dia baru perasan akan kehadiran wanita itu sewaktu melangkah masuk ke dalam butik. Satu perasaan yang sukar dimengerti. Dari mata turun ke hati. Dari hati terus turun membawa ke kaki. Dari kaki terus menuju pintu VVIP milik butik ini. Perasaan lelakinya membuak-buak ingin mendekati wanita itu. Kakinya seolah-olah telah dipasung untuk melihat keindahan yang terhidang di depan mata. Belum pernah lagi dia melihat wanita secantik dan seayu gadis ini. Hati kecilnya meronta-ronta untuk mengenalinya. Belum pun mahu mengorak langkah, dia disapa satu suara yang menghentikan tindakannya.

Mama!

"Amboi tak berkelip. Pandang apa tu?" Datin Juwita menyorot ke suatu tempat. Tepatnya ke arah yang dipandang jejaka tegap itu.

"Mama buat apa kat sini? Bukan ke mama ada appointment dengan Puan Sri Rania?" Soalnya. Namun mata kuyunya masih tidak berkalih dari melihat objek yang berjaya menarik dia ke situ. Tangan disilangkan ke dada. Bahu kanan disandarkan ke bingkai pintu ruangan VVIP tersebut manakala kaki sebelah kanan menyilang ke hadapan kaki kiri. Dia mencari keselesaan untuk dirinya. Hampir 20 minit dia berdiri di situ sehingga tidak menyedari kejadiran Datin Juwita.

"Hai? Apa peliknya soalan kamu ni Tengku Adam Khaair? Kamu lupa siapa pemilik butik ni?" Soal Datin Juwita berbalik kepada Adam. Apa yang membuatkan Adam 'lost' seperti ini?

Adam sapu belakang lehernya dengan tangan kiri. Badan serta-merta tegak berdiri dari bersandar tadi. "Hehehe... Sorry mama. I forgot." Sekarang kau pun dah jelas kantoi!

"Apa yang buat kamu hilang ingatan ni?" soal Datin Juwita tak puas hati. Tidak pernah lagi dia melihat Adam yang tiba-tiba hilang fokus.

Tengku Adam Khaair teragak-agak menunjukkan objek yang menjadi perhatiannya sejak tadi menggunakan bibir yang dimuncungkan sedikit ke depan. "It's so beautiful to watch ma. Adam dah rasa nak jatuh kat sini masa mula-mula tengok dia. Seolah-olah hati Adam dah dicuri. Mama tengok la bila dia senyum. Bergoncang kuat jantung Adam ni Ma." Adam menepuk-nepuk dada sebelah kirinya. Tanda dia betul-betul tertarik dengan gadis itu.

Datin Juwita melihat kearah yang ditunjukkan oleh anak terunanya. Mata bersinar penuh pengharapan. Kalau betul wanita ini adalah jodoh untuk anaknya. Dia sebagai ibu, dengan lapang dada menerimanya. Asalkan Adam gembira.

"Ha'ah cantik sangat Adam. Adam berkenan?" soal Datin Juwita lagi. Tidak disangkal gadis yang dihadapannya itu sangat cantik. Senyuman yang terhias indah dibibir ditambah dengan lekuk ditengah pipi memang mempesonakan. Gadis itu juga mempunyai sepasang mata bulat yang sangat cantik. Serupa patung barbie. Sedangkan dia yang seorang perempuan juga sudah memuji, apatah lagi kaum lelaki.

"Adam rasa hari ini adalah hari bertuah Adam la Ma." Mana taknya. Pada awalnya dia berkeras tidak mahu datang kesini selepas dipinta oleh Datin Juwita. Namun setelah dipujuk barulah dia beralah. Setakat nak collect Tuxedo, dia boleh saja menyuruh PA-nya datang ambil. Tak perlu dia bersusah-payah. Namun siapa sangka dia dihidangkan dengan pandangan nan memukau.

Datin Juwita tersenyum gembira. Masakan tidak, telah banyak kali dia menyuruh anak terunanya itu untuk mencari pasangan hidup. Namun Tengku Adam Khaair hanya buat endah tak endah. Belum lagi gadis-gadis pilihannya yang dibawa berjumpa dengan Adam. Semuanya ditolak. Atas satu alasan. Plastik! Kadang-kadang dia menjadi bingung. Gadis seperti apa yang Adam inginkan. Gadis yang dibawa bertemu Adam bukan calang-calang orang kesemuanya. Keluarga mereka rata-rata berpangkat serta berpengaruh.

Datin Juwita cuma risaukan satu perkara. Takut Adam Khaair tidak kawin sebab terlalu memilih. Usianya juga sudah menjangkau 31 tahun. Namun Pasangan masih belum ada. Logikkah untuk lelaki normal seperti dia. Atau Adam gay?

Nauzubillahiminzalik! Mengingatnya saja sudah buat Datin Juwita beristigfar panjang, lagilah kalau ia menjadi kenyataan.

Kadangkala dia merasa cemburu dengan keluarga adiknya. Walaupun anak mereka belum menjangkau 30-an tapi dia sudah berkahwin buat kali ke dua. Siap sangka jodoh anak saudaranya itu datang sebegitu cepat. Akibat jodoh pertamanya tidak berjalan lancar. Kini dia memperolehi jodoh yang lain pula. Namun Datin Juwita hanya mampu bedoa agar Adam Khaair juga mampu memenuhi kehendaknya yang satu itu sebelum dia menutup mata kerana semuanya yang tertulis sudah dirancang oleh yang diatas.

"Jom masuk dalam. Mama pun nak kenal sama." Ajak Datin Juwita kepada Adam Khaair. Belum pun mereka mengatur langkah. Suatu suara menyapa telinga. Dia kenal dengan suara itu.

"Eh! Puan Sri Rania dan Tan Sri Zuriman..."

Bersambung.

Share this novel

putridisember
2020-08-06 23:37:33 

putridisember
2020-08-06 23:30:34 

author edit blk semua yer citer ni..rasa mcm lain dn lbh menarik..


NovelPlus Premium

The best ads free experience