Bunyi alarm mengejutkan dari Seri lenanya. Cuba meregangkan badan tapi pergerakkannya terbatas. Seperti terhalang oleh sesuatu.
Apa pejal ni?
Perlahan-lahan Seri membuka kelopak mata. Pandangan yang awalnya kabur namun bila mata sudah mula beradaptasi dengan cahaya, terus matanya terpaku lama.
" Awak!" Hampir terjerit Seri dibuatnya. Nasib dia sempat menutup mulut semasa ucapan itu dikeluarkan. Fuhh... Nasib dia tak dengar. Kalau tak, masak aku. Nope! Bukan masak lagi, tapi hangus rentung aku dibuatnya.
Bagaimana aku boleh tidur dalam pelukan dia?
Tunggu dulu!
Aku tidur beralas lengan dia?
Like for real?
Posisi tidurnya tadi mengiring ke kanan dan terlalu dekat. Malah hampir tiada jarak antara keduanya. Sambil tangan sendiri...
Argh! Terasa kering seketika darahnya bila melihat tangan sendiri sedang melekap elok pada dada bidang suaminya yang tidak berlapik sehelai kain pun. Tersedar akan hal itu, cepat-cepat Seri mengalihkan tangannya.
Nyawa ini turut rasa tercabut sama dari jasad bila melihat tangan yang sedang menderhaka pada tuan sendiri.
Those muscle! What a hot tempting.
Seri dapat rasa lekukkannya. Body memang cari makan betul! Complete six packs yang susah nak dibina tu. Dengan dia tak berbaju lagi.
Haih! Memamg rentung aku macam ni gayanya.
Tapi, bila masa dia tanggalkan baju? Rasa darah panas terus menyapu muka. Terasa amat membahang. Seri meletakkan tangan sendiri ke dada kirinya. Kuat terasa pergerakkan jantung.
'Bertenang Seri'. Jantung yang berkerja keras itu dipujuknya sendiri.
Sekejap! Seri kembali berfikir. Bukankah semalam aku tidur di bawah? Bila masa pula aku naik merangkak ke atas ni?
Seri apa yang kau dah buat? Matilah kau kalau Zein tahu kau tidur sekatil dengan dia.
Dalam nafas yang masih menderu laju wajah suaminya itu direnung dalam diam. Tiada muka beku yang tidak berperasaan yang selalu ditonjolkan. Yang ada hanyalah ketenangan dan kepolosan semata. Kalau dilihat rupa paras Zein, sungguh aku kata dia adalah seorang lelaki yang sangat sempurna pada fizikalmya. Wajah slim face miliknya itu adalah salah satu sisi maskulin lelaki itu. Ada jambang halus yang sentiasa kemas lengkap menghiasi wajahnya. Hidungnya mancung. Mata helang lelaki itu yang selalu buat Seri tidak keruan. Baru Seri perasan warna rambut Zein, brunette. Sama dengan warna matanya. Memang original ke warna rambut dia ni? Ke dia warnakan?
Namun, warna itu memang terasa sangat serasi dengan lelaki sejuk seperti suaminya itu? Sebab kau handsome sangatlah kau berlagak kan?!
Jari runcing Seri naik menyelak rambut hadapan Zein yang sedikit menutup matanya. Rambut yang selalu digayakan ala modern fringe atau side part. Fesyen rambut begitu memang amat sinonim untuk rambut yang sedikit panjang di bahagian hadapan.
Sedar keadaannya sekarang membuat Seri hampir tak dapat mengeluarkan nafasnya. Sama seperti mula-mula dia berjumpa dengan lelaki itu. Degupan jantung sudah lari jauh dari paksinya.
" You know what? Saya dah mula suka pada awak sejak hari tu lagi. Walau kasar kata-kata awak pada saya. Awak tetap takkan dapat buang rasa suka saya pada awak. Tapi saya sedar, saya bukan perempuan pilihan awak kan? Apatah lagi jenis perempuan yang awak suka. Tapi saya tidak akan berputus asa. Saya akan usaha untuk cairkan hati awak yang diperbuat dari ais ni. That's my promise." Usai kata-kata dari hatinya diluahkan, satu kucupan hanyat dihadiahkan ke pipi kiri suaminya. "I love you..."
Dia tahu dah ke yang aku pernah tumpang dia dulu melalui aplikasi Grab?
Nampaknya, aku harus berterima kasih kerana aplikasi itu yang sudah menemukan kami. Rasa lucu bila difikirkan. Yalah, sampai tak cukup oksigen aku masa mula-mula jumpa dia dan sekarang dah jadi suami pun. Itulah namanya jodoh. Tak kenal maka tak cinta kan? So aku nak dia kenal siapa Seri Ayuni. Aku akan pastikan nama aku ada dalam hati dia.
One day perhaps.
Zein masih nyenyak dibuai mimpi. Seri bangun dengan berhati-hati. Tidak mahu mengejutkan suaminya. Kerana kalau dia terjaga, confirm aku kena balun dengan dia sebab ingat aku ambik kesempatan. Hisy! Aku pun satu. Boleh pulak tidur pindah-randah. Tapi seingat aku, belum pernah lagi aku berkelakuan pelik macam ni. Jangan-jangan dia yang angkat aku tidur atas ni tak?
That was impossible!
Dia benci aku. Jadi mustahillah dia yang angkat aku naik kat atas tilam ni. Mungkin, memang betul aku ni tidur sambil berjalan.
Tersedar dia sudah terlewat untuk menunaikan solat subuh. Sepantas kilat Seri turun dari katil. Mengambil tuala yang tersangkut di ampai kayu di dalam bilik dan terus ke bilik air .
Dan saat itulah Zein perlahan-lahan membuka matanya. Sebenarnya dia sudah lama terjaga. Atau lebih tepatnya lagi dia tidak boleh tidur sejak Seri menjadikan lengannya sebagai alas kepala. Sampaikan jantung dia berkerja lebih had dan malah sudah mahu meletup rasanya. Namun saat melihat Seri tertidur lena, dia biarkan saja Seri begitu.
Dan pada saat Seri terjaga, dia berpura-pura tidur kerana mahu melihat reaksi Seri bila melihat mereka di dalam keadaan begitu. Zein juga yang dengan sengaja mengiringkan badan Seri supaya rapat dengan dirinya dan dia yang meletakkan tangan gadis itu ke dadanya.
Motif?
Semua itu dilakukan hanya mahu menguji reaksi isterinya.
Di dalam masa yang sama, dia juga tidak tahu kenapa dia boleh suka bila melihat Seri tidur rapat dengannya. Malah terasa sayang untuk dilepaskan.
Melampau?
Tidak. Kerana Seri adalah isterinya yang sah. Dia berhak. Cuma masanya saja yang belum tepat.
Tika dulu, saat dikepit wanita-wanita hot dan sexy, tidak sedikit pun menimbulkan sebarang perasaan kepadanya. Teruja apatah lagi, langsung tidak. Jauh sekali mahu melangkau lebih dari itu. Rasa keterujaan itu sudah lama hilang. Rasa hendak berseronok juga hilang begitu saja. Tapi dengan Seri, rasa yang sudah lama terkunci kini datang kembali. Rasa untuk menyayangi dan disayangi.
Ah! Kacau hidupnya kalau begini.
Pipi yang tadinya hangat menerima ciuman Seri, disentuh dengan jari sambil bibir tidak disangka mengoyak senyum nipis.
Kata-kata Seri pula, sedikit sebanyak menyentuh jiwanya sebagia seorang lelaki. Masakan tidak. Suara itu sangat lembut menyapa derianya dan terus masuk ke dalam hati. Sungguh tenang bunyinya. Mendengar bait-bait bicara itu juga buat dia teruja. Adakah ini yang dinamakan cinta sudah berputik?
Seri, gadis yang dianggapnya tidak layak untuk sebuah hati yang dingin dan beku setelah hati itu teruk terluka kerana sebuah cinta yang dikhianati. Hatinya juga sudah dijaga kemas agar tidak jatuh cinta pada wanita lagi. Kerana dia pernah merasakan sakit dan hampir-hampir dia hilang identiti diri dibuatnya.
Kini dia tidak mahu kejadian itu berulang untuk sekian kalinya. Cukuplah hanya sekali. Kerana rasa sakitnya sampai saat ini masih berbekas.
Kau yakin? Jangan terlalu yakin, bro. Ingat, jangan kau pandang rendah pada perempuan kampung tu. She has something in her and you can't deny it.
Senyuman yang tadinya menghias bibir, padam dengan sendiri bila mengingat seseorang yang sekarang masih berada di dalam hatinya. Sukar untuk dia berubah hati.
Masihkan aku menanti dirinya?
Masihkah aku berharap agar dia kembali kepangkuanku?
Bagaimana pula untuk memaafkannya sekiranya dia kembali nanti?
Aku tidak pasti tentang semua itu. Cuma apa yang aku tahu, hati ini sudah lama kosong.
Jadi apa jawapan yang kau punya untuk soalan Seri tadi?
Biarlah waktu yang menentukan kerana aku juga tidak bisa menebak apa rahsia yang di rancang olehNya.
Zein bangun dari pembaringan. menongkat sebelah tangan ke sisi. Kaki diturunkan ke atas lantai mozek. Bila melihat badan sediri yang sengaja tidak berbaju. Fikirannya menerawang.
Melihat pelakuan Seri saat melihat dirinya sebentar tadi, seperti tak ada reaksi. Tak tergoda ke dia? Aku dah 'serah' diri pun still kau buat bodoh kan? Sahlah kau ni memang jenis old fashion. Kalau perempuan lain, aku masih berbaju pun dah lost control apatah lagi tak berbaju. Tapi kau?
Shit! What the heck I'm talking about? Nak sangat ke kau dikerjakan dengan perempuan kampung tu? Kau kata dia tu bukan selera kau, tapi kau simpan niat untuk dia apa-apakan kau. Dah hilang akal ke?
Gila!
Pintu dikuak dari luar. Muncul Seri darinya. Seri yang hanya berkemban dangan kain batik melilit separuh tubuh dari atas dada hingga ke bawah paras lutut. Rambutnya pula dililit dengan tuala putih.
Zein terpaku. Pemandangan indah di depan mata, buat dia tidak berkedip sedikit pun.
Seri pula seperti mahu pengsan dibuatnya. Wajahnya turut bertukar rona. Merah. Malu dengan pandangan Zein terhadapnya, segera dia mengambil baju dari almari dan keluar semula tanpa melihat lagi wajah suaminya. Sebenarnya dia terlupa membawa baju salinan. Lupa juga yang di dalam bilik itu ada lagi seorang penghuni baru, bukan dia saja. Sangkaannya, Zein masih tidur. Rupanya dah bangun, malah sudah terkena sumpahan bak patung cendana dibuatnya.
Seri masuk semula setelah siap mengenakan baju ke tubuh. Rambutnya disanggul tinggi. Dia menyidai tuala dan mengambil telekung dan sejadah untuk menunaikan solat. Zein masih ditempat tadi.
" Awak pergilah mandi dulu. Lepas tu kita solat sama-sama. Waktu pun tak lama lagi nak habis dah ni." Ujurnya sambil melihat ke arah si suami yang masih duduk di atas katil.
" Mind your own business! Kubur masing-masing. Jangan nak tunjuk kau tu ahli syurga depan aku." Dingin dan tidak punya intonasi. Mendatar tapi cukup berbekas.
Saat mendengarnya, Seri hanya kelu tidak berbunyi. Kenapa lagi? Apa lagi salahnya? Salahkah apa yang aku katakan?
Kening yang ternaik tadi Seri turunkan semula. Seri baru ingin membutir bicara, namun Zein terus keluar dari dalam bilik. Seri mengeluh seketika. Baru pun disuruh menunaikan solat subuh, aku sudah dibahasakannya.
Berdoalah kepadaNya kerana itulah yang terbaik saat ini. Apa pun yang berlaku, mengadulah hanya kepadaNya.
Sepuluh jari naik meraup wajah setelah doa dipanjat. Selesai telekung disimpan semula, Seri bergegas ke dapur. Mahu menyiapkan sarapan pagi buat mereka sekeluarga. Tidak pula dia melihat kelibat Zein di mana-mana.
Malas mahu terus memikirkannya, lantas segera mengambil periuk nasi untuk menanak nasi lemak. Lepas ni dia akan rebus telur, goreng ikan bilis, kacang dan tumis sambal udang. Kalau memasak ni memang kena fokus. Kena tahu mana nak mula dulu dan mana kena buat terakhir. Disebabkan selalu melihat reality show Master Chef, Seri belajar sedikit sebanyak cara pengurusan masa mereka. Seronok melihat mereka memasak dalam masa yang ditetapkan ditambah dengan tekanan yang diberikan. Penggunaan masa harus tepat untuk setiap peserta. Kalau salah langkah, mungkin menu mereka tidak dapat dihidangkan kepada juri. Begitulah rumusannya.
Sambil menunggu nasi masak Seri mencapai jug air dan memasukkan serbuk milo ke dalamnya. Susu pekat secukupnya dan terakhir air panas. Oh! Tidak dilupakan air kegemaran En. Aisberg, Nescafe kurang manis!
Aroma nasi lemak pandan memenuhi ruang dapur.
Hmm... Sedapnya bau. Ceit! Kau yang masak kau yang puji. Itu namanya isi bakul angkat sendiri, Puan Seri oi! Sekali lagi Seri cium bau nasi lemak pandan yang memenuhi ruang dapur. Laparnya! Dah lama tak makan nasi lemak.
Semua teruja melihat sarapan yang terhidang di atas meja. Apatah lagi lengkap serba serbi.
Rata-rata memuji skill memasak Seri. Cukup rasa semuanya. Tak ada yang kurang atau terlebih. Kalau ada pun, terlebih manis sebab senyuman Seri yang tak lekang di bibir. Bergula! Mana taknya keluarga mertua tak lepas-lepas memberi pujian. Walaupun ini kali pertama Seri masak untuk mereka, namun respond yang diterima amatlah memberangsangkan. Kalau mak dengan bapak, memang senyum memanjang saja dari tadi sebab anak mereka tak habis-habis dipuji oleh besan mereka. Siapa tak suka kan?
Namun bukan semua. Siapa lagi kalau bukan Surya Hani. Dari tadi menjeling saja kerjanya. 'Mata tak penat ke adik oi? Akak ni nak telan nasi pun payah tahu. Habis tu si adik tenung akak macam nak telan. Makanlah, tak perlu tenung akak macam tu sekali.' Bisiknya di dalam hati. Seri buat-buat tak nampak.
Mana perginya suami dia ni? Dia tak makan sekali ke?
" Sorry... Got an urgent call." Zein mengambil tempat duduk disebelah Seri kerana tempat itu saja yang tinggal.
Mama mengangguk. Tahu kesibukan anaknya sekarang. Kerana tidak lama lagi akan ada conventions meeting dari syarikat yang berpangkalan di Hongkong dan dijadualkan selama seminggu. Semua persediaan harus dalam keadaan tip top kerana tetamu yang hadir semuanya VVIP dan semestinya untuk menjaga reputasi Pasific View di mata mereka. Disebabkan tetamu yang datang dari skala yang besar jadi pihak hotel harus membuat persediaan rapi.
Seri langsung mengambil pinggan kosong dan meletakkan nasi ke dalamnya lalu dibawa kehadapan Zein.
Zein menoleh ke arah Seri sambil angkat sebelah keningnya. Seri pandang Zein seperti bertanya kenapa?
" Don't you know, I don't take heavy breakfast on my diet? Didn't mama tell you?" Ujurnya.
Semua mata memandang Zein.
" Eh... Bila masa kamu tak ambil sarapan berat ni, Zein? Selalu Bik Tom buat, Zein makan je." Soal mama kembali. Peliknya anak dia hari ni. Zein tak pernah cerewet bab makan. Zein ni boleh kata tolak batu kayu saja.
" Since yesterday." jawab Zein bersahaja juga tanpa rasa bersalah.
" Ada-ada sajalah kamu ni Zein. Makan sajalah apa yang ada." Malu Puan Sri Rania dengan tingkah anaknya itu. Yalah dekat rumah mertua pun dia boleh buat perangai. Tak cukup ruang rasanya nak sorok muka ni. Nasib Hussin dengan Mahani tak complain apa-apa..
" Tak apa, ma. Biar Seri uruskan sarapan anak mama ni. Awak nak makan apa? Saya buatkan." Aku bukan nak tunjuk baik, tapi tanggunjawab tu.
" Biarlah Puan Sri, orang ada dah bini. Tu tak lain nak bermanja dengan bini lah tu. Kan abang?" Ujar Puan Mahani sambil dikerlingnya Encik Hussin, suaminya.
" Haah betul la tu. Samalah kita masa baru-baru kawin dulu kan, Ani?" Sokong Encik Hussin pula.
Terus berpadu ketawa 4 sekawan itu. Amboi ada geng terus tak ingat orang sebelah yang dah merah muka. Seri menahan tawa dari rengkungnya. Surya pula hanya diam sambil mata tak kalih dari melihat Zein.
" Please make me an english toast complete with scramble egg."
Tu dia... Permintaan En.Hot! Barat style. Memang tak mengagak langsung. Permintaan macam kat hotel. Memanglah tak susah pun nak siapkan apa yang dia minta tu, tapi macam over la pulak. Kita ni melayu, tekak melayu. Dia orang melayu, tekak orang putih!
Lama Seri diam buat Zein senyum sinis. Tak pandai buat la tu. Desisnya dalam hati.
" Boleh tak?" soalnya. Pura-pura menanti jawapan.
" Boleh... Apa-apa saja untuk awak. Ni nak tambah baked beans dengan hotdogs tak? Selalu side dish tu kena ada untuk makan dengan english toast kan?" Tambah Seri penuh lembut. Bergula habis ayat kau kan, Seri? Mata menghantar isyarat tajam kepada Zein.
Aku memang bukan orang putih, tapi aku tahulah apa yang dia orang makan. Tak adalah ilmu aku ni cetek sangat. Don't judge a book by its cover Tengku Zein Luftman. But looks what inside the book.
Damn! Not again.
Aku dah salah caturan ke apa ni? Ke apa yang aku suruh tu simple sangat?
" Ada ke semua tu?" Zein cuba tepis malu dengan soalan pula.
" Hotdogs dengan baked beans tak ada. Tapi untuk english toast dan scramble egg ada bahannya. Tapi kalau nak full plate, awak kena pergi kedai dulu la."
" Apa yang ada sajalah." Zein sudah malas mahu bertarung.
Seri senyum kemenangan. Terus punggung diangkat tinggi dan kaki diatur ke dapur. Hanya dalam beberapa minit, semua yang diminta Zein terhidang di depan mata. Siap ada lebih lagi Seri buat. Mana tahu orang lain nak tahu apa itu english toast versi Puan Seri Ayuni.
" Oh ya Pa, I've to drive back to KL in this afternoon. We have an issue at the hotel. I didn't mean to ruin our holiday. But this is urgent." Beritahunya. Diambil roti yang dan scramble egg yang telah dibuat oleh Seri. Dipotong dan disuap ke mulut. As always, she wins! Dia ni memang serba serbi pandai buat ke? Rugilah pula tak rasa nasi lemak yang Seri buat. Makan EGO kau Zein. Sekarang kau gigitlah jari!
Sebenarnya sejak dari mula duduk lagi dia sudah terluir melihat nasi lemak yang terhidang cantik di depan mata. Tapi malangnya, perancangannya gagal. Kiranya, jika Seri menolak mahu menyediakannya sarapan seperti yang diminta barulah dia akan makan nasi lemak itu. Tapi disebabkan mahu mendajal isteri sendiri, nah sekarang dia yang gigit jari.
" And..." Zein pandang Seri. Seri pandang pelik, sambil dahinya berkerut. Kenapa pula tenung aku ni? Ada lagi akal nak mendajal aku ke? "...I'll take my wife along." Ucap Zein menghabiskan ayatnya.
Uhuk... Uhuk... Terus terbatuk kuat Seri dibuatnya. Tangan terus mencapai cawan di hadapan mata. Seri dah bagi panahan mata pada Zein. Apa lagi kau nak buat ni Zein? Secepat ni kau nak bawa aku pergi?
" Bapak tak kisah Zein. Bawalah isteri kamu tu. Dia dah tanggungjawab kamu pun. Boleh dia jaga makan minum dan pakai kamu di sana nanti." Jawab bapak memberi kebenaran. Bukan Encik Hussin tidak tahu apa makna perkataan asing yang menantunya katakan. Dia juga pergi sekolah. Lagipun, takkan Encik Hussin mahu menghalang. Mereka sudah menjadi suami isteri. Dan Seri sudah berada dalam tanggungan Zein. Bukan lagi tanggungannya.
Zein sudah senyum penuh makna.
" Terima kasih, Uncle. Uncle jangan risau, Seri akan selesa kat sana. Lagipun dia ada mama dan papa pun akan balik tak lama lagi. So dia takkan rasa tersisih."
Semua mata terarah kepada Zein. Zein hanya terkebil-kebil. Apa yang salah?
" La... Apa pula panggil uncle? Tak senonoh betullah budak bertuah ni. Panggil bapak la, kan ayah mertua kamu tu," tegur Datin Sri Rania kepada anaknya itu.
"Sorry, ma. Dah biasa panggil uncle... Lagipun lidah ni masih belum terbiasa." Zein berdalih. Walhal, dia masih belum dapat terima kenyataan yang dia sudah mempunyai ayah mertua.
Dalih.
" Tak apalah Datin, panggilan tu tak penting. Yang penting, Zein ikhlas terima Seri. Itupun saya dah bersyukur sangat."
Terus sunyi seketika di ruang makan sederhana besar itu. Hanya bunyi ayam dah itik yang kedengaran. Masing-masing diam tak berkata apa kerana mereka sendiri tahu sebenarnya apa yang bapak katakan itu tidak benar.
Zein tidak ikhlas terima aku. Itu kenyataannya.
Seri jadi hilang selera makan. Nasi lemak yang sejak tadi membuat selera makannya meluap, terus dipandang sepi. Seri menguis nasi tanpa disuap ke mulut. Kata-kata ayah itu sangat tulus. Malah hampir membuatkan Seri sebak.
" Kenapa papa tak dapat apa-apa berita pun? Bukan ke hal ni Hannif yang handle? Takkan dia tak paham Zein tengah cuti lagi?" Soal papa memecah kesunyian. Apa lagi alasan anak lelakinya itu? Tiba-tiba pula nak balik KL. Baru sehari di rumah mertua, sudah tunjuk belang.
" It's about the board convention meeting from Hongkong tu pa. Organizer nak delay. Masalahnya semua dah 90% siap. Rugilah kalau delay. Kalau Zein dapat discuss dengan organizer semula. Mungkin mereka boleh reconsidure." ujur Zein cuba meyakinkan papa.
Seri hanya mendengar. Sesekali mengerling pinggan Zein yang sudah kosong, Seri sungging senyum sinis. Sedap sangat ke En. Suami? Sampai licin pinggan.
" Kan itu sepatutnya Hannif boleh settle kan. Kenapa perlu Zein pula?" Papa sudah merungut sedikit. Bukan apa dia sekeluarga masih dalam percutian. Rugilah cuti yang mereka sudah atur kemas jadualnya. Begitu banyak agenda yang telah dirancang.
" Can you guys please stop discussing about work in front of food? Abang pun. Stop la. Lepas-lepas ni boleh bincang kan? Tengok sikit kita ada mana." Mama sudah buka bicara. Ambik! Diam terus anak beranak tadi. Selagi tak ditegur, berlarutan.
" Biasalah tu Puan Sri. Tan Sri bukan boleh kalau tak buat kerja satu hari. Hotel tu dah macam nyawa pada Tan Sri dah." Bapak mencelah. Dia paham benar dengan sikap bekas majikannya itu. Workaholic.
Masing-masih pecah ketawa. Cuma aku yang tak berapa nak ketawa. Apalah nasib aku kat sana nanti? Surya pun macam suka aku tak ada sini. Tadi muka monyok saja. Lepas Zein kata nak bawak aku balik KL dia terus senyun meleret. Memang betul la dia nak aku keluar dari rumah ni.
To be continue...
Share this novel