MHSA Bab 4.

Romance Completed 1157355

"Seri.... Oh Seri..." Jerit Puan Mahani dari ruang tamu.

Seri waktu itu sedang membasuh pinggan terus terkejut.

"Kejap mak. Seri basuh pinggan ni. Sekejap!" Ujurnya. Selang beberapa minit Seri memunculkan diri dihadapan Puan Mahani. "Kenapa mak?" Dia mengambil tempat dihadapan Puan Mahani.

"Ni, tadi bapak kamu call. Katanya Tan Sri suruh kamu datang KL hujung minggu ni sebab nak fitting baju pengantin. Nanti Tan Sri hantar driver datang sini ambil kamu. Kamu free kan? Kalau tak free pun kamu kena buat-buat free juga. Kamu tak ada pilihan selain setuju."

Bulat mata Seri memandang maknya. Itu bukan tanya tapi tak tahap memaksa! "Mak... Seri ada hal lah dengan kawan hujung minggu ni. Tak boleh ke postpone?" Dalihnya.

"Mana lagi penting kawan kamu ke majlis kawin kamu? Kalau kamu tak kesah baju kamu menggelebeh masa majlis nanti tak apa lah. Tak payah pergi. Tapi nanti jangan salahkan mak." Ucapnya tanpa melihat Seri.

"Ya lah! Mak ni suka main ugut tau. Benci la..." Rajuknya

"Bukan mak ugut kamu. Cuma mak rasa bagus juga kalau kamu pergi fitting tu. Dapat kamu kenal-kenal dengan Zein. Tan Sri dan Puan Sri pun ada sama nanti." Bagitahu mak lagi.

Puan Mahani berharap benar Seri akan bersetuju dengan rancangannya. Bukan apa, ini sajalah peluang yang Seri ada untuk bersuai-kenal dengan bakal suaminya itu.

"Ye ke mak? Hisy... Jadi segan pulak. Dah la majlis kat sini pun Tan Sri yang tanggung." Seri garu kepala tak sedar.

"Itulah... Mak dah bagi tahu dengan bapak kamu. Tapi katanya Tan Sri yang desak yang suruh terima. Mak pun segan juga sebenarnya. Ni, mana Surya? Satu hari mak tak nampak dia?"

"Keluar jumpa ka..." Belum pun sempat Seri menghabiskan kata-katanya, orang yang dicari telah pulang.

"Ha! Panjang umur kamu Surya. Mak ingat, kamu nak tidur rumah kawan kamu..." Sindir Puan Mahani.

Surya yang baru membuka selipar capalnya hanya membiarkan saja dua wanita itu tanpa ada niat untuk menegur. Terus dia berlalu masuk kedalam rumah. Sempat pula dia menghadiahkan sebuah jelingan maut kepada Seri. Namun Puan Mahani perasan akan perbuatan anaknya itu.

"Kamu tengok la, Surya tu. Kita yang duduk tercongok menunggu dia balik, langsung tak ditegurnya. Masuk menonong pulak tu. Pakej jeling lagi." Marah Puan Mahani.

Seri hanya senyum mendengarkan omelan maknya. Puan Mahani kalau sehari tak membebel bukanlah Puan Mahani namanya.

"Mak tak tahulah sampai bila dia akan macam tu. Dengan kita ni dia buat macam halimunan. Mak salah makan agaknya waktu mengandungkan dia." Satu keluhan dilepaskan. Puan Mahani hampir berputus asa melihat telatah Surya Hani seperti itu. Dia dapat mengesan ada yang tak kena antara Surya Hani dan anak jagaannya Seri Ayuni Namun dia tidak dapat memastikan. Seri pula lebih banyak mendiamkan diri bila ditanya perihal Surya. Mungkin tak mahu Puan Mahani lebih memarahi Surya.

"Mak... Tak baik mak mengeluh macam ni. Seri yakin adik akan berubah. Lagipun tahun ni kan dia nak STPM. Mungkin dia banyak fikir la tu. Dah, mak jangan risau ye. Nanti Seri tanya adik." pujuk Seri.

"Tak perlu la kamu jaga sangat air muka adik kamu Seri. Dia tu memang susah nak senangkan hati orang-orang dalam rumah ni. Kalau ada dirumah pun, asyik duduk terperap dalam bilik."

Aku meleparkan senyuman hambar kepada mak. Sungguh aku juga risau dengan keadaan Surya.

"Mak. Seri masuk bilik dulu. Letih la. Hari ni banyak sangat work repair kat kilang. Tak menang tangan dibuatnya." Aku mula angkat punggung.

"Hmm ya lah. Jangan lupa hujung minggu ni ya." Mak mengingatkan aku kembali.

Setelah satu senyuman ku berikan. Seri terus beredar. Bukan aku tak mahu berlama-lama dengan mak. Tapi ada yang harus aku selesaikan.

Apa?

Soal Surya Hani.

*********

"Dik, boleh akak masuk?" Pintaku setelah pintu aku ketuk dari luar.

Tiada sahutan. Aku mencuba lagi.

Sama. Tetap tiada jawapan dari Surya.

Tidur ke? Aku berfikir sendiri. Takkan awal sangat baru pukul 8 setengah malam. Seri mengambil tindakan untuk membuka saja pintu bilik adiknya, Surya Hani. Apabila pintu telah terbuka luas. kelihatan Surya sedang asyik dengan Smartphone ditangan serta telinganya disumbat dengan earphone. Entah apa yang didengar. Kelihatan kusyuk sekali. Sambil dilihat kepalanya terhangguk-hangguk sedikit.

Seri menghampiri Surya Hani. Dia Duduk dibirai katil sambil matanya meneroka segenap isi didalam bilik itu.

MasyaAllah!

Ini bilik anak dara ke tempat pelupusan sampah Kuantan?!

Merata baju bersepah. Belum lagi buku-buku dan majalah yang bertaburan dilantai. Tangannya tergerak untuk mencapai satu objek yang terpijak dibawah kakinya sejak tadi. Ambik kau. 'sotong kering' pun bersepah sama. Objek merah jambu bentuk segi tiga itu diangkat tinggi dan dihadapkan kemuka Surya Hani. Surya yang masih ralit dengan smartphonenya terus terkejut. Objek pink itu direntap kasar. Earphone turut ditanggalkan. Mata tajam menikam Seri Ayuni.

"Apa ni masuk bilik aku. Kau kalau satu hari tak menyebok hal aku, memang tak boleh kan? Ada aje... Semak!" tajam lidah mengeluarkan kata. Namun Seri masih lagi beriak biasa. Siap tersenyum lagi kepada Surya Hani.

"Akak dah ketuk tadi. Tapi adik tak dengar. Itu yang akak masuk je. Surya dah makan? Kalau belum, jom makan dengan akak. Sambil tu boleh kita borak-borak. Dah lama sangat akak tak berborak dengan adik akak yang cantik ni." ujur Seri. Wajah bujur sirih itu ditatap penuh sayang.

Wajah Surya lebih menyerupai Puan Mahani. Matanya, mulut dan hidung juga sama dengan mak angkatnya itu. Namun ketinggiannya turunan dari bapak angkatnya. Sekali pandang boleh jadi model. Tak macam aku ketinggian ala-ala saja. Kalau berdiri sama tinggi dengan Surya, aku hanya lepas telinganya saja.

"Eh! Perempuan. Siapa adik kau hah?! Ada hati panggil aku adik. Dan sejak bila pulak aku dengan kau pernah berborak-borak? Kau lupa yang kau tu menumpang saja dalam rumah ni? Ke kau nak aku ingatkan kedudukan kau kat mana?" Balas si adik kasar.

Terpempan Seri dibuatnya. Kasarnya Surya melantunkan kata-kata. Sedikit sebanyak hati Seri tergores. Namun Seri cuba menguatkan hati yang sudah lama koyak dengan rentapan kata-kata adiknya itu.

"Surya, kenapa cakap dengan akak macam tu? Surya tetap adik akak walau macam mana pun. Kita dah besar sama-sama dik. Akak ada Surya sorang saja sebagai adik akak. Kalau akak ada salah pada Surya cuba bagi tahu akak. InsyaAllah akak cuba betulkan. Akak tak nak kita gaduh macam ni saban hari. Mak dengan bapak risau dik."

"Eh! Engkau ni tak paham bahasa ke hah? Kau tu bukan KAKAK aku!" Perkataan kakak ditekankan.

"Kau nak tahu sangat ke apa salah kau, hah perempuan?" Surya sudah bagun dari katil dan bergerak dihadapan Seri.

"Engkau ni macam parasit tau. Diam-diam je kau buat kerja kan? Mula-mula kau ambil perhatian mak bapak aku sampaikan mereka tak layan aku langsung. Lepas tu Dani dan sekarang ni Aiman pun kau nak rampas. Perempuan jenis apa kau ni hah? Memang kau jenis tak puas dengan satu jantan je ke? Tak sangka aku kan. Kat rumah kau ni tertutup atas sampai bawah tapi bila kat luar, kau buka habis. Puih! Menjijikan!" Tohmahnya pada Seri. Nafasnya beralun kencang. Hati yang sejak tadi panas sudah menggelegak. Hatinya cukup sakit melihat ketenangan Seri.

"Apa Surya cakap ni? Akak tak paham la. Dan... sejak bila akak rampas Dani mahupun Aiman?" Soal Seri yang tak tahu menahu.

"Hoi! Kau jangan jadi bodoh pulak eh. Kau ingat aku ni buta. Tak ada mata tengok kau merenyam dengan Aiman." asak Surya lagi.

"Okay wait. Let me explain. Kalau Surya kata akak dengan Aiman ade affair memang Surya silap. Akak memang tak ada hati langsung pun dengan dia. Lagipun akak nak kawin dah tak lama lagi. Kalau pasal Dani tu akak memang tak suka Surya dekat dengan dia. Sebab dia tu kaki perempuan. Perempuan tak cukup satu. Akak tak nak surya kecewa nanti." jawabnya jujur.

"Dan Surya jangan ingat mak dengan bapak tak sayang Surya. Malah dia orang sayang Surya lebih dari akak. Akak sedar akak menumpang saja dalam rumah ni dik. Akak tak layak untuk terima kasih sayang mak dengan bapak lebih dari apa yang Surya dapat. Surya tahu tak. Dulu akak gembira sangat bila Mak dengan bapak bagi tahu akak akan dapat adik. Akak terlalu excited. Akak berdoa yang akak akan dapat seorang adik perempuan yang comel yang boleh teman akak main sama. Ternyata Allah makbulkan doa akak. Walau macam mana benci sekali pun Surya dengan akak, akak tak mampu untuk benci Surya. Sebab Surya adalah adik akak yang Allah turunkan dan amanatkan untuk akak. Jadi kalau Surya suruh akak berenti dari panggil Surya dengan gelaran adik. Akak memang tak boleh dik. Akak tak boleh..." Air mata yang berada dikelopak mata akhirnya jatuh ke pipi.

Seri sudah tidak mampu mengawal emosinya bila Surya meragui kasih sayang yang telah dicurahkan. Sungguh pun Surya bukan adik kandungnya. Namun bagi Seri, dia tak ubah seperti penawar kesepiannya. Seri dan Surya jarak umur mereka 5 tahun. Oleh sebab itulah dia amat menyayangi Surya. Dia rindu pada Surya yang dulu. Yang selalu bercerita masalah dengannya. Surya yang manja. Namun setelah usia Surya menginjak 15 tahun. Semua itu berubah sekelip mata. Tiada lagi gurau senda yang keluar dari bibir gadis itu. Yang ada ada hanyalah kata-kata kesat yang dihamburkan.

Kata-kata Seri tadi sedikit sebanyak menyentuh tangkai hati Surya. Ya dulu dia rapat dengan kakaknya itu. Segala masalah akan diceritakan kepada Seri. Seri menjadi kawan, cikgu serta abang kepadanya. Namun lama-kelamaan perasaan sayang bertukar jadi benci apabila dia sering dibanding-bandingkan dengan Seri oleh kawan-kawanya, cikgu-cikgu serta orang kampung. Seri Ayuni yang cantik, yang sopan, yang lemah lembut, yang bijak... Sampaikan semua lelaki dikampung mendambakan Seri termasuklah Dani dan Aiman.

Matanya Surya mula berkaca-kaca.

"Dah lah aku malas nak dengar pujuk rayu kau. Meluat tahu tak. Makin kau lama kat sini makin aku menyampah. Bagus jugalah kau cepat kawin. Sekurang-kurangnya kurang la menyemak depan mata aku!" Serta merta tangan Seri direntap kuat lalu didorongnya keluar kemuka pintu. Seri yang waktu itu masih terkejut serta merta jatuh terjelepuk kelantai. Kemudian pintu ditutup kasar dari dalam.

Seri yang masih dalam sedihnya cuba bangun perlahan-lahan. Surya, bilakah agaknya kita boleh jadi macam dulu? Akak rindukan kamu dik.

Bersambung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience