MHSA Bab 18.

Romance Completed 1157355

"MUNIRAH... What are you doing here? When did you come back?" Soalnya kepada wanita seksi itu.

Zein merasa sedikit tegang melihat wanita itu menghampirinya.

Ternyata Munirah tidak pernah berubah. Dari pakaian hinggalah ke perangainya, masih tak ada yang berubah. Malah semakin daring! Dan mungkin sebab ini jugalah dia cinta mati dengan Munirah dulu. Akal dirasionalkan. Bukan hanya kedudukan kami yang setaraf, bahkan citarasa kami juga sama.

Pertemuan kami bermula dengan Puan Sri Rania, Mama aku sendiri. Mama memperkenalkan Munirah kepadaku kerana Mama berkawan baik dengan Tengku Masyitah, Ibu Munirah. Disebabkan mahu hubungan ini terus kekal terjalin, jadi mereka cuba menjodohkan kami. Tanpa berfikir panjang aku menerimanya. Kerana aku rasa Munirah sangat sesuai dengan aku. Dan sejak itulah kami rapat sehinggalah kami mendirikan rumah tangga.

Tapi hubungan itu tidak lama setelah Munirah berubah tingkah. Sering keluar dengan lelaki lain. Ya, Zein akui Munirah memang sangat sosial orangnya.  Semasa berkawan dengan Munirah pun Zein sudah nampak akan hal itu. Namun matanya dibutakan hanya disebabkan sebuah hati yang sangat mencintai wanita bernama Tengku Munirah.

"Well I dah lama balik, since a week ago. Tapi you langsung tak contact I. You dah lupakan I ke baby?" Jawabnya. Sengaja lenggok suaranya dimanjakan.

Baby? Bagai tercekik tulang ikan Zein dibuatnya setelah agak lama dia tidak digelarkan begitu oleh mana-mana wanita sebelum ini. Mendengarnya pun sudah buat merinding bulu roma. Well, memang inilah Tengku Munirah. Manja, gedik, seksi, cantik, yang paling penting bagi Zein, Munirah pandai mengambil hatinya.

"Huh? I nak contact you? For what?! For your information. I dah flush semua maklumat diri dalam toilet termasuk contact number orang yang dah tinggalkan I. And you're one of them." Zein mengentap rahang.

"You tak payah balik pun tak pe lah! You dah lupa ke, you yang tinggalkan I." Hambur Zein lagi. Wanita yang kini dihadapannya itu tayang muka bersahaja.

Setelah 2 tahun menghilang kini muncul kembali. Munkin dah tak ada mangsa lain.

Well, demi merebut hati Zein kembali, dia sanggup melakukan apa saja asalkan dudanya itu kembali kepadanya semula. Memang salah dia sendiri jadi terima sajalah hukuman dari lelaki itu. Tak kesah la dia nak marah aku macam mana sekali pun.

"I'm back because of you baby..."

"You rasa I nak balik semula ke dengan you lepas apa yang you dah buat pada I? Think! Kalau you dah tak siuman, tak payah nak libatkan I sama. Dah puas dengan jantan tu, you datang balik jumpa I? Kenapa?! Dia dah tak dapat puaskan nafsu you tu? Hah?!" Tambah Zein lagi. Memang dia amat mencintai wanita ini. Tapi rasa marahnya lebih dulu mengemudi hatinya.

"Baby..." Munirah masih disitu. Merengek manja.

Memang tidak dapat dia sangkal, Zein memang hebat dalam memuaskan nafsunya. Dia yang bodoh ikut lelaki lain hanya untuk benda yang tak pasti. Hanya kerana terpikat dengan kata-kata rayuan lelaki itu, dia sanggup meninggalkan lelaki yang separuh mati mencintainya dan yang lebih penting dia lah lelaki yang boleh buat aku terseyum bahagia. Kalau diikutkan Zein lebih pandai berkata-kata, namun entah hantu apa yang meresap ke dalam tubuhnya sehingga dia sanggup meninggalkan Zein tanpa sepatah kata.

Selepas pemergiannya ke New York, berita dia melarikan diri bersama  lelaki lain tersebar diseluruh media. Oleh kerana dia adalah menantu Tan Sri Zuriman, maka secara automatik publisiti keluarga hartawan itu melekat padanya.

Dia cuba mendapatkan tangan Zein, tapi Zein tepis laju.

"Apa baby-baby? Rasanya dah lama I buang perkataan tu siap dengan tuan dia sekali. You baliklah Munirah. Sebelum I mengamuk. You tahu I mengamuk macam mana kan? Dah pergi!" Halau Zein. Dia mahu mengajar Munirah kerana telah melukai hati yang begitu tulus mencintainya sewaktu dulu. Malah rasa itu juga masih sama.

"Zein, I'm sorry ok... I know it's all my fault... I yang salah tinggalkan you untuk lelaki tak guna tu. Sekarang ni I dah kembali pada you. I dah tinggalkan dia just for you, baby." Bersungguh-sungguh Munirah cuba mengambil hati Zein. Namun Munirah tahu susah untuk menundukkan Zein kalau dia sedang marah.

"Hahaha... Senang jadi macam you kan. Time you nak, you datang. Time you tak nak, you blah macam tu aje. Now you cakap you tinggalkan dia untuk bersama dengan I. Haha... so funny. Lepas ni kalau you jumpa lagi orang yang lebih hebat dari I, tak mustahil you akan tinggalkan I sekali lagi. Am I right? I ni macam persinggahan you aje kan?" Cela Zein.

Makin bertambah saja marahnya pada wanita ini. Macam tak ada maruah!

"No! I will never leave you again. I knew I was wrong. Im totally wrong. And I menyesal sangat-sangat sekarang ni. That's why I'm here. Begging for your forgiveness. Please baby..." Ujur Munirah sudah dalam tangisnya.

"You tak payah nangis depan I Muni. I takkan termakan dengan kata-kata you lagi. Kalau you datang sini nak pujuk I untuk kembali pada you semula. Then you should leave now. Besides, I dah kawin."

Jatuh rahang Munirah bila mendengar kata terakhir Zein. Zein dah kawin? Bila? Kenapa aku tak tahu?

"You dah tak cintakan I lagi ke Zein, sampai you kena sakitkan hati I dengan kawin perempuan lain? Hebat sangat ke dia compare dengan I? I still love you so much! My heart still have your name inside me."

"Pergi mampus dengan kau punya cinta la! Aku dah macam orang gila bila kau tinggalkan aku dulu. Susah untuk aku lupakan apa yang kau dah buat pada aku. Aku tak habis fikir kenapa kau sanggup tinggalkan aku untuk lelaki kaki perempuan macam tu. Kau kata kau cintakan aku, tapi badan kau serah untuk orang lain! Adil ke kau rasa? Aku yang macam separuh gila kat sini, kau dengan jantan tu bersuka ria kat sana. Tak perlulah kau tahu siapa perempuan yang kawin dengan aku. Yang penting dia tak macam kau! " Hilang sudah gelaran I dan you dibibir Zein. Diganti dengan aku dan kau kerana sudah terlampau marahnya.

Munirah semakin menggila dengan tangisnya. Sudah lencun baju ketat yang melapisi tubuhnya itu. Maskara juga sudah bersepah dibawah mata.

Dah macam hantu aku tengok muka kau! Eee... Kalau aku tak kenal kau, mau aku lari tak cukup tanah ingat ponti jalan siang hari.

"You balik la Muni. I belum ready nak maafkan you." Zein sudah buang pandang kearah lain. Menyampah tengok muka hantu tu. Perangai dengan tuan same aje.

"No! I tak kan balik. Selagi you tak maafkan I, I takkan balik." desaknya lagi.

"Up to you. By any minute my parent will be home. Kalau you rasa nak jumpa dengan Puan Sri Rania, dipersilakan. You know her very well arent't you?" Zein lorek senyum mengejek.

Mendengar saja nama Puan Sri Rania, Wajah Munirah sudah pucat. Munirah tahu bagaimana bekas ibu mertuanya itu. Sarcastic.

"Yelah I balik. Tapi ingat Zein. I akan datang cari you semula. I tak kan lepas kan you!" ujurnya sambil berlalu meninggalkan Zein.

Tote bag dibaling ke kerusi penumpang. Punggung dihenyak kasar. Stereng di hentak berkali-kali. Berani kau Zein. Kau tak kenal siapa aku. Kau takkan boleh lari jauh dari aku, Zein. You are mine! Only mine!

Berderum bunyi kereta meninggalkan perkarangan banglo 3 tingkat itu.

*********

"Macam mana boleh jadi macam ni Zein? Baru mama tinggal sehari dah jadi macam-macam. Kamu tahu tak macam mana risaunya mertua kamu bila kamu bagi tahu Seri lemas. Nasib la mereka ada hal tadi, kalau tidak mertua kamu dah sampai sini dah. Kamu tak ingat ke pesan mereka? Kamu suka kan buat malu mama dengan papa dekat besan mama tu kan?" Mama sudah mula dengan leterannya.

Aku tunduk tak berkutik. Bernanah telinga mendengar ceramah percuma Puan Sri Rania. Lepas satu, satu masalah. Tadi dengar Munirah merengek menangis merayu dirinya. Ini dengar mama pulak membebel.

Seri yang memang masih lagi rehat dibilik kami tinggalkan. Kami beredar ke ruang tamu kerana tidak mahu mengganggu tidurnya. Selepas mama dan papa melihat keadaan Seri terus aku diheretnya kebawah sama.

"It was an accident ma. Bukan Zein yang buat pun. Bila Zein cari Seri, tengok dia dah ada dalam pool. Tu nasib Zein cepat." Ujurku membela diri.

Mata aku larikan dari melihat muka papa dan mama. Pandangan tajam mereka sampai menusuk dada. Sebu perut dibuatnya.

Tapi memang salah aku. Aku lalai. Sebab aku juga Seri jatuh kolam.

"Kalau jadi apa-apa pada Seri, mama yang heret kamu pergi lokap. Kamu ingat nyawa ni boleh buat main ke? Hai macam tu ke jadi suami. Beru berapa hari, isteri yang pengsan. Jaga seorang isteri pun tak boleh." Rania sudah merungut.

"Dia ada bagi tahu kamu macam mana dia boleh jatuh kolam?" Soal papa pula.

Papa kelihatan sedikit cemas. Tampak jelas terpancar diwajahnya.

Aku geleng.

Malas mahu menceritakan hal sebenar. Sebab kalau dicungkil nanti akhirnya salah itu berbalik pada aku. Aku tak nak papa mama salahkan aku lagi.

"Kamu kena ingat Zein. Seri tu amanah untuk kamu jaga sebaiknya. Jangan ambil sambil lewa. Kalau kamu salah langkah, buruk padahnya pada kamu." pesan papa lagi.

Huh! Banyak kali sangat pesan benda sama. sekali cukup la. Aku bukan cepat pelupa orangnya.

"Ye lah pa. Zein ingat." Acuh tak acuh saja jawapan Zein.

"Ni mana semua maid pergi? Seorang pun tak nampak. Termasuk Pak Man pun mama tak nampak kat luar tadi." Mama masih berterusan dengan leherannya.

Pelik.

Pak Mak tu tukang kebun rumah kami.

Opss! Zein sudah tak senang duduk. Dia garu kepala yang tak gatal. Matilah aku. Mahu mengamuk kalau aku bagi tahu perkara sebenar.

"Zein... Zein suruh dia ambil day off. Kata nak suruh honeymoon. Tak nak lah ada gangguan." Zein beri alasan.

Honeymoon hangguk kau. Bukan niat asal kau balik awal ni sebab nak buli isteri kau tu ke? Tulah niat dari awal lagi dah terpesong. Mendapatlah jawabnya.

Harap-harap la mama dengan papa tak tanya lebih-lebih.

"La apa pasal pulak honeymoon kat rumah je? Tak romantik la kamu ni. Hesy! Harap je umur dah 29 tahun. Setahun lagi kamu dah masuk three series tau. Tapi tak matang. Kamu bawak lah isteri kamu tempat-tempat yang romantik sikit. Kira pre-honeymoon la sebelum kamu honeymoon betul-betul lepas resepsi. Itu pun mama nak ajar ke?" Rania sudah menjeling suaminya. Bebelan sudah tidak diteruskan.

Zuriman tahu tu tak lain bukan, marahkan suami sebab tak ajar Zein how to be a good husband. Sia-sia saja dia digelar Mr.Romeo di universiti dulu, kalau Zein keras bergitu.

"Don't see me like that sayang. I tak salah pun. Zein ni duda tau. I pun tak pernah pegang title duda.  Sepatutnya dia lagi bijak dari I. Yalah dah 2 kali kawin. I ni baru sekali..." Zuriman membela diri atas jelingan yang si isteri berikan.

Tahu lah dia kalau sudah dijeling begitu oleh isterinya, mesti dia yang dipersalahkan.

"Habis abang nak tambah lagi satu ke?"

"Sayang nak bagi?" Soal Zuriman laju. Menyengeh terus dia bila disoal begitu.

"Nak saya balik UK sekarang, buat la. Saya pun tak heran..." Gerutu Rania. Bibirnya dijuihkan sedikit. Gatal!

Pantang offer! Mula la keluar perangai ulat bulu dia tu.

Zuriman tayang gigi. Kalau sudah dia diugut begitu jawabnya memang dia yang kalah. Sapa tak sayang bini oi!

Zein yang memerhati drama sebabak itu terus ketawa. Beginilah papa dan mamanya.  Pantang berbincang masalah perempuan. Pasti ada yang dikritik. Hujungnya papa juga yang kalah. Papa pun dah tahu memang akhirnya akan kalah, tak payah la nak acah-acah melawan. Buat malu kaum saja.

Pasal honeymoon tu nantilah aku fikirkan. Bukan tak ada hari lain. Lagipun aku sendiri pun tak yakin dengan perasaan aku. Dengan hal Munirah lagi. Hmmm... aku kena settle kan hal Munirah dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience