MHSA Bab 21.

Romance Completed 1157355

Baru hari ke-3 menjadi isteri kepada Tengku Zein Luftman namun tiada suami di sisi. Tak ada sayang-abang, tak ada honeymoon. Tapi ia tak membuatkan aku sedih. Sebab aku bukan hanya berkahwin dengan Zein seorang, tapi dengan keseluruhan keluarganya. Walaupun Zein tiada, aku masih ada mama dan papa. Jadi inilah tanggungjawab yang aku harus pikul.

Selepas solat subuh, aku turun ke bawah. Tujuan aku mestilah ke dapur. Mahu menyiapkan sarapan untuk kami semua.

Bila masih berkira-kira mahu menyediakan apa, seri disapa oleh Bik Tom dari belakang.

"Kau buat apa ni?" Soalan yang keluar dari senior maid di rumah Tan Sri Zuriman.

Seri termanggu sambil tanyang gigi.

Opss! Aku lupa yang dalam kitchen ni hanya 2 orang saja yang dibenarkan memasak iaitu Bik Tom dan juga seorang lagi maid yang aku tak tahu namanya.

Semasa aku pertama kali ke sini dulu, aku hanya sempat kenal dengan Bik Tom saja. Yang lain belum sempat kenal.

"Seri nak tolong Bik Tom buat breakfast." Kemudian aku tayang gigi lagi. Macam kerang busuk pun ada. Apa-apa jelah Seri.

"Puan Sri tak bagi tahu kau ke yang boleh masak dalam rumah ni hanya aku dengan Ainun saja." Ujur Bik Tom tegas. Tiada senyum diwajahnya.

Uit boleh tahan garang maid mama ni. Jadi nama lagi sesorang maid yang ditugaskan didapur ni Ainun namanya.

"Pagi Bik Tom." Sapa seorang ke arah kami.

Wanita kecil itu aku pandang. Ini kot Ainun.

"Ha! Ainun, sini aku kenalkan kau dengan Puan Muda."

Hah Puan muda? Aku ke tu? Hisy, macam tak sesuai la pulak gelaran aku tu.

Aku senyum ke arah Ainun.

"Puan muda apa kabar?"

"Err.. baik. Hisy tak payah la panggil Puan Muda. Lain sangat bunyinya. Panggil Seri saja ya kak Ainun."

"Puan Muda jangan begitu lah... kan Puan Muda sudah jadi isteri Tuan Muda. Sudah seharusnya saya panggil seperti itu..."

Erk... lainnya slang Kak Ainun ni. Tapi masih boleh faham...

"No, kak Ainun. Seri tak nak satu pun maid dalam rumah ni panggil Seri dengan panggilan Puan Muda. Panggil Seri saja, ok? Bik Tom pun sama. Kalau panggil puan muda juga, Seri tak nak tegur."

Ainun angguk suka. Suka kerana majikan barunya baik. Sama seperti Tan Sri Zuriman dan Puan Sri Rania.

Tapi tidak diwajah Bik Tom. Dia berkerut. Namun tidak pula senyum. Berfikir mungkin.

"Hmm... suka hati kau lah. Aku tak kesah. Janji kau jangan komplen sudah. Aku ni tak kesah sangat kalau kau nak masak. Bagus juga isteri masak untuk suami sendiri. Lagi afdhal. Tapi aku tak nak Puan Sri marah aku sebab bagi kau masak. Lagipun orang dalam tak adalah cerewet mana makannya. Cuma Tuan Muda aje yang cerewet sikit. Nasib kau la dapat laki macam tu."

Aku ketawa perlahan. Aduh hai Bik Tom ni. Mulut bukan main lazer. Tapi jujur. Tak apa la Bik Tom janji kau happy.

"Alah Bik Tom ni. Tak lah. Nanti Seri cakap dengan mama. Dah la jom masak. Nanti lambat siap pulak."

Setelah tahu apa yang ingin kami buat, Semua barang keperluan untuk masak sarapan pagi kami keluarkan. Kata Bik Tom, rumah ni wajib ada 2 jenis breakfast. Dan roti bakar adalah menu wajib keluarga ini. Menu lagi 1 tu terpulang pada Bik Tom tapi memang selalu heavy food yang mereka sediakan. Itu permintaan Puan Sri sendiri.

Kalau tengah hari pula, mereka jarang memasak sebab mama jarang ada di rumah. Mama sibuk di kedainya. Papa dah confirm ada di office.

Selalu kalau nak masak banyak memang pada waktu malam. Kerana semuanya berkumpul.

Bik Tom cadang masak nasi dagang Terengganu. Semua bahan-bahan pun cukup. So let's make nasi dagang!

"Mana lagi 2 maid Bik Tom?" Ujurku sambil menghiris sayur-sayur untuk dibuat acar nenas.

"Dia orang pagi-pagi ni, kemas tingkat 3 dengan 2. Nanti kejap lagi ada lah tu." Beritahunya sambil tangan masih mengacau gulai ikan tongkol.

Aku mengangguk saja. Kini aku faham la sedikit sebanyak kenapa rumah ini memerlukan 4 orang pembantu.

Bukan hanya disebabkan rumahnya besar, tapi setiap orang sudah ada tugas tersendiri yang diatur oleh Puan Sri Rania.

"Bik Tom dengan Ainun dah berapa lama kerja sini?" Saja aku ingin beramah. Boring pula diam saja. Aku lihat Bik Tom dan Ainun juga melakukan tugasnya tanpa mengeluarkan sebarang kata. Nampak mereka selesa dengan tugas-tugasnya.

"Aku keje sini dah 10 tahun. Kalau Ainun ni baru Puan Sri ambik kerja sebab dia nak Ainun bantu aku. Tapi aku rasa lepas ni Ainun dah boleh hantar balik Sumatera dah ni." Bik Tom jeling Ainun.

Ainun menyeringai. Sambil tergeleng-geleng disebelah Bik Tom. Takut lagaknya.

Aku pula pelik kenapa Bik Tom cakap macam tu. Kesian Ainun.

"Jangan la Kak Tom. Ainun masih belum mahu berhenti kerja di sini. Ainun suka kerja sama Puan Sri. Orangnya baik. Ngak sombong. Kalau Ainun diberhentikan, pasti akan dapat majikan baru. Ainun ngak suka. Kapok ama majikan lama yang suka pukul, dera Ainun." Ainun sudah terkeseng-keseng disebalah Bik Tom.

Aku perhatikan mereka. Bik Tom diam saja. Hanya riak tenang yang dipamerkan.

Kesiannya Kak Ainun. Ni mesti kes penderaan majikan pada pembantu. Kes-kes sebegini telah lama menjadi pekung di kalangan majikan yang rasa mereka saja betul. Tak rasa orang lain ada hati dan perasaan. Itu sebab kerajaan sudah mensyaratkan hanya majikan yang tiada kes penderaan pada pembantu saja yang boleh mengambil pembantu rumah warga asing.

"Habis Seri dah ambil kerja kau. Mestilah kau tak ada kerja nak dibuat lepas ni." Ujur Bik Tom tanpa memandang Ainun. Masih tegas suaranya.

Hisy! Bik Tom ni tak ada perasaan ke? Ainun dah nak nangis dah. Ainun sudah alih mata ke arah aku. Aku cauk. Ah sudah! Aku pulak serba salah.

"Eh tak. Seri tolong meringankan aje kerja Kak Ainun dengan Bik Tom sebab Seri suka masak. Kalau kat kampung, memang Seri yang masak. Jadi boring bila tak buat apa-apa. Kak Ainun jangan salah faham ye? Kalau kak Ainun risau, tak apa nanti Seri tak tolong dah. Biar Bik Tom dengan kak Ainun aje yang buat. Seri duduk luar goyang kaki." Usai ucapan itu aku ketawa.

Bik Tom juga ketawa sama. Terkejut juga aku melihat tawa Bik Tom tadi. Haruslah aku terkejut, tadi bukan main garang lagi. Senyum pun tidak. Tapi tidak pada Ainun. Dia masih risau.

"Aku gurau aje lah. Kau ni pun takut sangat. Saja aku nak kacau kau." Kata Bik Tom.

Dan ucapannya itu disusuli tawa halus di bibir Ainun.

Aku juga lega. Pandai juga Bik Tom ni kenakan orang. Orang keras bahasa bila melawak memang automatik lawak pun jadi keras. Tengoklah hasilnya, sampai cuak Ainun dibuatnya.

Tak lama kami didatangi lagi 2 orang perempuan lingkungan 30-an. Mereka tersenyum melihat aku. Aku membalas senyum mereka.

"Seri ni aku kenalkan kau. Ini Kak Ani dan yang itu kak Yuga."

Aku menyalami mereka. Mereka nampak mesra.

"Kak Ani dengan Kak Yuga panggil saya Seri ye."

Mereka berpandangan sesama sendiri kemudian berpaling semula kepada aku.

"Dah tak payah berkerut sangat. Dia ni Puan Muda yang low profile. Jadi tu sebab dia nak kau panggil macam tu." Terang Bik Tom.

Aku hanya senyum dibilang begitu. Bukan low profile sebenarnya tapi aku selesa begini.

Mereka tersenyum gembira. Penerimaan mereka sangat aku hargai. Kami berbual serba sedikit mengenai diri masing-masing. Jadi betul lah kata Bik Tom cuma Ainun saja yang masih baru, kerana yang lain sudah hampir 10tahun kesemuanya dan dia seorang saja yang berasal dari seberang.

* * *

Siap semua kami hidang diatas meja makan. Sambil menunggu mama dan papa aku hala kaki ke perkarangan rumah.

Baru hendak menyarung selipar ke kaki, masuk sebuah kereta Audi S7 warna hitam.

Aku macam kenal kereta ni. Bila keluar saja pemandunya, aku dah rasa nak mencarut tiba-tiba.

Hisy apa lagi dia ni nak?! Pagi-pagi dah datang bertamu ke rumah orang.

"Assalamualaikum.. "

Adam pandang ke arahku sambil memberikan senyuman manis.

"Waalaikumsalam." Kalau ikutkan malas nak jawab. Tapi kenangkan dia ni tamu je aku masih kat sini. Muka tembok betul!

"Pagi-pagi dah masam. Nanti rezeki tak masuk tahu tak." Katanya sambil bibir tak lekang dengan senyum.

Spesis ape dia ni eh? Semalam dah buat onar dekat sini lepas tu blah tak cakap apa-apa. Sampai aku dengan Zein bergaduh besar. Eh! Hari ni pula pagi-pagi dah tercongok depan pintu pulak. Lepas tu dengan slumber je muka macam tak ada apa-apa.

Aku masih tercegat depan pintu. Dia juga begitu.

"Nak apa ni pagi-pagi dah intai bumbung rumah orang?" Soalku terus. Malas nak kias-kias. Dia ni pun bukan paham bahasa orangnya.

"Auch! You hurts me sayang." Kata Adam seperti sakit. Tangan kanan diletakkan didada sambil muka dikerutkan.

Aku pusing mata tak sanggup nak tengok. Makin menyampah adalah.

"Sorry... Seri tak suka eh cara abang bergurau?" Tanya Adam.

"Bergurau?" Aku ketawa sinis. "Habis yang semalam tu Tengku bergurau juga la kan? Sebab kalau betul, saya nak Tengku bagi tahu Zein cerita yang sebenar. Saya nak Tengku hapuskan semua salah faham yang Tengku dah buat. Boleh?"

Adam geleng beberapa kali.

"Tak. Semalam abang tak bergurau. Abang serius. Dan abang memang nak Seri jadi wife abang. Abang tak kira kalau kena berebut dengan sepupu sendiri."

"Tengku Adam Khaair!" Aku ketap gigi. "Tengku tahu tak apa hukumnya mencintai isteri orang? Zein tu sepupu Tengku. Tak kan Tengku sanggup tengok dia menderita sedangkan Tengku bahagia?"

"Abang lebih kenal siapa Tengku Zein Luftman. Once he says no, it's mean no. Awak tak kan mampu ubah pendirian dia. Sebab tu abang tawarkan diri abang untuk Seri."

Seri sudah kepal penumbuk. Mahu saja penumbuk halusnya itu melayang ke wajah kacak Adam yang tidak faham bahasa. Macam tak ada perempuan lain!

"Tak kira lah berapa lama Tengku kenal Zein sekalipun. Saya tetap akan usaha untuk dapatkan cinta dia. Jadi saya minta tolong sangat dengan tengku. Stop semua ni."

"Seri... Ku Adam..."

"Bik Tom..." jawab aku kalut.

Bik Tom dengar ke?

Tapi bila melihat Bik Tom hanya menunjukkan wajah tanpa riak, aku lega.

"Tan Sri dengan Puan Sri dah ada kat meja makan tu. Mereka panggil sekali."

"Okey jom Bik Tom." Ajak aku sambil lengannya aku rangkul. Bila Bik Tom pandang aku dengan pandangan yang pelik, aku biarkan saja.

Tengku Adam Khaair mengekori langkah kami dari belakang.

Sampai dimeja makan, mama dan papa sudah menanti. Mama papa tersenyum sambil melihat kami menghampiri meja makan.

"Adam mari lah makan sekali. Hari ni kita breakfast special tau. Ada nasi dagang. Terkejut Mak Ngah tengok breakfast yang luar biasa ni." Pelawa Puan Sri Rania sambil mencedok nasi untuk papa.

"Ye ke mak ngah. Langkah kanan lah saya macam ni."

"Seri yang masak Puan Sri." Bik Tom bersuara.

Aku pandang Bik Tom dengan kerutan di dahi. Kening aku juga angkat tinggi. Seperti bertanya kenapa harus beritahu.

Bik Tom hanya angkat bahu.

Ceh. Bik Tom ni sengaja kan!

Aku ambil tempat melabuhkan punggung disebelah mama. Bik Tom dan Ainun pula berdiri dipenjuru meja. Itulah tugas mereka. Tapi aku kurang selesa akan hal itu. Kelihatan seperti mendera perasaan orang lain dengan membiarkan mereka melihat kita makan.

Namun begitulah peraturan di rumah ini.

"Hmm... sedap la nasi dagang ni Mak Ngah. Kalah yang kat kedai rasanya. Pandai betul Seri masak kan? Boleh request lagi lepas ni." Puji Adam dengan wajah terujanya. Memang sedap masakan Seri. Dia tak tipu. Untung betul Zein.

Over tau Si Adam ni. Tak agak-agak memuji depan pak ngah dengan mak ngah dia. Ingat aku suka lah tu dipuji melambung macam tu. Eeee...

"Betul. Papa sokong. Papa pun tak pernah rasa nasi dagang sesedap ni. Kalau hari-hari macam ni, hai jawabnya makin boroi la papa, Seri." Tambah Tan Sri Zuriman lagi. Sambil dihujung ayatnya diikuti dengan tawa.

"Lepas tu jangan complain dengan Nia bila abang dah gemok. Nia malas nak layan. Papa ni Seri takit gemok. Kalau naik sikit badan mula la ajak mama exercise." Nia menjeling suaminya. Bibirnya dicebikkan.

Tan Sri Zuriman ketawa lagi. Adam turut sama.

"Oh padan la papa fit. Rajin workout rupanya." Ujur seri pula.

"Jangan tak tahu Seri, papa ni orangnya pentingkan gaya, mutu, keunggulan." Tambah papa.

Aku turut sama ketawa. Dah serupa tagline iklan papa punya ayat.

Suasana begini pasti amat dirindui oleh Zein. Sayangnya dia tiada bersama. Kalau dia ada mesti dia gembira.

Zein awak sihat ke? Awak tak tahu ke saya rindukan awak...

* * *

"Seri nak tengok tak gambar-gambar Zein masa kecil?" Ujur mama.

Terus aku kalih kepala menghadapnya dengan muka yang sangat teruja. Mestilah nak kan! Mama pantas aku hampiri.

Mama pergi ke sebuah tempat yang menempatkan perabut putih segi empat tepat berukiran english moden. Membuka salah satu laci disitu dan mengeluarkan beberapa buah album dan membawanya kepada Seri.

Setiap album yang memuatkan semua gambar-gambar Zein aku perhatikan. Dari dia masih bayi sampailah dia berumur 18 tahun.

Rupanya Zein memang dari kecil rambut warna brunette. Mama bilang Zein ikut gen atoknya, ayah mama iaitu John Wilson. Jadi mama ni kacukanlah. Padan la mama cantik.

Zein sedari kecil memang dibesarkan di London. Kerana arwah datuknya memiliki sebuah bisnes keluarga disana. Mama tidak mempunyai adik beradik lain. Dia anak tunggal. Jadi seluruh eset peninggalan keluarganya jatuh ketangan mama. Setelah mendirikan rumah tangga bersama Tengku Zuriman, mereka terus menetap disana sehinggalh Zein berusia 18 tahun.

Tengku Zuriman pula memang besar di Malaysia. Melanjutkan pelajaran di London kemudian terus menetap disana setelah berkahwin.

Papa dan mama pulang ke Malaysia kerana tuntutan arwah Nek Nda yang meminta Papa menguruskan hotel mereka. Oleh sebab itulah papa terus menetap disini. Jadi seluruh eset mama di London, diurus jaga oleh company yang telah diamatkan disana.

Sedikit sebanyak Seri kagum dengan latar belakang Zein. Walaupun Zein tak nampak seakan-akan mewarisi perkerti mama dan papanya, namun dia mempunyai status yang cukup dikagumi.

"Ma... ini semua gambar Zein kan? Tapi kenapa ada gambar budak perempuan dalam ni?" Tanya Seri. Gambar yang dilihatnya saat ini amat menarik minatnya untuk bertanya.

Kalau dilihat sekali imbas wajahnya iras Zein masa kecil. Namun disini dia mempunyai rambut gerinting yang panjang. Terdapat juga crown diatasnya. Baju ala princes Cinderella. Comel sangat.

Tak kan adik Zein. Setahunya Zein anak tunggal.

"Oh... hahaha" mama sudah ketawa sambil perutnya dipicit. Lucu sangat ke? Aku beriak pelik. "Ini Zein lah..."

Pengakuan itu buat mata Seri membulat. Mulut sudah terbuka luas. Riak tak percaya dipamerkan.

"Ye ke ma? Tapi tak nampak macam lelaki pun. Memang nampak macam budak perempuan yang sangat comel. Tapi tak sangka Zein rupanya." Seri sudah kembung pipi menahan tawa. Aduh ini kalau tunjuk Zein ni confirm dia tak mengaku.

"Yeee... mama yang solek kan dia masa ni. Tapi Seri tahu tak Zein masa kecik dia memang macam perempuan mukanya. Itu yang mama buat macam tu. Hahaha... Tapi Seri jangan pula bagi tahu Zein ye. Nanti dia tahu mama ade copy gambar ni. Dia dah koyakkan original copy. Nasib mama ade simpan 1 lagi. Kalau dia tahu mama ade simpan 1 lagi copy ni confirm dia mengamuk."

"Tak kan lah Seri nak bagi tahu Zein, ma."

"Oh ya mama ingat nak ajak Seri pergi shopping. Teman mama boleh?"

"Boleh ma. Anything for you."

To be continue...

Share this novel

Nurul Syuhada
2020-07-13 00:43:19 

awesome


NovelPlus Premium

The best ads free experience