MHSA Bab 23.

Romance Completed 1157355

Sedang Seri menunggu diluar butik pakaian dalam wanita, Seri disapa seseorang.

" Hello my princess?" Sapa lelaki itu.

Seri menoleh. Jatuh bahunya apabila melihat Adrian Tan bersama Aunty Julian, mamanya.

" Ian... Aunty Julian! Terkejut Seri. What a surprise seeing you all here." Seri terus mendapatkan Julian. Tangan wanita itu dicium dan mereka berpelukan seketika.

" Aunty pun. Lama tak jumpa Seri. Ni hao ma? (Kamu apa khabar?)" Soal Julian mesra.

Julian memang sudah lama tak berjumpa Seri. Terakhir 6 bulan lepas sewaktu Seri berkunjung ke rumah abangnya, Yong Tak Ming. Waktu itu abangnya mengadakan jamuan keluarga, dan dia mengundang Seri untuk turut serta. Yong Tak Ming sudah lama kenal dengan Seri. Sejak 2 tahun lalu. Cuma itulah pertama kali Seri berkunjung ke rumah abangnya, itupun setelah didesak.

Sewaktu diberitahu akan ada tetamu istimewa yang akan datang ke majlis itu, Julian jadi hairan kerana ini adalah jamuan keluarga. Tidak melibatkan orang luar.

Rupa-rupanya tujuan majlis itu diadakan adalah untuk memperkenal Seri sebagai anak angkat abangnya. Kami sememangnya terperanjat besar akan keputusan gege itu. Tapi setelah abangnya menjelaskan alasan sebenar kenapa dia mengambil Seri sebagai anak angkatnya, barulah Julian mengerti. Ada alasan kenapa abangnya bertindak begitu. Ada kisah disebalik Seri dan Yong Tak Ming. Selain abangnya tidak dikurniakan sebarang zuriat sejak dia berumah tangga, mungkin inilah salah satu faktor gege menganggap Seri sebagai anaknya sendiri.

Namun yang menjadi musykil, kenapa mesti Seri seorang perempuan melayu Islam yang diangkat menjadi sebagai anak? Kalau pun ya nak angkat anak biarlah seagama dan sebangsa. Indian atau apalah bangsa sekalipun atau agama selain melayu dan Islam.

Apapun alasannya, Julian tetap gembira kerana keputusan gege tepat sekali. Walau Seri berbeza bangsa dan agama namun, Seri sangat menghormati mereka. Malah Julian sempat bercadang merisik Seri untuk Adrian Tan. Julian tahu Adrian juga ada menyimpan rasa pada Seri. Tapi sayang sudah terlambat. Seri juga adalah salah satu penyebab kenapa Adrian menjadi seorang Mualaf... tapi Julian tetap akur. Kerana Adrian tahu sebab dan alasannya.

Dia tidak menghalang jika Adrian berlainan pegangan agama dengannya. Yang penting Adrian tahu menghormati keluarganya. Tapi yang menjadikan Julian terus redha dengan pegangan Adrian sekarang ialah, cara Adrian menghormati orang tua semakin terserlah sejak dia memeluk islam. Katanya, Islam tidak menghalang melakukan tugasnya sebagai anak walaupun ibu bapanya berlainan agama dengannya malah Islam semakin mendesak dia supaya mematuhi perintah mereka selagi tidak melanggar hukum dan syarak.

Julian juga sedikit sebanyak belajar dengan Adrian mengenai kebaikan Islam. Dan dia akui Islam agama yang tenang dan tidak sama seperti yang digembar-gemburkan.

" Wo hen hao, aunty. Ni ne?" (Saya sihat aunty. Aunty sihat?) Soal Seri dengan senang hati.

" Hao. Seri dengan siapa? Kalau seorang jom, joint aunty pergi makan. Kami pun berdua saja ni." ujur Julian dengan pelat chinese-malay nya.

" Wo he yuemu, aunty. (saya dengan ibu mertua) Sure boleh. Nanti Seri bagi tahu dengan mama. Ha! Tu pun mama." Ujur Seri sambil menanti Puan Sri Rania menghampirinya.

" Ma... Let me introduce you to..."

" Julian? You're Julian Yong right?" Mama sudah meneka orang yang ada dihadapannya itu tanpa sempat Seri memberitahunya.

" Rania?! What a small world. And surprisingly you are Seri's mother in law. Truly shocked me."

" Mama, ni bu yao jie shu. (Mama, jangan berlebih-lebih) You remember Tengku Zein Luftman? Puan Sri Rania, his mother." Adrian menjelaskan siapa Puan Sri Rania sebenarnya.

Seri dan Puan Sri Rania tersenyum bila Julian seakan-akan tidak percaya bila Adrian beritakan hal sebenar.

Betul-betul dia rasa kecil sekali dunia ini kerana emak kepada kawan anaknya itu jugalah kawan belajarnya semasa di university di London. Persahabatannya sangat rapat. Tapi setelah dia pulang ke Malaysia mereka terputus hubungan kerana Rania berhenti dari Universiti secara tiba-tiba.

Terus tubuh kaku Julian, mama dakap kemas. Mama hampir-hampir menangis dibuatnya. Mungkin memikirkan mereka berada di tengah orang ramai, hal itu tidak diteruskan.

" Come! We go somewhere near so we can spend time togather. I'm sure you've so much to discuss with with me." Ajak aunty Julian pada Puan Sri Rania.

" Sure! I memang banyak benda nak share dengan you." Langsung Puan Sri Rania menerima.

Kami melangkah ke sebuah cafe yang terdekat. Selepas memesan menu yang kami inginkan. Mama memulakan perbualan mereka. Bermacam-macam mereka kongsikan semasa mereka belajar dulu. Hinggalah saat Aunty Julian lost contact dengan mama sebab mama berpindah luar daerah dan Aunty Julian pulang ke Malaysia.

Ternyata hubungan mereka sangat rapat. Tak sangka lepas berpuluh tahu baru berjumpa kembali. Itu pun ketika mereka berdua ada di Malaysia dan juga mempunyai keluarga disini. Inilah namanya takdir. Siapa boleh mencegahnya.

" Well, seri ni anak angkat kepada abang I." Itu jawapan Aunty Julian kepada soalan mama yang bertanyakan bagaimana boleh mengenali aku.

" Oh really? But how? You both not in the same belief?" Soal mama lagi. Seolah tidak percaya. Tak logik baginya.

" That's we call takdir, Rania. Abang I yang bersungguh-sungguh nak Seri jadi anak angkat dia. Dan I rasa pilihan abang I sangat tepat. Anak I ni pun seorang mualaf." Beritahu Aunty Julian tenang.

Mama sudah melongo. Berita yang didengarinya benar-benar ibarat sebuah rahmat. Rahmat kerana tahu kawan baiknya mempunyai anak yang seagama dengannya. Dan Julian sepertinya tidak kesah akan hal itu. Rania tahu Julian penganut agama Budha. Tapi sepertinya dia tidak menghalang bila Adrian berpindah agama.

" At first, I memang tak boleh terima. Tapi lepas kasih sayang Adrian pada I dan papanya tak berubah malah dia jadi anak yang lebih tanggungjawab, I dah tak kesah Rania. I bukan prejudice, tapi I takut I hilang anak sebab agama kami berbeza, lagi-lagi agama itu Islam. Adrian, anak sulung I dan dalam agama I priority goes to the eldest. Tapi Adrian tetap tinggal dengan kami untuk menjaga kami. Sebab anak pertama adalah tunjang utama pada agama kami. Tapi lepas Adrian bagi tahu serba sikit baru I aware. Islam bukan begitu. Islam juga tidak memisahkan hubungan antara anak dan ibu bapanya."

" I'm glad you have son like Adrian. Aunty bangga sangat Adrian. Dan lebih tak sangka you kawan anak aunty dan juga kawan menantu aunty ni. Rasa family reunion pulak. Hahaha..." ujur mama penuh bangga.

Adrian sudah tersenyum dipuji begitu.

Dia lagi tak sangka, banyak-banyak lelaki yang baik dalam dunia ni, Seri kahwin dengan Zein. Lelaki yang dikira tak sesuai dengan Seri. Ibarat langit dengan bumi. Bukan pasal hartanya tapi mengenai perangainya. Tapi hal itu tidak pula disuarakan. Melihat Mama dan Puan Sri Rania begitu gembira apabila bertemu, membuatkan dia berfikir inikah takdir dia dan Seri. Hanya sebagai kawan bukannya kekasih seperti yang diharapkan. Ada keluhan halus yang terlahir dibibir. Namun masih mampu dikawal.

" So, is the wedding reception will persist as scheduled?" Aunty Julian bertanya kembali.

" Of course. Jangan lupa datang ya. Your family will be my special guest lists among all." Kata mama dengan cukup gembira.

" Wah! Bestnya dapat special treat from aunty... See Seri, you said I'm not welcoming at all. But you're wrong." Adiran menjawab bagi mamanya dengan terbias senyum dibibir.

Aku juih bibir. "Kau aje. Your family not include. Habis kau selalu sakitkan hati aku." Walaupun Seri tetap teruja sebenarnya sebab semua keluarga Uncle Yong akan datang bersama.

Adrian menyeringai. Sedikit dia menggeleng-geleng sambil tersenyum. Seri... seri...

" Aunty, ta de shushu Yong hao ma?" (Aunty, uncle Yong sihat?) Aku bertanya. Aku pandang aunty Julian. Aku memang rindu dengan Uncle Yong.

" Ni ying gai zhi jie gei ta da dian hua. Ta fei chang xiang nian ni." (Kamu kena telifon dia sendiri. Dia rindu sangat dengan kamu.)

Seri mengangguk tanda setuju. Bukan dia tak mahu telifon tapi dia rasa uncle masih marahkan dia sebab berhenti kerja mengejut.

" Mama tak tahu pula Seri boleh cakap bahasa mandarin...fasih pulak tu." Soal mama pula padaku.

Aku tayang gigi.

" Boleh sikit-sikit je ma."

" Kalau aunty nak tahu Seri belajar dengan saya sebab tu dia cepat pandai. Tengok la siapa lecturer dia." Adrian dengan bangganya mengaku. Dia tersengih lagi bila mama memujinya.

" Actually bukan sebab Adrian juga Rania. Seri ni memang pandai budaknya. Sayang dia tak sambung belajar. Kalau sambung sure dia dah jadi lawyer sekarang." Tambah Julian. Dia tak bohong. Itu yang gege bagi tahu dia pasal Seri.

Pernah gege offer Seri sambung belajar dan dia akan menjadi sponsor utama. Namun gadis itu menolak. Alasannya memang tak logik.

Dia mahu menjaga adiknya yang sewaktu itu masih SPM. Kalau ikutkan boleh saja Surya jaga diri sendiri ditambah dia ada mak bapak yang masih boleh menjaganya. Tapi disebabkan Surya sedikit liar. Maka itulah sebab Seri tak berani ambil resiko. Di mahu Surya belajar sampai universiti. Tapi apa yang dia dapat? Nothing! Julian bukan tak tahu Surya benci Seri. Adrian pernah bagi tahu Seri ditomah dengan kata-kata kesat saban hari oleh Surya. Apa alasan untuk Surya buat begitu, Julian masih tak mengerti.

" Oh really?" Mama pandang muka aku. "Mama rasa masih banyak benda lagi yang mama tak tahu pasal Seri."

" Tak apa ma, take it slow. Kita ada banyak masa lagi." Ujarku sambil tersenyum.

" Rania you beruntung dapat Seri jadi menantu you. Kalau I pun I nak macam Seri jadi menantu I. Hormat orang tua itu yang penting. Susah nak jumpa sekarang."

" Indeed Julian. I admit. I memang sayang Seri sangat-sangat and I dah anggap dia macam anak sendiri."

Begitulah mereka berbual saling tak putus. sampailah Aunty Julian mengajak Puan Sri Rania menemaninya ke butik kawannya yang baru buka di disini. Mama dan Aunty Julian meninggalkan aku dengan Adrian. Mulanya aku mahu ikut bersama, lagipun tak manis dipandamg kalau aku dengan Adrian Saja. Tapi Adrian sepertinya menaruh harapan tinggi untuk aku menemaninya.

Aku jadi serba salah. Lagi pula aku juga ingin bertanyakan Adrian sesuatu. Akhirnya aku akur. Sejekap je kan. Apa salahnya.

" So, how was your life for being a toy of that idiot?" Soal Adrian terus kepada aku setelah mama dan Aunty Julian beredar. Tak perlu tunggu masa yang lama. Masih banyak yang ingin dia tanyakan kepada Seri.

Terus Adrian, Seri tenung tajam.

" Why? You tak suka I cakap macam tu? Both of you deserved that. I masih tak boleh terima kenyataan Seri. Kalau ikutkan hati I. I nak pergi waktu nikah you untuk batalkan semuanya. Tapi kalau I batal kan pun, apa untung I dapat? You memang dah nekad kan hantar nyawa you pada dia kan? Dia tu tak gunalah, Seri. You akan tersiksa dengan dia." Adrian dengan kata-kata kesalnya. Memang sangat-sangat dia kesal. Walaupun sudah dinasihati, Seri tetap meneruskan pernikahan itu.

" Patut la kau tak datang waktu nikah aku. Rupanya ada niat lain. Kalau macam tu kau tak datang pun tak apelah." Seri picing mata.

" Kau patutnya doakan kebahagian aku Ian. Bukan doakan aku yang buruk-buruk macam sekarang. Dan aku tak rasa aku buat keputusan yang salah. He need someone to correct him. Apa guna ada kawan tapi tak dapat bantu dia? That is what a friend means all about. Kat sini dia dah jadi tanggungjawab untuk aku buat dia berubah."

" You sindir I? Hello sweetheart. I just a friend that he need for awhile tau. Sebab dia tu tak suka orang bagi lecture free kat dia. And... you blamed me for that? Huh! Unbelievable." Adrian sudah menggelengkan kepala tanda kesal dengan ungkapan Seri tadi. Dia cukup terasa dengan apa ditomah oleh Seri tadi.

Aik kenapa apek ni?

" La... terasa ke? Selalu orang kata siapa makan cili dia rasa pedas. So kau lah yang makan cili ni?" Seri senyum memandang Adrian yang sudah tarik muka 14. Alo comel sangat.

" Of course la I terasa, siapa lagi ada dengan you selain I?" Adrian bertanya sinis.

Seri tertawa senang hati. Pandai merajuk rupanya apek ni.

Melihat Seri mentertawai dirinya, Adrian tak jadi tak tentu arah. Senyuman itu sudah lama dia nantikan. Senyuman yang bawa bahagia dihati lelakinya. Alangkah bahagianya diri ini andai dapat memiliki dirimu Seri. Namun itu adalah mustahil. Dan aku tahu dimana kedudukan aku dihati kau Seri.

Sedikit demi sedikit Adrian tersenyum sama.

" Okay, back to your question... actually Im so-so happy. Kau tahu Zein tak boleh terima aku kan? Tapi disamping mama papa Zein yang bantak bantu aku, alhamdulillah sikit sebanyak aku tak rasa sangat Zein sisihkan aku. Malah sekarang mama pulak ade misi untuk aku rebut hati Zein. Walaupun aku tak tahu dia akan berhasil atau tak. Tapi tak salah cuba kan?"

" Just be your self Seri. Diri you lah yang akan buat Zein berubah. Tak perlu jadi orang lain untuk dapatkan dia. Takut you tak boleh jadi pelakon berjaya." Ucap Adrian jujur.

Aku menyisip hot cappuccino yang sejak tadi aku order. Kata-kata Adrian tadi buat aku berfikir kembali. Betul apa yang dia kata. Apa yang aku buat selama ni memang bukan diri aku. Nak menggedik memang aku tak pandai. Tapi kalau ikutkan keras kayu aku tu pun, bukan dapat apa-apa.

Tambah-tambah idea yang mama bagi semuanya gila-gila. Kalau Adrian tahulah idea yang mama tu, mau dia ketawa guling-guling kat lantai cafe ni.

" Ian kau rasa aku boleh berjaya buat Zein suka kat aku ke?" Soal Seri tiba-tiba.

" Hai, I baru cakap sikit. Moral you dah jatuh tersungkur ya? Tu belum orang lain lagi yang cakap. Hari tu sebelum kawin, orang cakap bukan-bukan pasal you. You tak heran pun. Sekarang baru nak fikir?"

" Bukan macam tu. Kalau kau kata aku kena jadi diri sendiri untuk pikat dia. Confirm aku tak berjaya. Kau tahu kan perasaan aku yang keras tahap apa. Kalau aku jadi orang lain, boleh jadi berbaloi." Ujur Seri jujur.

" Maksud I jangan paksa buat kalau you tak boleh." Adrian diam sejenak sebelum menyambung ucapannya kembali. "Hmmm... if you marry me, you tak payah susah-susah nak pikat I macam ni. Confirm I yang terpikat pada you." Kemudian satu tawa kuat yang memecah suasana sunyi tadi.

Sedang ralit melihat orang yang keluar masuk cafe, mata Seri tertancap pada susuk yang dia amat kenali baru masuk melintas dihadapan Seri. Pasangan itu amat gembira. Mereka bagai pasangan sejoli ditambah wanita disampingnya juga cukup seksi dimata Seri. Mereka mengambil tempat tidak jauh dari tempat Seri berada.

Seri masih menonton drama itu. Si jejaka menarik kerusi untuk si wanita. Sungguh tertib perlakuannya. Tak sama langsung dengan layanan yang dia berikan pada aku selama ini.

Seri tertunduk sayu di tempatnya. Adrian yang melihat jadi hairan tiba-tiba.

" Seri... What's wrong?"

" Hah? Na-nothing." Seri cuba berselindung dengan senyum dibibirnya. Sungguh aku tak kuat melihat dia bersama dengan wanita lain. Ya Allah kau periharalah hubungan kami ini.

" There's must be something. Your face shows me that you are not okay."

Tiba-tiba air mata saja yang menjawab soalan Adrian tadi.

Adrian jadi panik. La... Kenapa jadi menangis tiba-tiba ni? Aku salah cakap ke tadi? Cepat-cepat Adrian menghulurkan tisu kepada Seri.

Tisu bersambut tanpa sebarang kata. Kemudian mereka didatangi seseorang.

" Adrian Tan is it?" Soal Tengku Munirah.

Adrian panggung kepala.

" Eh! Tengku Munirah..." ujur Adrian spontan. Diraut wajahnya tampak yang dia sangat terkejut dengan kehadiran wanita itu. Sungguh sudah lama dia tidak berjumpa dengan Tengku Munirah. Hampir 3 tahun. Dia juga merupakan crush-nya sewaktu dulu. Setelah Munirah lebih memilih Zein, dia undur diri.

" You dengan siapa?" Soal Munirah lagi. Matanya dibawa memandang ke seraut wajah Seri. Cantik!

" I dengan..."

" Munirah, shall we go to another place?"

Adrian tak jadi memperkenalkan Seri bila ada suara garau yang menyapa mereka. Bila melihat wajah yang dikenalinya itu, Adrian lepas keluh berat dalam hati.

Habislah!

Janganlah pertemuan aku dengan Seri ini akan jadi punca Zein mengamuk. Adrian tahu bagaimana perangai Zein. Pantang ada orang mengusik haknya. Boleh hancur cafe ni dikerjakan.

" Zein, it just misunderstanding. We're just having..."

" Tak payah explain! Aku tak sudi nak dengar. Cukuplah dengan apa yang aku tengok. Perempuan yang tak sedar diri! I just hope, kau perempuan yang takkan pernah aku jumpa." ujur Zein sedikit kuat.

Semua mata sudah terarah ke meja itu.

Seri yang sedari tadi menahan rasa sakit, sudah tak mampu bertahan lagi. Laju air matanya gugur ke pipi. Dituduh dan dimalukan depan orang ramai. Maruahnya sudah jatuh hingga ke tapak kaki. Dan orang yang telah memalukannya juga lah orang yang dia paling sayang.

Serentak itu juga mata Munirah membulat. Dia tak percaya wanita itulah isteri Zein Luftman yang dulu diberitahu olehnya. Sekali lagi susuk tubuh Seri dilihat dengan rasa marah.

" I'll call off the ceremony. Enjoy your date."

" Zein! Kau jangan melampau! Yang kau tuduh ni isteri kau! Dia tak buat apa yang kau tuduh. Kau dah salah faham. Aku dengan Seri..."

Kata-kata Adrian sudah habis disitu, bila Zein menarik tangan Munirah keluar dari Cafe.

Munirah tersenyum puas hati. Tak disangka pertemuan itu berakhir dengan kemarahan Zein pada isteri yang tak diikhtirafnya. Puas hati aku!

Adrian terduduk dibuatnya. Bukan ini yang dia mahukan. Arrrhhhhh!

Seri sudah hilang kata.

Share this novel

Nur Batrisyia Damia Rudzelan
2021-08-30 13:41:52 

nㅡㅣㅡ?ㅐㅡ ㅡㅡㅡㅡㅡ


NovelPlus Premium

The best ads free experience