MHSA Bab 13.

Romance Completed 1157355

" Aku terima nikahnya Seri Ayuni binti Daniel Lee dengan mas kahwin satu ribu ringgit tunai!"

" Sah!"

Dengan satu kali lafaz telah mengesahkan mereka sudah bergelar suami isteri. Ijab kabul yang dilafaskan oleh Tengku Zein Luftman memberikan satu suasana lain di hati Seri Ayuni. Dalam sedih tersimpan juga perasaan lega.

Lega? Ya. Aku tak tahu kenapa aku rasa seperti itu tapi itulah hakikat. Hakikat yang kini aku sudah bergelar Mrs. Zein. Lepas ini  pastilah seluruh tanggunjawabku terletak ke atas dirinya.

Sebenarnya sehari selepas Surya melarikan diri dari rumah. Tan Sri Zuriman datang ke rumah untuk berbincang. Katanya Zein yang hendak mempercepatkan majlis pernikahan mereka. Mulanya bapak dan mak terperanjat kerana secepat itu Zein berubah. Tapi setelah dijelaskan baru mak dan bapak mengerti. Maka, terjadilah majlis hari ini.

Kami telah dirai dalam suasana yang cukup meriah walaupun sederhana dengan kehadiran kerabat terdekat Tan Sri dan Encik Hussin. Hanya tarikh nikah saja yang berubah, namun majlis resepsi tetap berjalan pada tarikh yang ditetapkan iaitu 2 minggu dari sekarang. Hanya akan ada 1 majlis resepsi sahaja iaitu dari pihak lelaki. Majlis resepsi oleh pihak perempuan telah digantikan dengan majlis doa selamat sahaja.

Selepas majlis akad nikah, Tengku Zein Luftman sudah awal-awal lagi meninggalkannya. Dia lebih memilih untuk bersama kawan-kawannya yang telah dijemput ke majlis ini. Tidak ramai, dalam 5 orang saja semuanya. Namun apa yang Seri hairan, di mana ada Zein Luftman di situ ada Surya. Zein pun elok saja melayan.

Siapa isteri dia sekarang ni?

Walau hati berkecil dengan sikap suaminya, tapi Seri sedar tarafnya siapa. Hanya perempuan kampung yang low class dan tidak setaraf dengan Zein.

Seri cuba memaniskan wajah, tidak mahu ahli keluarga yang lain merasa kelainan hubungan mereka. Bila ditanya mana Zein, Seri hanya bilang Zein bersama temannya. Menjadi lebih canggung bila Adam yang banyak bersama dia. Apa dah jadi ni? Yang sepatutnya berada di sisiku adalah Tengku Zein Luftman bukan Tengku Adam Khaair.

Lebih tak selesa bila ada mata-mata yang mula memerhati tindak tanduk Adam. Bisik-bisik curiga juga sudah kedengaran. Aku pulak yang risau, memikirkan apa tanggapan mereka terhadap aku. Hai la... Baru bergelar isteri tapi tak serupa ada suami.

Petang pula semakin menjengah, kebanyakkan tetamu ada yang sudah pun pulang. Tinggallah keluarga terdekat saja yang masih berbual mesra.

Seri yang sudah kepenatan memohon untuk masuk ke dalam rumah. Badan sudah melekit, mahu segera disegarkan. Malah dia juga belum solat Asar. Jadi peluang yang ada mahu digunakan sebaiknya.

Setelah siap dia kembali mendapatkan ahli keluarga yang lain. Pakaian formal dia di rumah, T-shirt lengan panjang dan kain batik! Shawl hanya di pin di dagu dan disilang kiri dan kanan bahu. Siap!

Seri menolong apa yang patut diluar. Hanya tinggal beberapa orang kampung dan saudara-mara sahaja yang turut sama menghulurkan bantuan. Seri mengangkat jag yang sudah kosong dan dibawa ke dapur.

" Astagfirullahhala'zim..." Seri beristighfar apabila melihat pertunjukan yang tidak indah di depan matanya. Zein dan Surya... Mereka...

Mereka buat apa tadi? Tergamam Seri dibuatnya. Jag di tangan hampir terlepas dari tangan. Apa yang aku patut rasa sekarang ni? Melihat orang yang aku sayang sedang ada dalam pelukan suami sendiri. Sebegitu mesrakah mereka?

Tak cukup berkepit di luar, sambung di dapur pulak?

Seri cuba mengawal emosinya. Nafasnya sudah tersekat di dada. Mata mula berkaca. Dada sudah berombak laju. Aku cuba melawan rasa supaya aku tidak hanyut bersamanya. Aku menekur ke lantai. Tidak mahu melihat adegan yang sangat menggigit tangkai hati. Kalau aku ada kuasa magis, aku mahu tukar mereka menjadi batu. Biar tersingkap perbuatan yang mereka lakukan.

" Buat apa tercegat kat situ, Seri?" Tiba-tiba suara mak mencelah.

Puan Mahani yang dari luar mahu menghantar lebihan lauk supaya boleh dibuat lauk untuk malam nanti. Tapi melihat Seri hanya tercegat di muka pintu dapur, dia merasa hairan.

Bagai baru tersedar, Seri cepat memalingkan tubuhnya. Air mata yang tak jadi turun dilap kasar dengan jari. Tidak mahu mak melihat apa yang telah dilihatnya, pantas Seri mendapatkan Puan Mahani. Jag air di tangan diletak di atas kabinet dapur. Nasib mak belum berapa dekat dengannya. Kalau tak, aku rasa boleh ada badai Tsunami dalam rumah ni.

" Biar Seri hantar ni pergi dapur. Mak pergilah rehat. Dari tadi Seri tengok mak buat tak berhenti buat kerja." Alasannya.

" Ha! Ya lah. Kamu hidang untuk Zein sekali. Tadi katanya dia belum makan? Lepas tu panggil dia sekali. Kamu pun makanlah jugak. Tadi mak tengok kamu tak makan apa-apa lagi. Kamu tu dah la ada gastrik. Karang tak pasal-pasal malam pertama kamu bersambut di hospital." Puan Mahani memberikan mangkuk lauk kepada Seri.

" Seri dah makan la mak..." tipunya.

" Makan apa? Makan air?" pantas Puan Mahani mencelah. Bukan dia tak tahu, Seri dari tadi sibuk melayan tetamu. Sampai makan pun dia tak sempat. Kalau harapkan Zein yang ajak Seri makan, alamatnya mati kebulur anak aku tu. Mana tidaknya, tak habis-habis layan kawan dia. Yang Surya pula tak habis-habis nak menempel saja. Mana ada Zein situlah dia ada. Dan naik tebal muka bila Tan Sri dengan Puan Sri pandang semacam kat Surya. Budak tu betul-betul nak malukan aku.

Sejuruh mak mengatur langkar ke luar, Seri masuk semula ke dapur dengan debar di dada. Meliar mata Seri mencari kelibat suaminya. Tadi ada sini. Mana dia pergi? Tak habis lagi ke dengan Surya? Huh! Kau tak suka aku, tapi boleh pulak tergoda dengan adik aku.

Mereka ada hubungan ke? Kalau ya, Kau nak buat apa? Soalan itu hanya tergantung di situ. Dia juga tak tahu jawapannya.

" Ehem... Ehem..."

Seri menoleh. Dan... hampir-hampir hidung bertemu dengan hidung. Bila pulak Zein ada belakang aku? Elok saja Zein mengepung badan Seri dengan ke dua belah tangaannya berada di atas meja. Seri terhimpit di dalam kepungan itu. Posisi mereka sangat dekat membolehkan Seri menghidu wangian dari tubuh suaminya. Permukaan badan Zein juga dapat dirasa kerana Zein menghimpit terus tubuh Seri dari belakang. Hembusan nafas Zein juga dapat dirasakan menyentuh telinga kanannya. Seri sedikit terleka namun kemudian tersedar kembali.

" Errr... Tadi mak bagi tahu awak lapar. Awak makanlah dulu. Saya dah siap hidang dah." Suruh Seri dalam debaran didada. Dia memalingkan wajahnya ke depan semula. Pura-pura menyusun lauk pauk di atas meja. Baru habis dating la tu.

Tanpa banyak soal, Zein mengambil tempat duduk disisi Seri.

" Kau dah makan?" Soalnya. Bukan dia tak sedar, Seri sibuk melayan tetamu sampai-sampai makan pun dia sudah lupa.

Seri menyenduk nasi masuk ke pinggan Zein. Tugasnya sebagai isteri telah bermula.

" Saya dah makan. Awak makan la dulu." Dalih Seri.

Walaupun agak lapar sebenarnya tapi nanti-nantilah dia makan. Malas mahu makan bersama.

'Hati masih luka tengok adegan terlebih romantik awak dengan adik saya.' Katanya dalam hati.

"Duduk." Arahan diktator Zien sudah keluarkan.

Seri masih buat tak tahu.

"Duduk aku cakap!" Nadanya sudah berubah. Tadi masih berirama balada, sekarang sudah irama rock n roll.

Seri sedikit tersentak. Suka paksa-paksalah En.Aisberg ni. Malas mahu menjadi isu besar. Seri ikutkan saja perintah itu. Punggung dilabuhkan bersebelahan, Zein.

Selepas berdehem beberapa kali. Zein melihat Seri yang hanya menunduk ke bawah.

"Just pretend you haven't seen anything. What happen just now, me and Surya it just..." Zein bersuara perlahan.

Dia sebenarnya masih terkejut dengan kehadiran Seri tadi. Dia tahu Seri sudah lihat semuanya. Bagaimana Seri tekejut melihat adegan mereka, begitu juga Zein. Dia juga terkejut namun sempat terleka. Bila Surya seakan hilang kawalan sehingga mahu menciumnya. Zein menolak. Gila kau nak cium Surya. Adik ipar kot! Yang penting bukan dia yang memulakannya. Tapi Surya. Niatnya untuk mengambil air masak jadi hal lain pula bila Surya datang sama.

"Kalau awak nak tahu, itulah yang saya buat sekarang. Pretend. Pretending that my husband is having a warm hug with his sister-in-law. Bestkan jadi awak. Kawin dengan kakak, tapi berpeluk dengan adik dia. Tapi saya nak ingatkan. Kalau ya pun nak beromen, tolonglah jangan buat dalam rumah ni. Mak dan bapak saya sangat hormatkan Tan Sri. Saya tak nak mak dan bapak saya pandang serong pada Tan Sri disebabkan perangai anak dia yang tak semenggah ni. Kalau awak tak malu buat macam tu, jangan ingat orang lain sama macam awak. Ni kampung bukan KL." ucapnya dalam suara yang dikecilkan.

Tak mahu orang lain mendengarnya. Aib suami adalah aibnya juga.

"What the hell! Are you trying to threaten me?" Rahang Zein bergerak-gerak menahan marah. Boleh tahan mulut perempuan ni. Mulut kecik je tapi sekali keluar ayat, sakit dada aku dibuatnya. Hampir-hampir kena serangan jantung.

"Tak. Bukan ugut. Saya cakap benda benar. Otak orang kampung ni suci bersih En.Zein. Mereka tak boleh tengok perkara luar biasa sikit, cepat saja tersebar satu kampung. Saya cuma nak jaga airmuka keluarga dan lelaki yang baru jadi suami saya. Kalau sebab tu awak 'what the hell' kan saya dan cakap saya ugut awak, saya terima je. Masuk dalam neraka saya akan heret awak sekali," sindirnya. Cuba menambah bara di hati Zein.

Hah! Sekarang buku dah berjumpa dengan ruas kan. Watch out Zein. I'm not your punching bag.

Zein kalut.

"Dah la. Aku nak makan ni. Dengar kau bercakap tak kenyang aku." getus Zein. Dia sudah kehilangan idea mahu membidas ucapan Seri. Jelas salahnya. Tak boleh nak mengelak dah.

Boleh pulak aku kalah dengan perempuan kampung ni. Boleh tahan juga dia melibas. Sakit tadi tak hilang, ni dia tambah luka yang baru pula.

"Bukan awak dah kenyang ke?" Tanya Seri.

"Bila masa aku makan? Last aku makan pagi tadi. Ni dah petang aku tak makan lagi." Ujurnya bersungguh-sungguh.

Betul tak tipu. Lapar tahap kebulur dah ni. Dari tadi dia hanya minum air saja. Tak lalu nak makan bila isteri yang baru dinikahinya pagi tadi ramai sangat peminat. Semua cakap isterinya cantik bak bidadari. Kembang la juga dipuji isterinya cantik. Malah sahabatnya juga turut mengakuinya. Cantik sangat ke minah ni?

Setiap lelaki yang datang tak kira tua atau muda, tak dapat mengalihkan pandangannya terhadap Seri. Dia yang suami pun tak pandang begitu pada isterinya. Dan yang paling dia tak suka bila sepupunya, Tengku Adam Khaair turut tidak kalih pandang pada Seri.

Zein jelas merasa marah bila melihatnya. Tapi marah itu tak dapat ditunjuk kerana dia juga sama. Surya selalu ada dimana dia pergi. Dah macam belangkas. Aku tahulah aku ni handsome, body tough. Kadang jadi rimas. Itu yang dia larikan diri masuk dapur. Tapi alih-alih Surya pun ikut sekali.

"Oh. Ingatkan kenyang dah. Tadi kan dah dapat 'makanan' free." Bidas Seri sinis.

"Kau!"

Zein tak sempat meneruskan pergerakkan tangannya bila Puan Sri Rania tiba-tiba muncul di muka pintu dapur.

Niat hati nak tampar je muka dia. Tapi mama jadi penyelamat.

"Eh! Mama. Jemput makan sekali mama. Seri pun baru je nak makan." Terus Seri tukar mode ceria. Tak mahu mak mertuanya  melihat pertelingkaran mereka.

Zein jeling Seri. Cepat betul dia berbuah angin. Pandai berlakon. Mulut dicebikkan.

"Takpe lah, Seri. Mama dah makan tadi kat luar. Mama masuk ni pun ingat nak ajak Seri duduk luar boleh kita borak-borak. Tapi rupanya tengah layan encik abang ye. Tak pe. Mama tak nak ganggu you guys dating. Teruskan... haha..." Mama terus berlalu dengan tawanya.

"Bagus kau berlakon kan." ucapnya setelah melihat tubuh mamanya menghilang.

"Mestilah sebab saya belajar dari awak."

Kurang asam. Tak habis lagi rupanya. Balik-balik aku yang terkena. Tak guna. Tak pe this round, kau menang. Next round, will be mine.

Zein terus memasukkan nasi ke dalam mulut. Tak payah kunyah sangat. Terus telan je. Malas nak lama-lama dengan perempuan ni. Tapi betullah malang tak berbau...

"Uhuk... uhuk... uhuk..." Zein mengetuk-ngetuk dadanya. Perit rasanya bila tercekik nasi.

"Awak... nah minum air ni." Seri menghulurkan air di dalam gelas. Dia bangun menepuk-nepuk belakang Zein. Bila hilang batuk suaminya dia berhenti menepuk.

"Awak okay? Nak air lagi tak?" tanya Seri sambil merenung dalam mata Zein.

Zein terdiam. Seri lihat ada air yang tersisa dibibir Zein langsung tanpa teragak-agak diseka dengan jari halusnya. Terasa lembut sentuhan itu. Zein terbuai seketika. Seperti ada yang menari-nari di atas bibirnya.

Bila sudah bersih, Seri kembali menatap mata Zein.

"Awak okay tak ni? Nak tambah air lagi tak?"

Hai, Zein? Kau kena renjatan elektrik ke? Sampai aku cakap kau tak dengar. Itu baru dapat sentuhan di bibir, kau dah hanyut entah mana. Kalau aku sentuh tempat lain?

Seri mengawang-ngawangkan tangannya.

"Hah! Apa kau cakap." soalnya dalam sedikit  gugup. Dia melawan rasa hati yang sedang membadai kuat tangkai jantungnya.

Sempat dia terbuai dengan sentuhan gadis itu. Sentuhan yang dia rasakan tadi tak sama dengan mana-mana wanita lain. Dengan hanya sentuhan lembut dibibir sudah cukup membuat aku terleka.

Bahaya perempuan ni. Tak boleh! Tak boleh! Tak boleh dibiarkan. Silap hari bulan aku yang terpikat. Hannif mesti ketawa guling-guling punya.

"Tak saya tanya. Awak okay tak. Atau nak tambah air lagi ke?" Ni dah masuk 3 kali aku ulang, Zein. Kalau kau suruh aku ulang lagi. Aku hempuk kepala kau dengan dulang besi ni. Biar bagi hilang terus ingatan kau tu.

"Tak. Aku okay."

"Kalau macam tu awak habiskan makan ye. Saya nak ke depan dulu. Nanti pinggan biar je situ. Biar saya basuh." pesannya kemudian berlalu.

Zein mengekori dengan hujung mata.

Hebat kau Seri. Belum pun sehari kau jadi isteri aku. Kau dah buat aku kalah dengan kata-kata kau. Tapi ini baru try-out. Masih banyak lagi cara yang boleh aku buat untuk kau minta cerai dari aku. Tunggu ajelah!

Share this novel

ryanadznm
2020-05-05 09:24:25 

ish geram pla aku sma c surya ini....mgada2 btulll..


NovelPlus Premium

The best ads free experience