MHSA | Bab 1.

Romance Completed 1157355

PAGI yang begitu tergesa-gesa buatku.

"Seri! Seri Ayuni." Laung satu suara.

Pantas Seri menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Matanya mengecil. Maklum sajalah rabun jauh. Tak pakai cermin mata sebab cermin matanya patah pagi tadi. Ini semua Surya Hani punya fasal.

Setelah dapat menangkap objek yang berada beberapa meter di hadapannya barulah dia menarik nafas lega.

"Hmm... kau Ian. Aku ingat lelaki kurus mana jerit nama aku macam Tarzan. Kenapa? Aku dah lambat ni nak masuk kerja. Nanti punched card merah," ujurku setelah Adrian semakin merapat.

Ha! Ini Adrian Tan. Dia ni manager kilang tempat aku kerja. Merangkap anak saudara owner kilang yang aku kerja sekarang. YTM Electronic Sdn Bhd. Yong Tak Ming atau pekerja kilang panggil Sir Yong. Itulah memiliki kilang ini. 

Adrian Tan pula adalah seorang mualaf. Dia ini boleh dikategorikan sebagai makhluk yang berbahaya untuk didekati. Boleh buat hati gadis meleleh-leleh macam ais kepal En. Din sebelah jalan tu. Jiwang karat!

"Careful with your words my lady," jawabnya sambil tersenyum. "Setakat nak angkat you yang separuh dari berat badan I ni, small the pieces je." Tambahnya lagi sambil mata kiri dikerdipkan sekali.

Melotot mata Seri dibuatnya. Mulut terus mengherot senget. Gila punya apek! Hisy!

Adrian menilik gadis genit dihadapannya.

Pertama kali Seri tanpa cermin mata bulatnya itu, nampak begitu cantik. Mata bulat semula jadi seperti anak patung. Bulu mata panjang dan lentik seolah-olah memakai bulu mata palsu. Kening hitam lebat dan terbentuk elok. Bukan disebabkan cukur ya. Itu haram. Tak salah lagi, Seri memang sesuai jadi wa punya LAO PO. Lao po apa? Alah! Bini la...

"Kau ni dah kenapa Ian? Tak payah puji-puji sangat la. Your practical jokes tak laku kat aku. Tak dapat faedah pun dan lagi, tak payah nak show off sangat. Tahu la kau tu handsome tahap artis-artis korea tu,"

"Eh! you silap, I hanya puji you saja ya. Tak semua dapat pujian dari I yang memang mahal dengan pujian ni. And thank to you sebab mengaku I ni handsome." ujurnya teruja.

"Itu yang sampai Miss Naily gila bayang kat kau tu."

Memang tak dinafikan Adrian bukan lah tiada rupa, malah dialah jejaka terhangat yang ada di kilangnya. Perwatakan menarik, charming dan romantik.

Tapi satu yang aku suka dari Adrian Tan ni, dia tak mudah ambil kesempatan pada orang perempuan. Dia tahu batas halal dan haram. Well, he did perfectly for being a true Muslims.

"She's neither on the list. You sendiri tahu, perempuan macam mana yang I suka. Aren't you?"

Ah sudah. Mula lah nak mengayat. Tak boleh jadi ni aku kena blah dari sini cepat. Kang tak pasal-pasal kecoh satu kilang. Mulut orang kilang ni mana boleh tutup.

"Ian aku gerak dulu la. Lambat sangat dah ni." Seri kerling jam yang melilit di tangannya. 8.30 pagi! Alamak! Aku betul-betul lambat dah sebab si apek ni.

Seraya itu Seri pantas mengorak langkah sambil melambai sekali kearah Adrian Tan.

Adrian Tan hanya mampu tersenyum bila gadis yang diminati dalam diam itu berlalu. Kalut sungguh kalau aku mengayat dia. Gelabah pun comel.

"Don't worry Adrian. Sooner or later, she will be yours." ujarnya perlahan. Tak salah menyimpan angan-angan. Berangan itu free ya. Tapi aku tetap akan berusaha mendapatkan dia.

* * *

Semua kerja jadi terganggu bila mata tidak mengikut kehendak tuan. Banyak pula barang reject dari line hari ni. Kenapa lah hari ni juga spek aku boleh patah? Mata dikecil dan dibesarkan agar kanta mata dapat melaras dengan betul. Makin penat jadinya bila haru meneliti komponen terlalu kecil yang memerlukan penelitian yang tepat.

Seri merasa perit dihujung mata. Sedikit mata dipejam rapat lalu dibuka kembali. Ah! Tak boleh jadi ni. Aku kena balik. Kalau tak, confirm terkeluar biji mata aku nanti. Mata bukan ada jual di pasar malam! 

"Dua seringgit! Dua seringgit! " Terus Seri teringat ayat yang selalu Mael dari cerita animasi kegemaran anak-anak Malaysia, Upin Ipin!

Setelah penyelia diberitahu, aku terus menghayun langkah keluar dari kawasan kilang.

Aplikasi grab aku buka. Menaip lokasi ingin ku tuju. Yes! Ada juga yang ingin ke lokasi yang sama. Tanpa menunggu lama, aku terus membuat pilihan.

Untuk pengetahuan, aku pergi kerja memang naik grab car aje. Kalau tak, aku drive sendiri. Memandangkan memang keadaan aku tak mengizinkan untuk aku memandu so inilah solusi akhir yang ada. Malas nak ambil teksi. Mahal! Lagipun bagusnya Grab ni menjimatkan masa dan... duit!

Tanpa menunggu lama, kereta yang aku tunggu tiba. Saat aku melihat dengan teliti, rahang ku terbuka luas. Mana taknya, Skyline GTR berwarna silver yang menunggu!

Biar betul? Aku memeriksa kembali aplikasi grab untuk memastikan sesuatu. Nombor plate dah betul. Jenis kenderaan... Nissan Skyline GTR? Apa! Kenapa aku tak tergerak hati nak tengok benda ni tadi? 

Sedikit teragak-agak, kaki di atur ke arah kereta mewah itu. Sedang ralit menilik kereta tersebut, tiba-tiba cermin pintu sebelah kiri diturunkan.

Spek hitam yang terletak cantik di atas hidung ditanggalkan. Lelaki itu menundukkan sedikit kepalanya agar dapat melihat penumpangnya.

"Seri Ayuni?"

Tilikan Seri Ayuni terhenti.

"Ha! Ya saya."

Gadis yang berdiri di pintu penumpang diperhati.

"Cepat naik saya nak cepat ni." Desaknya.

"Ha! Ok! Ok!" Terus Seri meloloskan dirinya setelah pintu penumpang dibuka dari luar.

1 saat, 2 saat, 3 saat... Aik? Kenapa kenapa tak bergerak lagi? Tadi bukan main kata nak cepat sangat.

Aku menoleh ke arah pemandunya.

Zapp! 

Mata kami bertemu... lama! Seolah-olah baru tersedar, Zein berdehem beberapa kali.

"Seatbelt," ujurnya sambil meneutralkan riak wajah.

"Sorry..." pantas aku menarik tali pinggang keselamatan. Eh! Kenapa ni? Janganlah buat hal waktu-waktu macam ni.

Dalam Seri terkial-kial menarik tali keledar, pantas Zein menghulurkan bantuan. Namun tidak disedari tindakannya itu membuatkan Seri Ayuni hampir tidak berkutik. Malah hampir membuat gadis itu lupa menyedut udara.

Setelah beberapa minit kereta meluncur di permukaan jalan, posisi gadis itu masih statik. Diam tak berkutik. Mata Seri Ayuni seperti digam kehadapan. Mata yang luas terbuka juga masih lupa dikerdipkan. Mulut yang sedikit terbuka, menambah rasa kepanikannya. 

Parfum lelaki itu sempat mengganggu emosinya. Baunya, sangat maskulin.

Zein Luftman yang melihat reaksi itu senyum serta-merta. Dasar. Sama saja!

Melihat Seri Ayuni masih dengan situasi tadi. Zein Luftman menegur.

"Don't hold your breath any longer, lady. You might be dead by any minute," ujurnya bersahaja namun cukup membuat Seri tersedar dari lamunan.

Seri Ayuni yang baru merasa tidak cukup oksigen waktu itu pantas menarik seluruh molekul-molekul udara yang ada melalui hidungnya. Berkali-kali sehinggalah dia dapat bernafas seperti biasa. Gila! Sampai tak cukup nafas kau, Seri! Buat malu kaum saja. Awat kau tak senonoh sangat ni?

Saat Seri kelihatan terpinga-pinga sendiri, Zein senyum sinis.

"Kita dah sampai mana?" tanya Seri.

"Jalan Kiambang. 15 minutes, sampai."

"Ohhh..." Itu saja jawapan Seri bagai hilang kosa kata di dalam lubuk kepala. Cuba memastikan kesahihannya jawapan lelaki itu sambil mengawal emosi yang sejak tadi tidak sehaluan dengan tuan.

Ya Allah... Jauhkanlah hatiku dari godaan syaitan yang sememangnya mahu menyesatkan anak Adam. Doanya dalam hati. Hati terasa mahu melompat keluar dari tingkap. Jari-jemarinya menjadi sejuk tak semena-mena. Demi menutup gugup, Seri membuang pandang ke luar tingkap.

Di tempat Zein Luftman duduk, hatinya berdetak kencang. 

Penampilan Seri Ayuni dikilas sekali lagi. Hanya sekilas namun sangat tajam! Minah kilang rupanya dia. Melihat lagi ke atas, walaupun mengenakan tudung bawal polos sahaja namun gadis itu sudah tampak sempurna di matanya. Mempunyai keindahan mata yang memukau lubuk hati lelakinya. 

Tidak lama, Zein Luftman tersentak dengan jeritan yang datang dari kerusi penumpang itu.

Srettttttttt.....

Pedal brek ditekan mengejut. Serentak tubuh Seri terdorong ke depan. Seri menggosok-gosok dahinya yang terhantuk di permukaan dashboard. Perit!

"What the hell?" Zein membuang wajah ke arah Seri. "What are you trying to do, hah? Are you wanna make me die?" tengkingnya. Sialan. Terkejut aku. Nasib tak ada kenderaan lain dibelakang keretanya.

"Sorry-Sorry." Sambil menahan sakit di dahinya Seri membuang wajah ke suatu tempat. "Boleh awak tunggu kejap tak?"

"What? Are you kidding me girl?" Zein menunjukkan wajah tidak puas hatinya pada Seri.

Nak cakap tak boleh la tu? Huh!

"Boleh tak? Kalau tak boleh tak apa. Ni duit awak." Seri meninggalkan not RM20. Itu bukanlah harga tambang sebenar tapi Seri sengaja memberi lebih. Walaupun harganya tak sepadan langsung dengan kereta mahal yang aku naiki. Harga tambang yang tertera di dalam senarai harga selepas pengesahan dilakukan adalah lebih rendah dari jumlah yang Seri bayar. 

Tanpa menunggu jawapan darinya, Seri terus keluar dari perut kereta.

Zein Luftman yang masih dengan marahnya sudah tidak peduli. Biarlah. Pandai-pandailah dia cari kereta lain lepas ni. Baru ura-ura ingin beredar, Zein sempat kerling cermin pandang belakangnya.

What is she doing?

Bola matanya sempat menangkap susuk tubuh itu berlari-lari anak mendapatkan seorang lelaki tua yang memegang tongkat putih ditangan kanannya. Manakala tangan kiri memegang jari anak lelaki kecil lingkungan 7 tahun.

Dari pandangan Zein Luftman, Seri membantu pakcik itu dan anaknya untuk melintas jalan. Kelihatan Seri juga sedikit teragak-agak untuk melintas. Namun dalam beberapa minit akhirnya dia berjaya sampai ke seberang. Seri juga sempat menghulurkan sesuatu kepada orang tua itu. Mulanya orang tua itu menolak, namun Seri tetap memasukkannya ke dalam poket baju lelaki tersebut.

Melihat tingkah laku Seri, Zein terdetik bangga. Ada lagi orang yang menitikberatkan hal orang lain dari dirinya sendiri. Yalah. Kalau dilihat dari pandangannya Seri bukanlah wanita yang mahu menunjuk-nunjuk kebaikannya. Gadis itu seolah-olah senang melakukannya. Senyum juga sentiasa terukir di bibir mungilnya.

Zein, wake-up! Why don't you just ignore her, the same thing as you treat the other girl. But she's different. She has something that I can't describe. 

Who is she?

Ah! This is bullshit!

Zein Luftman meneruskan pemanduannya menuju ke destinasi sebenar. Tapi dalam hati sempat berharap dia akan bertemu kembali dengan gadis itu.

Share this novel

The Reader
2022-07-15 15:18:42 

best cerita ni

Nurul Shafiza
2021-10-15 00:32:01 

kenapa tak ada sambungan nye?? ke ada tajuk lain... hum... dah baca best2. tp tergantung lak..

Khadijah Zolkifli
2021-09-13 22:35:59 

alah... sis tergantung la sambung la lagi sis


NovelPlus Premium

The best ads free experience