MHSA Bab 6.

Romance Completed 1157355

"Eh! Puan Sri Rania... Tan Sri pun ada sama." Sapa Datin Juwita. Kelibat dua manusia itu diperhatikan. Senyuman manis diberikan.

"Hisy... Apa kak long ni. Nak bergurau pun agak-agak la. Tak kelakar tahu tak." satu tepukan hinggap kebahu Datin Juwita.

Datin Juwita ketawa lepas. "Alah! Kak Long gurau je lah. Itu pun nak marah." usiknya lagi.

"Hah, kamu pun ada sini Adam? CEO Alam Angkasa mencemar duli ke? Selalunya bukan main susah nak tengok muka selain kat office." Soal Tan Sri Zuriman dalam guraunya.

Adam tersenyum bila dibilang begitu. Memang dia tahu, gilanya seorang Tengku Adam Khaair berkerja sudah sampai tahap kronik. Sampai dia tiada masa untuk diri sendiri. Oleh kerana hanya dia saja harapan yang ada untuk menguruskan Alam Angkasa setelah arwah papa dijemput sang pencipta 2 tahun lalu. Maka kerja-kerja Alam Angkasa sikit sebanyak telah merampas kehidupan normalnya.

"Kerja Pak Ngah. Tapi Mama suruh ambik sut. Alang-alang dah kat area sini, tu yang singgah sekali. Pak Ngah pulak, tak kerja? Selalunya susah nak jumpa waktu-waktu macam ni." soalnya Adam sambil mengambil langkah untuk mencium tangan bapa saudara nya itu. Tan Sri Zuriman adalah adik kandung papa. Jadi sikit sebanyak wajah papa dapat ku lihat dari raut wajah Tan Sri Zuriman.

"Pak Ngah memang ambil cuti hari ni. Nak fitting baju untuk bakal menantu Pak Ngah. Dia baru sampai dari Kuantan. Itu yang terus kemari. Ni pun dah 1 jam kami lambat." beritahu Tan Sri Zuriman.

"Eh! Apa tunggu lagi jomlah masuk sekali. Dah alang-alang ada depan pintu ni. Boleh lah suai kenal dengan bakal menantu Mak Ngah. Tapi jangan terpikat pulak dah la ye. Susah pula Mak Ngah nanti. Dah la nak cari yang sesuai bukan main payah." Ajak Puan Sri Rania sambil berseloroh mengenakan Adam. Dia tahu Adam seorang yang amat cerewet dalam memilih pasangan. Hampir pening Kak Long dibuatnya bila mengenangkan keletah terunanya itu. Bukannya Adam Khaair tiada rupa. Ada. Malah digilai oleh ramai anak-anak ahli korporat yang lain. Namun sikap 'bolayan' Adam buat mereka pergi satu persatu. Siapa yang sanggup berdepan dengan lelaki yang seperti tiada perasaan? Adam dan Zein adalah dua orang yang boleh dikategorikan dalam group yang sama. Dingin tak berperasaan.

Semakin menghampiri tempat yang dibawa oleh Puan Sri Rania hati Adam Khaair semakin takut. Takut untuk menerima kenyataan.

Tak kan lah! Tapi tak mustahil kan. Perempuan cantik. Siapa pun nak dijadikan menantu. Think positive Adam Khaair. Mungkin pembantu Pak Ngah ke. Tengok dari pakaian biasa-biasa aje.

Kelihatan Pak Ngah dan Mak Ngah menyapa mesra gadis itu. Malah gadis itu pun turut menyapa mesra mereka. Hati Adam semakin dibelenggu rasa tidak enak.

"Kenalkan Seri. Ini Aunty Juwita pemilik butik ni." Senyuman manis diberikan sebaik mereka bersalam. Sah! Memang cantik. Puji Datin Juwita.

"Panggil Aunty Ju. Nak panggil Mak Ngah pun boleh." Sapa Datin Juwita.

"Dan sebelah ni pula anak Aunty Ju. Tengku Adam Khaair." Beritahu Puan Sri Rania.

Tengku Adam Khaair menghulurkan salam. Namun huluran salam itu tidak bersambut. Seri hanya membongkokkan sedikit tubuhnya tanda hormat. Adam malu sendiri. Terus dia diserbu hawa panas diwajahnya.

Datin Juwita hanya mampu tersenyum atas kekhilafan anaknya itu. Padan muka. Kalut sangat la tu.

"Seri buat apa dekat sini?" Soal Datin Juwita. Mahu memulakan langkah menggantikan Adam. Dia sudah pun tertarik dengan gadis bertudung bawal itu. Beruntung kalau dia boleh mendapatkan Seri untuk Adam.

"Ermmmmm..." Seri kelu. Nak jawab apa? Takkan nak kenalkan diri sendiri sebagai bakal menantu Tan Sri?

"Seri nilah tunang Zein, Kak Long." ujur Puan Sri Rania. Dia pantas menjawab bila Seri seakan bingung untuk menjawab soalan kakak iparnya itu.

Tercengang Datin Juwita dibuatnya. Juwita menoleh kesisi ingin melihat reaksi Adam. Adam sepertinya sudah dapat meneka. Perasaan kecewa tampak jelas diwajahnya walaupun dia cuba berlagak biasa. Kasihan Adam. Ada saja halangan untuk dia. Datin Juwita kalih pandang gadis dihadapannya pula.

"Beruntung Zein, Nia." Itu saja yang mampu Datin Juwita ucapkan. Dia juga turut merasa kecewa. "Mana Zein kenal dengan Seri. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba nak kawin."

"Pilihan kami kak long. Anak kawan Abang Zuriman. Zein pun tak pernah jumpa lagi dengan Seri ni. Ni first time." Jawab Rania teruja.

Amboi bertuahnya kau Rania. Bakal menantu bak bidadari.

Suasana jadi canggung seketika. Sehinggalah Tan Sri Zuriman menghampiri mereka. Dia tidak seiring tadi kerana ada panggilan masuk.

"Sorry... sorry. Hai diam saja. Dah kenal-kenal?" Soal Zuriman.

Datin Juwita dan Adam Khaair hanya mengangguk untuk jawapan bagi soalan yang diajukan.

"Ha! Macam mana abang? Zein dah sampai? Karang lambat pulak nak siap ni." tanya Rania kepada suaminya.

"Hmm... Inilah nak bagi tahu ni. Zein tak dapat datang sebab ada meeting dengan Dato' Jeffrie." jawab Zuriman.

"Apa ni abang. Kan saya dah pesan awal-awal untuk kosongkan jadual hari ni. Lagipun hari ni Sabtu kan. Kenapa pula tiba-tiba ada meeting? Sengajalah tu kan? Bukan saya tak tahu." ujur Rania dalam rajuknya.

Melihat Rania begitu, terus Tan Sri Zuriman memeluk bahu isterinya. "Tapi jangan risau sebab abang dah dapat pengganti Zein untuk fitting hari ni." Pandangannya dikalih kearah Adam Khaair yang sejak tadi lagi asyik merenung Seri tanpa jemu. "Betul tak Adam?" Soalan dilempat Tan Sri Zuriman. Terus kaget anak teruna dihadapannya itu.

"A... apa Pak Ngah." Mati aku. Kantoi dah ke? Salah kau la ni. Tenung tunang sepupu sendiri macam nak tembus dinding. Kan mendapat.

"Pak Ngah cakap, boleh tak Adam gantikan tempat Zein untuk fitting hari ni? Zein tak dapat datang. Lagipun Pak Ngah tengok saiz badan kamu lebih kurang saja dengan Zein."

"Boleh la ya Adam." Pinta Rania pula. Wajah anak saudaranya itu dipandang penuh harapan.

Berkelip-kelip mata Seri dibuatnya. Boleh pula macam tu ke? Siapa yang nak kawin ni? Adam ke Zein?

"Boleh... Boleh Pak Ngah. Adam tak kesah. I've no work to do." Ceh dan-dan la kau tak ada kerja kan, Adam? Senyum bahagia diberikan. Kalau Pak Ngah nak Adam gantikan Zein untuk hati nikah nanti pun, Adam sanggup Pak Ngah. Seribu kali Adam sudi. Namun kata-kata itu hanya bermain dalam hati.

Seri pula yang sedari tadi tidak tahu apa yang harus dikatakan. Hanya menjadi pendengar setia perbualan sekeluarga itu. Namun apabila Adam yang diminta untuk menggantikan tempat Zein, Seri hanya merenung kosong pemuda dihadapannya kini. Manalah aku tahu badan Zein tu macam mana bentuknya. Kalau ikut apa yang Tan Sri Zuriman kata. Maka pemuda ini adalah contohnya.

Mengikut imbasan mata Seri menerusi susuk tubuh lelaki dihadapannya ini. Badannya tegap dan berotot. Dadanya bidang. Kemeja yang dilipat hingga kesiku itu menunjukkan urat-urat yang timbul melingkari tangan si pemiliknya. Memang menunjukkan susuk maskulin dalam dirinya. Gulp! Terasa air liur melekat di tekak. Terasa bahang menyapu muka. AWAS! Seri. Behave!

"Seri tengok-tengok dulu ye. Aunty nak jumpa staff untuk set fitting room ni." Tokok Datin Juwita.

Seri senyum sambil angguk. Dah macam burung belatuk pulak diri ini bila tak tahu nak cakap apa. Asyik angguk saja. Lidah jadi kelu.

"Kak Long, Rania ikut. Nak tengok dress yang akak dah siapkan untuk majlis anniversary kami nanti. Abang nak tengok sama?"

"Boleh jugak." jawab si suami.

"Seri... Seri tak kesah kan kalau mama dengan papa tinggalkan Seri dengan Adam sekejap? It won't be long." Tanya Rania.

Mama? Papa? kekok pulak jadinya. "Eerrrr... tak apa Aunty. Aunty pergilah." balas Seri sopan.

"It's Mama, dear... No more Aunty. Okey?" Rania membetulkan panggilan Seri semula.

Seri garu kepala yang berbalut tudung bawal bewarna cream itu. "Ok Ma..ma."

"Good girl. Mama tinggal sekejap ye sayang. Adam tolong jaga Seri. Seri tak biasa dengan tempat ni." Pesannya pula. Takut Seri rasa tak selesa.

"Don't worry Mak Ngah. With my pleasure." Jawab Adam bersunguh-sungguh.

Kenapa aku rasa lain dengan makna disebalik kata lelaki itu. Telahan Seri dilepaskan didalam hati. Seri mengerling lelaki tegap yang berada dihadapannya itu.

Awkward....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience