MHSA | Bab 3.

Romance Completed 1157355

SUASANA di banglo 3 tingkat kediaman Tan Sri Zuriman bertukar kecoh apabila Zein Luftman mengetahui rancangan papa dan mamanya untuk meminang anak kenalan papanya itu. Apa yang membuat papanya bertindak sebegitu rupa? Apa yang diketahunya, papa pergi ke Kuantan atas urusan kerja bukannya meminang anak gadis orang untuk dirinya!

Tengku Zein Luftman yang sejak tadi gelisah bagai kucing kehilangan anak. Dia tidak mampu lagi menahan rasa amarahnya.

Tan Sri Zuriman dan Puan Sri Rania yang menjadi pemerhati sejak tadi hanya berpura-pura tidak mengindahkan kehadiran Zein Luftman. Dibiarkan anaknya itu dengan seribu persoalan dan dilemanya

"This is rubbish Pa, Ma. I do not even know her." Zein sudah mula berbahas.

"What if she not fits for me... I'm not gonna accept this stupid engagement Pa." ujur Zein setelah lama membisu. Ya. Dia harus mematikan niat papa dan mamanya untuk menjodohkannya dengan gadis itu. Sejujurnya dia belum bersedia.

"Bukan dia yang tak sesuai dengan Zein, tapi Zein yang tak sesuai dengan dia. Dia terlalu baik untuk kamu, Zein." Zuriman berjeda seketika.

"Papa tahu anak papa ni macam mana. So this is the only way for you to forget Munirah. Life for your owned sake. Papa takkan bertolak ansur lagi. Tengok lah apa yang dah Munirah buat pada kamu? Keluar masuk club. Keluar malam balik pagi. Mabuk. Tukar perempuan macam tukar baju. Nak papa list everything's semua keburukan kamu, hah? Belum lagi kamu malukan papa dengan jadi Grab driver. Don't you cares about my reputation? What if our shares holder knows about it? Papa malu tahu! Mana papa nak letak mums bila saban hari kamu memalukan papa!"

"Please la Pa... Who makes me like this, hah? Tell me? Tell me!"

"Tengku Zein Luftman! Mama tak ajar kamu kurang hajar. Itu papa kamu! Is not papa you have to blame. Jangan ingat mama diam selama ni mama sokong apa yang kamu buat. Mama dah tak larat dah Zein. Mama dan papa makin lama makin tua. Zein sorang saja anak yang kami ada. Cukup lah Zein dah merosakkan diri sendiri demi perempuan tak guna tu. Zein dah lupa apa yang dia dah buat dekat keluarga kita? Hah! Lupa? Nak mama ingatkan?" balas Puan Sri Rania. Tidak disangka Zein Luftman sanggup meninggikan suara terhadap suaminya.

"Kamu mungkin dah lupa Zein. Tapi Mama dengan Papa takkan pernah lupa apa yang dah dia buat pada keluarga kita. Sampi kamu jadi macam ni pun sebab dia kan? Apa yang kamu dapat? Berapa banyak lagi dosa yang kamu nak tambah? Mama tak sangka, Tengku Zein Lutfman yang mama kenal 3 tahun dulu dah banyak berubah hanya sebab seorang perempuan... Sadisnya lagi, perempuan tu pergi tinggalkan Zein. Mama dah setuju dengan rancangan Papa. No matter what, Zein kena kawin dengan Seri juga."

Terus pegun Zein sewaktu mama menyudahkan kata-katanya.

"What?!" Zein menghenyakkan punggung disebelah mamanya. Tangan mamanya digenggam kemas. "Mama tak kesian kat Zein ke Ma? Mama sanggup hancurkan kehidupan Zein?" Kini wajah papanya pula jadi renungannya.

"Now I get it Pa. Zein akan kerja balik dengan Papa seperti yang Papa nak. I'll stop being a grab driver. But please, don't push me into this situation. I can't!"

Hembusan nafas Tan Sri Zuriman kembali mengendur. Namun dia tidak mengindahkan rayuan anak tunggalnya itu.

"Listen to me Zein. All my actions, I did because of you. I've made my decision. End of this month you will get married to her. By hook or by crook you will thank me for this." Tan Sri Zuriman menegaskan.

Tarikh dah ditetapkan? Zein merenung kosong wajah tenang Tan Sri Zuriman.

"Then, Tengku Zein Luftman is no longer Tengku Zuriman's family. I'll go far from here till no one can find me." ugut Zein. Dia merenung kebawah. Kalau cara ini dapat menarik rancangan papanya, dia sanggup.

"Try me, Zein. Papa juga takkan halang kamu untuk keluar dari rumah ini. Tapi ingat, once your footsteps out of this house. You had nothing left. All your shares, asset, cars, and even your cards will be returned. In other words, you are nothing without me. Pergilah kamu merempat mana-mana yang kamu suka. Even if I'm dead, you will get nothing. Not even single cents."

Nah! terpempan terus Zein dibuatnya. Sungguh tekad keputusan papanya kali ini sampai tidak mahu mengaku anak. Harta yang diberikan kepadanya juga turut disita semula.

Kata putus sudah dibuat. Tan Sri Zuriman tidak mahu mengundur lagi. Cukuplah apa yang Zein buat sepanjang 3 tahun ini. Hati tuanya tidak mahu anak tunggalnya itu terus sesat tanpa sedar arah tuju. Kini dia cukup yakin dengan keputusannya.

Kata-kata Tan Sri Zuriman cukup kuat memukul hati Zein. Zein tidak menyangka papa seorang yang penyabar dan penyayang akan berkata begitu. Mama juga setuju dengan rancangan papa. Sekarang apa lagi jalan yang aku ada untuk menggagalkan rancangan ini? Tak ada Zein. Kau sudah kalah teruk. Kau dah jatuh dalam lubang yang sangat dalam dan gelap sampaikan tak ada orang yang boleh selamatkan kau.

Zein bingkas bangun berlalu tanpa kata. Tidak lama terdengar deruman injin kereta keluar dari perkarangan rumah.

Puan Sri Rania hanya mampu melihat anak kesayangannya itu pergi tanpa berkata apa. Maafkan mama sayang. Mama yang bersalah dalam hal ini. Kalaulah mana tidak memaksa kamu untuk menerima Munirah, tentu hal ini tidak akan terjadi.

"Abang rasa tindakan kita kali ni betul ke? Nia rasa tak sedap hatilah bang." Rania mula mempersoal keputusan yang mereka telah rancang.

"Nia jangan risau. Abang kenal Zein macam mana. Dia tak kan sanggup hidup susah. Percayalah. Dia tak ada jalan lain selain terima keputusan kita."

******

Seri Ayuni masih diam tanpa bicara setelah menerima berita dari mak dan juga bapaknya. Walau diluar hujan sedang membasahi bumi namun dia tidak mampu mengusir rasa tidak senang dalam dirinya. Betulkah tindakan yang aku ambil? Cincin yang bertahta berlian diliputi mas putih itu dibelek. Memang cantik. Tentu mahal harganya. Tapi itu tidak membantu untuk mengembirakan hatinya saat ini.

Jangkaannya tepat bila Mak mengabarkan akan kedatangan Tan Sri Zuriman kerumah 3 hari lalu. Baru sebentar tadi dia sudah pun menjadi tunangan orang. Tak ada angin, mahupun ribut. Tiba-tiba dia telah dipinang.

Kalau dilihat dari kedatangan Tan Sri petang tadi dia sudah dapat mengagak sesuatu. Namun dia belum pasti. Yalah dia hanya gadis kampung yang seserhana. Mampukah dia menjadi isteri anak kepada hartawan terkenal itu? Hidup didunia yang dihujani kemewahan dan publisiti. Pastinya sudah akan menyesakkan dirinya. Malah saat ini juga dia merasa sesak nafas jika teringat bagaimana kehidupannya nanti. Menjadi tumpuan orang ramai bukan lah kemahuannya. Satu keluhan kecil dilepaskan.

Puan Mahani yang sedari tadi memerhatikan tingkah laku anak gadisnya itu dihampiri.

"Seri tak tidur lagi?" cuba untuk memulakan perbualan. Hujan diluar semakin lebat.

"Mak rasa Seri akan bahagia ke?" soalan Puan Mahani tidak dijawab. Malah balik bertanya. Kekeliruan yang datang mencanak-canak rasanya meskipun telah dijelaskan oleh mak bapaknya sebentar tadi.

"Seri risau kalau-kalau Seri tak dapat menjadi menantu yang baik untuk Tan Sri sekeluarga." Muka maknya ditatap sayu.

"Yang paling Seri risaukan ialah menjadi isteri kepada Tengku Zein Luftman. Mak tak rasa ke Seri ni tak layak untuk dia? Dengar dari nama dia pun, Seri dah seriau mak."

Puan Mahani menampar perlahan permukaan tangan anaknya itu.

"Hisy! Apa kamu cakap macam tu. Insyaallah Seri. Mak yakin Seri boleh dan kamu sangat layak. Lagipun anak mak cantik, bijak... Sampaikan anak penghulu kampung pun tergila-gila dekat kamu. Cuma kamu saja tak perasan. Insyaallah Seri boleh beri kebahagian pada Tan Sri sekeluarga. Lagipun mak tengok anak Tan Sri tu hendsome tau. Iras-iras Tan Sri juga. Mak takut kamu pula yang terkam dia nanti." seloroh mak.

"Mak... kesitu pulak. Seri ni makan nasi tahu. Bukan makan orang. Anak Tok Penghulu tu pun tak hingin la dengan Seri ni mak, inikan pula Tengku Zein Luftman tu. Mata Seri dah la ada extra 1 pasang lagi." Bibirnya dijuihkan sedikit.

"Itu kata kamu. Kalau tak, tak adalah si Aiman tu datang sini hantar macam-macam semata-mata nak tengok muka kamu saja. Mata kamu tu cantik Seri. Kamu saja tak perasan."

Bukan Puan Mahani hendak memuji anak gadisnya itu. Namun itu hakikat. Mata yang Seri miliki tak ubah seperti arwah ibunya. Alisnya tebal, rapi terbentuk. Bulu mata yang lebat, lentik dan panjang. Tak memerlukan penggunaan maskara. Matanya bulat serupa anak patung. Anak matanya bewarna hitam dan besar. Namun sayang. Kecantikannya ditutupi dua cermin bulat dihadapannyan.

Wajahnya bujur sirih, serta ada lesung pipit disebelah kanannya sekaligus menambahkan lagi aura keayuan gadis itu. Sungguh Puan Mahani suka.

Seri diam. Hmm... Mak mana yang tak puji anak sendiri kan? Namun Seri suka akan pujian itu.

"Kamu ingatkan apa yang bapak kamu pesan tadi? Bapak kamu dah banyak hutang budi dengan Tan Sri. Kalau tak atas pertolongan Tan Sri, mungkin kita anak beranak belum sampai tahap sekarang ni." Atas bantuan Tan Sri lah, Suaminya mampu mengumpul duit untuk membeli tanah untuk dijadikan rumah. Rumah yang sekarang mereka duduki juga adalah hasil pertolongan Tan Sri. Walaupun bekerja hanya sebagai driver, namun Tan Sri tidak pernah merendahkan pekerjanya.

"Ini kes hutang budi tergadai body la ni eh Mak?" sejurus Seri menghabiskan ayatnya itu satu tamparan hebat melekap di bahunya. Seri menyeringai kesakitan.

"Tahu mak... Seri memang tak kan lupa jasa Tan Sri yang dah banyak tolong kita. Sebab tu Seri takut, Seri tak mampu beri kebahagiaan yang Tan Sri mahukan." satu keluhan dilepaskan lagi.

"Sudahlah tu Seri. Berfikir yang baik saja. Mungkin ada hikmah. Manalah tahu anak dia jatuh tergolek tengok kamu yang cantik ni. Hahaha..." Puan Mahani menghamburkan tawanya.

Mencerlun mata Seri bila mendengar ucapan maknya. "Jangan mimpilah mak. Kat KL tu lagi banyak perempuan yang lebih cantik dari Seri. Entah-entah awek dia keliling pinggang. Siap boleh buat tali pinggang. Hah! Baru mak tahu nanti. Jangan pulak mak menyesal."

"Buat apa mak nak menyesal? Bukan mak kena kawin dengan dia. Kamu."

Aik betul jugak!

Seri garu kepala. Seri menunjukkan giginya yang putih dan tersusun rapi.

"Sudahlah tu. Masuk tidur. Malam sangat dah ni. Besok kamu nak kerja pulak. Tak payah fikir sangat. Nanti lagi 1 bulan kamu tengok la suami kamu puas-puas."

Mak sudah mengangkat punggung beredar. Seri masih ditempat yang sama. 1 bulan dari sekarang dia akan bergelar isteri orang? Hmm... macam mimpi.

Share this novel

aterwada
2019-07-26 17:23:03 

tq

aterwada
2019-07-26 17:22:13 

harap ii bole cepat sikit hehe xsabar nk baca

aterwada
2019-07-26 17:21:34 

lmbat pon xpe tapi novel nie mmg best


NovelPlus Premium

The best ads free experience