MHSA Bab 20.

Romance Completed 1157355

"Sejak bila kau ada scandal dengan sepupu aku?"

Itu soalan pertama yang Zein lontarkan kepada Seri saat mereka tinggal berdua saja diruang tamu.

Mama papa sudah masuk berehat dalam bilik. Manakala Adam dan Datin Juwita sudah lama pulang setelah berbual seketika bersama mama dan papa. Perbualan mereka tidak sedikitpun mencuit hati Zein untuk mengikutinya. Bahkan dia hanya memerhati aku dari jauh dengan renungan yang tajam.

Tengku Adam Khaair a.k.a mamat haprak, langsung tak cakap apa-apa lepas kantoi cakap 'I love you' kat aku.

Sekarang ni aku juga yang kena hadap dan menjawab bagi pihak dia.

Zein?

Of course lah dia akan menangkan saudara dia berbanding aku. Kata aku yang gatal, merenyam dengan sepupu dia. Adam Khaair kan darah daging dia.

Think Seri... Think...

"Awak jangan salah faham dulu. Saya tak buat apa yang awak cakapkan. Adam yang..."

"Perempuan sama je semua. Tak boleh dipercaya. Aku dah agak kau akan salahkan sepupu aku. Tak sangka aku kan, orang yang papa mama aku puji sangat-sangat ni ternyata penipu. Ada hati nak goda Abang Adam. Tapi tak nak mengaku. Salahkan orang lain pula." Hujung ayatnya ditambah dengan senyum sinis.

Kan aku dah kata dia tetap akan salahkan aku walau dia nampak siapa yang mula dulu.

"Kalau aku tak nampak tadi... Entah-entah lagi jauh tindakan korang kan? Tak sedar aku dah ambil kau jadi isteri aku, sekarang kau nak main kayu tiga? Dengan sepupu aku pulak tuh! Dasar perempuan murah!"

Buzz!

Rasa kepala aku ni dah nak pecah dengan segala tuduhan demi tuduhan yang tak sempat aku proses. Angkuhnya seorang Tengku Zein Luftman dalam mengeluarkan kata-kata.

Tak ada lagi kata yang mampu aku luahkan. Hati sudah sedia kala sakit. Makin bertambah-tambah dugaan yang aku harus tempuh. Ini baru 2 hari aku menjadi isteri kepada Zein Luftman. Tapi sakit yang aku rasakan bagai sudah berabad lamanya. Sakit sangat.

Air mata yang mahu tumpah aku seka laju.

"Awak tak ada hak nak cakap saya perempuan murah atas benda yang saya tak buat langsung. Lagilah untuk saya mengaku benda saya tak buat. Kalau awak terdesak sangat nak balik semula pada ex-wife awak. Jangan tuduh saya yang bukan-bukan."

Zein sedikit tersentak dengan kata Seri. Sejak bila Seri tahu Munirah dah balik? Ini mesti kerja Abang Adam! "So kau dah tahu lah Munirah dah balik?"

Sinis saja bunyinya.

"Good. Macam tu lagi senang kerja aku. Tak perlu aku susah-susah nak explain kat kau. Kau tak ada halangan untuk aku balik semula pada dia kan?"

Seri merenung jari yang bermain sesama sendiri mendengar kata Zein.

Jadi betul la apa yang Adam bagi tahu aku tadi. Zein memang nak balik semula dengan ex-wife dia.

Ya Allah kuatkan lah hati hambamu ini.

Seri mengangguk lemah.

"Kalau itu yang awak nak saya tak halang. Mungkin bersama dia awak boleh bahagia, saya akan ikut sama bahagia."

Seri kau dah gila?! Bahagia dari mananya kalau nak bermadu? Lagilah bakal madu kau tu ex-wife and perempuan yang paling dia sayang. Kau memang akan kalah tanpa bertanding Seri.

"Seri boleh setuju, tapi mama tak setuju!"

Muncul mama diantara kami. Dia berdiri sambil tangan disilang ke dada. Papa juga ada sama.

Makin Seri dihenyak rasa bersalah.

Zein pula terpana. Mungkin dia tak menyangka mama dan papanya mendengar perbualan mereka.

"Walau apa jadi sekalipun. Papa dan mama tak akan setuju Zein balik semula pada Munirah. Seri is the only daughter-in-law in Tan Sri Zuriman's family. Fullstop!"

Papa hanya memerhati. Tak mahu menambah bara isterinya. Dia tahu benar. Kalau dah masuk bab Munirah, Rania akan hilang sisi lembutnya.

Mungkin kerana terlalu menyayangi wanita itu dulunya. Jadi bila Munirah telah memalukannya. Rania jadi pendendam dan pemarah.

"Zein dengar sini apa mama nak cakap. Memang mama dengan papa yang paksa Zein kawin dengan Seri. Tapi tak bermakna Zein boleh buat sesuka hati. Kalau Zein kawin dengan Seri, niat nak sakitkan hati dia atau balas dendam Zein dengan mama dan papa... Baiklah Zein ceraikan Seri!"

Sepantas kilat aku menoleh kepada Puan Sri Rania.

Mama cakap apa ni?

Zein juga begitu. Terkejut mungkin. Tapi tiada reaksi yang ditunjukkan diwajahnya.

"Seri... Lupakan saja janji Seri pada Zein. Sebab Zein tak layak dicintai untuk orang tulus mencintai seperti Seri. Zein berhati batu. Tak boleh menilai mana kaca mana permata. Mama dah silap 2 kali dalam hal kebahagian anak mama. Mama ingat dengan adanya Seri, Zein akan berubah. Tapi sangkaan mama silap. Seri malah menderita."

"Mama dah dengar semua janji yang Seri berikan pada Zein."

Lagi aku bungkam. Jadi mama dah tahu?

"Dari awal lagi mama tahu kamu akan buat benda gila ni, Zein. Tapi mama dah tak boleh tahan. Mungkin Seri boleh tahan dengan ego kamu tu tapi bukan mama. Mama dah muak tengok perangai kamu. Dari majlis di kampung Seri lagi, Zein dah buat perangai. Mama papa malu sangat... Dan ini kali kedua mama bagi tahu kamu. Ceraikan Seri kalau niat Zein kawin dengan dia semata-mata nak sakitkan hati dia. Biar mama sendiri cakap dengan Adam suruh dia masuk meminang Seri. Adam lagi sesuai untuk jaga Seri daripada Zein, anak mama sendiri!" Tegas Puan Sri Rania menghunus katanya kepada Zein.

"Mama..." Zein hilang kata. Dia menyeka rambut kebelakang.

Puan Sri Rania merapati Seri. Dia genggam tangan Seri yang sudah tak berdarah itu. Pucat wajahnya.

"Seri dengar kan cakap mama? Mama nak Seri cari kebahagian Seri sendiri. Jangan seksa diri dah. Zein bukan suami yang baik untuk Seri. Kalau boleh mama nak Seri yang jadi menantu mama sampai bila-bila tapi mama tak sanggup tengok Seri terluka macam ni. Sayang... maafkan mama?"

Pipi Seri diusap pula. Tenang sungguh pandangan anak ini. Pandangan kasih sayang seorang anak kepada ibunya. Sungguh aku akan menyesal buat keputusan ini, tapi demi kebahagian Seri. Aku reda.

"Ma... Zein adalah kebahagian Seri sekarang. Mama dan papa adalah keluarga Seri sekarang. Seri bahagia sangat ada keluarga baru yang sangat sayangkan Seri. Mama jangan minta Zein ceraikan Seri ya? Kalau pun Zein akan ceraikan Seri juga biar dia yang buat keputusan. Kita tak boleh paksa dia. Selama Seri masih isteri Zein, Seri nak papa mama doakan yang terbaik untuk hubungan kami. Apa yang Seri janji pada Zein dulu memang Seri ikhlas ma... Seri takkan minta cerai dari Zein. Kecuali Zein yang ceraikan Seri. Dan pasal Abang Adam, mama janganlah buat Seri macam tak ada hati perasaan. Seri tak cintakan mahupun sukakan Abang Adam. Hati Seri hanya untuk suami Seri saja, ma."

Seri pandang Zein. Kemudian melarikan pandangannya pada papa.

Mereka hanya membisu. Mama pula sudah basah dengan air mata.

"Mama boleh suruh apa saja pada Seri, tapi Seri memang takkan minta cerai dari Zein. Itu memang janji Seri dari awal. Mak dengan bapak Seri tahu hal ni. Mereka tak halang keputusan Seri. Seri nak tengok mama dengan papa happy. Itu aje."

"Seri..." Seri ditarik dalam pelukan Rania.

"Mama rasa pengorbanan ni sangat besar untuk keluarga mama, sayang. Bahkan mama tak boleh nak bayangkan kalau hati Seri terluka sebab pelakuan anak kandung mama sendiri. Mama tak sanggup..."

"Mama minta maaf sebab suruh Seri jadi milik Adam. Mama cuma..."

"Ma... Seri paham maksud mama. Mama cuma nak tengok Seri bahagiakan? Tapi inilah kebahgian Seri sekarang. Seri ni anak yatim piatu ma. Seri hanya menumpang membesar rumah mak bapak Seri. Seri rasa bertuah sangat sebab dapat keluarga mertua yang sangat sayangkan Seri. Seri tak kisah pun nak korbankan kebahgian Seri untuk keluarga ni." Ucap Seri setelah terlerai pelukannya. Tangan wanita itu diusap perlahan.

"Mama anggap Seri macam anak mama kan?"

Puan Sri Rania pantas mengangguk.

"Jadi mama jangan sebut lagi nak bagi Seri pada Abang Adam. Seri tak naklah. Lagipun Zein suami yang hot, ma. Kalah Tengku Adam." hujung ayat disertakan ketawa Seri sedangkan dia masih dalam tangisnya. Dan ayat itu hanya didengari oleh Puan Sri Rania saja.

Langsung ketawa mereka bersatu.

Lawak pulak rasa menagis lepas tu ketawa tiba-tiba.

Zein pandang mama dan Seri yang tiba-tiba ketawa. Pelik! Tadi menangis bagai nak rak, lepas tu ketawa. Mengumpat aku lah tu.. Huh!

Papa yang masih berdiri, juga memandang isterinya dengan seribu pertanyaan. Namun dia sempat menghadiahkan Rania senyumannya.

"Ma... pa... Zein nak balik kondo." Satu ayat itu buat mereka semua memangdang Zein.

* * *

"Awak... kenapa tiba-tiba nak balik kondo pulak? Saya buat salah apa lagi?"

Seri hairan melihat kelakuan Zein saat ini.  Dia masih tak percaya aku sayang, cinta mati kat dia? Dah la tebal muka aku mengaku depan mama papa. Tapi dia berlagak macam aku tak wujud pulak. Please la aku ni perempuan kot. Patutnya dia yang approach aku. Ni dah terbalik.

Seri memandang Zein yang sedang sibuk mengemas baju wan dimasukkan kedalam beg.

"Awak... cakap la." Rayu Seri lagi.

"Kau tak ada salah dengan aku. Aku cuma tak diperlukan dalam rumah ni."

"Saya ikut awak?"

"Aku tak perlukan kau."

"Tapi saya isteri awak. Saya patut bersama suami saya. Bukan sepatutnya macam tu?" Seri masih memujuk.

"Kau tak paham bahasa ke?" Suara Zein naik seoktaf.

"Tak! Dan lagi saya tak paham, kenapa saya kena tinggal berasingan dengan suami saya?" Seri bela diri.

Zein dipandang tak puas hati. Muka kau yang cantik tu kalau aku baling lesung batu baru tahu.

"Sebab kau bukan isteri yang aku cinta. Faham?"

"Tak faham!"

Degil juga Seri ni. Zein sudah menggerutu di dalam hati.

"Kalau tak cinta, kita create-lah buku cinta kita sendiri. Kalau duduk terpisah macam ni, mana nak datangnya cinta?"

"Hey perempuan!" Zein sudah betul-betul depan muka Seri. Leher Seri dicengkam kuat. Dan tubuh itu ditolak ke dinding. Zein dah tak peduli kalau cengkaman itu akan menyakitkan Seri. Janji dia puas.

Seri menyeringai kesakitan. Pantas tangannya memegang tangan Zein yang masih dilehernya. Cengkaman semakin kuat sehingga seri terbatuk-batuk.

"Kau sedar kau tu siapa? Jadi jangan nak mengada-ngada dengan aku. Dengan mama papa kau boleh la berlakon. But, not me."

Anak mata Seri dipandang benci.

"Saya tak berlakon! Berapa kali saya cakap saya tak berlakon... Arghhh!" Ujurnya dalam kepayahan.

Cengkaman Zein makin kuat. Hatinya semakin panas. Susah sangat ke kau nak mengaku hah?!

Nafas Seri semakin tersekat-sekat. Matanya sudah memerah.

"Kalau ikutkan aku, aku bunuh je kau kat sini. Benci aku pada kau tak berubah sikit pun, malah makin bertambah. Huh! Patut la adik kau sendiri tak suka kau! Kau ni memang parasit yang suka menumpang kebahagian orang lain!"

Serentak itu tangan yang mencengkam leher Seri dilepaskan.

Seri melorot kebawah sambil memegang lehernya yang masih sakit. Nafas yang tersekat tadi sudah kembali normal. Dia hanya menekur ke lantai. Mata sudah tak boleh memandang orang yang masih tegak berdiri dihadapannya.

Sakit hati, jiwa raga terseksa, badannya masih rasa berbisa. Menjadi isteri Zein Luftman memang sangat menguras tenaga, jiwa dan segalanya. Pengorbanan apa lagi yang harus aku lalukan demi mendapat kepercayaan dia. Arghhh! Aku sungguh dah tak kuat.

"Kau perempuan yang paling hipokrit yang pernah aku jumpa!"

Zein terus berlalu pergi meninggalkan Seri yang masih berlutut lemah.

Seri kau jangan lemah. Wake up! Kau belum kalah selagi dia belum ceraikan kau. Kau masih ada masa untuk tunjukkan diri kau yang sebenar. Kau jujur cintakan dia. Jadi apalah sangat untuk kau korbankan untuk sesuatu yang kau akan dapat nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience