MHSA Bab 12.

Romance Completed 1157355

"Betul ke apa yang kamu cakap ni, Zein? Mama tak salah dengar?" Soal Puan Sri Rania pada anak tunggalnya itu. Berita itu benar-benar memeranjatkannya. Nak percaya pun susah. Sebab dia kenal benar dengan perangai anaknya itu. Dia merenung pula wajah suaminya.

"Zein dah fikir masak-masak? Papa tak nak Zein buat keputusan terburu-buru." Tanya Tan Sri Zuriman pula. Dia juga saya turut merasa terkejut dengan apa yang didengarinya sebentar tadi.

"Dah pa. This is the only way." Zein memuktamatkan ucapannya.

Wajah Puan Sri Rania berubah ceria. Sungguh dia tak menyangka Zein akan berfikiran begitu.

"Baiklah kalau macam tu. Papa akan uruskan. Selebihnya papa akan inform kamu bila kamu kena ready. Papa rasa inilah pertama kali kamu buat keputusan yang tepat. I'm proud of you, son."

"But, I had one condition..."

Dua pasang mata terus merenungnya. Adakah mereka salah menduga atas apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Zein melakukannya atas sebab lain?

***

"Seri ikut je yang mana baik untuk mak dengan bapak. Seri tak ada halangan." Separuh hati Seri menerima berita itu. Zein minta dicepatkan pernikahan mereka? Tapi bukan ke dia benci aku?

"Seri dah fikir sehabis masak? Mak bukan apa. Lepas apa yang mak tengok semalam, mak jadi berfikir dua kali nak lepaskan kamu pada Zein. Mak tengok dia tak boleh terima kamu. Kalau Seri tanya mak, siapa yang mak pilih... Mak lagi suka si apek tak habis khatam tu jadi suami kamu dibanding, Zein." Beritahu Puan Mahani Jujur. "Mak nampak dia betul-betul ikhlas dengan Seri."

Seri kulum senyum. Adrian Tan mak kata apek tak habis khatam? Hahaha... Confirm kalau Adrian dengar sampai menangis dia ketawa. Dalam perbincangan seserius ini pun, Mak boleh buat lawak.

"Ani... dah la tu. Kita dah pun terlanjur buat ikatan dengan keluarga Tan Sri. Kita ni berpegang pada janji."

Pak Hussin juga turut merasa Zein bukan pasangan yang sesuai untuk Seri. Tapi apakan daya, dia juga sudah tidak boleh mengundur. Kalau boleh dibolak waktu, pasti Adrian Tan yang menjadi pasangan anaknya itu.

"Seri pun tak nak mungkir janji Seri pak. Kalau keputusan yang Seri ambil boleh buat semuanya gembira, Seri redha. Apa pun jadi lepas ni, Seri terima dengan lapang dada."

"Seri jangan cakap tu sebab Seri nak keluar dari rumah ni cepat kan?" Duga mak.

Hmm... betullah tu mak. Seri buat supaya Seri boleh tinggalkan rumah ni dan buat Surya tenang. Selagi Seri ada sini, Surya takkan balik.

"Mak, Seri buat keputusan tu untuk kebaikan semua. Kalau ada pun yang terluka dalam hal ni, bialah orang itu Seri sendiri. Seri tak sanggup tengok orang lain susah sebab Seri."

Mahu merintih tapi tak tahu pada siapa. Jadi biarlah aku bawa sendiri hati yang sakit.

***

"Hei Surya, sampai bila kau nak duduk sini? Kau tak nak balik ke?" tanya Mira pada sahabatnya itu.

Sejak semalam lagi Surya berada dirumahnya. Maknya juga sudah bising bila Surya berada disitu tanpa pengetahuan orang tuanya. Bila ditanya kenapa, dia diam sahaja.

"Aku takkan balik rumah tu selagi perempuan tu ada sana."

"Kak Seri ke?" Tebak Mira.

Dia tahu hubungan Surya dan Seri tak begitu baik. Surya sering saja mengadu tak sebulu dengan Seri. Walhal yang selalu buat masalah bukan Seri tapi Surya.

"Kau jangan sebut nama dia boleh tak? Aku meluat dengar."

"Apa lagi yang kau but kali ni." Mira bersuara lirih.

"Bukan aku! Tapi dia. Aku kene lempang dengan bapak aku sendiri sebabkan dia. Dia akan terima balik balasan sama macam apa yang aku rasa sekarang. Aku takkan duduk diam selagi dia hidup senang." bantal diatas katil di tumbuk-tumbuknya.

"Kau ni suka bersangka buruk dengan kakak kau tu kan? Dia tu dah sebaik-baik kakak dah aku rasa. Kalau lah aku ada kakak, aku nak macam dia. Baik, penyayang. Tak cukup lagi ke apa yang dia dah beri pada kau selama ni? Tak terhitung tau, budi dia pada kau. Kau je yang tak bersyukur."

"Dia tu pretend je. Buat-buat naif."

"Aku tak paham la kau ni. Pretend apanye? Naif belah mana pulak? Dia tak sambung degree sebab kau. Patutnya dia dah boleh hidup senang dah macam orang lain. Tapi semua dia tolak tepi sebabkan adik dia yang degil ni. Kesian la aku tengok kat kakak kau tu dapat adik macam kau ni."

Sebenarnya banyak lagi kebaikan yang Seri tabur pada adik tak diuntung ini. Kejadian hitam dulu pun sudah terbukti kasihnya pada si adik. Malah adik tuduh kakak dia pula yang rancang.

"Tak Mira. Di buat semua tu sebab nak pujian. Kau tengok la nanti aku akan rampas kebahagia dia sama macam dia buat kat aku..."

Dendam Surya pada kakaknya sudah tersemat sejak dulu. Cuma sekarang baru dia dapat peluang. Zein Luftman, dia adalah peluang untuk aku balas dendam itu. Tunggu ajelah.

***

"What! Seriously bro? Kau tak rasa, kau tu buat keputusan terburu-buru ke? Ini bukan kau ni aku rasa... Ni mesti roh sesat mana masuk dalam badan kau ni. Sebab Tengku Zein Luftman yang aku kenal, he doesn't care about others. What he cares, only himself." Soal Hannif separuh tak percaya. Sempat juga dia menyindir Zein.

Memang susah nak percaya lah wei. Aku kenal dia sejak dari sekolah menengah kot. Dia tak kan ambil keputusan yang akan bagi resiko pada diri sendiri. Tengku Zein Luftman, bachelor in town. Perangai dingin tahap beku dia tu semua orang tahu. Something fishy is going on...

"Karang aku cakap kau ni bodoh, kau marah. Of course la aku dapat benefit dari apa yang aku buat. Plus..." Zein menegakkan badannya yang sejak tadi bersandar dikerusi. Tangan terlunjuknya mengahadap muka Hannif. "Aku dapat keluar dari rumah yang macam kawasan kubur tu." Zein sandar badan kembali ke kerusi. Tangannya mengacau air di dalam gelas menggunakan straw.

Zein tersenyum sendiri bila mengingat reaksi kedua orang tuanya. Mereka tidak dapat menghalang kerana mereka juga telah terikat dalam perjanjian mereka.

"Hoi! Ni, aku naik angin ni. Kau cakap lagi sekali aku bodoh, aku tumbuk muka kau. Kalau aku bodoh tak de nye aku jadi Business Manager kat Hotel Pacific View ni. Kau ingat senang nak lepas interview? Kat hotel 5 bintang pulak tu? Kau je yang tak sedar aku ni pandai." Hambur Hannif. Betul apa aku cakap. Hotel ni sikit punya terkenal, nak lepas interview tu banyak peringkat dan makan masa. Belum lagi orang yang interview bukan calang-calang orang. Semuanya terkenal belaka.

"Kau ingat aku heran penumbuk kau yang tak seberapa tu. Tak ada kesan kat aku pun." Zein geleng kepala.

Hannif tunjuk riak tak puas hati.

"Eh. Tapi serius la bro. Ape sebab kau buat macam tu. Aku macam tak boleh terima lah alasan kau tu. Yelah, kalau sebab nak keluar dari rumah family kau, anytime je kot. You doesn't need any reason. Aku memang syak kau ni ade simpan something dengan aku ni." Hannif cuba mencungkil lagi motif Zein keluar dari rumah Tan Sri.

Zein diam. Dari tersenyum manis, bertukar wajah tak puas hati. Masam.

Memang benar apa yang dikatakan Hannif. Aku tak perlukan alasan sebegitu untuk keluar dari rumah. Aku boleh keluar bila-bila masa.

Apa yang aku tahu, aku buat ni sebab Adrian. Walaupun ugutan tu taklah seberapa, tapi jelas dia tak main-main. Teringat dia akan kejadian di rumah Pak Hussin sewaktu hanya mereka berdua saja di ruang tamu.

"I don't know what is your point by showing your warmness with that girl infront of your fiancee. But. You. Have. To. Stop. Now! She's already hurt so much. Don't pretending like you never cares. Marry you are also a biggest mistake that she ever makes. Sebab kau tu manusia yang hanya pentingkan diri kau sendiri. I will never let you to hurt her again. Kalau tak, aku akan rampas Seri dari kau. Kau akan menyesal. Ingat tu."

Kata-kata dari Adrian masih bermain dikepala. Adrian suka pada Seri? Obvious la, Zein. Seri bukan calang-calang perempuan kut. Dia punya daya tarikan tu, kuat. Macam magnet. Sedangkan Adam Khaair yang tak layan perempuan sebarangan pun boleh sangkut dengan dia. Lagilah Adrian Tan. Apalah sangat dia tu.

Wait!

Lepas dengar apa yang Adrian kata, kenapa aku jadi sakit hati. Aku rasa hati aku ni pedih bagai luka yang masih segar dititis dengan perahan limau. Amat menyakitkan.

"Betul kau nak tahu?"

Pantas Hannif menundukkan kepalanya beberapa kali tanda dia memang ingin tahu punca sebenar Zein berubah begitu.

"Dia cabar aku. Dia nak buat aku jatuh cinta dengan dia. Kau rasa?" ayat dihujung seperti berkata ada aku kesah.

"Bakal isteri kau ugut kau? Wah... ini sudah kira rare bro. Kau tak rasa dia tu berani ke? Bukan senang tau nak cairkan hati Mr. Rock kita ni. Silap-silap boleh mati kene hempap." seloroh Hannif.

"Yup. That's what I've said." teringat janji yang Seri buat sewaktu bermalam dirumahnya. "She will loss before she even try. That's for sure."

"Tapi kau jangan takbur Zein. Mana tahu hati kau pulak yang terpaut pada dia. Time tu cakap lebih pun tak guna bro. Perempuan ni insan yang lemah, tapi sekali dia attack boleh bergoncang parlimen kau tau." ujur Hannif dalam tawanya. Sekaligus mengingatkan Zein akan hakikat. Dia tahu Zein seorang yang pantang dicabar. Tapi kuasa Allah siapa yang tahu.

Zein melihat sahabat sekaligus pekerjanya itu. Kalau betul itu terjadi, kau sanggup ke jatuh cinta pada perempuan parasit dan low class macam tu? Takkan taste kau dah jauh berubah. Tak! Tak munkin aku kalah dengan perempuan kampung tu.

"Habis kau cepatkan tarikh nikah kau tu sebab nak keluar dari rumah Tan Sri jelah? Sebab lain tak ada?" Hannif masih tidak jemu untuk mengorek rahsia sebenar majikannya itu. Hannif tahu ada perihal lain yang mengganggu. Tapi untuk seseorang seperti Zein, memang mustahil untuk dia mengaku.

Zein kembali tersedar dengan soalan Hannif.

Tak kan aku nak mengaku aku tercabar dengan Adrian. Budak tu tak level nak bertanding dengan aku. Apatah lagi nak cabar aku. Habis? Kalau kau tak tercabar, apa kes kau cepatkan tarikh nikah kau. Gelojoh? Ke kau kesian dekat Seri? Tak! Tak! Tak! bukan kesian atau rasa tercabar, tapi lebih kepada... Ah! Serabut

Soalan Hannif dibiarkan tak berjawab. Tahu jawapannya akan menjerat lehernya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience