MHSA Bab 9.

Romance Completed 1157355

Pin... pin... pin...!!!!!

" Arhhhhh...!" Jerit Seri sekuat hati. Serasa tubuhnya bagai ringan ditiup angin. Kakinya menjadi lemah serta-merta seolah tak memijak bumi.

Ya Allah.

Seri masih terpinga-pinga. Kenapa tubuh ini terasa diawangan? Bukan tadi ada kereta yang langgar aku ke? Ke aku dah mati? Dari mata tertutup cepat-cepat dia membuka.

Zap!

Mata Seri bertaut dengan mata coklat lelaki itu. Lama!

***

Melihat Seri beredar seperti itu buat hati Zein menggigit rasa sakit. Kenapa pula aku rasa bersalah pada perempuan tu? Kelirukah aku? Jawapannya dia harus mengejar wanita itu! Dia tak mahu semua perancangannya musnah disebabkan wanita itu.

Kaki terus dihayun keluar tanpa penghiraukan Adam yang sudah memanggil namanya. Tasya yang baru keluar dari tandas juga terpinga-pinga melihat Zein berlalu begitu saja tanpa menghiraukan panggilannya.

Tidak jauh untuk dia mengejar bila sudah ternampak figura yang dicari. Pantas dia mempercepat langkah.

Semakin hampir dengan Seri, tiba-tiba dia melihat sebuah kereta meluncur laju di atas jalan raya. Seri tak menyedarinya. Hon telah dibunyikan. Kereta semakin hampir dan Seri hanya pegun di situ. Sepantas kilat Zein merentap lengan gadis itu. Sepantas itu juga Seri sudah ada dalam pelukannya. Tangan kiri dibelakang badan wanita itu, manakala tangan kanannya berada dipinggangnya.

Kedua-dua mata Seri Ayuni terpejam rapat. Cermin matanya sudah terlepas dari wajah. Seri masih belum menyedari ada tangan yang melingkari tubuhnya.

Ya Allah! Suatu perasaan yang tak diduga telah datang. Jantungnya berkerja keras mengepam darah ke otak. Hati sudah mahu pecah. Tidak pernah dia merasa begitu walaupun dengan 'seseorang' yang dia amat sayangi.

Cantik! Pujinya.

Wajah Seri tanpa cermin mata ternyata lebih memukau. Seri memiliki kecantikan yang boleh membuat semua lelaki mahu melihatnya berkali-kali.

Sedang Zein leka menilik wajahnya. Seri membuka matanya. Pandangan mereka bersatu. Gejolak yang dirasa oleh Zein semakin kuat. Tanpa sedar wajahnya sudah semakin hampir ke wajah wanita itu. Sasarannya adalah bibir gebu bak delima, Seri.

Seri!!!

Seri yang masih terpinga-pinga cuba sedar dari khayalnya. Seperti ada yang menjerit kuat memanggil namanya.

Sedar, Seri! Sedar!

Seri melihat posisinya sekarang ini terus menggelupur minta dilepaskan.

" Let me go!" Ujurnya dalam geram. Seri mencari nafas yang hilang.

Rangkulan Zein dari tubuh Seri terlepas sendirinya. Zein melihat Seri hanya diam merenungnya.

" Are you alright?" Tanya Zein cemas

Tiada jawapan.

Kini kedua bahu Seri dipegang kejap. " Hei! Answer me! Are you alright?"

Seri masih menahan marah atas perlakuan Zein tadi. Berani dia peluk aku?!

Pang!

Satu tamparan padu hinggap ke pipi Zein Luftman. Pijar kulit mukanya.

" Awak ni memang dah melampaulah! Awak ingat saya ni ape hah?" Seri sudah tidak boleh menahan marahnya. Dihamburkan semua dihadapan Zein.

" Hei! I just saved your life... and this is how you thank, me? Huh! Unbelievable." Omel Zein. Jari telunjuk lurus menunjuk ke wajah Seri. Hampir menyentuh hidung mancung wanita tersebut.

Aku baru selamatkan dia dari kena langgar dengan kereta tu, cakap terima kasih pun tak. Kena lempang lagi ada. Zein masih meraup wajahnya. Boleh tahan sakit juga penangan budak kampung ni. Tangan kecil saja, tapi momentum dia bagi macam nak pecah hidung aku.

" Saya tak perlukan pertolongan dari orang yang ambil kesempatan dalam kesempitan macam awak ni. Satu kesilapan besar bagi saya sebab kenal dengan awak, tahu?" Hilang sudah rasa malunya. Yang ada hanya rasa marah pada lelaki itu. Dan hampir-hampir saja lelaki itu menciumnya tadi! Tak guna. Mana hormatnya dia pada seorang wanita?

" I should rather let you die then..."

Bulat mata Seri dibuatnya. Ini pengakuan berani mati ke apa? Dia memang nak aku mati!

" I just want to talk about this. Tapi kau punya menggelupur macam aku nak rogol kau aje. Huh!" Cincin berlian dikeluarkan dari poket seluarnya.

" Awak dah hilang ingatan ke apa? Bukan ke kita ni dah tak ada kaitan lagi, Yang Mulia Tengku Zein Luftman? I'm no longer your fiance."

" Yes, I get it. But I need to clarify on something. Within us. Itu sebabnya aku nak kau ikut aku."

" Tak nak! Tak paham?" Terus Seri berpusing meninggalkan Zein. Belum pun sempat membuka langkah. Zein sudah menarik lengannya kembali. Disebabkan kesimbangan badan Seri belum stabil. Terhuyung-hayang Seri dibuatnya.

" Lepaslah!!!" Cengkaman lelaki itu cuba dilepaskan. Namun hampa. Sakitnya cengkaman itu sampai menjerut ke tulang tangannya.

" Awak nak bawa saya pergi mana ni? Lepaskan saya, saya cakap! Lepas!" Seri masih meronta ingin dilepaskan. Namun cengkaman itu makin kejap. Seri hanya mampu membiarkan tubuhnya mengikut ke mana saja Zein membawanya. Separuh hati tidak rela diperlakukan begitu. Mata-mata yang memandang juga tidak dihiraukan.

Kerana pergerakan Zein terlalu cepat. Seri tidak dapat melihat apa yang dipijaknya. Perjalanan kaki juga hanya bagai meniti di atas angin.

" Arrggg!" Seri sudah terjelepuk di atas jalan. Pergelangan kaki kanannya dipegang.

Arrr... sakitnya. Skirt labuh yang dipakainya turut terkoyak dibahagian lutut sekaligus menampakkan darah dipermukaan kainnya. Inilah hasil dari pendaratan yang tak betul. Lutut koyak, kaki terseliuh, tapak tangan juga ada kesan calar dan sudahpun mengeluarkan darah.

Jeritan itu buat Zein baru tersedar dek amarahnya. Dia memang pantang kalau ada orang membantah perintahnya. Itulah yang mahu dia elekkan.

Zein mencangkung dihadapan wanita itu. Melihat lutut dan tapak tangan Seri sudah berdarah. Zein meraup mukanya. What have you done, Zein?

" Dah puas hati awak sekarang?" Air mata Seri jatuh satu persatu. Menahan sakit di tubuh dan sekaligus juga hatinya. Beginikah layanan bakal suaminya? Tak ada hati perut.

" Ini salah kau. Kalau kau ikut cakap aku tadi. These things won't happen." Ujurnya yang masih dalam rasa bersalah. Nadanya tidak sekeras tadi tapi tetap dingin.

" Sudahlah Yang Mulia Tengku Zein Luftman. Jangan kacau saya lagi. Kita pun dah tak ada apa-apa kaitan pun. Saya nak balik. Jangan halang saya. Tepi..." Lirihnya suara itu. Seri mencari cara untuk bangun sementara menahan sakitnya saat itu. Perlahan-lahan dia dapat berdiri juga. Namun kaki kanan dibengkokkan sedikit. Sakit dipergelangan kaki masih mencucuk-cucuk...

Terhincut-hincut Seri berjalan. Namun dia tetap meneruskan langkahnya.

Zein hanya melihat setiap tingkah gadis itu. Bukan dia tak mahu menolong. Tapi dia masih lagi malu atas perbuatannya. Seharusnya dia menjadi pelindung gadis itu namun lain pula yang terjadi.

" Kita pergi klinik..." kini ayat Zein lebih datar saja. Bukan soalan tapi arahan yang diberikan.

" Tak payah. Karang mati pula saya onway nak ke sana. Bukan boleh percaya sangat awak ni." Mulut mencebik. Mata melilau mencari teksi. Tangan berpaut pada batang besi di sebuah tembok.

" Nak sangat ke mati? Kalau kau nak, aku sudi hantar. Malah berbesar hati sangat ada orang rela hati nak mati dalam tangan aku. You're would be my first ever." Zein membidas lagi. Mulut kau ni Zein, tak boleh berlembut sikit ke? Nak kena gam gajah agaknya. Dahlah dia tu sakit. Itu pun sebab kau juga. Kesian la sikit. Zein hanya bermonolog sendiri.

" Look, I'm not a very patient person in any way. What I've said you should follow without an argument. Before I'll become horrible. Kau juga yang susah. Kau tak tahukan apa aku boleh buat kalau aku hilang sabar? I'll do whatever it takes, as long as my wishes granted." Zein hantar pandangan tajam. Harap kau takut la aku cakap macam ni ye, Cik Seri.

Gulp... Air liur bagai tersangkut ditekak. Dia ugut aku ke apa? Tak guna betul la dia ni. Seri tunduk memandang jalan tar. Dalam terpaksa dia bersetuju.

Zein yang sudah dihadapannya cuba untuk dikejar. Apa lah sangat kaki yang sakit ni boleh buat. Langkah pula terbatas. Mana larat. Namun kaki tetap menurut arahan otak yang sudah di sabotaj oleh ugutan Zein. Langkah lelaki itu pula dah macam model runway. Gila. Berjalan pun ada style. Huh!

Tiba dikereta, Zein masuk ke tempat duduk pemandu dan membiarkan wanita itu dengan susah payahnya untuk masuk kedalam kereta. Bukan Zein tak mahu menolong. Dia tak mahu lagi dituduh mengambil kesempatan pada gadis itu. Cukup la tadi dia hampir mahu mencium bibirnya. Nasib tak kena.

Buat malu la kau ni Zein.

Terus kereta bergerak laju membelah jalan bila Seri sudah selamat masuk kedalamnya.

***

Seri melihat jam ditangannya. Dah nak Maghrib dah ni. Aduh, lambat lagi ke? Dia masih di klinik menanti prosedure akhir.

" Ni ubat kau." Zein menghulurkan plastik kecil bewarna putih yang didalamnya ada ubat-ubat yang diperlukan Seri. Seri sambut tak banyak soal. Zein keluar diikuti Seri dibelakangnya.

" Thanks." Ucap Seri. Dia mahu cepat menghilang dari pandangan Zein.

" Ada aku suruh kau pergi?"

Pulak?

Aku nak balik lah! Habis aku nak buat apa sini?

" You'll stay. You're not going anywhere. I've told my parent. They're waiting for you." Tambahnya lagi. Suara masih lagi dikeraskan.

" No!" terus mencerlung mata Zein dibuatnya. "Bukan... maksud saya. Saya kena balik malam ni juga. Mak dengan bapak saya dah tunggu. Lagipun ni pun dah lambat. Entah pukul berapa baru sampai sana nanti." Seri memberi alasan. Eh! Bukan alasan tapi betul. Mak dengan bapak dah tunggu aku kat rumah.

" Talk that later. Right now what I want is, kau kena ikut aku. BALIK!" Arah Zein lagi.

" Tak paham bahasa ke awak ni? Saya dah sehabis baik dengan awak tahu tak? Kalau ikutkan hati saya ni. Nak aje..."

" Nak apa...?"

Kaku Seri bila Zein merapatkan tubuhnya. Sekali lagi bau perfume itu menerobos masuk ke dalam rongga hidungnya. Seri tidak berkutik. Mata terus merenung lantai simen yang dipijaknya.

" Kau nak aku heret kau ke atau kau jalan sendiri?" Ujur lelaki itu.

Amboi! Sedapnya ayat yang dia bagi kat aku kan? Rasa macam nak cekik aje lah kau ni.

" Fine! Saya jalan..." kaki yang sudah berbalut dengan kain kasa warna putih itu ku heret saja. Pintu kereta aku buka sedikit kuat. Protes sebenarnya.

Tengku Zein Luftman ikut dari belakang. Kesal dihati kerana tidak dapat membantu gadis itu. Lagi-lagi dia dihurung rasa bersalah. kalau bukan kerana dirinya, pasti wanita itu tidak akan menjadi mangsa.

                                                                  ***

" Put this back on..." Cincin berlian tanda pertunangan mereka Zein keluarkan buat kali kedua. Diletakkan diatas riba Seri.

" Tak nak! Saya dah putus dengan awak. Awak bagi balik saya cincin ni buat apa? Nak suruh saya jual?" Seri biarkan cincin itu disitu.

" Apa yang aku tahu sampai kat rumah nanti, cincin tu kau dah pakai balik. Kau kena ikut arahan aku sebab kau bakal isteri aku. Paham!" Zein sudah mengeluarkan ayat diktatornya. Siapa tak kenal dia. Apa dia kata atau suruh adalah kata muktamat. Tidak ada yang berani lawan.

Ceh! Macam aku takut. Seri cebik bibir. Dah lah paksa-paksa orang. Tadi dia juga cakap tak hingin nak kawin dengan orang kampung. Low class. Sekarang? Perempuan kampung dah upgrade jadi high class ke? Nak jilat ludah balik ke encik abang oi?

***

Tak sampai 20 minit Seri sudah tiba diperkarangan rumah banglo 3 tingkat itu. Besarnya!

Mata Seri meliar menjamah apa yang ada dipandangan mata. Memang tahap kaya tak hengat ni! Seri telan air liur. Boleh ke aku hidup dalam keluarga yang serba mewah macam ni. Rasa seram pula.

" Tak nak turun ke tuan puteri?" Kata Zein yang tiba-tiba itu mengejutkan Seri. Namun nadanya seperti sebuah perlian.

Seri terkulat-kulat ditempatnya. Eh! bila masa dia keluar dari kereta? Dia cuba berlagak biasa. Relex Seri. Jangan malukan Mak dengan bapak kau.

Zein melihat jari manis Seri. Memastikan sesuatu. Bagus! Dia pakai.

" Masuk!" arahnya lagi. Tegas suaranya.

Mak oi! Dah serupa tempat Tarzan. Tak boleh cakap elok-elok dah? Kena jerit aje? Macam ni pekak telinga aku.

" Seri... Come sayang. Sampai pun rumah Mama. Lama mama tunggu Seri. Macam mana boleh terseliuh ni? Dah makan belum? Gastric Seri macam mana?"

Wow! Berdas-das soalan keluar dari mulut Puan Sri Rania.

Risau bukan kepalang dia bila diberitahu apa yang terjadi kepada bakal menantunya itu. Setahu dia, Adam yang minta izin untuk membawa Seri keluar makan. Sekali jadi macam ni pula. Hati ibu mana tak risau bila majlis dah tinggal berapa minggu saja.

Tubuh Seri dibawa ke sofa dan didudukkan diatasnya. Seri jadi canggung dipelakukan begitu. Dah macam tuan puteri pula.

" Sorry buat mama lama tunggu. Ramai orang kat klinik tadi. Terseliuh ni sebab..." Seri tak terus menjawab. Matanya dialih ke arah mata Zein yang sememangnya dari tadi menjadi pembunuh dalam diam. Erk! Macam nak cungkil aje biji mata tu!

" Ermm... sebab nak cepat. Tu terseliuh. Belum makan lagi mama. Gastric dah okay sikit." Wah kau Seri. Mentang-mentang la Puan Sri tu sayang kau, boleh kau bagi tahu semua in details eh? Mana malu kau hah?!

Alah, rugi jadi pemalu sangat. Ala kadar sudah lah.

Zein disana mencebir bibir seolah-olah menghantar mesej tak suka.

" Tak serius mana pun ma. Mengada lebih je. Jalan tak tengok kiri kanan macam tu lah jadinya. Harap mata je ada 4." perli Zein tanpa kias. Seri mencerlun mata melihat Zein di situ.

" Mana mama tak risau Zein, bakal menantu mama ni. Tengok! Tangan luka. Kain koyak. Lutut tu entah-entah luka juga. Zein tak jaga ke?"

" Tak kuasa Zein. Siapa suruh dia lembab."

" Ehem...." Suara lain menyapa. Tan Sri Zuriman baru menuruni anak tangga dari atas. "Padanlah riuh semacam rumah ni. Tetamu yang dinanti dah sampai rupanya... Dah lama sampai Seri?"

" Baru je uncle..."

" Hisy! Apa pula uncle. Papa la..." Beritahu Puan Sri Rania.

Seri hanya mengangguk dan senyum. Namun tak mengulangi kata-katanya.

" Dahlah jom kita makan. Semua dah siap tu. Nanti dah siap makan, Seri tukar baju dan rehat ye... mesti penat." ujar Puan Sri Rania.

Seri hanya mengikut apa yang disuruh. Itu kata Puan Sri itulah dibuatnya. Ini kata Puan Sri inilah yang dilakukannya. Kata-kata hanya keluar apabila diminta sahaja. Seri sendiri masih belum terbiasa dengan situasi yang amat baru baginya.

Semua kerja-kerja didalam rumah ini dilakukan oleh maid. Ada 4 orang maid kesemuanya termasuk ada 1 senior maid.

Banyak maid?

Kau rasa rumah yang gedabak besar macam istana ni cukup ke 2 orang maid aje? Ikutkan cukup aje. Tapi tulah dah mampu kan. Semua kerja maid yang buat. Sampaikan nak makan pun, maid yang bukakan kami pinggan dan sendukkan nasi. Sesudah itu, maid akan berbaris tidak jauh dari sisi meja untuk menunggu arahan seterusnya sehinggalah kami habis menjamu selera.

Kau rasa tak melampau ke tu? Boleh saja buat sendiri yang mana kita boleh buat. Tak perlu memberatkan kerja mereka.

Sesekali Seri membantu apa yang patut. Namun banyak yang ditegah. Waimah nak minum air pun kena minta bibik yang ambilkan. Hai... kalau macam ni la lepas kawin, mau mati kebosanan aku dibuatnya. Semua benda tak boleh buat.

Aku merenung ruang bilik yang 3 kali lagi besar dari bilik aku di kampung. Bilik tetamu yang aku inap ini bersar ya amat dah serupa master bedroom. Kalau bilik tetamu pun dah seluas dan seselesa ini, inikan pula bilik penghuninya?

" Ala... haus la pulak..." Bisik Seri sendiri.

"Nak turun ke tak eh? Dah haus sangat dah ni. Ala turun je lah."

Satu demi satu anak tangga dipijak. Sampai didapur, peti ais dibuka. Botol air mineral diambil. Menuang separuh kedalam gelas. Air disua terus ke mulut.

"Mencuri ke?"

Brupppp!!!

Tersembur terus air yang aku minun. Sampai tersedak aku dibuatnya. Air yang turut masuk ke rongga hidung juga menambah lagi keperitan aku sekarang. Aku menoleh kearah suara tadi. Air yang terkeluar dari mulut aku seka laju.

Tak guna! Apa dia kata dia? Dia tuduh aku mencuri?

Seri pandang Zein geram. Macam aku nak kunyah aje dia ni hidup-hidup tau. Omel Seri dalam diam.

" Minum pun nak comel ke?" sambungnya perlahan. Cukup untuk dia saja yang dengar.

" Awak ni betul-betul nak buat saya mati ke?" Tapi sekejap. Dia kata apa tadi? Comel? Dia kata aku comel?! Namun tidak pula Seri suarakan apa yang didengarnya. Risau pula dia dicop perempuan perasan. Sudahlah sebelum ini pun bermaca-macam gelaran yang diberikan oleh Zein kepadanya.

" Buat apa tengah malam ni. Mencuri? Shouldn't you've been sleeping by now?" Perlahan-lahan dia melangkah menuju ke arah gadis itu.

" Argh! Berhenti situ! " Sepantas kilat Seri menoleh ke arah lain dan menutup keseluruhan mata dengan sebelah  tapak tangannya.

Apa yang aku tengok tadi? Pemandangan indah ke atau dosa mata?

Mana taknya. Lelaki dihadapannya itu tak mengenakan sebarang baju. Bentuk badannya jelas kelihatan. Badan macam fitness personal trainer! Ini kalau makcik-makcik kampung tengok confirm langgar tembok dibuatnya. Pakai seluar panjang pun warna putih pula. Itu pun jarang benar kainnya. Tembus pandang kot!

" A...wak... awak pergi pakai baju sana." halau Seri. Mata masih ditutup dengan tapak tangan sendiri.

" Kalau aku tak nak?"

" Kalau awak tak nak... Hmmm... tak pe... tak pe. Saya yang pergi. Saya dah siap minum pun." ucap Seri dalam kalutnya. Air dalam gelas yang tinggal sedikit lagi terus dihabiskan.

" Tapi aku belum habis cakap dengan kau." Zein hanya memerhati kalutnya wanita dihadapnnya itu. Apesal? Tak pernah tengok lelaki tak pakai baju? Oh! Lupa... perempuan kampung kot. Pandangan masih suci. Zein senyum sumbing.

" It's about our marriage... listen! Im not gonna repeat this twise. Aku tak tahu sampai bila kau akan bertahan dengan perkahwinan yang dirancang ni. Aku memang tak setuju bila papa dengan mama nak kawinkan aku dengan kau. Sebab tu, aku akan pastikan kau tak kan bahagia bila kahwin dengan aku. Aku nak kau sendiri yang minta cerai bukan aku yang ceraikan kau. Aku nak papa dan mama menyesal ambik kau jadi menantu mereka. I'll make you suffer and regrets for your entire life. That would be my promise." Sejurus itu Zein mengatur langkah meninggalkan Seri.

Kucup! Apa yang terbuku dihatinya sudah diluahkan. Dia harap Seri akan berfikir 10 kali untuk meneruskan perkahwinan mereka. Kalau dia tidak dapat merubah fikiran mama dan papa. Tapi mungkin dia boleh meracun fikiran gadis kampung itu.

" Tapi awak tak nak dengar lagi apa janji saya?" Balas Seri pada Zein.

Zein memberhentikan langkahnya. Tubuh dipasak pada posisi yang sama cuma kepala saja yang dipusing sedikit kesisi kanan.

" Saya berjanji yang awak akan bahagia hidup dengan saya dan awak akan cintakan saya. Saya akan bertahan sampailah awak sendiri yang akan surrender. Itu janji saya!" Ya! Seri sudah tekat. Itu janjinya. Dia mahu membahgiakan keluarga ini. Keluarga yang nampak bahagia hanya diluaran saja. Namun didalamnya banyak hati yang terluka.

" Dreams while you still can." Katanya kemudian Zein terus berlalu.

Mereka tidak sedar dalam diam ada yang mendengarkan perbualan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience