MHSA Bab 16.

Romance Completed 1157355

PERJALANAN kami hanya mengambil masa 1 jam setengah dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

Cepat?

Mahu tak cepat, si mamat sejuk beku ni racing on the road. Dah rasa dalam shooting filem Fast And Furious pun ada. Aku confirm memang akan ada berkeping-kepinglah 'surat cinta' dari JPJ datang rumah Tan Sri Zuriman lepas ni. Entah-entah dia tak heran pun saman yang berkeping-keping tu, Seri... Orang kayalah katakan. Setakat bayar saman tu celah gigi aje.

Dari kelajuan kereta yang hampir mencecah 220km/j, akal aku sempat berfikir m, ini kalau tak sampai ke hospital ke kuburlah jawabnya. Jenis tak sayang nyawa betul mamat ni. Aku ni baru hidup 23 tahun bukan 63 tahun. Hisy geram sungguh aih!

Papa dan mama tak ikut pulang sama. Setelah membuat kata sepakat. Mama dan papa akan tinggal lagi 2 hari lagi di Kuantan.

"Bila lagi nak bagi pre-honeymoon. Untung-untung dapatlah cucu awal." Itu adalah seloroh papa.

Sebaliknya bukan perasaan gembira atau teruja yang aku rasa, malahan berfikir aku bakal menjadi bahan mainan Zein.

Zein pun apa lagi senyum sampai telinga. Drama tak habis! Yang aku dah bengang tahap 7 petala sebab baru semalam menikah, hari ni dah kena angkut dengan suami. Huh!

Sebenarnya, awal-awal lagi bapak sudah ada perancangan. Bapak mahu pergi memancing. Apa lagi seronok la Tan Sri Zuriman. Dulu masa bapak jadi driver Tan Sri banyak kali juga mereka spend time bersama. Segala jenis ceruk sungai dan laut mereka teroka. Jadi, bila dah dapat peluang dan alang-alang Tan Sri Zuriman cuti lama, dapatlah mereka luangkan masa dengan riadah kegemaran mereka tu.

Mama pula sudah awal-awal tempah waktu untuk belajar masak dengan mak. Mama kata skill memasak mak terbaik. Plus mak memang pandai masak pelbagai jenis makanan kampung. Ditambah pula Tan Sri Zuriman memang sukakan masakan kampung.

Jadi, tinggallah mereka berdua di sana. Yang aku di sini dengan Mr. Hot a.k.a Encik Aisberg tak tahu lagi bagaimana nasibnya. Dari dalam kereta saja, aku dah rasa sesak nafas sampai nak tercabut nyawa. Sampai di rumah nanti aku tak tahu lah nak jadi apa pula. Mintalah dia jangan buat buat hal yang bukan-bukan. Bukan boleh percaya sangat dia ni.

Sampai banglo 3 tangkat bertemakan modern contemporary, pintu gerbang terbuka luas. Baru kali ini mata aku dapat melihat sepenuhnya persekitaran rumah banglo itu. Maklumlah masa pertama kali datang sini waktu malam. Jadi pandangan sangatlah terhad. Sekarang bila dapat melihat dengan jelas, serta merta bibir aku melopong dibuatnya.

Wow! Bak sebuah mansion. Exclusive! Rasanya area ini adalah private properties. Kerana jika under developer, tanahnya tidaklah sebesar ini. Dari luar pun dan nampak luasnya kawasan banglo 3 tingkat itu. Kalau main hide and seek, confirm 2 hari belum tentu jumpa.

Apabila injin kereta dimatikan, Zein keluar tanpa berkata apa. Berdentum bunyi pintu kereta dihempas kuat.

Mak ai! Tak lama Nissan Skyline kau ni boleh jual kat tempat besi buruk tahu! Tengok lah tuannya macam mana.

Tak pelawa aku masuk ke? Ah! Malas banyak bunyi. Aku bukan tuan puteri nak berjemput bagai.

Aku buka pintu kereta. Meloloskan diri dari bukaan pintu. Mata mula menjalar ke seluruh kawasan. Bila mata terhidang dengan longgokkan kereta mewah di depan mata. Aku jadi speechless. Hoi! Kau pun agak-agaklah, kau ingat kereta-kereta mahal tu besi buruk kau panggil longgokkan? Itu deretan lah, sengal. Seri malu sendiri bila akal saling bergaduh dengan kesalahan kosa kata yang tidak tepat.

Ferrari, Porsche, Lamborghini, Bugatti, Audi, BMW. Tergeleng aku tak percaya. Paling murah pun aku rasa yang BMW tu. Membazirnya lah kereta mahal-mahal macam tu dikumpul dan jadi perhiasan saja. Inilah orang kaya membazir pada benda tak perlu. Ada orang tak cukup duit nak makan. Ini duit lebih membazir pula dengan koleksi kereta. Aku tak tahulah Tan Sri Zuriman ni kaya tahap apa. Aku tengok pun dah mengah. Agaknya berapa income tax yang Tan Sri kena bayar ya? Eh! Sampai kesitu pula fikiran kau, Seri.

Zein tunggu Seri dimuka pintu. Melihat Seri tegak bagai tugu negara melihat deretan kereta mewahnya. Zein senyum bangga. Bangga mengejek sebenarnya. Dasar perempuan kampung. Jakun! Tak pernah tengok kereta mahal lah tu.

" Hoi makcik! Tunggu apa tu? Karpet merah? Ke dayang-dayang istana untuk jemput kau masuk?" jerit Zein dari muka pintu.

Aku pusing kepala siap dengan badan-badan sekali. Serta merta aku hadiahkan jelingan maut. Tak boleh tengok orang senang agaknya? Baru nak kira berapa harga semua kereta depan mata ni. Aku mendecit geram.

" Dah tak payah nak jeling sangat. Angkat beg aku tu. Ingat. Angkat. Bukan tarik. Faham?" Jari telunjuknya naik tinggi kearah keretanya. Tersusun 3 bagasi yang besar-besar semuanya. Aku ketab bibir. Kalau 1 tu aku tak kesah la. Ini 3! Belum tambah beg aku lagi. Tengku Zein Luftman, kau memang nak kena. Geramnya!!!

Terkial-kial aku dibuatnya. Hampir 6 kali aku keluar masuk untuk mengambil semua bagasi yang disuruh. Sudahlah disuruh angkat. Beratnya mengalahkan bawak batu berpuluh kilo. Balik cuma 3hari saja tapi barang yang dia bawak mengalahkan nak tinggal 1 tahun. Termengah-mengah aku dibuatnya. Nak semput dah ni. Oksigen... Oksigen... Mana kau...

Apalah tenaga yang aku ada nak dibanding dengan tenaga dia. Badan je sado tapi tak membantu langsung. Patut ke isteri disuruh angkat beg dia? Kalau ringat tak apa pulak. Dah la berat. Nak putus pinggang aku rasanya.

Sampai dimuka pintu aku lihat dia dengan aksi bossy-nya sambil kaki naik menyilang atas meja ruang tamu. Kepala baring mendongak ke atas. Kedua-dua tangan pula didepakan ke atas kepala sofa. Dengan kasut masih dibawah tapak kaki.

Wah! Sedapnya mata aku tengok... Aku sampai tak cukup nafas bawak beg dia yang berat macam apa, dia siap boleh duduk berbaring sambil belunjur kaki! Ber-feeling duduk tepi pantai konon. Mata siap terpejam pulak. Hisy! Ni anak setan ke apa yang duduk rumah ni? Geram tahap nak membunuh dah ni.

Hey, jangan Seri. Kau yang rugi jadi janda awal nanti. Tapi janda berhias! Hahahaha...

" Tercegat apa pula tu! Masuk bawak beg aku naik bilik. Lepas tu turun semula buatkan aku Nescafe dengan nasi goreng seafood. Pergi! Terhegeh-hegeh."

Pulak! Aku dikatanya terhegeh-hegeh. Habis kau apa? Siput khinzir? Cakap tak pikir pakai otak! Bibir aku herotkan.

" Oh ya! Aku lupa nak bagi tahu kau. Semua maid dalam rumah ni termasuklah tukang kebun, aku cutikan selama dua hari. So sepanjang mereka tak ada, kau yang kena ganti tempat dia orang." Lancar tutur kata yang dikeluarkan oleh Zein. Seperti lajunya air sungai.

Tapi tak pada pendengaran Seri Ayuni. Mendengarnya bagaikan deruan ombak yang memukul pantai. Hampir-hampir nak Tsunami!

What?! Sampai terteleng aku dibuatnya. Kau gila ke ape En.Aisberg! Kau tak nampak rumah kau ni besar dia macam apa? Sedangkan kau perlukan 4 orang gaji untuk buat semua benda. Ini pula aku yang sorang ni?

Seri menerawang melihat setiap isi rumah, penjuru, bilik, tangga, semuanya. Gulp! Berkali-kali air liur ku telan. Bila nak siap kalau aku seorang yang buat kerja?

Memang dari awal aku dah agak kau ada agenda tersendiri. Cakap hotel ada masalah konon. Tapi nak mendajal isteri sendiri dalam rumah ni. Huh!

'Mak...' Rayu ku dalam hati. Mahu merayu pada siapa lagi, Seri. Dalam rumah ni hanya kau dan dia saja yang ada. Memang Zein tak guna!

Tanpa sebarang kata, aku masuk sambil kedua-dua belah tangan menjinjing bagasi milik Zein. Melangkah menuju ke tangga. Belum sempat kaki mahu menaiki tangga ada lagi kata-kata yang keluar dari mulut En.Aisberg.

" Bawak beg tu hati-hati. Calar beg aku. Aku calarkan juga badan kau. Beg aku tu lagi mahal dari harga mas kawin kau. Kalau aku minta ganti, Kau tak kan mampu nak bayar balik."

Ya Allah! Pecah berderai hati Seri dibuatnya. Bagai baru dihempas dari bagunan bertingkat-tingkat tingginya. Kau rendahkan taraf aku lebih rendah dari harga beg kau! Kau dah melampau Zein Luftman.

Bagasi aku lepas di kaki tangga. Aku hayun laju kaki ke arah Zein yang sedang berehat. Berdiri tegak dihadapannya. Mata siap terpejam. Menahan marah yang tak terbendung lagi. Aku dah tak peduli apa pandangan dia pada aku lepas ni.

Zein buka mata apabila merasa ada sesuatu dihadapannya.

" Oh gosh! You scared the hell out of me." Zein bangkit kerana terperanjat. Mahu taknya. Muka Seri sudah merah dan tegang. Mata juga merah dan berair. Marah ke dia? Bukan ke ini yang kau nak?

" Encik Zein Luftman... Awak sedar tak apa yang awak cakap? Hah?! Memang harga mas kahwin awak tu taklah semahal beg awak, atau tak semahal baju yang awak sekalipun. Tak perlu ingatkan saya. Tapi awak tahu tak, ianya benda paling berharga yang pernah saya terima. Awak tahu kenapa? Sebab, mas kahwin itu adalah benda wajib yang diberikan oleh seorang suami kepada isterinya selepas akad nikah dilafazkan..." Perkataan wajib ditekankan. Berombak kencang dada seri sewaktu mengucapkannya. Menahan lahar yang hampir dimuntahkan. Bagai gunung berapi layaknya.

" Mahar tu bukanlah dengan bentuk wang ringgit saja En. Zein Luftman. Sebuah Al-quran pun sudah cukup sekiranya suami itu ikhlas. Saya tahu awak memang tak ikhlas terima saya sebagai isteri awak. Dan... saya sedar saya memang tak cukup sempurna untuk orang ternama seperti awak. Saya sedar itu semua." Seri tarik nafas.

" Mahar yang awak berikan hanya akan berlaku sekali saja seumur hidup saya. Mungkin tak berharga dimata awak sebab awak lelaki. Awak boleh berikan beberapa mahar lagi pada wanita lain malah berkali-kali kalau awak mahu. Tapi bagi seorang wanita hanya akan berlaku sekali saja seumur hidup selagi mereka tidak diceraikan. Dan perlu awak ingat, akan ada 1 mahar saja yang saya terima dan mahar itu adalah dari awak, Tengku Zein Luftman. Tak akan ada orang lain. Kalau ini cara awak untuk buat saya minta cerai. Maaf ianya tak akan berlaku. And, I won't giving up on our marriage!"

Selepas melampiaskan segala yang berbuku dihati Seri terus beredar dari pandangan Zein. Membawa hati kecewa. Kecewa dengan kata-kata Zein. Hati yang sudah sedia kala retak hanya menanti belah. Tengku Zein Luftman yang tak berperasaan. Yang beku. Yang ego. Yang bongkak dengan kesempurnaan diri. Kau akan menyesal nanti Zein kerana memperlekehkan perempuan kampung ni.

Seri meneruskan kerja mengangkat beg yang tadi tertangguh. Walaupun hati terasa sakit namun hanya mampu ditelan. Kaki dihayun laju meniti tangga. Dia sudah tidak kira, beg itu calar atau apa. Yang dia tahu hatinya sangat sakit. Kalau Zein marah sebab ada kesan calar di begnya pun aku tak kisah dah. Apa yang aku kisah sekarang ialah nak sejukkan hati yang tengah panas ni.

Diletakkan semua beg-beg tadi di dalam bilik Zein. Lalu menghempas tubuhnya kepermukaan tilam. Seri menangis semahunya. Hanya ini yang mampu dia lakukan untuk mengubati hati yang sakit. Sangat sakit rasanya sampaikan nafas dihela juga terasa toxic yang dihidu. Aku takkan tunduk pasa ego kau Zein. Ego kau tu akan membunuh kau sendiri akhirnya.

Zein sedikit terkejut dengan apa yang terluah dari mulut isterinya. Kata-katanya kepada Seri bagai racun yang harus diminum tanpa ada pilihan lain untuknya. Namun kalau dengan menyakiti hati wanita itu mampu untuk buat aku senang dan tersenyum puas, maka aku tidak akan menyesalinya. Egoku lebih dari segalanya. Hati yang dulunya penuh dengan kasih dan cinta cuba dikeraskan. Perasaan terhadap wanita lain juga dibekukan. Hanya kerana satu nama. Munirah! Jika cara ini mengajar supaya Seri mengalah dalam perkahwinan mereka, maka aku akan terus begini. Walaupun nanti dia yakin Seri akan banyak terluka.

Setelah puas berendam air mata, Seri turun semula ke bawah menuju ke dapur. Mahu menyiapkan apa yang diminta suaminya kerana dia tahu Zein pasti lapar. Jam juga sudah menginjak 2 petang. Seri juga merasa hal yang sama namun seleranya punah lepas apa yang berlaku.

Tak Tunggu lama semuanya telah sedia. Walaupun masih lagi berbuku dengan kata-kata Zein tadi. Namun tidak pula dia membantah untuk menyediakan makan minum suaminya. Nasi goreng seafood dan Nescafe panas siap dihidang. Dibawa ke ruangtamu kerana dia yakin Zein masih disitu.

Tertidur rupanya dia. Patutlah mulut pun diam. Aku tengah tak ada feel nak layan kau lebih-lebih Zein. Kalau ikutkan hati aku yang marah ni, aku nak balik Kuantan terus. Tapi kalau aku balik sana pun, aku akan melukakan sebuah lagi hati iaitu Surya. Mungkin dia sedang berbahagia sekarang. Entahlah.

Melihat Zein yang tertidur pulas. Seri tidak jadi untuk mengejutnya. Sebaliknya berlutut dihadapan kaki suaminya. Kaki yang masih tersarung kasut itu diletakkan di atas ribanya dan dibukanya satu persatu. Tidak kasar perlakuannya namun cukup untuk mengejutkan tidur suaminya.

"Awak dah bangun? Saya cuma nak suruh awak pergi makan. Saya dah siapkan. Nanti sejuk pula." ucap Seri perlahan tapi tidak memandang Zein. Dia hanya tunduk sambil tangan masih dengan kerjanya. Usai siap dia bangun dan menjinjing kasut Zein dibawa keluar.

Zein terkebil-kebil memandang Seri. Walaupun dia masih marah dia tetap layan aku dengan baik. Macam tak ada apa yang berlaku lagaknya. Begini kuatkan hati seorang Seri Ayuni? Zein melihat Seri meninggalkannya dengan lemah.

Tapi kenapa aku tengok muka dia pucat semacam? Sakit ke? Tadi elok saja.

Ah! Aku peduli apa dia nak sakit ke? Nak terlungkup ke? Ada aku kesah.

Zein bangun tegakkan sedikit badan dan mahu bagun menuju ke meja makan. Tapi tak jadi kerana makanan sudahpun ada didepan mata. Sama seperti yang aku minta. Tapi hanya cukup untuk seorang makan saja. Kenapa tak masak lebih? Dia tak makan sekali? Zein mula resah. Berkira-kira mahu bertanya. Namun hatinya tak mengizinkan. Kalau aku tanya nanti dia ingat aku ambil berat pasal dia. Ah! Serabut lah kepala aku. Lantak dia lah nak makan ke tak.

Nasi goreng seafood yang masih panas itu disua ke mulut. Hmm... sedap! Seri memang pandai masak. Segalanya-galanya enak belaka. Tak ada kurang dari rasanya. Kalau dulu bila dia meminta Munirah masak makanan untuknya akan keluar terlalu banyak alasan. Itupun bukan hari-hari dia minta. Jarang sekali. Salah dia juga kerana tidak bertegas dengan Munirah. Kalau dulu dia sedikit bertegas, dia dan Munirah pasti tak akan begini. Tanpa dia sedar, nasi tadi sudah habis masuk kedalam perutnya. Walaupun sudah kenyang namun hatinya masih tidak tenang. Kenapa? Bukan orang kata kalau dah kenyang suka hati ke? Ni hati aku rasa tak sedap dari tadi. Apa ni? Dia meninggalkan ruang tamu.

Zein mengatur langkah menyelusuri setiap ruangan di dalam rumah mencari Seri. Dari tingkat paling atas sampailah ke tingkat paling bawah dia mencari. Namun kelibat isterinya masih juga tidak kelihatan. Dapur, bilik tidur, bilik air, stor, bilik bacaan, gim juga sudah diteroka. Keputusannya tetap sama. Mana dia menghilang? Dia dah lari rumah ke? Mustahil lah. Seri nak lari pergi mana? Dia bukan biasa dengan tempat ni. Dah la sini private property. Jarang ada orang keluar masuk. Terlalu privasi tempatnya.

Dari berjalan Zein berlari keluar pula. Mana tahu Seri ada diluar. Puas ditunjau setiap tempat yang mungkin Seri pergi tapi tetap bayang Seri tidak dia temui. Hati sudah resah. Memikirkan sebarang kemungkinan.

"Where are you Seri?" Mulut berkata sendiri. Malah kaki juga tidak berhenti melangkah.

"Seri!" Zein menjerit pula.

Masih tiada sahutan.

"Seri! Where are you?!"

"Seri....!"

"Se..." Laungan itu terhenti setelah melihat ada sesuatu di kolam renang. Kaki juga sudah paku ditempatnya.

"Seri!!!"

Tanpa membuang masa Zein terus terjun ke dalam kolam. Dia sudah tidak memikirkan hal lain. Yang utama saat ini adalah keselamatan Seri. Kalau berlaku sesuatu pada Seri pasti dia tidak akan memaafkan dirinya.

Sepantas kilat tubuh itu di bawa bibir kolam. Dicempung lalu dibaringkan di permukaan tepi kolam. Tubuh itu sudah lesu dan tak bermaya. Kulit wajahnya juga pucat. Bibirnya sedikit membiru. Menambah lagi rasa cemas di hatinya.

Kepala Seri didongakkan sedikit dan mulutnya dibuka. Zein melakukan CPR yang dia pernah pelajari sewaktu dia di akademi. Bantuan pernafasan dilakukan. Udara dihembus melalui mulut yang tadi terbuka. Dada Seri turut ditekan dengan kedua belah tapak tangan. Tujuannya adalah untuk mengekalkan tekanan darah. Dia ulangi proses itu sehingga beberapa kali.

"Come on Seri. You can do this."

Masih tiada reaksi dari Seri. Zein cuba sekali lagi. Didekatkan telinga ke mulut Seri. Bagi mengesan sebarang bunyi. Tiada! Proses CPR diteruskan dengan cara yang sama.

"Seri... please stay..."

"Come on Seri! Come on!" Zein sudah hampir mengeluarkan air matanya. Tidak dapat dibayangkan sekiranya gadis itu mati dalam keadaan dia sendiri tidak sedia. Namun dia masih belum putus asa. Semakin dia cemas bila tubuh itu masih belum berinteraksi dengan bantuan yang dihulurkan. Kalau dalam beberapa minit lagi masih tiada reaksi munkin Seri tak dapat diselamatkan. Tidak... tidak... Dia mesti selamat. Harus! Dicubanya lagi dengan bantuan pernafasan.

"Seri please come back. I do need you..." Rintihnya. Kata-kata itu juga diikuti dengan air mata. Zein tidak sedar akan hal itu. Apa yang dia tahu. Dia akan rasa bersalah kalau Seri pergi meninggalkannya.

Masih tiada tindak balas dari Seri. Zein sudah buntu. Sudah tiada daya untuk dia meneruskannya. Perasaannya juga sudah menusuk tajam ke tangkai jantung. Kalau ini lah pengakhirannya, aku lah yang harus dipersalahkan. Aku takkan maafkan diri aku kalau kau mati Seri.

Tubuh itu didakapnya dengan kuat sekali. Sesekali tersengar rintihan sayu keluar dari bibirnya.

"Seri mana janji kau pada aku? Kau kata nak buat aku jatuh cinta dengan kau. Mana Seri? Mana?!"

"Seri... jangan buat aku macam ni, Seri. Aku belum sedia kau pergi dari aku." Sayu hatinya hanya Allah saja yang tahu. Rasa bersalahnya bertambah-bambah dengan mengingat pelakuannya selama ini kepada Seri. Lebih menyakitkan bila dia mengingati kata-kata terakhir yang telah dihumbarkan kepada Seri. Sungguh tidak adil pada wanita yang baru dinikahinya itu. Maafkan aku Seri. Maafkan aku...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience