MHSA Bab 8.

Romance Completed 1157355

Fuhh!

Akhirnya. Berakhir juga sesi fitting yang memenatkan. Ingatkan hanya sehelai saja yang harus dicuba, rupanya ada 2 lagi yang meninggu. Itu belum ditambah dengan penambahsuaian yang harus dibuat. Tubuh ni dah serupa patung tidak bernyawa dibuatnya. Dipusing ke kiri, pusing ke kanan hanya untuk melihat titik kesempurnaan. Macam ni lah agaknya kerja model ya? Haisy... Nasib aku bukan model.

Seri Ayuni perhatikan wajah Tan Sri Zuriman, Puan Sri Rania dan Datin Juwita. Tiada istilah letih... Mungkin beginilah kehidupan mereka ya? Semua yang dibuat haruslah sempurna dan tidak mahu ada cacat dimana-mana. Dari tadi lagi Datin Juwita dan bakal mertuanya itu tidak letih berbincang itu dan ini.

Perut yang sedia kala pedih aku ramas dengan tangan beharap agar pedih yang menyengat sedikit berkurang. Namun jangan kata berkurang malah bertambah perit dan mencucuk-cucuk tangkai hati. Seri kerling jam ditangan.

Hah! Dah pukul 4 setengah petang! Padanlah dia rasa lapar sangat. Pagi tadi dia hanya sempat menjamah sekeping roti besalut coklat untuk mengalas perut. Fikirannya sesudah dia sampai di sini baru dia akan mencari mana-mana kedai untuk mengisi perutnya. Namun lain pula yang jadi. Perjalanan dari kuantan ke KL memakan masa lebih 4 jam dari seharusnya 2 jam sahaja disebabkan ada kemalangan maut melibatkan 3 kereta dan sebuah lori melintang di tengah jalan. Jadi hanya 1 jalan daripada 3 jalan saja dibuka pada pengguna lain. Setibanya pula dia di sini, terpaksa pula dia menahan kehendak perutnya sekali lagi bila dia dimaklumkan untuk terus ke butik kerana jadualnya sudah ditetapkan.

'Hailah perut... Sila bertahan untuk aku ya. Aku tahu kau lapar.' Pedih perutnya semakin menjadi-jadi. Tanpa disedari perutnya mengeluarkan bunyi tidak menyenangkan. Terus perutnya dipicit laju. Not now tummy... Not now.

"Are you alright? Muka awak pucat sangat and you're sweating." Tanya Adam. Bukan dia tak perasan akan akan hal itu. Tapi dia takut untuk bertanya kerana dia tahu Seri sedang marah padanya. Kerana soalan bodohnya tadi, Seri langsung tidak sudi berbual dengannya walaupun dia cuba memancing perbualan dengan wanita itu. Memandangnya pun Seri mengelak.

Dia semakin cemas melihat wajah itu sudah memucat kini bertambah-tambah bila peluh sudah memenuhi ruang muka gadis itu.

Kini tubuh gadis itu dihampiri. "Seri answer me! You makes me nervous..."

"Saya lapar. Saya belum makan dari tengah hari tadi." Beritahu Seri jujur. Dia sudah tidak mampu menahannya lagi. Sungguh, dia kena buang perasaan malunya saat ini. Sayangi nyawa anda, ya.

"You... What? Okay! Wait here. I'll get you something to eat." Terus Adam menghilang dari pandangannya.

Selepas berapa minit, Adam menghampirinya semula dengan roti dan air mineral. "Take this first. I jumpa dengan mak ngah dulu. Then we'll go somewhere else yang boleh buat perut you kenyang."

Seri hanya mengangguk. Terus dibuka plastik roti dan dimasukkan kedalam mulut setelah doa makan dibaca.

Serius aku lapar! Aku memang kuat makan. Bagilah aku nasi sepinggan penuh aku boleh habiskan. Kadang mak pun pelik sebab kalau melihat dari fizikal aku memang tak besar mana. Malah tubuhku boleh dikategorikan langsing. Walau aku makan banyak mana pun badan aku tidak mudah naik atau mungkin juga metabolisma dalam badan ni banyak berlebihan?

Setelah habis roti ditangan, penutup botol aku buka. Sejurus air membasahi tekak aku mengucap syukur. Akhirnya kurang la sikit kelaparan aku. Kelibat Adam datang menjengah.

"Let's go..." ajaknya.

"Hah? Ke mana?" Blur sekejap.

"Ke mana lagi Cik Seri, kedai makan la. Perut awak tu perlu diisi dengan kadar segera. Kang melarat siapa susah?"

"Tapi saya dah makan tadi. Roti yang En.Adam bagi..."

"Untuk pesakit gastrik macam awak ni, roti tu mana cukup. Dah la jom. Just somewhere around here, je. Tak Lama pun. Mak Ngah pun dah tahu."

Aik macam mana Adam tahu aku ada gastrik? Tiba-tiba aku rasa menyusahkan pula. Yelah tadi bukan main aku buat derk dengan dia. Satu apa dia tanya aku tak jawab. Ni, dia pulak yang beria-ia nak bawak aku pergi makan.

Lambat-lambat aku bangun. Segan. Adam sudah keluar menuju ke Audi S7 bewarna hitam miliknya. Mahu tak mahu aku ikut dibelakangnya.

***

Restoran Western Delight menjadi pilihan Adam. Ya. Memang dekat saja dari butik Aunty Juwita. Kalau jalan kaki pun boleh. Tapi tak tahulah kenapa Adam ni nak pandu kereta pula? Nak tunjuk kereta mahal dia tu ke?

Menu yang tertera didepan mata aku perhatikan. Ala tak ada nasi ke? Stik, je yang banyak. Hmm... nak makan ape ye.

Adam kerut dahi. "Kenapa?" soalnya.

"Nasi tak de ke kat sini. Stik je banyak. Tak kenyang la. Tak biasa makan lauk je." polosnya Seri bertanya.

Meletus terus ketawa Adam. Seri pandang Adam pelik. Apesal mamat ni? Takkan aku tanya nasi dia ketawa tak ingat dunia.

"Seriously Seri. You tak pernah makan stik?"

Seri menggeleleng. Jujur dari hati ni.

"I'm sure you akan kenyang. Portion untuk satu pinggan tu besar and ada side dish juga. Kalau tak kenyang juga Seri order lagi. Simple kan?" Beritahu Adam. Aduh comelnya dia buat muka macam tu.

Woi! Seri tak malunya kau kan. Dah untung ada makanan. Kau demand pula.

"Hai! What a surprise to seeing you here Adam Khaair..." Sapa satu suara yang sungguh menggoda disisi kami.

Seri pun terkejut mendengarnya sampai terlepas menu ditangan.

Mak! Meletopnye baju. Serba serbi tak cukup kain! Singkat! Ketat! Tersembul! Blurrrggg.

Astaqfirullahhal'azim... Aku yang perempuan ni pun naik tebal berinci-inci muka tengok dia tayang dosa. Tapi dia pula tak rasa apa-apa ke?

"What you guys doing here?" Tanyanya lagi. Kali ni wajah Seri dilihat sekali imbas dan kembali melihat Adam.

"Seriously? It's obvious kot. Takkan datang sini nak tengok wayang." balas Adam sinis. Wajah Tasya tidak dipandang. Wanita yang dihadapnnya kini lebih menarik minatnya. Nyata dia tidak suka dengan kehadiran wanita berambut blonde itu.

"Well if you don't you mind, can we joint you here?" Pinta Tasya.

"We?" soal Adam keliru.

"Yeah. Me and..."

Tak habis Tasya menyudahkan katanya. Kali ini tubuh tegap tinggi itu telah menghampiri Tasya.

"Eh! Tengku Zein Luftman..." Sapa Adam sedikit kaget. Sengaja Adam menyebut nama penuh lelaki itu
untuk memancing perhatian Seri. Dan telahannya benar. Nampak Seri terbungkam ditempatnya.

Habis saja nama itu disebut Seri terus mendongak melihat pemilik nama itu. Pandangan mata mereka bertaut.

1... 2... 3...

Gulp!

Dia? Yang mamat Grab tu kan? Tak kan lah? Ni dugaan ke atau betul-betul kenyataan? Dan maknanya dia juga tunang aku. Arrrr... Aku nak menyorok! Aku tak sedia nak jumpa dia sekarang. Seri menghantar isyarat mata untuk beredar dari situ. Namun Adam cerlun matanya.

Sebenarnya Adam juga turut terkejut dengan pertemuan itu. Dia tidak menyangka dia akan berjumpa dengan sepupunya di sini. Memang wrong timing. Be cool, Adam. Be cool.

"Zein, can we sit here? Lagipun I dah lama tak jumpa Adam. Busy sangat sepupu you ni kan. Sampai nak jumpa I pun tak ada masa. Can we, Adam?" pohon Tasya lagi. Lengan Zein disauk dan digosok-gosok sambil menggoyang-goyangkan badannya.

Dia ni dah kenapa? Menggeletis semacam je aku tengok. Dah serupa ulat bulu pun ada.

Hahaha... Seri ketawa dalam hati. Beginilah agaknya pergaulan anak-anak orang ternama ya? Bebas. Pegang memegang tu dah jadi habit agaknya. Dah la pakaian macam tak cukup kain. Ni kalau aku pakai kat kampung macam ni. Mau tak tido malam Pak Hussin dengan Mak Mahani dibuatnya. Seri sembunyi senyum.

Ah sudah! Mata dah tak boleh kalih dari tengok si dia. Kenapa En. Tunang ni hot gila babas. Macam nampak hero hollywood la pulak. Rambut dia original coklat ke? Muka jangan katalah. Memang terbaik dari ladang. Body? Hmm... aku rasa ni telan dummbell ke. Bisep de, fuhhh!

Ok jangan tanya lebih-lebih sebab itu je sempat aku tengok. Yang lain-lain nak tengok of course la lepas kawin kan kan... ketawa jahat aku jadinya.

"Boleh ke Adam? Tak ganggu kau?" Soal Zein meminta kepastian. Sesekali gadis dihadapan Adam dikerling. Cantik! Memang cita rasa Adam. Tapi Cermin mata bulat dia tu... Semak aku tengok. But wait... Aku macam pernah jumpa dia. Tapi kat mana eh?

"Tak ganggu pun. Duduk la. Kami pun belum order lagi."

"Great!" Sepantas kilat Tasya mengambil tempat bersebelahan Seri.

"Kita order dulu... Then we talk." Zein terus dengan katanya.

Setelah semua menu dipilih tak lama minuman yang kami order sudah sampai ke meja. Seri yang sejak tadi canggung terus menunduk tanpa memikir keadaan sekeliling. Tasya sudah berlalu setelah dia meminta untuk ketandas.

Suasa seperti dikuburan.

Masing-masing dengan Smartphone. Kusyuk benar nampaknya. Sesekali Zein kerling Seri dihadapan Adam. Zein memulakan bicaranya namun hp masih ditatap.

"Thanks for replacing my shoes, bro. Aku memang mengelak nak jumpa perempuan tu. Entah apa lah yang Mama dan Papa aku fikir sampai dia sanggup tunangkan aku dengan perempuan macam tu. Low class..." Zein dengan prejudisnya.

Tergamam Seri dibuatnya. Kenyataan berani mati betul! Namun dia cuba beriak biasa. Markah ditolak habis atas pujian Seri terhadap lelaki itu sebentar tadi. Setakat handsome, badan tough saja, tapi otak tak ada. Tak guna. Tajamnya kata-kata zein tadi buat hati Seri bagai ditusuk dengan belati tajam. Sungguh perangai anak dengan bapak berlainan bagai langit dengan bumi. Mata ditala ke arah bar. Aksi barista dihapannya lebih menarik minatnya. So... this is it. Betullah yang aku fikir selama ni. Zein kena paksa. Bukan dia yang rela hati.

"So, how was she? Nerd sangat tak?" Soal Zein.

"Kau tak nak jumpa dia ke? Mana tahu lepas kau jumpa dia, kau akan tarik balik statement kau tadi tu?" Saja Adam mengajukan soalan itu. Mahu melihat reaksi Zein.

"Kau gila! Aku seboleh-boleh nak mengelak dari berjumpa dengan perempuan kaki kikis macam tu. Baik aku keluar dengan Tasya tu. Walau dia macam tu at lease taklah menyakitkan hati aku."

Oh! Kau suka ulat bulu tu dok menggeletis dengan kau. Huh! Dasar jantan. Sama aje. Pantang nampak dahi licin. Omel Seri dalam hati. Air epal hijau diteguknya sehingga separuh.

"Perempuan bro. Memang pantang nampak lelaki banyak duit sikit. Mula la nak menggedik. Lagi-lagi pangkat Tan Sri yang pinang dia. Confirmlah dia terus setuju. Aku gerenti la dia tu cuma nak kan harta dan nama je. Orang kampung kan... biasalah." Sambung Zein lagi tanpa sedar Seri sudah merenungnya tajam.

"Mana awak tahu dia kaki kikis? Tak pernah jumpa dia, tapi awak judged dia macam tu? Adil ke awak rasa?" Tak semena-mena kata keluar dari mulut Seri. Namun nadanya masih dikawal. Seri mencelah pun kerana dia sudah tidak tahan mendengarnya. Kalau kau tahu orang yang kau kutuk tu ada depan mata kau. Mesti kau terkejutkan?

"Who's she? Why is she interrupting our conversation?" Soal Zein bengang. Zein pandang Adam meminta penjelasan.

Adam berdehem seketika sebelum memulakan katanya. Kau pasti terkejut besar Zein. "Well... let me introduce you. This is Seri... Seri Ayuni." Muka Zein dipandang seketika. Buntang terus mata Zein mendengarnya. "Yes. And she's your fiance."

So yang aku kutuk dari tadi tu.... Arggg! Zein melihat Adam dan membuat memek muka seolah-olah berkata 'Why you're not telling me earlier?'

"No! Not anymore." Seri tenung muka Zein lantas tanpa melepaskan renungan itu Seri menanggalkan cincin berlian dijari manisnya dan diletakkan di atas meja makan. Tepatnya dihadapan Zein.

"Jangan ingat semua orang gilakan harta awak, Yang Mulia Tengku Zein Luftman. Dan bukan semua perempuan kampung sudi bersuamikan lelaki kerek macam awak ni... Please convey my regards to Tan Sri, Puan Sri and Datin. Adam... thanks for your kindness." Habis saya ucapan itu diberikan, Seri terus berlalu keluar dari kedai tanpa menoleh sedikit pun.

Dia sudah mengawal emosinya sehabis baik. Namun Zein tak habis-habis memandang sinis terhadapnya. Air mata yang sedari tadi tunggu masa saja mahu tumpah cuma dia tidak mahu air matanya jatuh dihadapan lelaki ego itu. Kaki dilajukan bila dia rasa ada orang yang mengekorinya dari belakang. Sesekali air matanya diseka rakus. Cermin mata dibuka dan tiba-tiba....

To be continue...

Share this novel

Qurratu._.
2021-01-01 23:22:02 

karakter Seri Ayuni ni...sama mcm aq...kuat mkn tpi x gemuk²

PinkRose
2020-09-12 00:44:20 

weh, untong la kuat makan tak gemok gemok. sis pulakpuas diet, tapi tak kuyus kuyus. *kesedihan!*


NovelPlus Premium

The best ads free experience