MHSA Bab 19.

Romance Completed 1157355

SETELAH agak lama Seri berehat didalam bilik. Seri bangun merenggang badannya. Telifon bimbit jenama Samsung Note 2 itu dicapai mahu melihat waktu.

Hah! Allahhuakhbar! Pukul 7 malam. Ya Allah. Aku tak solat asar lagi. Lambat sangat dah ni.

Berdesup Seri mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air. Tertutup sahaja pintu bilik air, sehelai demi sehelai pakaian ditubuhnya di tanggalkan lalu terus menuju ke shower room. Ikatan dirambutnya dilepas. Dibiarkan rambut yang hitam dan panjang mencecah punggung melepasi dibelakang tubuhnya.

Baru beberapa langkah, dia sudah mati langkah. Pegun terus tubuh kecil itu.

"Arrggggggggg!!!"

Mata Seri membulat. Dada sudah mahu pecah dibuatnya. Seluruh badan terasa sejuk. Lutut sudah lemah tak mampu menampung diri yang semakin berat dirasakan.

Dua mata itu bersatu. Masing-masing dengan peranannya sendiri.

Zein kaku didalam bath tub. Dia memang dari tadi berendam di dalam tub tersebut. Bila dia mendengar ada seseorang memasuki bilik air baru dia teringat akan Seri. Belum pun sempat mahu keluar dalam tub tersebut dia sudah dihidangkan dengan panorama yang hmmm... speeachless Zein dibuatnya. Bak patung cendana tapi tiada seurat benang ditubuh. Rambut yang hitam dan panjang juga menambah lagi keindahan diri wanita itu.

'View' tu memang tak dapat nak describe macam mana dah. Bak kata Zein, my eyes on you. Rugi nak pejam mata! Sekali seumur hidup dapat tengok view macam ni.

Seri pula sudah pucat bila Zein melihatnya tanpa berkelip sedikit pun. Kalau ditoreh kulitnya sekarang mungkin sudah tak mampu mengeluarkan darah. Semakin sejuk tubuhnya apabila dia diberikan senyuman penuh makna oleh Zein yang masih berada didalam bath tub.

"Mata tu... Mata! Arggg! Mata pandang tempat lain lah!" Ujur seri terketar-ketar.

Satu tangan menutup dada, satu lagi tangan menutup daerah kewanitaannya. Badan pula sudah mengiring ke sisi kiri.

Mak! Tolong...

Kenapalah asyik-asyik aku yang kena bala memalukan macam ni? Aku lagi sanggup mati lemas kat dalam pool tu daripada tengok pandangan Zein pada aku sekarang ni. Dah macam harimau nak menerkam mangsa pun ada.

Apasal aku tak sedar ada orang dalam bilik air tadi? Kan dah kena. Tak pasal-pasal malu sendiri.

Gulp! Air liur ditelan terasa perit serasa meneran duri bila Zein jungkit sebelah kening keatas bagai mentertawakan dirinya.

"Kalau aku tak nak... Kau nak buat apa? Orang dah bagi free show. Aku tengok je la puas-puas." Zein semakin giat menyakat.

"Come joint me. Sure we had funnnn..." Zein angkat kening double jerk.

"Tak hingin!" Seri ketap gigi.

"Ala... Rasa rugi la pulak lepaskan kau macam tu aje..."

Seri sudah berpisat-pisat ditempatnya. Mati aku!

Mahu lari mendapatkan tuala jauh pula. Karang nampak pula bahagian belakang tubuhnya. Nak lari ke tub, Zein ada kat situ. Apalah nasib kau ni Seri. Malunya! Manalah nak letak muka lepas ni... Seri, shame on you.

Zein sudah berkira-kira mahu lebih mengenakan Seri. Muka Seri pun dah macam udang kena bakar. Perlahan-lahan dia bangun dari dalam bath tub.

"Awak stop! Stop! Stay still... Don't move... Tunggu saya keluar dulu." Seri kalut beri arahan.

"Tutup la mata kau. Siapa suruh kau tengok. Ke? Kau memang nak tengok badan aku?" Zein semakin menggila gelakkan Seri didalam hati. Sambil bibir pun sudah tidak boleh menyimpannya. Sampai kembung pipinya menahan tawa.

Sebenarnya Zein masih mengenakkan boxer. Dia cuma mahu melihat apa reaksi Seri. Ingat aku ni naked ke dalam tub tu?

Seri pejam serapat-rapatnya. Tak mahu melihat pertunjukan percuma. Mana cukup tangan lagi nak tutup mata sendiri. Kedua tangannya sudah digunakan untuk protect tempat sensitif tubuhnya. Ditambah pula aku pun dah memalukan diri sendiri. Tak mahu menambah malu yang ada dengan melihat Zein tak berbaju.

Berbahang wajah Seri rasa.

Tubuh yang masih kaku bak patung itu, Zein hampiri. Air yang menitik dari tubuh dan rambutnya jatuh ke tubuh gadis itu. Kepalanya didekatkan ke telinga Seri. Bahu dari kulit mulus Seri, Zein pegang kejap. Dapat dia rasakan penolakkan gadis itu. Oleh kerana Seri pun sudah tidak boleh kemana-mana, maka dia hanyalah mengambil peluang yang terhidang elok dihadapan matanya.

"How dare you seduce me like this? Don't you  know how capable a man can be?"

Kata-kata itu bagai angin yang menghembus ringan ketelinga Seri. Meresap elok dari telinga terus keurat nadinya. Bagai darah yang mengalir keseluruh tubuh. Penuh sensual kedengarannya.

Selepas kata-kata itu diucap oleh Zein dia berlalu pergi meninggalkan Seri yang masih tegak berdiri ala patung cendana. Ada tawa kecil yang dilepaskan.

"Auuw!" Sepantas kilat tangan kiri Seri yang memegang dada sendiri beralih memegang tempat perit yang dirasakan saat ini.

Pijar punggungnya apabila ada tangan kasar yang melekap sepintas lalu disitu.

Apa dia baru buat tadi?! Tak kan lah?

Membulat matanya. Sempat lagi kau kan! Pervert!

***

Usai solat magrib dan qadha solat Asar, Seri turun ke dapur. Mahu menyiapkan makan malam mereka berdua.

Tadi tak sempat solat asar sebab terlajak buat berdrama 18sx dalam bilik air. Zein tak guna! Kalau bab macam tu cepat aje dia kan. Tak suka aku tapi tetap ambil kesempatan kat aku. Aci ke tuh!

"Eh! mama..." terkejut Seri.

Tak jadi dia ke dapur kerana sudah melihat Puan Sri Rania menghidang makanan di atas meja makan.

Terus dia menyalami ibu mertuanya itu. Kepala Seri diusap sayang.

"Bila mama balik? Kata stay Kuantan?" Seri menyoal kembali.

"Mama balik petang tadi juga. Lepas Zein bagi tahu yang Seri lemas. Terus mama ajak papa balik sini. Risau mama ni tahu tak. Seri dah sihat ke? Kalau tak sihat tak payah la turun bawah. Mama boleh hantar dalam bilik." beritahunya. Tangan Seri di tarik dan didudukkan di kerusi makan. Lalu dia juga mengambil tempat disebelah Seri.

Seri diam menunduk. Bermain jari-jamarinya yang berada atas riba.

"Mesti mak dengan bapak dah tahu juga kan, mama? Mereka mesti risau. Seri minta maaf sebab dah susahkan semua orang. Terutama anak mama. Seri tak tahulah kalau Zein tak ada tadi. Mungkin Seri dah ma..."

"Jangan sebut benda-banda tak elok Seri. Seri tak susahkan sesiapa pun dalam rumah ni. Seri dah jadi tanggungjawab kami dah. So stop saying that you're burden to us. Yang ada kami semua gembira bila Seri ada sini. Sekurang-kurangnya mama ada kawan berbual."

Seri angguk sekali. Sungguh dia terharu dengan layanan mak mertuannya saat ini. Seakan diri tak layak menerima layanan sebaik itu.

"Kita tunggu papa siap solat ya. Lepas tu kita makan sama."

Seri hanya dapat memberikan senyuman. Dia masih lagi rasa canggung  dengan layanan itu. Selalu kalau bukan mak, dia yang akan menyediakan makan malam untuk semua. Kerana bapak agak memilih dalam bab makan.

"Err... Zein mana ma?" Soal Seri sambil menuang air oren kedalam gelas. Ada 3 pinggan dan gelas saja dimeja makan. Bermakna hanya sorang saja tiada. Dan itu pastinya Zein.

"Zein tak beri tahu kamu kemana dia pergi ke? Tadi dia bagitahu mama, dia kata dah bagi tahu kamu."

"Hah? Oh! Mungkin Seri tak dengar sebab tadi Seri mandi."

Mungkin masa aku mandi tadi dia keluar, sebab masa aku solat dia dah tak ada.

"Dia jumpa kawan dia. Katanya nak settle hal hotel. Munkin dia balik lambat."

"Oh..."

"Seri. Kamu dah sihat ke?" Soal papa yang baru muncul ke ruang makan.

Aku pandang papa sambil tersenyum.

"Dah pa. Alhamdulillah."

"Hmm... baguslah. Kalau ada sakit kat mana-mana jangan diam saja tau. Beritahu mama papa atau Zein." Pesan Tan Sri Zuriman.

Seri angguk dan memberikan senyuman kepada ayah mertuanya. Terharu pula rasa. Layanan keluarga ini sama seperti mak dengan bapak. Tak kurang sikit pun. Sekurang-kurangnya rasa rindu pada mak Dan bapak sedikit berkurang dengan layanan mesra mereka pada aku.

Usai makan malam. Kami semua berkumpul diruang tamu. Sambil berborak-borak kami dikejutkan dengan kedatangan Datin Juwita bersama anak tunggalnya, siapa lagi kalau bukan Adam Khaair.

Mama papa saling bertanya kabar. Tak lupa Adam.  Mereka sempat bercerita kemeriahan majlis di pihak perempuan. Tidak kurang satu pun walau dirai dengan serba sederhana. Datin Juwita juga mengagumi cara mak mengurus tetamu  dan makanan untuk semua. Walaupun majlis kami dibuat secara mengejut, namun mak tetap mahu memasak untuk majlis aku dan Zein. Kata mak 'biarlah mak masak untuk majlis Seri agar lebih berkat. Dan berkatnya itu mak diberikan kepada aku dan Zein supaya rumah tangga kami kekal hingga ke jannah.'

Memang aku cukup berbangga dengan mak. Walaupun sibuk, mak masih sempat menyiapkan segala juadah dari makan beradap hinggalah makanan untuk tetamu seramai 300 orang. Dan yang paling mengembirakan aku bila semua yang hadir kemajlis kami kenyang dan memuji masakan mak.

Tengoklah mak siapa kan.

"Termenung apa?" Tiba-tiba soalan itu keluar dari mulut Adam.

Aku terpinga-pinga. Eh, mana semua orang? Tak kan aku dengan Adam je ada kat ruang tamu ni? Terjengah-jengah aku mencari kelibat mereka. Segan la pula berdua je dengan dia ni. Hisy, mama ni tinggalkan aku pula.

"Mak ngah dengan Mak long kat dapur. Pak Ngah pula kat bilik bacaan. Seri termenung apa sampai tak dengar dia orang bagi tahu tadi?" Beritahu Adam.

Aik macam tahu pula aku cari siapa. Hmm... kuat juga instinct dia ni.

"Seri dah ok? Macam mana boleh jatuh kolam?" Soal Adam lagi setelah aku tak beri respond pada katanya.

"Ha? Err.. Tergelincir." Tipu aku pada Adam.

"Ke excited jumpa pool, tak fikir panjang terus terjun." Adam dengan tawanya. Tapi dapat didengar oleh Seri.

"Tak lah. Memang tergelincir. Nasib Zein sempat selamatkan saya."

"Seri tak pandai berenang?"

Seri geleng saja.

"Tak nak belajar. Saya boleh jadi personal coach awak."

Krik... krik... krik... krik...

Cengkerik dah bunyi.

Awkward-nye rasa. Seri jadi serba tak kena. Rasa nak masuk dalam bilik pulak. Baik tidur dari dengar benda-benda tak mendatangkan faedah macam ni. Tapi tak sedap pula sebab dia tu tetamu. Bukan ke tetamu perlu diraikan?

"Seri bahagia dengan Zein?"

La... apesal mamat ni? Tanya soalan nak cari mati ke apa? Habis kalau aku cakap tak bahagia, dia nak buat apa?

"Kalau Seri tak bahagia, abang akan minta Zein ceraikan Seri and abang sanggup ambil Seri jadi isteri abang."

"Tengku Adam Khaair!" Habis berdengung satu rumah bila aku terjerit. Aku sendiri tak sedar macam mana aku boleh menjerit kuat macam tu. Habis hilang keayuan aku. Aku tak peduli orang dalam rumah ni dengar aku jerit. Betul-betul bengang aku dengan kata-kata Adam tadi. Ni semua Adam Khaair punya hal.

First, aku terkejut sebab dia seolah-olah boleh dengar kata hati aku.

Second, ada hati nak suruh Zein ceraikan aku dan take over jadi suami aku?

Third, bila pula tukar gelaran dari Adam jadi abang?

Semua tu gilalah Adam Khaair!

Aku pejam mata lama. Minta ion-ion positif dicas ke dalam badan aku secepat mungkin. Sebab kalau lambat, aku risau si Adam Khaair ni aku halau keluar dari rumah ni. Tak pedulilah dia tu anak saudara Tan Sri atau bukan.

"Tengku, boleh tak Tengku tak payah sibuk hal saya. Bahagia atau tak itu bukan urusan Tengku. Lagipun kalaupun saya bercerai dengan Zein sekalipun, Tengku tetap bukan pilihan kedua saya. Saya harap Tengku tak ungkit lagi hal ni. Saya hormatkan Tengku. Jadi saya nak Tengku pun hormatkan saya juga sebagai mana saya hormatkan Tengku sebagai sepupu suami saya."

Berdesing telinga Adam bila Seri menggelarkannya dengan panggilan terhormat itu. "No! And stop calling me Tengku. You are still my responsibility. Yet I'm in love with you since first time we've met. Yes I know it was wrong to have feeling towards my cousin's wife. But I can't take it out. It's already spread all over my heard. And its been ingrained." Ujur Adam dalam kepala menekur kelantai.

Seri juling mata keatas.

Orang nama Tengku Adam Khaair ni memang jenis tak paham bahasa ke eh? Punyalah ramai perempuan dalam dunia ni, isteri sepupu sendiri juga dia nak.

"Saya rasa untuk kebahgian Tengku, lupakan saya. Saya memang tak boleh jadi milik encik walau macam mana pun. Tolong la sedar. Saya pun tak nak Zein pandang serong pada Tengku sebagai sepupu yang paling dia hormat."

Adam sengeh sinis. Matanya dialihkan ke layar TV kemudian kembali semula ke wajah Seri.

"You rasa Zein akan terima you? Jangan mimpilah. Lagipun Zein cinta mati dengan ex-wife dia. Now his ex-wife has returned. I rasa mesti dia dah datang sini jumpa Zein. So melopong la you kan? Kesian you kan. Mengharap kasih pada yang tak sudi." Sengaja Adam mengapikan hati Seri. Semua itu demi membuka mata wanita itu yang mencintai Zein adalah kerja sia-sia.

Arrrr!!! Ade aku bertukar jadi HULK kejap lagi. Mulut pun boleh tahan pedas. Aku kasi cili juga mulut dia ni nanti.

"Zein terima atau tidak itu pun bukan urusan Tengku. Kalau dia cintakan ex-wife dia, saya boleh buat apa? Kalau dia nak balik sekalipun dengan ex-wife dia saya akan izinkan. Jadi kat sini memang Tengku tak payah nak sibuk pun. Tengku ingat dengan bagitahu saya semua benda ni saya akan benci Zein?" Seri menggeleng.

"Saya terima apa saja yang Allah dah tentukan dalam hidup saya. Sebab saya terima qada dan qadar. Tapi selagi saya milik Zein saya akan usaha jaga hubungan kami. Saya minta Tengku buang jauh perasaan Tengku pada saya. Sebab ia akan buat saya tak selesa lebih lagi mencintai isteri orang adalah berdosa."

Lama Adam diam. Berfikir mungkin. Bagus la kalau betul.

Adam kembali mendapat wajah Seri. Adam duduk melutut di hadapan Seri sambil kedua tangannya menongkat pada permaidani.

Seri bungkam. Matanya terbuka luas. Ni nak apa pulak dia duduk macam ni?

Pergelangan tangan Seri yang waktu tu diatas ribanya, Adam genggam kemas.

Makin melopong Seri dibuatnya. Seri cuba tarik sekuatnya. Tapi makin kejap pula cengkaman itu.

"Lepas la... Sakit!" Seri menyeringai kesakitan.

"Seri, I tetap akan tunggu Seri. Kalau pun itu tak pasti bila, I tetap akan tunggu. I love you so much..."

"Ehem... ehem..."

Serentak dengan itu cengkaman Seri, Adam lepas.

Kami menoleh pada suara itu.

Zap!

Dada Seri macam nak pecah saat matanya bersabung dengan mata Zein. Pandangan Zein padanya saat ini, seakan menahan marah yang begitu hebat. Mata Dan mukanya sudah memerah.

Adam pula sudah hanya buat muka toya.

Seri semakin sakit hati melihatnya. Macam tak bersalah pulak. Dia yang buat aku jadi macam ni. Sekarang buat tak tahu. Pengecut! Aku benci kau Adam Khaair!

Share this novel

anifta
2019-07-27 17:21:45 

y p7uy6m 8p


NovelPlus Premium

The best ads free experience