"Rin banggunlah". Jiji mengejutkan aku.
"Kau nak nak tidur berapa lama ni.
Aku dah bosan tunggu kau banggun tidur"...Kata Jiji.
Aku bangun menggeliat dan terus duduk.
"Ehhh? kau tak tidur ke Jiji?" Tanya aku! Bila melihat Jiji didepan mata.
"Aku tak boleh nak tidurlah Rin. Jom lah keluar dah nak dekat pukul 3 ni". Kata Jiji.
"Hurmmm kau mandilah dulu Jiji!
Kalau dah keluar ni, Mau malam baru kita balik".
Aku memandang Jiji dengan wajah kelat.
"Kau ni kann ada ada je lah!
Ok lah, aku mandi dulu".
Kata Jiji dan terus banggun masuk kedalam bilik untuk mengambil tuala dan mandi.
Aku pula masuk kedalam bilik.
Ternampak Mil yang masih tidur.
Lena betul dia tidur.
Aku masuk kedalam bilik air yang ada didalam balik.
Aku mandi dan bersiap.
Bila sudah bersiap aku keluar dari bilik.
kebetulan Jiji juga keluar dari bilik.
Jiji memandang aku dari atas hingga kebawah.
"Eh kau ni tak sejuk ke Rin?
dengan singlet berseluar pendek lagi".
Tanya Jiji yang berkerut wajahnya bila melihat cara aku berpakain.
Aku memandang Jiji.
"Hurmmm, habis yang kau pakai seluar pendek tu tak apa?"
Aku dengan Jiji sama sama ketawa.
"Tapi aku pakai sweater sayang".
"Kejap lagi aku pakailah jacket.
Ni kan aku ada bawa jacket jeans ni.
lagi pun aku pakai kasut dengan stokin! Tak adalah sejuk sanggat". Kata aku kepada Jiji.
"Ok ok cik adik! moh lah kita keluar.
Dah nak pukul 3 lebih". kata Jiji.
"Ok cik abang sayang!
Moh leeeee".
Sampai sahaja dipuncak paling atas.
keadaanya berkabus.
Bila aku keluar sahaja dari kereta!
Pehhh dia punya sejuk! Sampai ketulang.
Aku mencapai jacket dan menyarungkannya.
Tak tahan aku sejuk macam tu! Boleh beku kot. Aku betul betul tak sangka! Keadaan diatas! Betul betul sejuk.
"Sejuknya Jiji!
Aku betul betul tak boleh tahan". Kata Aku sambil memeluk lengan Jiji.
"Itu lah! nasib baik aku pakai baju lengan panjang.
Kaki aku ni pun dah nak beku".
Kata Jiji sambil ketawa melihat aku yang memeluk lengannya.
"Sini aku peluk kau sambil jalan". kata Jiji.
Lalu Jiji memeluk aku hingga ke tempat masuk First World.
Terasa hangat badan Jiji, bila memeluk aku.
Tiba tiba ternampak Pit dengan Moon.
Tengah berjalan jalan berpimpin tangan.
Mereka juga turut hendak masuk kedalam first world.
Jiji menegur Pit.
"Oi pit, punya lah lama keluar! baru sampai sini ke? tanya Jiji". Sambil memeluk aku yang kesejukan.
Pit memandang aku yang di peluk oleh Jiji.
"Tadi aku pergi jalan jalan dekat premium outlet. Ni moon nak shopping.
Itu yang baru sampai sini!"
kata Pit sambil tersenyum.
"Ni kenapa berpeluk peluk?" Tanya Pit lagi.
"Itu lah, aku dah cakap dengan dia, jangan pakai macam ni sejuk.
Haaa kan dah suruh aku peluk".
Kata Jiji membuat lawak.
"Ehhhh kau ni! Bukan kau ke tadi yang nak peluk aku? heheheh!" Aku ketawa sambil mencubit Jiji.
"Cepatlah masuk kedalam mall! Dahlah sejuk ni"... Ajak aku.
Kami berempat masuk ke dalam First world.
Kami berjalan masuk bersama sama.
"Pit jom jalan sama sama?"
Ajak Jiji.
"Kita orang nak lepak makan!
lepas tu nak main judaikan Rin". kata Jiji sambil tersengeh.
"Banyaklah kau punya judi". Kata aku sambil mencubit peha Jiji.
"Ok jugak follow korang". Kata Pit.
"U macam mana! Ok ke? kita jalan jalan dengan Jorang?" Tanya Pit kepada Moon.
"I ok je!" kata Moon sambil tersenyum.
Hisss! Apalah Jiji ni! sebok pula dia ajak mereka lepak sekali.
Baru aku inggat nak lepak berdua sahaja.
Ramai ramai semak lah.
Hurmmm tak apa lah!
Bisik aku di dalam hati.
Kami masuk kedalam dan mencari kedai makan,
Banyak sungguh kedai makan dekat dalam ni...
"Kita makan dekat sini je lah!"
kata Jiji sambil menarik tangan aku.
Pit dan Moon juga turut masuk ke dalam.
Dalam banyak banyak kedai makan! Jiji pilih makan ini. Hurmmm Jiji Jiji...
Aku tersenyum di dalam hati bila Jiji ajak makan Mcd.
Shah Alam pun melambak Mcd lah Jiji oi! hurmmm layankan aja lah mamat ni... Bisik aku lagi.
"Kau nak makan apa? aku belikan". kata Jiji kepada aku.
"Hurmm aku nak bugerlah Jiji".
"Ok" kata Jiji.
"Jom Pit beli makan". Ajak Jiji..l
"U nak makan apa?" Tanya pit kepada Moon.
"I nak makan ayamlah sayang.
Tapi i nak yang pedas ye".
kata Moon kepada Pit.
Pit hanya tersenyum dan berlalu pergi bersama Jiji kekuanter untuk membeli makanan kami.
Share this novel