"Heiii kenapa tidur luar?" Tanya Pit kepada Rin.
Aku tersedar dari tidur bila Pit duduk dipenghujung kaki aku.
Huwaaaaa aku menguap.
"Opsss sorry sorry". Aku tersenyum memandang Pit.
Dah pukul berapa Pit?"
"Dah pagi dah, pukul 7.30pagi cik adik sayang...
Kenapa tidur sini?" Tanya Pit lagi.
"Malam tadi borak borak dengan Jiji, malam tadi terus tertidur dekat sofa ni".
Aku memandang kepada Jiji yang juga tersedar, bila Pit mengejutkan aku.
"Aku nak mandilah Pit.
kejap lagi nak keluarkan?"
Aku tersenyum memandang Pit.
"Ok lah" jawap Pit.
Aku terus masuk ke dalam bilik..
dan terus masuk kedalam bilik air.
Kenapa lah aku tak selesa bila bersama si pit ni. Betul ke pilihan aku ni?
Bila aku bersama pit, aku jadi tak selesa, takut dari segala hal.
Aku takut tidak dapat mengawal nafsu aku, kalau Pit kerap menyentuh dan mengoda aku.
Hurmmm tak pahamlah dengan hati ni.
Tapi yang penting dia dah jatuh dalam gengaman aku.
Sambil aku ketawa sendiri.
Bukan ni ke yang aku nak? dari mula masuk ke kolej?
Bila terpandang wajahnya lalu depan mata aku. Terpendam dalam hati ini. Satu hari nanti kau pasti jatuh ketangan aku...
Lepas mandi aku bersiap, dan keluar dari dalam bilik air dan terus masuk kedalam bilik.
Aku memakai singlet dan berseluar pendek.
Senang nak buat kerja nanti.
nak mendaki Afamosa lagi.
Fikir aku di dalam hati.
Aku keluar dari bilik dan terus duduk diruang tamu.
Semua sudah bersiap sedia untuk kelokasi projek kami.
Bib Bib
Watsap handphone aku masuk.
Tertera nama Jiji.
Aku berkerut dahi dan memandang Jiji dihadapan aku dan memandang semula kescreen handphone
* Dear boleh tolong tak?
Boleh tak tukar, seluar dengan baju kau tu.
Aku rasa tak berapa sesuailah beb.
Kita nak ke rumah orang tua Pit.
"Not good like that dear"
tulis Jiji.
First time dalam hidup aku ada yang menegur cara pakaian aku.
Aku tersenyum memandang Jiji.
Jiji juga tersenyum.
"Korang masuk dulu van, aku nak masuk bilik jap".
kata aku kepada mereka.
Aku memakai seluar legging sport.
dan memakai Tshirt body Sport yang memutup paras bontot aku.
"Ok kot". Kata aku didalam hati.
"Nampak ketat sikit, tapi ok lah kalau nak mendaki anak tangga nanti.
Aku keluar dari rumah dan mencapai cap yang aku letak di atas meja.
"Ehhh, bertukar tukar pula ni". kata Mil.
Aku hanya terseyumm.
Aku memandang terus ke Jiji.
Jiji juga tersenyummm.
"Ehhh kenapa tukar baju ni?" Tanya Pit.
"Tak ada apa apa.
kita kan nak mendaki anak tangga yang banyak.
baju ni lebih suai kannn?"
kata aku kepada Pit.
"U pakai apa pun tetap cantik". kata Pit.
Aku hanya tersenyum.
Kami meneruskan perjalanan ke tempat tempat yang dirancangkan malam tadi.
Bersejarah sungguh melaka ni.
bisik hati aku.
"Wahhh aku nak naik beca?"
kata aku kepada semua.
Bila terpandang banyak beca di tepi tepi jalan.
"Ok nanti kita naik ye Rin" kata Jali yang duduk didepan seat aku dan Pit.
Sham yang memandu kali ini.
kerana Sham lebih arif tentang tempat ni.
Bermulalah projek ke dua kami.
Melawat tempat tempat yang bersejarah.
Jiji pula mengambil gambar dari setiap sudut. Dari afamosa hingga keMuzium kapal dan Muzium tentera.
Jiji begitu teruja menangkap gambar gambar disitu.
Tanpa menghiraukan kami, yang ketawa ketawa bersama pasangan masing masing.
"Aku rasa projek ke2 ni paling seronok". kata aku kepada Pit.
"Melaka ni tempat paling sesuai buat kajian projek kita.
Aku harap dapatlah markah lebih untuk group kita ni".
Kata aku lagi kepada Pit.
"Kau jangan risau, aku jamin, group kita adalah yang terbaik".
kata Pit, yang begitu yakin.
lebih 3jam kami menjalankan projek disitu
Terasa letih sanggat.
"Ok korang jom balik makan rumah mak aku". Kata Pit.
"Hurmmmm, bahagian ni aku suka". kata Jiji, sambil tersengeh.
"Ok laparkan, dah jommm". Ajak Pit.
Masing masing masuk ke dalam van dan terus kerumah Pit.
"Cantiknya rumah kau Pit.
Suasana kampung dengan rumah kayu dan bertanggakan tangga batu yang diukir cantik.
Wahh, aku suka sanggat beb, suasana rumah kau ni Pit".
Aku begitu teruja dengan keindahan rumah Pit. Sempat aku mengambil gambar dari setiap sudut, diluar rumah Pit, bila sampai sahaja dihalam rumahnya.
"Fist time aku tengok suasana rumah macam ni beb".
kata aku lagi.
"Dekat KL mana ada semua ni".
kata Pit. Sambil mencubit pipi aku.
"Hurmmm memanglah tak akan jumpa rumah macam ni". Balas aku kepada Pit.
Share this novel