bab4

Romance Completed 3090

Pit banggun dari tempat duduknya dan terus duduk disebelah aku.

Berdebar pula bila Pit duduk di sebelah.

"Ok korang". 
kata pit.

"Korang dari mana ye?
Maksud aku korang orang mana?"
Tanya Pit, sambil memandang aku.

"Aku orang gombak".
Aku memusingkan badan memandang Pit dan memandang Moon yang tengah sebuk bermain handphonenya.

Nita pun orang Kl juga.
Cuma Mil orang singapura"...
jawap aku lagi.
Pit begitu tekun memandang aku. Bila aku bercakap! Membuatkan aku betul betul rasa tak selesa.

"Ohhh orang singapura ye!
Patutlah cantik" kata Jali.
Sambil tersenyum memandang Mil yang duduk disebelahnya.

"Thanks wak.
Awak pun ape kurangnya.
handsome jugak". balas Mil.
Sambil tersenyum malu.

"Ok! sekarang ni tak payah nak senyum senyum sangat.
Korang pula orang mana?"
Tanya NIta.

"Aku orang melaka! jawap Sham.
Pit pun orang melaka! Sama dengan aku".
kata Sham lagi.

"Saya dan Jiji pula orang utara". kata Jali, sambil tersenyum senyum.
Tak lepas matanya memandang Mil.

"Kalau kita ada jodoh! Jauh lah mak ayah saya nak ke rumah keluarga awak kan!" kata Jali kepada Mil, sambil tersengeh macam kerang busuk.

Tergelak kami yang duduk di sofa.
Bila mendengar Jali menbuat lawak.
memang pilihan Mil tepat.
Jali memang seorang yang riang.
penyeri majlis mamat ni.

Tiba tiba Moon banggu dari tempat duduknya dan terus kepada Pit.

"Sayang, i nak keluar jap... Nak jumpa kawan dekat luar.
Nanti i datang balik".
Kata Moon kepada Pit
Pit hanya menggangukkan kepalanya.

'Cantik girlfrend kau".
kata Aku kepada PIt.

Aku berpura pura memuji awek Pit. Padahal tak lah cantik mana pun.
Sebab diberkulit putih, itu yang dia nampak cantik.
muka boleh lahh.

"Kawan je" Balas Pit.

"kau pun cantik juga!
kenapa aku tak pernah nampak kau sebelum ni.
Sedangkan kita satu kelas".

"Kan aku dah cakap.
Aku bukan hot sanggat, sampai semua orang patut nampak atau kenal kami"
Aku memerli Pit! Pit tersenyum.

"Kalaulah kau tahu! aku suka dekat kau dari mula mula aku masuk kekolej! Apa agaknya reaksi kau?"
Bisik aku di dalam hati.

"Ok mula mula kita kena buat kajian tentang latar belakang tempat tempat yang kita akan pergi nanti.
So kita akan berjumpa lagi dilibrary kolej minggu depan hari rabu.
Everyone must come tak nak alasan.
Sebab kita kena buat kajian sebelum pergi ke tempat yang kita akan pergi nanti". kata Jali, selaku ketua yang kami lantik.

Masing masing mengganguk tanda faham.

"Malam ni kita lepak lepak je ok.
Jangan nak tenson sangat tentang projek kita. 
Kita buat fun fun je nanti, tapi berhasil.
Ok siapa nak berkarok silakan".
Kata Jali lagi...

Jali mengajak Mil jalan jalan di luar.
entak kemana jorang nak pergi.
Mil pula mengikut Jali.

Jiji pula berkarok seorang diri.
sedap suara Jiji.
Aku terseyum bila Jiji memandang aku.
Nita pula! sebok berborak dengan Sham, sambil ketawa ketawa.
Pertama kali aku tengok Nita berborak dengan lelaki.
Selalu dia macam mak mak sikit.
Ada saja nak dibangkangnya.
Kalau dah membebel, habis telinga aku dengan Mil boleh pecah.
baguslah! kalau dia dah boleh berkawan dengan lelaki.

"Kau nak nyanyi lagu apa?
Aku carikan". Kata PIt.

"Ehhh tak pe lah pit, aku tak berminta"

"Jangan macam tu, kita berduet nak?"
Ajak Pit lagi.

Aku tersenyum memandang pit.

"Its okay, i don't want. i'm not interested lah darling".
Aku memandang Pit.
Pit tersenyum, bila aku memanggilnya darling.

"Hurmmm! tak apalah, orang tak sudi". kata Pit.

Bukan tak suka dear, but i dont like singing.
Suara tak merdulah Pit.
Kalau menari aku suka".
Aku memberi alasan.

"Ohhhh, awek disco lah ni!
Nanti minggu depan kita pergi, nak ke?"
ajak Pit.

"Hurmmmm bolehhh, tapi kena pergi ramai ramai.
Tak bolehlah pergi berdua! Nanti kena gosip hehehhe" aku melawak bangang...

"Kau kan dan ada girlfrend.
Its not good beb! kita keluar together" 
Kata aku sambil tersenyum.

"Ohh ok! kita keluar ramai ramai minggu depan".
kata PIt.

Moon masuk semula kedalam bilik karaoke dan menarik Pit yang duduk disebelah aku.
Pit seakan akan tak senang dengan kehadiran Moon.

Aku pula, buat tak tau sahaja..l
Orang dah ada awek! Buat apalah nak dok fikir fikir! Biarkan lah dia. 

Lagi pun aku baru putus dengan Ely.
Tunggu tunggulah dulu kalau nak cari peganti pun.
Nak kejar hak orang buat apakan. Buat semak otak je.

Tiba tiba Jiji memasang lagi slow dance.
sambil menyanyi.
Jiji menarik aku, untuk menari denganya.

Aku merangkul leher Jiji.
Jiji pula memeluk sebelah tangannya dipinggang aku.
Manakala sebelah lagi memegang mic.
Sambil menyanyikan lagu

"we were just kids when we fell in love"

Mata Jiji tak henti henti memandang aku.
Aku menari mengikut rentak lagu yang dinyanikan oleh Jiji! Begitu romatik Jiji.
Sham juga menarik Nita menari bersamanya.
Nita agak selesa dengan Sham.

Moon mana boleh lepaskan peluang, dia pun menarik Pit dan memeluk Pit erat erat ketika menari.

Pit juga memeluk Moon dan mata pit juga, tak henti henti memandang aku dan JiJi.

Aku tau kau dah mula suka dekat aku kan!
Itu lah kuasa aku kalau kau nak tau.
Mamat belagak macam kau pun, aku boleh tundukkan.
Aku ketawa dalam hati! sambil memandang Jiji semula.

Bila part melodi sahaja masuk, Jiji mengunakan mic dan berbual dengan aku.
Aku tersenyum melihat Jiji yang seakan akan mahu satu bilik dengar! Dia berborak dengan aku...

"Rin, kau cantiklah".
kata Jiji.
Sambil mamandang aku.

"Sudahlah cantik, seksi pulak tu!
Kenapa aku tak jumpa kau dulu?
Kalau tak, sudah lama aku suruh mak aku hantar rombongan meminang". Sambung Jiji lagi sambil ketawa... Bergegar spiker bila Jiji ketawa.

"Cik abang!
Terima kasih puji puji saya.
Tapi cik abang! Aku ni tak berminat nak bercinta.
Cik abang kena cari orang lain".
Kata aku sambil ketawa.

PIt, Moon, Nita dan Sham ketawa bila aku dengan Jiji membuat lawak sambil menari.
Seronok juga lepak dengan jorang ni.
Hampir 3 jam kami disini.
Aku menbuat keputusan untuk pulang kerumah.
Kerana hari dah lewat.
Aku mengajak Nita dan Mil balik.
Mereka juga bersama sama mahu balik kerumah sewa masing masing.
Rupanya mereka berempat juga duduk satu rumah.
Cuma Jali dengan Pit sahaja yang ada kereta.
Yang lain semua pakai motor.
Pit menghantar Moon balik kerumah.
Manakala yang lain menaiki satu kereta dengan Jali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience