Selepas semuanya bersiap, aku dan yang lain keluar dari rumah, untuk kelokasi projek yang tergendala semalam.
Aku duduk bersama Jiji di dalam van.
manakala Pit, sebok dengan Moon ditalian.
Terseyum aku melihat gelagat Pit.
Sejak aku bagi tau, yang aku tak mahu dia.
Di sering update kemana sahaja di pergi dengan Moon.
Seronok, bila lihat Pit, ketawa ketawa semasa didalam talian, bersama Moon.
Aku tersenyum melihat Pit.
Moga mereka kekal bersama.
"Ehhh apa yang kau senyumkan ni Rin tanya Jiji.
"Hurmmmm, tak ada apa apa".
Jawap aku.
Tiba tiba mak Jiji call.
Jiji menjawap pangilan maknya..
Selepas mereka berborak ditalian, Jiji meletakkan handphonenya dipeha sambil memandang aku.
Sambil tersenyummm. Berkerut dahi aku melihat Jiji terseyum seyum.
Tiba tiba Jiji berteriak.
"Yehoo!
korang semua, dengar sini".
Jiji memekik.
Masing masing memandang Jiji.
"Kenapa kenapa?" Tanya Sham.
"Korang, mak aku dah pergi merisik Hana.
Kan bulan lepas aku suruh mak aku merisik dia.
Malam tadi baru mak aku pergi rumah dia. Dia setuju beb.
Happynya aku.
Bulan depan kami bertunang".
kata Jiji lagi.
Tersentak hati aku! Bagi ditikam dengan pisau yang tajam, menyusuk hingga kejantung aku.
Masing masing sebuk wish tahniah kepada JIji.
Aku pula hanya keliru.
Apa yang dia cakap ni.
Aku tak fahamm?
Kenapa di tak cerita dengan aku pasal dia nak bertunang.
Aku betul betul bercerlaru.
Siapa aku dari pandangan mata dia?
Kalau dia sudah nak bertunang,
kenapa dia kacau hati dan jiwa aku?
Kenapa dia layan perasaan aku?
aku betul betul bercelaru.
"Tahniah"
Sambil aku bersalaman dengan JIji.
Jiji tersenyum memandang aku.
Aku perpusing ke tepi tingkap van, sambil memandang keluar.
Kenapa dia buat aku macam ni?
Aku teringat semula saat aku kenal Jiji 3 minggu yang lepas.
Kata kata yang keluar dari mulutnya semua gurawan semata mata ke?
Aku betul betul rasa ditipu.
Hati aku ingin sangat menjerit didalam van itu.
Selama ni segala puji pujian,
nasihat nasihat yang dia berikan, hanya nasihat sebagi seorang kawan sahaja ke?
Tapi kenapa dia mengucapkan kata kata cinta.
ayat "aku juga sayang kau" apa kah ertinya?
Apa yang dia nak dari aku?
Kenapa hati aku di permainkan?
Aku menangis didalam hati.
Sampainya hati dia. Setelah aku memutuskan cinta selama ini aku pendam terhadap Pit.
Hanya kerana mula cintakan dia.
Tapi pengakhiranya sungguh memedihkan hati aku.
Hati aku terasa nak meraung.
"Heii, kenapa kau diam je ni Rin?" Tanya Jiji.
"Tak ada apa apa Jiji, aku tak sehat.
kepala aku pening".
Aku mencari alasan, supaya tidak
berborak dengan Jiji.
kalau aku berborak dengan dia, hati aku akan bertambah sakit.
"Apa!! kau pening?
nak aku picit ke?
nak ubat ke?"
Tanya JIji.
"Ehhh, tak payah. Aku tak nak semua tu.
Aku just nak berehat sahaja".
Kata Aku kepada JIji.
Jiji mengerutkan dahinya.
Sambil memandang handphonenya semula.
Sambil terseyum melihat screen handphone.
Sampai dilokasi, kami memulakann projek yang tergendala semalam.
Kami berpecah mencari cerita cerita yang menarik.
"Jomm cari bahan dengan aku?"Ajak Jiji.
"Hurmmm, tak pe! kau pergi dengan PIt ye.
Aku nak ke tempat lain".
Kata aku kepada JIji.
"Aku ikut kau?" balas Jiji.
"Ehhh tak apa!
kau pergi dengan Pit.
Akuuuuuu.... aku sakit perut. Aku nak ketandas.
Nanti aku cari kau dengan Pit.
Aku watsap kalau tak jumpa".
Aku mencari alasan supaya Jiji jangan ikut aku.
Aku nak bersendirian.
"Ok Rin, nanti kau cari aku ye?
Aku ada sini sini je cari bahan".
kata Jiji.
Aku hanya tersenyumm.
"Jomm Pit" Ajak Jiji.
Mereka berdua berlalu pergi.
Aku menagis sepuas puasnya bila mereka semua berpecah.
Ini yang aku nak buat dari tadi.
bisik aku didalam hati.
Sambil berjalan seorang diri.
mengingatkan semua memori memori indah bersama Jiji. Walau pun hanya 3 minggu perkenalaan kami.
Tapi sungguh terkesan dihati aku.
Untuk apa, selama 3 minggu itu dia melayan perasaan aku? Sungguh kejam kau Jiji.
Aku meneruskan perjalan tanpa hala tuju.
Terlihat satu banggunan lama, yang masih lagi beroperasi.
Menjual banyak baju kebaya baba nyonya.
sungguh cantik.
Terdapat juga barang barang lama yang masih cantik dan dijaga dengan baik.
Aku meminta kebenaran tukang kedai untuk mengambil gambar semua barang untuk perojek aku.
Dan bertanyakan tentang barang barang sejarah dan latar belakang barang barang tersebut.
Pemilik kedai seorang lelaki melayu yang agak berusia. Dia melayan aku dengan baik.
Dia juga menunjukkan aku koleksi koleksi keris keris lama.
Sungguh memukau ukuran tersebut.
Aku mula lupa dengan masaalah aku.
Aku mengambil gambar dengan handphone aku dan merekod pebualan kami.
"Anak!
Anak ada masaalah ye?"
Tanya pakcik itu.
Aku agak terperanjat. Macam mana lah pakcik ni boleh tau. Aku masih lagi merecod perbualan kami.
"Pak cik tau kamu ada masaalah!
pandangan mata kamu, menceritakan segala galanya".
Aku melihat pakcik itu begitu misteri.
Macam mana dia boleh tahu hanya memandang mata aku.
Aku haya tersenyum memandang pak cik itu.
"KAmu kena kuat nak. Jangan layan sanggat perasaan kamu".
Kata Pak cik itu lagi.
Aku mula menangis di dalam hati.
bila teringgatkan Jiji semula.
"Jangan menagis nak!
Menangis didalam, sungguh menyakitkan Jiwa dan perasaan kita".
Aku terperajat, bila pak cik itu juga tau aku menangis didalam hati.
"Macam mana pak cik tau saya ada masaalah? dan macam mana Pakcik tau, saya memangis di dalm hati?"
Aku bertanya Pakcik itu.
Aku menjadi kehiranan.
"Kurnian Allah nak".
Sambil tersenyumm.
"Nah ambil ni untuk perlindungan di Projek kamu yang akan datang".
Pak cik itu memberi aku sebuah buku yasin yang agak kecik saiznya, yang juga kelihatan sangat usang.
Tapi masih boleh dibaca.
Aku bertambah hairan. Macam mana Pak cik ini boleh tau, esok kami akan ke tempat yang misteri.
"Hati hati di tempat itu ye nak?" Kata Pak cik tu lagi.
Aku hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada pakcik itu.
Bila aku hendak keluar dari kedai itu.
Pak cik itu memanggil aku semula dan memeberikan aku lagi satu barang. Yang di bungkus didalam plastik.
"Untuk kamu nak". kata pacik itu dan menghulurkannya kepada aku.
Aku tersenyum dan membuka plastik bag itu.
Terperanjat aku bila membuka bag plastik tersebuat.
Ada sehelai Selendang yang ditenun cantik. Selendang yang dipakai oleh anak anak gadis di zaman dulu, bila hendak keluar dari rumah.
"Wahhh, cantiknya pak cik, untuk saya ke?'
Tanya aku kepada pakcik tersebut.
"Ya untuk kamu, Secantik si pemakainya".
Kata pak cik itu, yang juga tersenyumm.
"Terima kasih pak cik,
Saya pulang dulu ye?"
Kata aku kepada orang tua itu.
Dan aku melangkah kaki ke van kami.
Dengan perasaan yang sangat gembira.
Selendang itu sanggat cantik, tak akan dapat lagi dimana mana.
Kecuali dimuzium muzium pakaian orang orang dulu.
Pak cik itu kelihatan tidak menyesal bagi aku barang yang berharga ini.
Aku mengambil selendang didalam bag plastik dan aku masukkan kedalam bag sandang belakang aku.
Sambil berjalan ke van.
Dari jauh sudah nampak mereka.
Semua sudah ada, hanya menantikan aku sahaja.
"Wahhh lamanya, mesti dapat banyak bahankan?" Tanya Nita.
Aku hanya tersenyum dan membalas pertanyaan Nita.
"Ada lah sikit".
balas aku.
Bila memandang Jiji hati kembali sakit. Tapi aku tak nak tunjukan yang aku benci.
Aku masuk kedalam van dan masih lagi duduk disebelah Jiji.
Aku hanya tersenyum memandang Jiji.
Aku tidak berkata apa apa pun, bila melihat Jiji.
"Tadi aku cari kau Rin? kau ke mana?"
Tanya Jiji.
"Call pun tak dapat" Kata Jiji lagi.
Aku berkerut dahi! Bila Jiji kata tidak dapat menghubunggi aku. Sedangkan aku on handphone aku. Dan setia handphone, berada ditangan aku.
"Ahhh lantaklah dia"
Aku merahsiakan tentang pak cik tersebut. Aku hanya bercerita tentang kedai itu sahaja.
Jiji tersenyum.
Aku pula memusingkan badan memandang keluar tingkap.
Bila sampai dihomestay, aku terus masuk kedalam bilik. Mana kala
Yang lain semua duduk diruang tamu dan berborak tentang kajian tadi.
Aku masuk dan terus lock pintu bilik aku.
Aku mengeluarkan selendang dan surah yasin yang diberi oleh Pak cik itu.
Aku masukakn kedalam bag pakaian aku.
Jiji menjadi pelik, bila aku berbuat begitu dan aku terus masuk kedalam bilik?
Jiji mengetuk pintu bilik aku.
"Rinn, buka pintu sekejap". Teriak Jiji.
Aku banggu dari katil dan membuka pintu bilik.
"Apa hal Jiji tanya aku?"
Kenapa aku tengok kau lain, hari ini Rin?"
Tanya Jiji, Lalu masuk kedalam bilik aku.
"Hurmmmm tak ada apa apa Jiji.
Tinggalkan aku seorang diri boleh, aku nak berehat...
Rasanya tak bagus kau datang bilik aku.
Baik kau keluar dari bilik aku Jiji
Lagi pun aku tak sehat.
Aku dah penat Jiji!
Aku penat sanggat!" Kata aku kepada Jiji, agar jiji lekas keluar dari bilik aku.
"Penat dengan semua sandiwara kau dan Pit" bisik aku didalam hati.
"Aku rasa baiklah kau keluar dari bilik aku! Aku nak tidur".
"Heiiii! apa maksud kau ni Rin? aku tak faham? Kenapa aku tak bagus, bila masuk bilik kau?
Tolong terangkan dekat aku Rin".
Tanya Jiji.
"Hurmmm tak ada apa jiji.
Aku nak tidurlah, kau keluar dulu ye?"
Kata aku kepada Jiji.
Jiji berlalu keluar dari bilik aku.
Aku menutup pintu bilik dan terus tertidur sampai ke magrib...
Nita dan Mil mengetuk pintu bilik aku.
"Rin oh Rin buka pintu sekejap"
Aku banggun dari katli dan terus membuka pintu.
"Heiii kau ok ke tanya Mil?
Jiji kata kau tak sehat... Kenapa Rin?" tanya Mil lagi.
Share this novel