"Awak tahu, pertama kali kita memulakan projek ini, saya rasa sungguh teruja sangat"...
"Perlbagai perasaan yang datang dalam diri ini!
Dari saya tak kenal awak, hingga saya jatuh hati dekat awak.
Saya mula rasa bahagia. Walaupun kadang awak buat saya rasa tak selesa... Tapi Bila awak keluarkan lawak lawak bodoh awak tu! Saya jadi terhibur dengan awak!" Kata Aku kepada Jiji.
"Terima kasih sayang, sudi wujud untuk buat aku bahagia" Balas Jiji. Kami masing masing terseyum.
"Jom naik atas. Dah nak magrib ni". ajak Jiji.
Jiji menarik aku bangun dan berpimpin tangan melangkah ke atas.
Sampai sahaja diatas, semua sudah bangun dari tidur.
Aku terseyum memandang Pit,
Pit membalas senyuman aku.
"Amacam bro, settle ke?"
Tanya Pit kepada Jiji.
"Tengok orang lahh!
Aku ayat sikit, terus dia maafkan aku". kata Jiji sambil memeluk aku. Â
"Elehhhh poyo je, Dia yang dok melutut tadi hahahahha". kata aku sambil ketawa.
"Hurmmm ye lah cik adik, awak menang.
Kita yang kalah". kata Jiji sambil duduk disofa sebelah Pit.
"Korang ni kemana sajalah!" kata Nita.
kepada aku dan Jiji.
"Jalan jalan je Nita.
Kaki Sham macam mana? Dah ok ke?"
Tanya aku kepada Nita.
"Alahhh Rin, bengkak sikit je.
urut dua tiga kali, ok lah tu! Manja je lebih".
Kata Nita sambil tersenyum.
"Mil mana?" Tanya aku lagi.
"Mil tengah siap, dia kan nak keluar dengan Jali.
Kalau tak, kebulur kita malam ni". kata Nita sambil tersenyum.
Menjelang malam, kami yang perempuan tengah sebuk membawa keluar tilam yang dari dalam bilik keluar.
Tak berani nak tidur dalam bilik.
Tiba tiba
"Dummmmm Dummmmm Dummmm"
Bunyi hentakan dari pintu sebelah apartment.
Kedengaran jelas dan kuat.
Kami berpandangan, Jali membuat isyarat suruh kami semua diam.
Kamu bergegas mengambil bantal dan selimut masing, lalu melompat baring diatas tilam.
Berebut rebut nak tidur tengah.
Akhirnya Mil yang dapat.
Aku tidur ditepi bersebelahan dengan sofa Jiji.
Ketawa Jiji dan yang lain melihat perangai kami.
"Hisss macam budak" kata Jali.
Terseyum Mil.
Jali, Pit dan Sham juge membawa tilam keluar dari bilik dan di letakannya disebelah Nita, kawasan yang kosong.
"Ok Sham kau tidur sebelah sini.
Aku tidur tengah, biar Pit tidur hujung".
kata Jali.
"Kalau aku tidur tepi, takut terpeluk Nita pula".
Jali ketawa nakal.
"Amboii" kata Mil. Ketawa kami semua. Dari takut, bertukar kepada kata kata lawak yang keluar dari mulut masing masing.
"Ehhh korang tidurlah dekat situ, aku tidur sofa yang 2 seat ni". Kata Pit.
"Ehhh, tak sakit ke badan kau Pit".
Tanya aku, sambil berpusing memandang Pit yang baring diatas kepala aku.
"Ok je"
balas Pit, sambil tersenyum memandang aku dan sempat bermain mata dengan aku, dan lantas memandang Jiji yang leka bermain dengan handphonenya.
Terseyum aku, dengan telatah nakal Pit.
"Asalammuailakummmmmmmmmmmmmmmmmmmm" tersentak kami...
Masing masing diam tidak terkata apa apa.
Berdebar jantung masing masing..l
Aku bangun dan memeluk Jiji.
"Shuuuuu Jangan cakap apa apa". Kata Jiji sambil memeluk aku.
"Awak! saya takut lahh!" kata aku agak berbisik.
"Heiii, jangan takut saya ada!" kata Jiji sambil memeluk kuat aku.
Debaran jantung Jiji juge terasa, bila Jiji memeluk aku dari belakang.
Aku melihat Nita dan Mil.
Mereka berselubung ketakutan.
Aku pelaha lahan melepaskan pelukan Jiji dan baring diatas tilam.
Aku juge berselubung hingga tertidur.
Dalam pukul 2pagi aku tersedar, bila mendengar bunyi orang berdengkur yang agak kuat.
Aku memikirkan Jali atau Sham.
kerana datang dari belah hujung.
"Hisss apalah, sampai tergangu tidur aku". Biski aku.
Bila aku pusing kearah Jiji dan memandang Jiji tidur lena diatas sofa...
Dari tempat aku tidur, boleh nampak kelangsir yang menutup balconi.
Alangkan terperanjatnya aku, bila aku ternampak, sesorang perempuan, tengah mengulungkan bandanya dilangsir itu dan terus berbungkus. Terasa nak tercabut jantung aku, bila terpandang makluk itu.
Aku terus memejam mata dan
Aku mengcapai badan Jiji.
"Wak wak bangun bangun".
Aku menolak nolak badan Jiji.
"Hurmmm kenapa Rin!"
Terdengar sahaja suara Jiji, aku terus menjerit.
"Buka lampu! buka lampuuu!"
Terperanjat masing masing.
Jiji lantas membuka lampu meja dan terus memeluk aku.
Aku juga terus memeluk Jiji.
"Eh kenapa ni Sayang!"
"Saya takut Jiji, Saya takut".
Itu sahaja yang keluar dari mulut aku dengan mata yang tertutup.
"Heiii buka mata Rin". Kata Jiji.
Aku belahan lahan membuka mata dan memandang kelangsir.
Lega hati bila langsir tidak lagi berguling macam yang aku nampak tadi.
"Heiii, awak nampak apa sayang?"
Tanya Jiji.
Aku masih lagi ketakutan walaupun bendanya sudah tidak ada.
"Ok kita tidur buka lampu meja ni ye Rin".
Kata Jiji..
Nita dan Mil pula datang kepada aku dan membawa segelas air.
"Minum ni Rin". kata Nita.
Aku minum dan terus terasa lega.
"Dah tu, tak payah cerita cerita sekarang.
Kita tidur dulu". kata Jali.
Masing masing baring semula.
"Jiji saya nak tidur dengan awak?
Ehh sempitlah sayang!" Kata Jiji.
"Kalau awak tak kesah sempit! Meh sini".
Jiji berundur kebelakang sikit badan.
memberi ruang kepada Aku.
Aku lantas bangun dan berpusing, membelakangkan Jiji.
"Nasib awak ni kecik comel! kalau tak, tersepit saya". Bisik Jiji.
Terseyum aku, sambil memusingkan sedikit kepala memandang Jiji.
Laju Aja Jiji mencium pipi aku.
Dari takut, terus hilang semua ketakutan.
Jiji memeluk aku dari belakang dan merapatkan Pipinya dibadan aku..
Tak sampai 10minit Jiji sudah terlena.
Aku memandang kawan kawan aku yang diatas tilam, semua sudah masuk alam mimpi balik.
Aku memandang pula ke Pit, yang bermain dengan handphonenya. Setelah terjaga dari ganguan aku tadi.
"Pit, sorry ye! Kerana aku, tidur kau terganggu.
Sebab aku kau terjaga dan tak boleh nak tidur balik".
Kata aku kepada Pit.
"Tak apa Rin,
Kau tidurlah, aku tiba tiba rindukan Moon.
Cemburu aku tengok kau dengan Jiji"..
Kata Pit, sambil terseyum.
"Tengah borak borak dengan Pit, tiba tiba terdengar bunyi orang berdengkur.
Kali ini didalam bilik.
Aku dan Pit berpandangan.
Lantas masing masing bersubung dengan selimut.
Akhirnya aku dan Pit tertidur sampai ke pagi.
Aku merasa tidak sabar untuk meninggalkan tempat ini.
Aku bangun dari sofa, dengan badan yang agak sakit sakit, bila tidur diposition yang sama, tak dapat nak golek golek.
Aku pelahan lahan bangun dan terus menarik langsir.
Teringat ingat tentang kejadian lansir ni.
Aku membuka pintu balconi.
Memancar cahaya masuk ke dalam.
"Dah pukul berapa Rin?" Tanya Mil.
"Dah pukul 8.30pagi". Balas aku kepada Mil.
"Rinnnn sini kejap! panggil Mil".
Aku masuk kedalam dan duduk diatas tilam sebelah Mil.
"Hurmmm kenapa Mil?"
Tanya Aku.
"Kau nampak apa malam tadi Rin?"
Tanya Mil.
"Haaaa haaaa sudah sudah tu, nanti cerita! Masa lepas keluar dari sini".
Sergah Jali.
"Kita keluar pagi pagi ni, terus sarapan dulu dan terus balik ke Shah Alam". kata Jali lagi.
"Wahhh tak sabarnya nak balik rumah". kata Nita yang tiba tiba bersuara, sambil mengeliat.
"Rindu katil aku" kata Nita lagi.
Aku dan Rin terseyum melihat Nita.
"Kalau rindu, apa lagi! pergilah siap siap.
Boleh keluar awal". Kata Jali yang tengah sebuk, mengemas barang barang projek kami.
Kami bersiap siap untuk keluar dari Apartment itu dan membawa semua barang kami masuk kedalam van.
Bila semua sudah turun, Jali pergi berjumpa pakcik yang menjaga tempat itu dan menyerahkan kunci.
Perjalanan meninggalkan tempat yang menjadi kenangan, buat kami.
Tempat yang paling akhir ini, membuatkan kami satu kumpulan tak senang tidur malam.
Kami tak akan dapat melupakan tempat ini sampai bila bila.
Aku merenung kali terakhir bangunan resort yang menyimpan banyak kenangan. Kenangan yang menyeramkan. Buat kali terakhir, sebelum hilang dari pandangan mata aku.
Aku berpusing kepada Jiji yang duduk disebelah.
"Berakhir sudah projek kitakan".
kata aku kepada Jiji.
"Betul tu Rin! Projek kolej kita sudah selesai.
Tapi projek awak dan saya belum selesai lagi". Kata Jiji sambil ketawa...
"Hisss apalah awak ni! Suka sangat bergurau nakal macam ni".
Kata aku sambil, mencubit Pipi Jiji.
Share this novel