bab3

Romance Completed 3090

"korang cepatlah kata nak keluar! Dah pukul berapa ni! mereka dah bagi location!" Jerit Mil.

"Jap jap aku nak paki baju!"
Jerit aku kepada Mil.

Aku keluar dari bilik melihat Mil dan Nita sudah pun siap dan duduk diruang tamu. Sambil masing masing bermain dengan handphone mereka.

"Kau rasa! jorang mesti tengok kita lainkan!
Dekat kolej pakaian kita macam minah minah kampung.
Bila keluar dah macam perempuan simpanan pulak"... gelak Nita sambil memandang aku dan Mil.

"Bongoklah kau NIta!
Perempuan simpanan itu kau!
Aku bukan tau! hehehehe". Kami ketawa bila aku membuat lawak.

"Ye lah Nita! kita bukan orang kampung! Kita orang KL apa!
Belajar je di Shah Alam.
Biasa apa pakai macam ni".
Sambil memusing musingkan skirt pendek yang aku pakai. Sampai ternampak short pants aku.

Nita dan Mil memakai body tshirt dengan short pants jeans.

"Ehh sorry sikit! Korang je orang KL ya! Aku orang Singapore". Kata Mil, tersengeh sengeh.

"Dah dah! jom lah kita keluar buka gps tu beb! Nanti sesat pula". kata Mil.

Aku dengan yang lain memulakan perjalan ketempat yang mereka rancangkan, untuk berjumpa.

Aku memang tidak arif sangat jalan jalan diShah Alam ni.
Jadi kena betul betul follow gps.
Takut sesat sampai ke johor pula hehhehe.

"Aku bukan apa". kata Nita...

Yang tak habis habis risaukan cara pakainnya sekarang! Berbanding pergi ke kolej.

"Kita dekat kolej, nampak macam budak kampung!
Mesti mereka fikir kita budak kampung kann!" Kata Nita lagi.

"Kita tak payahlah nak risau sangat Mil.
Kita dekat luar sekarang ni! bukan dekat kolej!
Tak salah kalau kita tunjukkan diri kita yang sebenarnya". Kata Mil kepada Nita.

"Dekat tempat belajar, kita jaga atikar sebagai seorang pelajar!
Lagi pun, kita ke Shah Alam ni untuk menuntut ilmu kan!
Tak perlu rasanya, untuk jadi hot dikolej"
kata Mil lagi.

'Mak cik ni kalau dah buka buku ceramahnya lain macam!
hehehheh" Bisik aku...

"Betul lah tu korang!
kita datang sini nak belajar. Bukan nak tunjuk sapa hot sapa tak! Lagi pun tak payahlah nak tunjuk sangat yang kita ni orang bandar.
Walau pun aku tengok, ramai aja pelajar dari kampung yang berpakaian hot macam budak bandar.
Biarlah kita yang budak bandar ni, pakai pakaian budak kampung pulak!"

Aku dan kawan kawan aku ketawa bersama didalam kereta.

bibb bibbbb
watsap masuk.

*Oiii cik adik!! korang dekat mana?
Dah 20 minit lambat!
Ni nak kena denda ni.
kata Jiji sambil membuat emogi komfius.

*Dah nak sampai dah.
lagi 2, 3 minit sampai.
balas Mil.

*ok cepat tau.
kita orang dah tunggu dekat depan karaok ni.
kata Jiji lagi.

*What! Kita ke keraok ke jiji?
Macam tak sesuai je.
Ehhhhh, tak apa lah!
jap nak parking kereta.
balas Nita.

*Hurmmm balas Jiji

"Korang! ade ke nak jumpa dekat karaok.
hurmmmmm Paling tidak pun biarlah club ke?
disco ke?
coffe house ke?
stik house ke? heheheheh syoklah sikit". Mil membuat lawak.

"Hiss! tak apalah beb, kita layankan je.
Next tempat kita pula".
Kata aku kepada Nita dan Mil.

Tak sabarnya aku nak jumpa mamat berlagak tu.
Mesti dia hensem hari ni.
Gembiranya hati, dapat jumpa dia. Selalu aku curi curi pandang dia je! Masa dekat kolej.
Aku tersenyum didalam hati.

*korang dekat mana?
aku menghantar watsap di group.

*Dah masuk bilik! 
uolls masuk je, lalu depan mini bar.
Cari bilik 124 ye.
Kita orang semua ada di dalam.
balas Jali.

Kami masuk dan mencari nombor bilik yang diberikan Jali. Sampai dibilik karaok, Mil dan Nita masuk dahulu kedalam bilik itu.

Aku pergi ke tandas.
sebelum masuk berjumpa semua didalam.

Nak lah cantik cantik sikit.
Nak ngadap cermin, sebelum jumpa secret admirer aku.

"Hummmm cantik juga aku ni hehehehhe sambil tersenyum didepan cermin tandas.
Agak agak boleh dapat Pit tak hari ini?
Agak agak pit tergoda tak?

Hurmmm budak belagak!
Aku berjalan menuju ke pintu bilik dan membuka pintu.

"Haaaaa itu pun Rin!" Kata Nita.

Sebok jorang tanya kau mana".
kata Nita lagi.
aku hanya tersenyumm.

Bilik yang aku masuk ni, tidak ada sesiapa yang menyanyi.
Hanya melodi slow yang di pasang.

Terpandang Pit yang duduk dihujung sofa. 
Terpancar dimatanya yang bersinar sinar memandang aku! Tak berkelip kelip sambil tersenyum manis.
Tak pernah nampak Pit terseyum manis macam tu.
Rasa nak jatuh jantung aku.

Aku terperasan ada pula seorang gadis ada duduk di sebelahnya.
Hurmmmm dia sudah ada aweklah...
Berkecainya hati aku.
Bila lihat Pit dengan gadis itu...

"Aduhhh mamat ni! Ahh lantaklah! Cari je yang lain! Kalau dia dah berpunya"

Aku terus mengalihkan pandangan kepada Jiji, Sham dan Jali. Sambil aku tersenyum.

"Korang ni memang lainkan!
Dekat kolej lain.
Bisa biasa aja kita orang tengok!
Tapi dekat luar, so hot". Kata Sham kepada kami.

"Cantik sanggat!...
Sambil mata Jiji memandang tepat kemata aku.

"Thanks Jiji".
Aku terseyum bila Jiji memuji kami.

"Kolejkan tempat belajar!
Tak payah lah nak cantik cantik sanggat.
Kita nak cari ilmu.
Bukan nak bertanding masuk ratu cantik". balas aku.

"You're the best"
balas Sham. Bila mendengar ayat aku! sambil tersenyum.

Aku mengambil tempat duduk di sebelah Jiji.
Nita dan Mil duduk ditengah tengah antara Sham dan Jali.
Aku memandang PIt yang sebok berborak dengan aweknya.

"Hurmmmm! kata nak bersuai kenal, kenapa pulaklah ada orang lain dalam 7 orang ni!
Menyebok betullah". bisik aku di dalam hati.

"Ok! kita lepak sini, sebab nak bersuaikenal.
Tempat lain macam sebok sangat.
So kita lepak sini je!"
Kata Jali.

"Yang hujung dengan Pit tu girlfrend Pit".
Jali menunjuk jari kepada perempuan itu.

"Nama dia Moon".

Kami hanya menggankat tangan dan tersenyum.
Pit pula macam tak selesa bila Jali membuat pengumuman yang Moon girlfrendnya.
Pit memandang aku, bila Jali memperkenalkan moon.

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience