Kami masuk kedalam rumah Pit,
Makan semua sudah terhidang di bawah.
Di bentang dengan tikar mengkuang.
Pehhhh memang kampung betullah cari macam ni.
Aku teruja sangat nak makan.
Pit mengenalkan kami semua kepada Mak nya.
"Moon tak datang sekali ke Fitri?" Tanya Mak pit.
"Rindu mak dengan Moon". kata mak pit lagi.
"Ehhhh tak adalah mak.
kami kan ada kerja, buat apa dia nak ikut".
Terkedu aku bila tau, pit pernah membawa Moon balik ke kampungnya.
Aku hanya diam sepanjang makan.
"Hurmmmm sedapnya mak cik".
kata Jiji.
"Pandai mak cik masak".
Kata Jiji lagi.
"Masakan kampung je nak.
Kalau sedap tambah tambah lagi".
kata mak Pit, yang begitu periang.
"Nanti bawa balik ke homestay, malam malam tak payah beli makanan.
Makan je asam pedas ni cicah roti". Kata Mak Pit.
Pehhh mak cik ni meleleh air liur aku, bila dengar cicah roti.
kata aku di dalam hati.
Selepas makan, aku Mil dan Nita menolong mak Pit mengemas semua pinggan dan melipat semula tikar mengkuang yang dibetangnya tadi.
Pit datang kepada aku.
"Wahh rajinnya" Kata Pit sambil memeluk aku dari belakang. Aku yang tengah sebok membasuh pinggan di singki, berpusing memandang ke Pit.
"Hiisss kau ni! Mak kau nampak nanti".
Sambil menolak Pit pelahan.
Pit hanya terseyum.
Mak pit datang ke dapur.
melihat Pit tengah berborak borak dengan aku.
"Dia lagi cantik Fitri.
Moon cantik sebab putih.
Tapi dia lebih cantik".
kata maknya, sambil tersenyum memandang aku.
Bila habis memcuci pinggan aku duduk melepak bersama kawan kawan yang lain. Mereka duduk dibawah pokok rambutan dirumah Pit.
Mak Pit membawa pula kuih muih keluar dan menghidangkan bersama air teh.
"Susah susah je mak cik ni". kata Mil.
"Rajin sungguh" kata Mil lagi.
"Orang kampung nak, mesti lah kena rajin".
Tersenyum kami semua.
"Terima kasih mak cik" kata Mil lagi.
"Sama sama nak, jemput makan.
Mak cik nak masuk dalam.
Fitri! ajak kawan kawan makan kuih tu".
kata mak Pit lagi.
"Baik bos" balas Pit.
"Ape lagi cepat makan, kita nak settlekan projek ni cepatkann.
kalau dah siap, bolehlah jalan jalan pula esoknya".Kata Pit.
"Hurmmm rasanya kena sambung esok lah Pit, aku dah tak larat ni". kata Jali.
"Mata aku ni dah minta bantal, petang petang macam gini".
Kata Jali lagi.
Masing masing ketawa bila Jali membuat lawak.
"Hurmmm ok lahh, kalau macam tu.
Lepas makan ni, kita balik teruslah.
Aku pun dah penat ni". kata Pit.
Lepas makan kami meminta diri untuk balik ke homestay.
Mak Pit menyediakan bungkusan untuk dibawa balik ke homestay.
Kami balik dan terus berehat dalam bilik masing masing..
Aku juga terlena sampai ke magrib.
"Rin banggun", kejut Nita. Aku buat tak tahu sahaja bila Nita memanggil aku...
"Woii dah nak masuk magriblah". kata Nita dengan nada yang tinggi. Terperanjat aku...
"Bangun bagun cepat".
Nita membebel.
"Alaahhhh Nita aku letih lah!"
"Hurmmm kena banggun beb.
Dah nak magrib. Tak baiklah, tidur macam ni". Kata Nita.
"Yelah yelahh! Macam mak nenek". Sambil aku memandang Nita.
"Ehhh kau nak pergi mana ni?
dah pakai cantik cantik".
Tanya aku.
"Aku nak jalan jalan keluar kejap.
Jalan kaki je, nak pergi pasar depan.
Sham kata ada pasar dekat sini.
Itu yang dia ajak aku.
Jom cepat, kita pergi sama sama".
Hurmmm jap lah.
Nanti aku siap". Kata aku dan terus banggun kebilik air.
Bila aku sudah bersiap,
aku duduk diruang tamu bersama semua.
Pit datang dan terus duduk sambil memeluk aku.
"Hurmmm bestnya dapat peluk kau".
kata Pit. Sambil tanganya pula, menggosok gosok lengan aku.
Jiji menarik nafas panjang dan terus keluar dari rumah. Jijj duduk di kerusi di luar homestay sambil memasang rokok.
Aku tak tahu nak buat apa? Jiji betul betul marah!
Bila Pit berbuat begitu kepada aku.
"Ehhh, baik kau mandi Pit. Jorang dah nak keluar".
"Hurmmmm, baru nak sayang sayang dah kau suruh mandi".
kata pit lagi.
Aku hanya tersenyummm.
Pit banggun dan terus ke bilik mandi.
Aku lekas lekas banggun dan terus keluar duduk dikerusi sebelahan Jiji.
'Haiii, kenapa kau lepak sini?"
Tanya aku kepada Jiji.
Jiji menarik nafas panjang.
"Habis tu kau nak suruh aku tengok orang teraba raba kau.
Kau sukalah kena raba dengan si Pit tu...
Sedarlah Rin, dia sudah ada Moon.
Tolong sedar diri sikit.
Dia mungkin hendsem, tapi kau kena fikir.
Moon lebih dulu dengan Pit.
Tolong lah jangan buat benda bodoh boleh tak Rin. Fikir guna otak dan pikir persaan orang lain juga.
Jangan fikirkan diri sendiri sahaja".
"Sudah cukup tu Jiji.
Please do not.
Jangan hina aku.
Yang kau nak cemburu sangat dah kenapa?"
"Aku tak selesa dengan sikap kau macam ni.
Kenapa kau nak cemburu sangat ni ye?
Aku dengan kau bukan ada apa apa pun.
Kita semua kawan!
Jadi tolong jaga mulut kau tu!
kalau kau nak berkawan dengan aku!
Aku jemulah dengan sikap kau ni.
Aku bosan kau faham tak.
Kalau aku ni perempuan perampas, kau nak kesah apa". Kata aku lagi kepada Jiji.
Jiji betul betul tersentap dengan kata kata aku.
Dia terus masuk kedalam dan duduk semula di sofanya.
Aku pula menarik nafas panjang.
Hurmmmm maafkan aku Jiji.
Maafkan kata kata aku tadi.
aku tak bermaksud apa apa pun.
bisik aku didalam hati. Aku tiba tiba rasa bersalah kepada Jiji. Sejak sampai diMelaka, aku selalu bergaduh dengan Jiji. Apa yang aku buat, semua tak kena dimata Jiji.
"Dah jomm". Ajak Sham,
kepada kami semua.
"Aku tak rasa nak keluarlah Sham".
kata Jiji.
"Hati aku betul betul sakit ni".
kata Jiji lagi.
"Sakit sanggat, susah betul mengemis kasih orang ni". kata Jiji selamber.
"Lahhh ni mesti pasal girls yang dekat Instagram tu kann". kata Sham sambil terseyumm.
Jiji juga tersenyum.
Sedihnya hati aku, bila Jiji cakap begitu.
jahat sanggat ke aku ni.
Bisik aku sendiri.
"Ok lah korang jom lah.
kau nak kirim apa apa ke Jiji?"
Tanya Jali.
"Tak pe beb.
Aku tak lapar, kalau aku lapar nanti pandailah aku bedal roti".
kata Jiji lagi.
Share this novel