Sampai dikolej, sudah pukul 12tenghari. Kami mengambil kereta masing masing dan berjanji akan berjumpa malam dikedai mamak dihadapa kolej. Kerana kami mahu bincangkan tentang huraian, dari 3 tempat yang kami pergi. Masing masing bersetuju untuk berjumpa malam nanti.
"Rin, kita jumpa malam nanti ye?"
Kata Jiji.
"Love u sayang" kata Jiji, sambil membuat muka nakal dan melangkah naik kekereta Pit.
"Love u too sayang". Balas aku.
Aku, Nita dan Mil, dihantar oleh Jali kerumah kami.
Sebelum dia menghantar van, pulang ke tuannya.
Sampai dirumah kami bertiga masuk kebilik dan tak keluar hingga ke petang.
Letih yang teramat sangat.
Kerana ganguan malam tadi, tak tenteram tidur kami.
Aku langsung tak sedar. Sehingga Mil mengetuk bilik aku.
"Oiii Rin, dah pukul 6petanglah.
Kau tidur ke pengsan!" jerit Mil.
"Hurmmm kejap kejap" jawap aku..
Lantas bangun dengan mata yang tak dapat dibuka. Aku terus keluar dan sambung baring di sofa ruang tamu.
"Aduhhh letihnya!"
Kata aku lagi.
"Rin aku nak tanya ni! apa yang kau nampak malam tadi? sampai menjerit jerit suruh buka lampu". Tanya Nita.
Aku pun memceritakan kepada mereka, apa yang aku nampak.
"Sumpah aku tak kan pergi lagi tempat tu". Kata Nita.
Aku terseyum memandang Nita dan Mil.
'Ehhh dah lah, pergi lah siap!
Aku dah lapar ni!" kata Aku kepada Mil dan Nita.
Tiba tiba watsap aku, Nita dan Mil berbunyi serentak.
Hurmmm ini mesti group budak nakal! kata aku dan melihat screen handphone masing masing.
*Jumpa malam ni pukul 8 ye!
tulis Jali.
*baik bos, aku membalas.
*Rindu lah! dengan orang tu!
Tiba tiba Jiji masuk.
*Tak payah nak rindu rindu, kejap lagi jumpa kata Jali sambil membuat emoji marah.
*Hai baru setengah hari tak jumpa dah rindu ke? balas aku, sambil membuat emoji Love.
*Love u sayang
tulis Jiji.
*Wekkkk, nak muntah aku!!
Balas Sham. Sambil membuat emoji muntah hijau.
Sudah lah tu Jiji, bangun pergi mandi.
Tulis Sham lagi.
*Ok lah, Ok lahh.
Nak manja manja pun tak boleh, tulis Jiji.
Sambil membuat emoji senyum.
*Ok see u, balas Nita.
"Rin! Amacam Jiji, dia ok ke?
Antara Jiji dengan Pit, mana yang lebih Ok?"
Tanya Nita.
"Hurmmm aku tak tau lah korang!
Mula mula aku suka Pit.
Tapi, hati ini berubah pula kepada Jiji.
Tapi dalam masa yang sama, ada juga perasaan dekat Pit.
Pit pandai mengoda! buat aku cair hati".
Kata aku kepada mereka.
"Tapi Jiji pula lain.
Dia pandai mengambil hati aku.
Dia buat aku tak boleh nak lupakan dia.
Hurmmm, sebab itu lah aku pilih Jiji".
Kata aku lagi.
"Haaaaa kan aku dah cakap Mil,
Rin mesti pilih Jiji!" kata Nita kepada Mil.
"So malam ni kau belanja". kata Nita.
Sambil terseyum senyum.
"Bongoklah korang!" kata aku.
hahahaha kami ketawa bersama sama...
Sampai di restaurant mamak,
Jiji, Jali dan Sham sudah ada di sana.
cuma Pit je tak sampai lagi.
"Haiii korang tegur aku".
Mereka terseyum.
Nita duduk disebelah Sham.
Mil pula duduk disebelah Jali.
Aku pula mandang Jiji. Jiji menarik tangan aku duduk di sebelahnya.
Terseyum aku melihat Jiji.
"Hello sayang! Rindu awak!" kata Jiji agak berbisik.
"Miss u too sayang!" bisik aku.
"Pit mana?" Tanya aku kepada mereka.
"Ehhh kenapa? rindu Pit pula ke?"
Tanya Jiji.
"Hurmmmm, Tanya pun tak boleh ke?"
kata aku kepada Jiji.
Sambil membuat memek muka.
Tak habis habis nak cemburu, bisik aku di dalam hati.
"Pit, dah tak tahan rindu Moon.
Lepas sampai rumah je, Pit terus hilang.
Lepak rumah Moon lah tu!"
kata Jali.
"Tapi dah janji jumpa sini!
kejap lagi, sampai lah tu". Kata Jali lagi.
"Jom lah kita makan dulu"
Selang beberapa minit, Pit pun sampai dengan Moon.
"Ok memandangkan semua dah ada, aku nak bagi tau, projek kita dah 99% siap.
Esok aku nak yang perempuan, kumpul semua cerita cerita dari tempat pertama, kedua dan yang ketiga...
Yang lelaki, pergi print dan cuci gambar gambar tempat yang kita ambil dari tempat satu sampai tempat yang terakhir.
Aku akan cantikkan menjadi buku, supaya projek kita tak macam sampah!" Kata Jali.
"Lusa kita dah boleh hantar semua lapuran projek kita". kata Jali lagi.
"Aku pasti kita akan dapat markah yang tinggi".
Kata Jiji..
"Amacam korang, best ke projek kita ni!"
Tanya Jali kepada kami.
"Best sangat korang. PROJEK BUDAK NAKAL yang akan sentiasa terpahat dalam hati ini". kata aku kepada mereka.
"Dari perkenalan yang tak diduga.
Akhirnya menjadi cinta" Aku memandang semua kawan kawan aku yang duduk terseyum bersama pasangan masing masing.
"Pemulaan projek yang indah! Keseronokan mula terasa.
Dan akhirnya bertemu cinta yang sejati!"
Aku memandang Jiji, sambil bermain mata dengan Jiji.
"Akhirnya menjadi misteri. Walaupun misteri. Tapi tetap ada keindahannya". Kata aku lagi, sambil tersenyum.
Jali, Sham, Mil dan Nita juge terseyum, tanda faham kata kata aku.
Kami bertujuh berjanji akan setia bersama.
Walaupun selepas projek ini habis.
Itu janji kami budak nakal.
33890 patah perkataan thanks baca
Share this novel