"Kau juge suka aku kan?" Tanya Jiji lagi.
Sambil matanya merenung mata aku.
Aku tunduk memandang ke bawah.
Jiji menggankat muka aku.
"Heii sayang! kalau kau tak suka aku, baik kau terus terang sekarang!
Sebelum cinta aku kepada kau, terus mendalam". Kata Jiji.
"Jiji, Aku suka kau!
Aku mula sayang kau!
kau nak tau, bila aku mula sayang kau?
Aku mula sayang kau, bila kau menasihati aku.
Bila kau membuka mata aku.
Aku buta dalam cinta! Aku hanya mahukan apa yang aku nak! Sehingga aku tak fikir perasaan orang lain".
Kata aku kepada Jiji.
"Tapi, bila aku mula sayang kau, aku mula letak kau dihati aku. Aku dapat tahu pula, kau akan bertunang"...
"Hurmmmmm hancur hati aku Jiji.
Tapi sekarang aku sudah boleh terima, semua ini".
Kata aku sambil memandang Jiji.
"Itu yang aku nak tahu dan dengar dari mulut kau Rin".
Sambil terseyumm.
Aku mengerutkan dahi memandang Jiji.
"Aku dah call mak aku,
Aku suruh dia call pihak perempuan.
Aku suruh mak aku bagi tau mereka, aku belum bersedia nak bertunang, aku nak belajar dulu.
Aku bersyukur sangat, mak aku faham dengan keadaan aku...
Mak aku pun rasa yang aku ni terlalu terburu buru...
Now i'm happy.
I don't belong to anyone.
Sekarang sudikah kau menjadi teman tapi mesra aku?"
Kata Jiji kepada aku. Sambil tersenyum dan meletakkan kemeranyanya ke atas bahunya untuk merecord semula.
"Kenapa teman tapi mesra?"
Tanya aku sambil terseyum.
"Ye lahh, kita kan baru kenal.
Kenalah teman tapi mesra dulu.
Dari mesra akan jadi cinta...
Baru boleh duduk di sini!"
Sambil Jiji meletakan tangannya didada aku.
Aku terseyum memandang Jiji.
"Ok lah! aku terima. Teman tapi mesra kau tu".
Kata aku kepada Jiji.
"Cepatlah, buat video.
Aku nak naik atas, aku takutlah".
kata Aku lagi.
Tiba tiba ternampak satu kelibat orang berjalan ditepi kolam berenang yang agak gelap.
Jiji lekas lekas menghalakan cameranya dikolam renang dan membuat video.
Makin lama, makin hampir lelaki itu datang kepada kami.
Aku berundur dibelakang Jiji dan bersedia untuk lari.
"Heiii buat apa tu?"
Tiba tiba lelaki yang dalam gelap tadi bersuara.
Huuu leganya aku, bila melihat penjaga banggunan itu.
"Tak ada buat apa apa pak cik.
Cuma buat video untuk projek kami".
kata Jiji.
"Jangan lama lama dekat sini, bahaya.
Pakcik rasa, baiklah kamu masuk ke apartment kamu.
Pakcik harap, lepas pukul 12 tengah malam, jangan keluar kemana mana".
Kata pakcik itu lagi...
"Tapi kenapa pak cik?" Tanya Jiji.
Sambil meneruskan recordnya.
"Kawasan ni agak terpencil, tak ramai yang datang ke sini, lagi pun tempat ini agak terbiar.
pengurus tempat ini pun, macam tak pedulukan pesekitaranya lagi.
bangunan ini tidak dijaga.
Dulu tempat ni sangat cantik bila dijaga.
Lama kelamaan tempat ini, menjadi tempat terbiar.
Bila sudah terbiar tak dijaga.
Banyaklah mahluk mahluk yang kita tak nampak menghuni tempat ini". Cerita Pakcik itu.
"Ramai juga orang yang datang ke sini,
membuat komplen kepada pakcik.
Tapi pakcik nak buat apa?
pakcik hanya penjaga di sini.
Bila waktu siang sahaja akan ada 2, 3 orang pekerja perempuan indonesia, yang akan memgemas bilik bilik atau apartment yang telah disewa". Cerita pakcik itu lagi.
"Jadi hati hati ye kamu semua".
Kata pakcik itu dan mahu berlalu pergi.
Aku memandang Jiji dan Jiji memandang aku. Meremang pula aku tiba tiba...
"Boleh pak cik ceritakan tentang misteri tempat ni tak?" Tanya Jiji.
"Malam malam macam ni, tak bagus bercerita tentang mereka.
Esok aja lah ye". Kata pak cik itu.
"Kamu pergi lah naik ke apartment kamu".
Kata pakcik itu lagi.
"Jiji jom naik atas?
aku menarik lengan jiji, untuk balik keapartment kami...
Jiji mematikan rakamanya dan memimpin tangan aku naik ke atas dan terus masuk kedalam rumah.
"Haaa apa yang kau dapat?"
Tanya Jali.
"Ada lah sikit" kata Jiji.
Tiba tiba kami terdengar suara perempuan ketawa
"Heheeeeeeeeeeee".
Suarannya sayu kedengaran.
Bib bib watsap group budak nakal masuk.
masing masing melihat screen...
*Mulut jangan cakap apa apa!
tulis Jali.
kami berpandangan dan menganguk.
*Korang dengarkan suara tu?
tulis Pit.
*Yup dengar balas Aku.
*Korang, aku takutlah tulis Mil.
Muka Mil tiba tiba betubah ketakutan.
Jali memeluk Mil.
"Ok malam ni kita tidur ramai ramai dekat ruang tamu ni ye?"
Tanya aku kepada semua.
Mereka semua bersetuju.
Kami membawa keluar tilam yang ada didalam bilik dan kami susun diruang tamu.
Pit dengan Jiji tidur di atas sofa.
Aku Nita dan Mil, berpelukan tidur. Kerana ketakutan.
Aku hanya dapat terlena sekejap sahaja.
Mata aku susah nak lena.
Aku terjaga dari tidur dan melihat jam di handphone, baru pukul 2pagi.
Terasa takut hendak bangun dari tilam yang aku tidur.
Aku mengalihkan tangan Mil yang tidur disebelah aku. Aku duduk diatas tilam.
Aku memandang Jiji yang tidur di sofa sebelah tilam aku.
Terseyum aku melihat Jiji tidur.
Aku memegang pipi Jiji...
Tiba tibaaaaa!
"Dum dum dumm"
Pintu rumah diketuk.
Aku bangun dan terus duduk disofa Jiji.
"Ji banggun Ji".
Aku mengejutkan Jiji.
"Hurmmmm kenapa ni?"
Tanya Jiji.
"Aku takutlah Ji.
Tadi aku dengar orang ketuk pintu depan".
Kata aku.
"Dum dum dumm"
"Haaaa kau dengar tu".
Kata aku.
Jiji terus bangun dan terus duduk.
Jiji mengambil camera videonya dan merecord bunyi itu.
Aku duduk memeluk Jiji, Ketakutan.
"Dumm dumm dumm"
bunyi kali ke3 aku dengar.
Kali ni Pit dan Sham terbangun.
"Ehhh bunyi apa tu?"
Tanya Sham.
"Shuuuuu diamm" kata Jiji.
"Tak apa! jangan layan beb, kita biarkan je". Kata Jiji lagi.
Sham dan Pit kembali baring, tapi tak tidur.
"Kau tidurlah dulu Rin" kata Jiji.
"Aku takut lah Ji".
Jiji memeluk aku.
Tiba tiba
"DUMM DUMM DUMMM"
Bunyi lebih kuat.
Semua kawan kawan aku terjaga.
Terperanjat semua, dari baring terus terduduk.
Nita dan Mil berpelukan.
"Ehhh apa tu?"
Tanya Mil.
"Shuuuu jangan layan" kata Aku kepada Mil.
Pit bangun dan membuka semua lampu.
Terus terang semua ruang rumah.
"Kita tidur buka lampu lah ye?" Tanya Pit..
kami semua setuju..
Memang susah nak tidur bila lampu terpasang. Tapi akhirnya semua tertidur sampai ke pagi...
Kami semua memang tidak selesa tidur di resort itu.
Tapi kami terpaksa.
Kerana kami harus meneruskan projek akhir kami, untuk mendapat markah yang tinggi...
Jiji pula berjaya merakam bunyi ketukan itu.
Bertambah lagi lah markah kami.
bisik hati aku.
Share this novel