Bila menjelang pagi, aku banggun dari tidur dan terus ke bilik air. Terpandang Jiji tengah duduk di dapur, sambil minum teh panas bersama roti. Aku berjalan ditepi Jiji, Tanpa memandangnya.
"Rin, maafkan aku ye!"
kata Jiji sambil memandang meja makan.
"Aku tau aku silap.
Aku leka dengan Kau, sampai aku lupa aku akan bertunang".
kata Jiji lagi.
"Tak apa Jiji...
Aku rasa, aku pun tak patut kacau kau atau pun Pit.
Satu malam aku berfikir!
Aku tak patut sebuk mengejar cinta sesiapa pun. Aku juga tak patut cemburukan orang di sekeliling aku. Lepas ni, aku tak akan lagi kejar cinta sesiapa. When I am alone I feel better".
Aku berlalu masuk kedalam bilik air untuk mandi.
"Ok, kawan kawan
mari berkumpul dekat sini.
aku nak cakap sikit". kata Jali.
Kami semua datang keruang tamu
dan duduk di sofa.
Ok, lepas ni kita akan ke Portdickson.
kali ni, tempat lebih mencabar.
Mulut kena jaga, jangan celupah.
jangan nak suka suka sanggat".
Pesan Jali.
Terasa seram pula bila Jali cakap begitu.
Tempat kita nak pergi ni, apartment yang masih lagi beroperasi, tapi tak terjaga sangat tempatnya.
Memang sesuai untuk projek akhir kita".
kata jali lagi.
"Ok, boleh bersiap siap dan berkemas semua barang barang korang.
kita akan bertolak pukul 11pagi".
Kata Jali lagi.
"Ehhh, seramlah Jali!"
kata Mil kepada Jali.
"Saya tak berani lah nak ke sana!"
kata Mil lagi.
"Hai sayang, awak janganlah risau.
Saya kan ada.
Kalau awak takut, awak bolehlah peluk saya".
kata Jali berguru dengan Mil...
Aku terseyum, bila melihat Jali dan Mil bergurau.
Aku terpandang Jiji.
Jiji juga terseyumm.
Aku terus memandang ketempat yang lain.
Tak sangup aku menatap wajah Jiji.
Bila teringat tentang dia akan bertunang.
Terpandang pila Pit,
Pit sempat bermain mata dengan aku...
Pit mengelipkan sebelah matanya.
Aku hanya tersenyum dan menggalihkan pandangan ke tempat yang lain.
Kami semua bersurai dari ruang tamu.
Aku bangun dan terus duduk di luar homestay dan duduk dimeja taman.
Aku melihat gambar gambar di handphone aku.
Barang barang lama yang aku sempat snap semalam.
Aku terseyum sendiri.
"Hai, buat apa sorang sorang dekat luar ni!" Tanya Pit.
Berpusing aku melihat Pit...
"Hurmmm ingatkan siapa tadi.
Tengok gambar gambar Yang semalam aku tangkap ni".
Sambil menunjukkan gambar gambar dan vedio vedio yang ada di handphone aku.
"Wahh, hebatlah Kau Rin.
Susah nak dapat snap gambar dengan vedio keris keris ni cecara live macam ni.
kecuali dekat muzium. Itu pun dalam bekas kaca. Tak boleh nak pegang pegang.
Mesti kita akan dapat markah lebih".
kata Pit sambil terseyum...
Aku juga terseyum melihat Pit.
Pit memandang tepat kemata aku, sambil  membetulkan rambut aku yang terjuntai dimuka, dan diselitkan ditelinga, lalu memegang pipi aku.Â
"Kau cantik Rin". Puji Pit.
'Oh ye! itu aku tau Pit.
Semua orang cakap aku cantik".
kata aku sambil ketawa.
Aku tak nak terlalu serius bila lepak dengan Pit, aku malas nak cari masaalah lagi.
Terpandang Jiji yang berdiri di pintu masuk. Sambil memerhatikan aku dan Pit.
Kelihatan Jiji berpusing masuk, bila nampak Pit memegang rambut dan pipi aku.
Hurmmm tak faham betul dengan mereka ni.
"Moon tak call kau ke?"
Tanya aku kepada Pit.
"Mana boleh tak call, boleh bergaduh tau".
kata Pit sambil ketawa.
"Tak tau lah, sampai bila boleh bertahan dengan sikap dia tu.
Suka sanggat mengokong aku".
Kata Pit lagi.
"Hurmmm bisa lah Pit, perempuan kalau dah sayang, macam itu lah jadinya...
Moon bukannya menggonkong kau.
Tapi dia tak nak boyfrendnya cari perempuan lain.
Dah lah boyfrendnya handsome, tinggi, paling sweet, yang ni".
Aku memegang pipi Pit yang ada lesung pipit disebelah pipinya.
"Kalau kau senyum, boleh tergoda tau".
Kata aku kepada Pit.
"Itu lah yang Moon risaukan hehehheh"...
Aku ketawa memandang Pit.
Pit pula hanya terseyumm.
"Kalau kau cakap ramai yang akan tergoda dengan aku,
tapi! kenapa kau tak tergoda dengan aku?"
Tanya Pit kepada aku.
Aku terdiam sambil tersenyum memandang  Pit.
Kau silap pit!
Aku antara salah seorang peminat kau. Tapi aku tak nak kau tau perasaan aku kepada kau.
Biarlah aku pendamkan sahaja..
Biar aku sahaja yang tau, perasaan aku.
Kerana aku tak nak lagi menjadi perampas lagi.
Lagi pun kau sekarang bukanlah lelaki idama aku...
Bisik Aku sambil mandang kesekeliling taman.
"Rin! kalaulah aku tak ada jodoh dengan Moon, kau nak terima aku tak?"
Tanya Pit tiba tiba..
"Maafkan aku Pit,
Aku tak boleh nak bagi jawapan.
Kerana perkaran ini tentang hati.
Aku juga tak pasti dengan jawapan aku.
Biarlah kau setia dengan Moon.
Tak payahlah kau tanya aku soalan yang aku tak tau jawapanya".
kata aku sambil tersenyum.
"Ehhh kau tak kemas barang ke?
kita sudah nak gerak ni.
Aku masuk dululah ye".
Kata aku sambil bangun dari tempat duduk aku...
"Ye lah Rin, aku leka betul berborak dengan kau.
Sampai lupa nak berkemas".
Kata pit, yang juga mengikut aku dari belakang.Â
"Ok kawan kawan kita bertolak sekarang". Kata Sham.
Mereka memasukkan bag masing masing kedalam van.
Aku masuk kedalam van.
Mata aku memandang kepada Pit.
"Meh duduk sini". Ajak Pit.
Aku terseyum memandang Pit.
Aku memandang pula Jiji.
Jiji hanya tunduk memandang gitarnya.
"Aku lepak belakang je lah Pit.
Nak suruh Jiji ajar aku main gitar".
Kata aku kepada Pit.
"Boleh ke Jiji, kau ajar aku main gitar?"
Kata aku kepada Jiji.
"Of course I can teach u".
Kata Jiji sambil tersenyum.
Aku duduk di belakang bersama Jiji.
bukan beria pun nak suruh Jiji ajar.
Cuma saja saja je kata begitu kepada Pit.
"Aku nak suruh aku ajar lagu apa?" Tanya Jiji.
"Apa kata kau ajar aku dekat apartment PD nanti.
Aku rasa peninglah". Kata aku kepada Jiji.
Jiji terseyum melihat aku.
"Kau nak ubat pening ke?
aku ada bawa!"
Tanya Jiji.
"Eh tak apa Jiji, aku cuma pening sikit je".
Aku senyum memandang Jiji dan terus berpusing memandang keluar tingkap van.
"Apa yang termenung jauh tu Rin?" Tanya Mil.
"Dari semalam kau asyik termenung je beb.
Aku dok perhatikan kau je". Kata Mil
"Ehhh mana ada aku termenung Mil, aku tengok keindahan perjalan kita ni je".
Kata Aku kepada Mil.
Mil terseyum memandang aku.
Aku pula membalas senyuman Mil.
"Ok kita dah nak sampai"
kata Jali yang memandu van.
Aku melihat kawasan tempat apartment yang kami akan tinggal nanti.
Suasana yang agak terpencil ke dalam.
Jalan yang sedikit berhutan, membuatkan aku mula rasa tak sedap hati.
Tapi bila sampai diApartment, kelihatan tempatnya sunguh cantik.
Walau pun kelihatan agak tidak terjaga sangat.
"Betul ke kita nak tinggal dekat sini?"
Tanya Mil.
"Aku tak sedap hati lah korang!"
kata Mil lagi.
"Sayang! Awak nak takut apa?
sayakan ada...Saya akan jaga awak".
kata Jali kepada Mil.
"Hurmmm ye lahh tu". kata Mil.
"Jangan awak pula yang lari tinggalkan saya". Kata Mil lagi
Kami yang ada di dalam van semua ketawa.
"Ok lah tempatnya, tak lah teruk sangat". Balas aku.
"Cuma terpencil kedalam sahaja.
Tapi aku suka tempat ni.
Tak ramai orang. Tenang dan damai je.
Boleh lah mandi laut, tanpa sebarang ganguankan".
kata aku lagi.
"Ahaaa betul tu".
Kata Pit, sambil berpusing badan memandang aku.
"Buat apa apa pun orang tak tau kann!"
Kata Pit sambil ketawa nakal.
Berkerut dahi Jiji, bila Pit bergurau begitu.
"Ahhh cepatlah, aku nak keluar".
Kata Jiji yang tiba tiba bersuara.
kami semua keluar dari van.
dan menunggu Jali untuk mengambil kunci apatment.
Aku berjalan seorang diri melihat sekitar kawasan apartment
angin pantai yang bertiupan, sungguh mendamaikan.
kelihatan pokok pokok kelapa dan pinang menari nari ditiup anggin.
Aku memejamkan, sambil menghirup susana segar di situ.
*Wahai angin yang damai,
aku sangat gembira bila kau menghembus diriku.
Aku terasa tenang wahai angin.
Jiwa aku yang sedih, Kini terasa damai kembali.
Hanya kerana tiupan mu wahai angin*
Aku terseyum dan membuka mata aku.
Terperanjat aku, bila membuka mata, Jiji ada dihadapan aku.
"Hai!!
kau buat apa ni?"
Tanya Jiji.
"Aku cari ketenangan Jiji.
Aku terasa tenang di sini.
Aku mula jatuh cinta. Aku suka suasana yang begini. Tak ramai orang dan sunyi".
kata aku kepada Jiji.
"Dengan siapa kau jatuh cinta ni?"
Tanya Jiji sambil tersenyumm.
"Jatuh cinta!
Tapi buka pada orang yang sudah berpunya.
Atau bukan juga pada orang yang akan bertunang"...
Kata aku sambil memandang Jiji.
"Aku mula jatuh cinta dengan tempat ni.
Tempat yang indah ni Jiji.
Tempat ni tak akan sakitkan hati aku.
Tempat ni tak akan menipu aku.
Tempat ni tak akan mempersendakan perasaan aku".
kata aku lagi.
"Sayang, aku minta maaf Rin.
Aku betul betul minta maaf.
Aku tak berniat lukakan hati kau.
Aku tak sangka, waktu kita mengenali sungguh pendek.
Aku suka kau Rin.
Aku suka kau sejak kali pertama bertentang mata.
Aku rasa menyesal, kerana tak call keluarga aku untuk tidak pergi merisik Nana.
Aku leka bila bersama kau Rin.
Maafkan aku Rin".
Kata Jiji sambil memletakkan tangannya dibahu aku.
"Oii cepat dah nak naik atas".
Jerit Sham.
kepada aku dan Jiji.
Aku berpusing dan melangkah pergi, tanpa berkata apa apa kepada Jiji.
Jiji juga mengikut aku dari belakang.
Share this novel