Lepas balik dari mendapat bahan dari pakcik itu, mereka berehat di dalam apartment. Terasa seram pula nak masuk didalam apartment itu... Masing masing berpandangan antara satu sama lain bila teringgatkan cerita pak cik itu.
"Beb, petang ni aku tak nak keluarlah".
Kata pit kepada kami semua.
"Siapa nak keluar beli makan nanti, tolong belikan aku sekali ye". kata Pit lagi.
"Ye lah pit, aku pun malas nak keluar"...
Sambut Jiji.
"Ok macam ni lah, malam ni lepas magrib, kita beli bungkus je.
Aku dengan Mil keluar beli makan". kata Jali.
"Korang lepak rumah je".
Kata Jali lagi.
"Ok cun". Balas aku.
Mata aku ni, terasa tak nak tidur petang.
Jiji pula sedap tidur disofa.
Pit pula, sebuk main watsap dengan Moon, sambil terseyum sorang sorang.
Mil dan Nita tidur dibilik.
Waktu siang ni, beranilah mereka tidur di bilik.
Menjelang malam, mesti masing masing angkut tilam keluar. Aku ketawa sendiri bila memikirkan Kawan kawan aku.
Aku bangun dari sofa dan terus ke balconi.
Merenung sekeliling kawasan resort dari balconi.
Angin yang lembut bertiup, mendamaikan hati.
"Haii, kenapa duduk sorang sorang ni!"
Tanya Pit.
Aku menoleh disebelah dan memandang Pit.
"Damaikan dekat sini".
Tanya aku kepada Pit.
"Siang memang damai Rin!
Tapi malam, lain macam sikit". kata Pit sambil terseyum.
Terpaku aku dengan senyuman Pit.
"Kenapalah aku tak pilih kau!" Bisik hati aku,
sambil terseyum.
"Ni dah kenapa? senyum senyum". tanya Pit.
"Ehhh tak adalah, cuma aku suka bila tengok kau. Tambah lagi, bila kau senyum. Manalah awek awek tak tergoda!" kata Aku kepada Pit.
"Hurmmmm, tapi aku pelik!
kenapa orang sebelah aku ni, tak tergoda!"
kata Pit sambil terseyum.
"Aku kalau tergoda lain macam!
hahahhaha". Aku tergelak memandang Pit.
"Kau yang susah nanti". Kata Aku lagi.
"Pit merapatkan mukanya ke muka aku.
Kalau tergoda tak salahkan!
masing masing belum kawin lagi.
Cuma dah berpunya.
Tapi tak tentu lagi, kekasih boleh menjadi pasangan hidup". kata Pit. Sambil melagakan hidungnya ke hidung aku dan terseyum.
"Hisss ada ada lah kau ni Pit".
Kata aku dan juga terseyum.
"Rin! dalam ramai ramai kenapa kau pilih Jiji?"
Tanya Pit.
"Hisss kau ni Pit, takkan aku nak pilih Sham atau Jali! Dah tentulah aku pilih Jiji...
Sebab dalam ramai ramai Jiji yang paling handsome". Kata aku sambil ketawa.
"Tapi dia kan dah nak bertunang, kau tak rasa bersalah ke? dengan bakal tunang dia".
Aku terseyum mendengar kata kata Pit.
"Kau rasa aku patut terima Jiji ke?"
Aku bertanya kepada Pit.
"Kalau kau boleh terima dia yang dah nak bertunang, baiklah kau terima aku yang masih belum nak bertunang lagi". kata Pit yang cuba mengoda aku.
Aku dah agak dah, mesti dia akan cakap macam tu. Aku hanya terseyum dan memandang semula kedepan.
Pit pula setia memerhatikan aku...
"Pit! Kalau aku kenal kau hari tu dan kau masih belum berpunya, aku pasti pilih kau!"
kata aku, selamber kepada Pit..l
Sambil mata aku memanadang pemandangan yang indah didepan mata.
"Kalau aku tinggalkan Moon, kau boleh terima aku ke Rin?"
"Jangan macam tu Pit, aku dah pilih Jiji...
Aku akan tetap sayang Jiji seorang je".
Kata aku sambil memandang Pit semula.
Pit merenung kedalam mata aku, sambil tangannya memegang tangan aku.
Aku mula suka kau, bila pertama kali aku terpandang kau dan cara kau yang buat aku tertarik hati, masa dikaraoke hari tu. Hati ini mula tergoda". kata Pit sambil meletakkan tangan aku didadanya yang tidak berbaju.
"Oii" Sergah Jiji.
"Apa ni Pit!" Kata Jiji.
Pit melepaskan genggaman tangan Rin.
"Apa yang kau cuba buat ni!
Kau saja nak bagi aku bengang ye!"
Kata Jiji lagi kepada Pit.
"Adoiii Jiji, aku borak borak je?
kau tak payahlah nak bengang bengang".
Kata Pit.
Aku betul betul terperanjat, bila Jiji sudah bangun dari tidur.
"Ehhh, aku lepak jelah Ji dengan Pit.
Tak ada buat apa apa pun. Takkan lah beborak pun tak boleh". Kata Aku kepada Jiji.
"Habis yang dok pegang pegang tu dah kenapa?" Tanya Jiji.
Aku dan Pit hanya diam...
Malas nak berdebat dengan Jiji.
"Aku ada pun, kau boleh biarkan lelaki lain, pegang pegang kau!
Kalau aku tak ada, apa agaknya yang korang buat!" kata Jiji dengan nada yang marah.
"Oiii, jaga mulut kau tu Jiji.
Jangan melampau sanggat!
Aku diamkan, bertambah lancang mulut kau tu". Kata aku kepada Jiji.
"Kenapa! kau nak dia sangatkan.
Pergilah". kata Jiji selamber.
"Jangan cabar aku Jiji, marah aku
dan berlalu masuk kedalam dan mengambil handphone aku, lantas berlari keluar dari apartment.
"Kau tengok, apa yang kau dah buat!
Kata Pit, sambil menolak Jiji.
"Kontrol sikit panas baran kau tu bro.
Kau bukan laki dia.
Dia terima kau pun, dah kira bagus.
Aku puas pujuk dia untuk terima aku, tapi dia tetap nak kan kau!"
Kata Pit.
Terdiam Jiji di balconi.
Pit pula masuk kedalam dan tersendar disofa.
Aku keluar dari apartment dan menuju kekerusi yang menghadap di pantai.
Suara air laut, cukup menenangkan jiwa.
Aku mengeluarkan kotak rokok yang ada dipoket seluar pendek aku dan memasangnya.
Aku bersandar, sambil merenung kelaut.
"Kurang hajar betul mulut si Jiji tu,
Dia ingat aku ni apa!
Aku pun silap juga, kerana biarkan Pit mengoda aku tadi! Tapi Pit hanya pegang tangan aku je!
Hurmmm lantak lah". Bisik hati aku.
Tiba tiba terdengar petikan gitar dari belakang aku, aku tau itu Jiji.
Aku tak menoleh langsung kepadanya.
"Rin sayang, maafkan aku".
Kata Jiji dan masih setia memetik gitar.
"Untuk mu sayang"...
*Tuhan izinkan bertemu dengan dirinya
Hati inikan terus merindukanmu
Disetiap tidur ku
Ku pertahankan walau menjadi beban
Ku korbankan karna masih sayang
Ku mohon padamu jangan pernah menghilang
Ku tak ingin ini terjadi
Percayalah duhai kekasih ku
Ku tak bisa hidup tanpa dirimu
Maafkanlah ini semua salah ku
Jangan engkau tinggalkan ku
Cinta kita memang tak sempurna
Tapi ku yakin aku untuk selamanya
Ku berharap jangan kau lupakan aku
Dihati ku cuma kamu
Takkan pernah aku melupakan kamu
Takkan pernah menduakan cinta mu
Ku berjanji untuk hidup semati
Dengan dirimu sayang
Dengarkanlah oh sayangku
Ku nyanyikan sebuah lagu
Yang berjudul maafkanlah aku
Cinta ku takkan pernah menghilang
Meskipun sudah terbang melayang
Takkan ku biarkan orang lain
Masuk kedalam hatimu
Sudah sekian lama aku mencintaimu
Namun ku tak mampu
Untuk membahagiakan kamu
Sungguh ku ingin menangis di depanmu
Agar ku dapat cinta dan kasih sayangmu
Sayang sungguh rindu gelak tawa mu
Masih kau ingatkan ku, aku cinta padamu
Hati ingin bertemu wajah sangat merindu
Mencium mu memeluk mu seperti selalu
Aku tak ingin berpisah diri dirimu
Tapi mengapa engkau lari dari aku
Ku mohon padamu beri aku kesempatan
Untuk ku berubah membuat dirimu bahagia
Percayalah duhai kekasihku
Ku tak bisa hidup tanpa dirimu
Maafkanlah ini semua salahku
Jangan engkau tinggalkan ku*.....................
Aku terpaku mendengar nyanyian bercampur puitis. Sungguh merdu. Lalu aku membuang rokok yang ada di jari.
"Kau ni Jiji! suka tau, buat aku bersedih.
Kenapa kau marah aku tadi?
Aku tak sukalah kau marah marah aku!"
"Akuuuuuu".
Terhenti ayat aku dari berkata kata bila Jiji merenung aku.
"Rin! Tolong jangan guna perkataan kau dan aku.. Aku terasa seperti pangila kau dan aku hanyalah pangilan yang sesuai untuk kawan. Kalau kita, masih gunakan pangila aku dan engkau. Aku jadi tak selesa".
Aku berkerut dahi, bila Jiji kata begitu. Lantas aku mula terseyum.
"Rin maafkan saya ye!"
Kata Jiji.
Automatic, bulu roma kau merang! Bukan nampak hantu. Tapi ayat saya awak yang Jiji gunakan! Buat aku meremang... Terseyum aku didalam hati.
"Saya cemburu, bila awak dengan Pit.
Sebab saya tau, awak pernah sukakan dia.
Dan saya juga tau, dia sukakan awak".
Kata Jiji lagi.
"Jiji, saya juga minta maaf!
Saya tau dia cuba tarik perhatian saya.
Tapi awak jangan risau!
Hati saya mula ada awak".
Jiji terseyum sambil menyisir rambut aku yang bertebangan ditiup angin.
"Thanks Rin, sudi terima cinta ini... Saya akan sentiasa sayang awak". Lantas Jiji memandang kiri dan kanan.
"Awak cari apa?"
"Cari cinta awak! Cia cia cia". Jiji mula nakal.
"Saya sebenarnya nak tengok! Line clear ke tak" kata Jiji.
"Dah kenapa pula ni?" Tanya aku.
"Saya nak cium awak! Takut pulak ada orang nampak".
Tergelak aku dengan perangai lawak Jiji. Ada aja benda merepak yang mahu dibuatnya.
Share this novel