"Jiji! Tempat ni indahkan!
penuh kehijawan dan ketenangan.
Aku suka tempat tempat macam ni". Kata aku kepada Jiji.
"Betul tu Rin! Aku pun suka tempat tempat macam ni dengan kau sekali".
Kata Jiji sambil tersenyum.
Aku terpaku melihat senyuman Jiji.
"Nanti! Bila kita kawin! Kita bulan madu dekat tempat tempat macam ye ni Rin! Kata Jiji lagi. Berkerut muka aku! Bila Jiji cakap macam tu.
Tiba tiba Jiji ketawa.
"Hahahhaha aku melawak je". kata Jiji.
Tersentap aku bila jiji ketawa.
"Hiss kau ni! Suka sanggat bergurau".
Kata aku kepada Jiji.
Tersenyum aku memandang Jiji.
Jiji pun tersenyum sambil mengelipkan sebelah matanya kepada aku.
Berkerut dahi aku! sambil aku membuat memek muka. Bila Jiji buat begitu.
"Muka tu yang aku tunggu tunggu kau buat!"
Kata Jiji sambil ketawa.
'Korang meh sini berkumpul". Panggil Jali.
Aku dah Jiji masuk kedalam
dan berkumpul didepan ruang tamu.
"Ok jam baru pukul 11lebih pagi.
hari ni kita free aktiviti.
Korang nak pergi mana korang pergilah.
Aku nak rehat sini je.
Siapa nak Jalan kaki dekat dekat sini boleh.
Nak pakai kereta aku pun boleh.
Nak main judi pun boleh.
Tapi balik nantu jangan bogel dahlah... hahahhaha". Kata Jali sambil membuat lawak.
"Aku sekejap lagi nak keluar dengan Moon ye Korang.
Aku nak pergi atas sekali.
Nak lepak mall sana".
kata Pit kepada kami.
"Wahh syoklah ada awek! Boleh dating".
Kata Jiji kepada Pit.
"Kau tu banyak makwe tapi simpan buat apa?
Bukan aku tak tau kau tu hehheheh".
Kata pit sambil ketawa.
"Aha lah Jiji.
Kenapa kalau keluar, kau tak nak bawa awek kau..
Aku tak pernah tengok kau bawa awek keluar?
Tapi dekat rumah 24 jam asik dapat call je". Sampuk Sham.
"Zura lah, Dila lah, Kila lah! macam macam nama kau sebut".
"Hari ni je aku tak dengar handphone kau berbunyi! Kau off handphone kau ye". kata Sham lagi sambil ketawa.
"Hisss korang ni!
Aku mana ada makwe.
Kawan kawan tu ramailah.
Lagi pun aku tak suka awek tengok muka aku selalu..
Muka aku ni untuk ditatap oleh orang yang betul betul aku suka sahaja". kata Jiji.
"Korang ni potong betullah!
Aku baru nak ayat Rin". Sambil Jiji memandang aku dan tersenyum.
Aku juga tersenyum memandang Jiji.
"Kalau dah ramai sanggat awek duduk call kau, aku tak nak lah Jiji!
Takut aku nak couple dengan kau.
Lagi pun aku mencari orang yang masih solo! Bukan mata keranjang".
Kata aku sambil ketawa memandang Jiji.
"Ok sudah tu bergurau!
Siapa nak rehat, boleh rehat.
Siapa nak keluar, nanti belikan aku makan.
Aku malas nak keluar".
Mil kalau nak keluar boleh ikut jorang ye".
Kata Jali kepada Mil!
"Samalah! saya pun malas nak keluar".
kata Mil... Jali tersenyum memandang Mil.
"Jiji kau nak temankan aku keluar tak?"
Aku bertanya Jiji.
"Aku nak jalan jalanlah Ji! Nanti
Nita nanti keluar dengan Sham naik kereta Jali. Pit pulak nak keluar dengan Moon".
"Aku bosanlah duduk rumah.
Jomlah temankan aku jalan jalan.
Aku bawa kau!" Pujuk aku kepada Jiji.
"OMG kau ajak aku keluar ke Rin?"
Kata Jiji.
"Ye lah! Ajak kau lah Jiji. Siapa lagi yang aku nak ajak.
kau dengan aku je tak ada couple.
jadi aku ajak kau lah.
Kalau kau nak! Kalau tak nak tak pelah!
I can go out on my own".
"Heii, sayang!
Siapa kata aku tak nak!
Gadis manis, cantik dan comel ajak aku keluar kot.
Mestilah aku nak!
Bodohlah jadi lelaki! kalau kau ajak tapi tak nak ikut". Kata Jiji sambil ketawa.
"Hehhehe thanks Jiji sweet". Sambil aku mencubit pipi Jiji.
"Ehh jangan lah cubit cubit, nanti aku jatuh cinta pula dekat kau". kata Jiji.
Ketawa semua yang lepak di ruang tamu.
Aku terpandang Pit.
Mukanya menjadi lain! bila Jiji bergurau gurau dengan aku.
Pit menoleh memandang aku.
Aku lekas lekas pandang ke tempat yang lain.
"U jom lah! I nak shopping".
Ajak Moon kepada Pit.
Pit bangun mengambil kunci keretanya.
"Korang, aku keluar dululah".
Kata Pit.
"Ok bro take care"
kata Jali.
Pit berlalu keluar dari apartment.
Dan disusuli oleh Sham dan Nita.
Nita tersenyum memandang aku.
Aku membalas senyuman Nita.
sambil mengelipkan mata aku.
"Kita pula bila nak keluar Rin".
Tanya Jiji.
"Cik abang sayang!
kita keluar pukul 1 @ 2petang boleh.
Marilah kita berehat dekat sofa ni!
Aku nak rehat sekejap, sambil layan astro ni.
Meh lah duduk sini Jiji. Kita tengok sama sama. Kalau aku tertidur kau jangan kacau aku ye Jiji". Kata Aku sambil ketawa.
"Hurmmm ye lah cik adik!
Kau baring dekat sofa dua seat ni lah Rin". Kata Jiji.
Aku hanya tersenyum melihat telatah Jiji.
"Ok tak" Tanya Jiji.
"Atau kau nak baring dekat sofa tiga seat ni". Tanya Jiji lagi.
Jiji seperti risau kalau aku tak selesa baring disofa dua seat.
"Ayooo Jiji sayang!
Aku mana mana pun boleh lah".
kata aku sambil tersenyum.
Mana kala Mil pula, tidur didalam bilik perempuan dan Jali tidur di bilik lelaki.
Share this novel