Bila menjelang hari rabu. Aku dan kawan kawan bersiap sedia untuk menunggu group lelaki sampai didepan rumah sewa kami.
"Aku sudah awal awal lagi dah share location dekat Jali.
Jangan sesat sudah lahh".
Kata Mil kepada aku dan Nita.
Dari jauh ternampak kelibat sebuah van putih, tiba dan berhenti betul betul didepan rumah kami.
"Haaaa tu jorang kata Mil..
Aku menggangkat backpacking aku...
Manakala Mil dan Nita membawa bag luggage! kemain besar lagi. Macam dah tak nak balik rumah lagi.
"Woii, korang nak lari rumah ye hahahahah". aku ketawa.
Berkerut dahi masing masing.
"Ngeklah kau Rin". kata Mil.
"Kita Kan nak pergi lama? tak kan lah nak bawa sikit baju.
Hari ni pergi! ahad baru balikkann! Lama tu". kata Mil.
"Hurmmm ye lah beb.
Kita tengok nanti, banyak buat projek kolej ke atau banyak buat perojek sendiri hahahah".
aku sambung ketawa.
"Hahhahhaah tak lawak ok". Balas Nita.
Sambil ketawa sambil wajah berkerut.
Sham dan Jali membawa bag Mil dengan Nita masuk kedalam Van.
Aku datang dan meninjau ninjau van yang Jali sewa.
Hurmmm boleh tahan cantik.
Boleh masuk 11orang.
Kita boleh berpestalah dalam van ni! Aku tersenyum didalam hati.
Jiji duduk dibelakang sekali... Jiji tersenyum memandang aku.
"Haii Jiji" aku menegur JIji.
"Hai Pit" aku juga menegur pit yang duduk diseat didepan seat JIji.
"Moon mana? tak ikut sekali ke pit?" Tanya aku.
"Ehhh kenapa pulak aku nak bawa dia?"
kata Pit sambil tersenyum
"Hurmmm, ohhh ok".
Balas aku.
"Duduk sini Rin". Ajak Pit.
Aku jadi serba salah.
Aku memandang Jiji, Jiji terus berpusing memandang ke tingkap.
Aku terus duduk disebelah Pit.
Pit tersenyum bila aku duduk disebelahnya.
"Thanks Rin! Sudi duduk dengan aku".
Aku hanya tersenyum.
Maafkan aku Jiji.
Dialah yang aku nanti selama ini.
Walaupun aku tau dia dah berpunya, tapi hati aku tetap mahukan dia.
Kata aku didalam hati. Hati rasa serba salah juga wujud didalam diri! Serba salah dengan Jiji dan yang paling aku rasa serba salah! Ialah kepada Moon.
Sham dan Nita masuk kedalam van dan duduk diseat depan aku.
Mana kala Mil duduk sebelah Jali yang memandu van.
"Ok korang! kita mulakan perjalan kita. Sebelum tu! Kita baca doa dulu, moga perjalanan projek kita berjalan lancar". kata Jali dan mula membawa sepotong ayat dan terus memandu van, menuju ke Melaka.
"Rin, Aku germbira sangat dapat duduk berdua dengan kau tanpa adanya Moon". kata Pit Sambil memegang jari aku.
Aku hanya tersenyum...
Apa yang aku buat ni?
Betul ke apa yang aku buat ni?
Nampak gayanya macam aku nak merampas hak orang.
Hati aku mula berkata kata.
Aku membiarkan Pit meramas ramas jari aku.
Walaupun hati aku mula rasa tak selesa dengan Pit.
Tiba tiba terringat kembali, tentang Pit dan Moon yang keluar dari bilik berdua duaan diGenting highland.
Berbandingan antara Pit dengan JIji. Aku dapat rasakan sesuatu.
Bila dengan Jiji aku rasa selesa sanggat.
Nak bermanja dengan Jiji pun aku rasa tak ada perasaan malu.
Tapi kenapa ya?
hati aku jadi tak menentu bila dengan Pit.
Pit meletakkan kepalanya dibahu aku dan memandang aku.
Aku tersenyum memandang pit.
"Rin, Nanti sampai melaka kita duduk homestay tau". Tanya Pit kepada aku.
"Wahhh mesti seronok". kata Aku kepada pit.
"Homestay milik keluarga Sham.
Ada banyak bilik tau! bilik diatas ada empat dan dua bilik dilantai bawah.
Bolehlah sorang satu bilik". Kata Pit tersenyum.
"Wahh, mesti bestkan adalah privacy sikit". Balas aku.
Di pertengahan jalan menuju ke Melaka. Kami berhenti sekejap di RnR untuk lepak makan makan.
Perjalan kami tak adalah terburu buru sanggat.
Lagi pun banyak lagi masa.
Sampai di RnR Jiji meluru keluar dari Van.
"Amboii lajunya" kata aku kepada Jiji.
Jiji hanya tersenyum.
"Aku nak pergi tandas! Dah tak tahan dah".
kata Jiji.
"Aku nak ikut kau Jiji".
Kata aku kepada Jiji.
"Jom" balas JIji.
"Ehhh, tak pe Rin nanti aku bawa kau". Sampuk Pit.
"Kita pergi sama samalah ye". Kata Pit lagi.
Aku tersenyum memandang Pit.
Jiji terus pergi, tanpa berkata apa apa.
"Ehhhh, apahal Jiji tu". Tanya aku kepada Pit?
"Entah! cemburul lah tu, kau dengan aku"
Kata PIt selamber.
Berkerut dahi aku! Bila Pit cakap begitu. Aku terus berjalan bersama Pit, untuk ketandas.
Kami berpimpin tangan seperti pasangan kekasih.
Rasa bersalah terhadap Moon, mula hilang dari minda aku.
Lepas ke tandas, aku duduk makan bersama kawan kawan difoodcort. Jiji hanya diam membisu, bila kami sampai dimeja makan.
Rasa lain pula, bila Jiji tak bersuara.
Lepas makan Jiji terus bangun dan pergi ke tepi van untuk merokok.
Pit pula, masih lagi tengah makan.
Aku banggun dan terus kepada Jiji.
Pit pula, hanya memandang aku. Bila aku mula menggikut Jiji dengan wajahnya yang berubah bengang.
"Jiji, kenapa dengan kau?
Kau lain sangat hari ni?"
Tanya aku... Bila sampai ditepi van.
"Kau tau aku cemburukan?
Kau tak sedar ke?
Kau sekarang tengah merampas hak orang! Jangan leka dengan wajah yang handsome Rin!"
"I know, i'm not the best for you. But i can be better than him. Pit bukan seperti yang kau sangkakan. Kau sedar tak Rin, Aku.....". Jiji terhenti dengan ayatnya dan terdiam.
"Maafkan aku Jiji! Aku tak tahu apa yang aku cuba buat".
"Apa kau tak rasa ke! Apa perasaan Moon nanti. Bila dapat tahu, kau merampas Pit dari dia".
"Jangan ambil hak oranglah Rin".
"Heiiii tutup mulut kau Jiji".
Aku tak rampas hak orang!
Aku suka dia, dia suka aku.
Dimana datangnya istilah rampas tu ya Jiji.
Aku tak cari dia?
Tapi dia yang cari aku!
Salah ke aku juga suka dia?
Tolong bagi tau aku JiJi. Bahagian mana yang buat aku jadi perampas".
Kata aku kepada JIji, dengan nada yang tinggi.
Jiji hanya diam, sambil menghisap rokoknya
"Kau jangan nak kongkong aku lebih lebih sangat boleh tak Jiji, aku tak selasa".
Kata aku Lagi.
Jiji hanya tersenyum, memandang kepada aku.
"Thanks Rin".
Sambil Jiji masuk dan duduk didalam van bila semua datang semula divan.
Jiji mencapai gitar yang dibawanya.
Sambil memetik gitar itu tanpa nyanyian.
Aku betul betul terusik dengan kata kata Jiji.
Aku hanya diam didalam van.
"Heiiiii kau ok ke?" tanya PIt kepada aku.
"Hurmmm aku ok". Sambil aku tersenyum.
Pit memegan pipi aku, bila aku mula tersenyumm.
"Kau cantiklah Rin! Sentiasa terseyum. Tak macam Moon.
Kau juga manja". Kata Pit lagi.
"Memanglah aku tak sama macam Moon! sebab aku bukan Moon.
Segala galannya berbeza.
Jangan samakan aku dengan Moon boleh tak Pit?"
Tanya aku sambil memusingkan badan memandang Pit dan mata memandang pula kepada Jiji.
Jiji tunduk memandang gitarnya dan diletakan gitarnya disebelah.
"Ok sayang! Aku tak akan bezakan kau dengna Moon lagi.
Maaf kalau kau tak suka.
Kau tahu aku suka kau".
kata Pit kepada aku.
Aku tersenyum melihat PIt.
Lebih kurang sejam dari RnR, kami sampai dihomestay.
Sebiji rumah yang agak besar ditengah pusat bandar Melaka.
Cantik rumahnya.
Rumahnya moden dan sangat kemas.
Aku memilih bilik dibawah.
Bahagian atas Mil, Nita, Sham dan Jali.
Manakala aku dengan Pit mengambil bilik dibahagian bawah.
Bilik aku dengan pit, bersebelahan.
Jiji pula tidak mahu bilik.
Dia hanya nak tidur diruang tamu.
"KOrang tidurlah dalam bilik ye.
Aku nak tidur dekat sofa ni je". Kata Jiji. Sambil tersenyum.
Aku meletakkan Bag didalam bilik dan terus baring dia atas katil.
Aduhhh leganya badan.
Kata aku sendiri.
Pit mengetuk pintu bilik aku dan lepak bersama aku didalam bilik.
Bila aku membuka pintu bilik, aku sempat melihat Jiji di sofa.
Jiji menjeling bila Pit masuk kedalam bilik aku.
Kerana tak mahu Jiji fikir yang bukan bukan! Aku membuka luas pintu bilik aku.
Share this novel
Hati nk rin dgn pit sbb che da pub x kisah klu lelaki tu dah adabgf klu dua dua suka mmg tajde udtilah perampas, suka sama suka kot. Tapi kesian pulak dgn jiji
Sama sama
Nama nita jadi nani dalam chapter ni.