bab22

Romance Completed 3090

"Jiji! kalau esok hari aku berubah, maafkan aku ye.
Aku tau, aku bukanlah seorang kawan yang terbaik.
Tapi aku akan cuba jadi yang lebih baik.
Hati aku tak boleh dipaksa.
Dia ada di hati aku. Tapi! kau juga ada di hati aku.
Aku kena kenal betul betul siapa dia dan siapa kau, dulu sebelum aku buat keputusan.
Aku harap sangat kau jangan marah aku.
Bila aku bersama dia.
Dalam masa yang sama aku nak kau jaga aku.
Sebab dari sudut hati aku, aku rasa Pit bukan lah orang yang bagus.
Kau boleh tengok cara dia bila dengan aku. Dia selalu membuat aku tak selasa". kata aku kepada Jiji. Agar Jiji lebih faham aku.

"Ok Rin, kau anggap je lah aku ada bersama kau selalu.
Aku tahu dan faham. Apa yang kau cuba sampaikan dekat aku.
Dah lah Rin, pergi lah tidur. Esok kita nak sambung projek kita.
Itu lebih penting". Kata Jiji.
Aku tersenyum dan terus masuk kedalam bilik.
Aku tertidur sampai ke pagi.
Bila tersedar, Pit sudah ada duduk di sebelah aku.
Sambil menatap wajah aku semasa tidur.
Terperanjat aku, bila buka mata dia ada disisi.

"Amboii lenanya kau tidur!
Rin kenapa malam tadi?"
Tanya Pit dan aku terseyum.

"Maafkan aku Pit, Aku sakit kepala malam tadi.
Now aku dah ok". Sambil aku tersenyum memandang Pit.

"Hishhh kau ni, buat aku risau je lah.
Aku ingat kau kenapa, tiba tiba lari masuk bilik.
Sakit kepala rupanya". Sambil memegang tangan aku.

"Nak aku urut ke?"
Tanya pit lagi..

"Ehhh tak pe, tak pe!!
Aku dah ok dah"
Aku tersenyum bila Pit cuba menarik aku untuk diurut.

"Aku nak mandi lah Pit.
Sekarang dah pukul berapa?"
Tanya aku.

"Dah pukul 8pagi" balas Pit.

"Lepaklah dulu Rin, kita borak borak.
Awal lagi nak mandi".
kata Pit lagi.

Aku banggun dan terus duduk di tepi katil.

"Ok, kita nak borak apa?"
Tanya aku sambil tersenyum.
Pit juga tersenyum memandang aku.

"Kenapa lah kau comel sangat Rin? Geram aku". Sambil Pit mengambil tangan aku dan di letakkan dipehanya.

"Aku suka kau pakai macam ni!
Nampak segala kecantikan".
Sambil matanya memandang aku dari atas sampai kebawah.
Aku dari selesa berborak dengan Pit, terus rasa tak selesa.

"Aku mana ada cantik Pit.
Kalau aku cantik, Tak kan lah sampai sekarang aku masih solo lagi". Aku ketawa sendiri bila membuat lawak.

"Last couple aku, Si gatal tu!
Budak yang kita jumpa dekat disco hari tu.
Nasib kau ada selamatkan aku.
Kalau tak, tak taulah aku.
Apa nak jadi".
Kata aku lagi kepada Pit.

"Mamat tu bodoh.
Kalau nak dapatkan seseorang atau cintakan sesorang, janganlah gelojo sangat.
Kenalah tarik cintanya betul betul.
Pegang hatinya dulu.
Barulah boleh pegang segalanya yang dia ada".
Kata Pit, Seperti pakar cinta.

"Part akhir tu aku masih tak paham pit?
Apa maksudnya". Tanya aku.
Kepada pit.

"Pegang hati, Lepas tu barulah boleh pegang tuan hati tu".
Sambil tangan Pit mula memeluk pinggan aku...

"Ohhhh pegang macam tu aja ke?"
Tanya aku lagi.

Aku nak tengok, sejauh mana Pit nak buat dekat aku.
Barulah aku tau siapa dia?
Antara cinta yang tulus atau cinta yang semata mata nafsu.
Seperti mana dia dengan Moon.
bisik aku sendiri.

"Cinta ni jangan mendesak sanggat, kalau kita nakkan sesuatu dengan pasangan kita.
Lepas tu barulah sayang sayang".
Sambil Pit, mencium pipi dan membawa keleher.

Hahahhaha aku ketawa.

"Geli lah", kata aku kepada pit.

"Kau ni lawaklah Pit". kata aku lagi.

"Heii apa yang lawaknya?
Aku tak buat lawak pun". Tanya Pit, sambil berkerut dahinya.

"Alahhh relex lah.
Janganlah nak marah sangat".
Kata aku kepada Pit.

"Habis tu, kau selalulah buat macam tu dekta Moonn?" Tanya aku kepada pit.

"Moon lain!
Moon suka dibelai.
Moon pun suka membelai".
kata Pit.

Meremang bulu roma aku! Bila Pit kata begitu.

"Ok lah tu, Moon sesuai untuk kau! Sesuai sangat dengan kau". kata aku lagi.

"Kenapa kau tak suka aku ke Rin...
Kenapa aku tak ok ke, kurang handsome ke? tak romantik ke?" tanya Pit.

"Semua yang kau sebut tu semua ada dekat kau Pit! Aku suka kau".
Kata aku kepada Pit.

"Tapi aku tak suka dibelai dan membelai... 
Maaflah ye, Aku tak berminat langsung dan tak akan berminat".
kata aku lagi.

Hurmmmm sayang betul lahh! muka dah ok! romantik pun ok.
Cuma satu je yang tak ok tentang kau ni. Otak kau tu yang tak ok.
Kau ni, sebenarnya sama je dengan Ely.
Cuma bezanya Ely suka mendesak.
Kau pula suka mengoda dalam diam dan pandai bermain kata kata yang indah.
Suka sangat bagi pujian dan bagi harapan palsu kau tu.
bisik aku didalam hati.

"Rugi tau, kalau kau tak sambut cinta aku.
Dekat kolej dengan dekat luar tu, ramai yang tergila gilakan aku.
Termasuk Moon.
Kau tengok Moon, mana dia nak lepaskan aku.
Kau lah antara gadis yang beruntung tau Rin.
Aku yang dok tergila gilakan kau, berbanding orang lain".
Kata Pit yang mula berlagak dalam kata katanya dan aku masih setia terseyum.

Hurmmm! semakin lama aku duduk dengan kau, semakin banyak aku nampak kekurangan kau Pit.
Semakin banyak sifat buruk kau yang ketara didepan mata.
Aku juga antara gadis yang pernah tergila gila kan kau, suatu masa dulu.
Kau sahaja yang tak nampak aku.
Tapi sekarang, aku bukan antara mereka lagi. Aku setia berkata sendiri.

"So kiranya, aku lah yang paling beruntung ye?"
Sambil aku menatap wajah Pit dengan perasaan yang serba salah.
Aku serba salah, bila lihat dia dah mula suka aku.
Walau pun aku tau, dia suka aku bukan sahaja kerana cinta, tapi kerana nasfu juga...
Dari pandangan mata dia, aku boleh nampak.
Pit bukanlah seorang yang penyabar dalam cintanya. Dia juga yang sebenarnya bukan seperti yang aku fikirkan sebelum ni.

"Maafkan aku Pit sayang! aku rasa, aku tak boleh lah!
Aku tak bersedia lagi nak bercinta.
Aku nak keseorangan dulu.
Aku nak hidup aku, tanpa seorang lelaki pun. Kecuali kawan kawan. Aku malas nak bercinta dulu Pit".

"Maafkan aku.
Kau pergilah semua dekat Moon.
Lagi pun Moon sesuai dengan kau. Aku boleh nampak dia setia dengan kau".
Kata aku sambil terseyumm.

"Kenapa kau tiba tiba berubah?
Masa mula mula datang sini, kenapa kau terima aku?
Dan sekarang kenapa kau tolak aku Rin.
Apa kurangnya aku".
Sambil tangan Pit memegang pipi aku.

"Kau terlalu sempurna Pit!
Tapi macam yang aku cakap.
Aku belum bersedia untuk bercinta.
Kadang kadang aku fikir cinta itu membosankan".
kata aku lagi.

Kadang kadang sesuatu yang kita rancang, tak sama dengan apa yang kita mahukan.
Kadang kadang juga, hati kita menipu perasaan kita".
kata aku kepada Pit.

"Aku nak kau faham, apa maksud aku.
Perasaan kita mahukan sesuatu,
Tapi sesuatu itu bukan milik kita.
kau kena faham itu.
Sama macam kau!
Kau mahukan Moon tapi dalam masa yang sama, kau mahukan aku juga.
Itu bermakan hati kita menipu.
Macam aku juga Pit.
Aku mahukan kau, tapi dalam masa yang sama aku juga mahu hidup sendiri.
Aku harap kau faham aku Pit.
Jangan menipu diri sendiri".
sambung aku sambil memegang bahu Pit.

"Baliklah kepada Moon Pit. Moon setia menanti kau"

"Aku hanya merosakkan lagi hubungan korang".
Kata aku kepada Pit yang hanya diam tunduk kebawah.

Hurmmmm betul ke apa yang aku buat ni.
Setelah sekian lama, aku cuba untuk dapatkan kau. Tapi bila dah dapat, aku lepaskannya begitu sahaja.

"Rin, kau tau aku mula sukakan kau!
sejak kita berjumpa kali pertama di karaok.
Hati aku mula tertawan.
Tertawan melihat cara kau.
Aku mula jatuh hati.
Kalau dulu aku nak kan perhatian dari semua perempuan perempuan, tapi kali ni
aku rasa, aku nak sayang kau sahaja.
Kalau moon menjadi penghalang cinta kau dan buat kau tak selasa. Aku akan lepaskan Moon kerana kau".

"Betul kata kau Rin. Aku memang sayangkan Moon tapi dalam masa yang sama aku juga sayangkan kau.
Moon sanggup buat apa sahaja untuk aku, asalkan aku tak tinggalkan dia".Kata Pit lagi.

"Sebab itu aku sayang Moon". kata Pit.

"Setiap manusia lain pit, kau jangan nak samakan semua orang, dengan Moon...
Kalau Moon sanggup buat apa shaja untuk cintanya, tapi aku bebeza Pit.
Aku sanggup ditinggalkan, dari aku berkorban untuk cinta".

"Kalau Moon sanggup buat begitu kepada kau, aku rasa dia adalah yang terbaek buat kau.
maafkan aku Pit.
Aku tak boleh terima kau.
Sambil memegang pipi Pit.

"Tapi kita masih boleh  berkawan kan Rin? Tanya Pit.

"Dah tentu sayang.
Kita memang akan jadi kawan, sampai bila bila".
Sambil aku dan Pit tersenyum.

"Dah, aku nak mandi.
Nanti bising pula dia orang".
kata aku kepada Pit.
Aku keluar dari bilik, Pit juga menggikut dari belakang aku.

"Haaaa tu buat apa tu?
Berdua duaan dalam bilik". Tanya Sham.

"Beromen jawap" Pit spontan menjawap.

"HIsss apa lah kau ni.
Marah aku kepada pit".
Sambil aku dan Pit ketawa.

"Tak lah, aku lepak je dengan Rin.
Tak buat apa apa pun,
Mak cik ni jual mahal dengan aku". kata PIt sambil ketawa.
Aku juga turut ketawa dan memandang Jiji.
Jiji hanya tunduk memandang handphonenya.

Hurmmmm dia dah buat balik lah ni, kata aku di dalam hati.

Ahhhh, lantak lahhh. Baik aku mandi dulu.
Baru aku jumpa Jiji.

Lepas bersiap, aku terus keluar dari bilik dan duduk disebelah Jiji.

"Hai Jiji" tegur aku.
Jiji hanya diam membisu.

"Heii what's wrong with you".
Sambil Aku menarik lengan Jiji.
Jiji lantas banggun dan terus keluar duduk ditaman sambil memasang rokoknya.

Hurmmmm merajuk lagi.
Bosanlah nak pujuk.
Susah aku macam ni.
Boleh biul otak aku. Aku banggun dari sofa dan terus menggikut Jiji keluar.

"Jiji, kenapa Ni"
Tanya aku kepada Jiji.

"Kalau kau diam, manalah aku nak tau.
Apa yang aku dah buat salah dekat kau?" kata aku lagi.

"Rin, Kau buat apa dengan Pit dalam bilik tadi? Borak apa yang lama sangat tu?"
Tanya Jiji.

"Lahhh itu ke yang menjadi masaalah kau Jiji.
Heiii aku tak buat apa apalah.
Kau jangan nak fikir bukan bukan".

"Ohh ni mesti pasal apa yang Pot cakap masa keluar bilik tadi... Pit melawak je lah.
Kau rasa aku ada buat apa apa dengan Pit ke Jiji?"

"Entahlah! aku pun tak tau, apa yang aku rasa sekarang?" jawap Jiji.

"Heiii pandang sini". balas aku, sambil memegang kedua dua pipi Jiji.

"Kau rasa, aku sanggup ke buat benda tu dengan Pit?
Kau tenung aku dan kau bagi tau aku. Aku ni nampak macam perempaun jahat sangat ke?"

"Sorry Rin, 
kalau aku sahaja yang lebih lebih".
kata Jiji lagi.

"Pit mahu kan kau!
Aku juga mahu kan kau!"
Kata Jiji.

"Hei hei hei! Sekarang dah tak ada sesiapa boleh halang aku dari berkawan demgan sesiapa sahaja...
Aku dah bagi tau Pit, aku belum bersedia nak terima mana mana lelaki dalam hidup aku.
Aku suruh dia jaga Moon baik baik.
Sebab aku rasa dia dengan Moon serasi sanggat. Moon boleh bagi, apa sahaja yang Pit nak...
Aku bukam macam Moon Jiji.
Kalau Moon boleh bagi segalanya untuk Pit.
Tapi aku bukan Macam moon.
Aku tak berminat dengan nafsu cinta Pit".
Kata aku lagi kepada Jiji.

Jiji hanya tersenyum dan menarik aku duduk disebelahnya.

"Aku sayang kau beb".
Kata Jiji lagi.

"Aku pun sayang kau Jiji".
balas aku...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience